Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN TERSANG,


27610 BATU MALIM, RAUB

RASIONAL :

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya
mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran,
sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu
kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada
tahun ini. Informasi yang diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru dapat memberikan impak
kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak
mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan
yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut
diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.

MATLAMAT :

1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif.

3. Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah.

OBJEKTIF :

1. Peserta mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam akademik.

2. Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik anak mereka di sekolah.

3. Peserta tahu tentang keperluan anak mereka dari segi bahan latihan dan buku kerja.

SASARAN : Semua Ibubapa dan murid-murid Tahun 6

TARIKH: 19 Februari 2016

TEMPAT: Bilik Mesyuarat SK Tersang


Masa dan Jadual:

Masa Perkara

7.45—8.00 pagi Pendaftaran

8.00– 8.30 pagi Solat hajat

8.30 pagi Bergerak ke Bilik Mesyuarat

8.40 –8.45 Ucapan aluan Pengerusi


Majlis
Doa
8.45 –8.55 pagi Ucapan Guru Besar

8.55 –9.10 pagi Ucapan Guru Mata Pelajaran


BMK—Puan Kamariah
BMP—En. Mohd Nizam
Matematik—En Haspariza
Sains—Pn Sarifah Ainon
Bahasa Inggeris—Cik Afifah
9.10—10.00 pagi Ucapan wakil murid
Ucapan wakil ibu bapa
Perjanjian Aku Janji
Ikrar Murid
10.00 pagi Bersurai

KEHADIRAN : Secara keseluruhannya, kehadiran kurang memuaskan pada hari kedua


dimana hanya 40% ibubapa murid Tahun 6 yang terlibat untuk menghadiri program. Tiada
wakil ibu bapa dari murid-murid Orang Asli yang hadir pada program ini.

Laporan disediakan oleh :

.....................................

(Cik Nurul Afifah binti Ahmad Fuad)

Penyelaras UPSR 2016

Sekolah Kebangsaan Tersang


Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai