Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN AKADEMIK

Seiring dengan arus perkembangan pendidikan di Malaysia, menjadi guru bukan


sekadar menguasai ilmu pengetahuan subjek yang akan diajar, malah menjadi keperluan
kepada para guru mempunyai ilmu ikhtisas seperti ilmu pedagogi, kemahiran mengajar dan
sebagainya. Oleh itu, para guru perlu mengetahui dan mempelajari teori – teori pembelajaran
yang telah dikaji oleh ahli psikologi yang dapat diguna pakai bagi membantu mereka
melincinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Menurut Tuckman, Monetti (2011) teori adalah prinsip – prinsip yang komprehensif
yang cuba menerangkan sesuatu perkara dan boleh diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan.
Teori pembelajaran membantu guru menjadi lebih efektif kerana teori memberi guru ilmu
tentang kaedah dan cara mengurus situasi di dalam bilik darjah. Teori pembelajaran tidak
terhad hanya kepada satu teori sahaja sebaliknya ahli – ahli psikologi telah menghasilkan
beberapa teori pembelajaran dengan mengkaji tingkahlaku mereka yang boleh dipraktikkan
di dalam kelas mengikut kesesuaian dan keperluan murid.

Teori sosial yang juga dikenali sebagai teori kognitif sosial merupakan salah satu teori
pembelajaran yang dikenal pasti mampu diaplikasikan di dalam kelas dengan berkesan
dengan melihatkan kepada prinsip – prinsip dan ciri – ciri khusus teori tersebut. Teori ini
diperkenalkan oleh ..... yang bertujuan untuk membantu murid membentuk dan
memperkembangkan pemikiran mereka melalui interaksi sosial. Dasarnya teori pembelajaran
sosial mengetengahkan aspek interaksi sosial sebagai instrumen penting dalam memperolehi
sesuatu ilmu pengetahuan.

Hal ini sejajar dengan perkembangan pendidikan abad ke – 21 yang dilancarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menuntut guru melaksanakan pembelajaran koperatif
di dalam kelas di mana pembelajaran berpusatkan murid perlu dipertingkatkan. Namun begitu,
sesetengah guru masih tidak mampu menyahut penggunaan kaedah mengajar secara
koperatif kerana tidak memahami cara perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, teori
pembelajaran sosial dilihat sebagai satu teori yang sangat relevan untuk membantu guru
dalam merancang sebuah proses pengajaran dan pembelajaran secara koperatif.

Teori pembelajaran sosial juga merupakan satu teori yang membincangkan langkah
murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan kemahiran mendengar
dan memahami konteks serta berkebolehan menyusun maklumat serta merta dengan
merangka soalan untuk memperoleh data untuk digabungkan bagi membentuk satu
penyelesaian masalah. Teori ini sangat menekankan kepada unsur interaksi sosial dalam
kalangan murid bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

1
Pembelajaran kooperatif merupakan prinsip utama teori pembelajaran sosial.
Pembelajaran kooperatif yang diasaskan oleh Slavin (1987) merupakan sebuah pembelajaran
aktif yang berupaya untuk mengubah sesuatu situasi pembelajaran yang pasif kepada
sesuatu pembelajaran yang dinamik serta berpasukan di mana murid dapat belajar dalam
satu pasukan yang heterogen. Pembelajaran secara kooperatif menekan kepada
pergantungan yang positif sesama ahli pasukan, tidak bersaing sesama mereka sebaliknya
bersama berusaha menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan.

Jelasnya pembelajaran koopertif sangat relevan dipraktikkan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran kini kerana ianya membantu mengembangkan potensi murid
dengan melatih mereka memberi kepercayaan sesama ahli dan berusaha dalam mencapai
kejayaan bersama. Pembelajaran ini sangat relevan dilaksanakan melalui pedagogi yang
sesuai di dalam bilik darjah yang dinamik dengan sentiasa menggerakkan pasukan kecil murid
supaya sentiasa berinteraksi dan bekerjasama dalam menghadapi pelajaran mereka. Oleh itu,
kaedah ini sangat membantu dalam menampilkan ketrampilan sosial yang baik dalam
kalangan murid seperti bakat kepimpinan, mampu berkomunikasi, belajar mempercayai orang
lain dan bijak mengatasi konflik.

Sehubungan dengan itu, para guru perlu difahamkan dengan teori pembelajaran sosial
supaya mereka dapat melaksanakan pembelajaran koopetif di dalam pengajaran di mana
melalui pembelajaran ini guru dapat membentuk satu sistem pengajaran yang sistematik
walaupun murid terdiri daripada pelbagai tahap IQ yang berlainan. Oleh itu, guru tidak akan
mengabaikan aspek kepelbagaian murid dalam perlakasanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kerana murid diajar untuk saling membantu antara satu
sama lain. Bahkan kaedah ini mampu menaikkan prestasi akademik para murid dan melatih
mereka supaya lebih matang dan berkeyakinan dalam melontarkan idea.

Sejajar dengan permintaan dan cabaran dunia alaf ke 21 juga, pembelajaran


kooperatif menjadi satu keperluan dan berkepentingan untuk diamalkan di semua sekolah.
Pendapat ini disokong oleh Sahidan Hashim (2009) yang menyatakan bahawa penekanan
teori pembelajaran sosial terhadap pembelajaran kooperatif mampu menggalakkan
penyertaan aktif murid dalam gerak kerja berkumpualan supaya semua murid dapat
berinteraksi sesama mereka sewaktu sesi perbincangan dijalankan. Tambahana lagi, melalui
pembalajaran kooperatif ianya banyak memberi peluang kepada pelaksanaan pembelajaran
berpusatkan murid di mana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

2
Pembelajaran kooperatif mempunyai empat prinsip umum yang merangkumi kepada
bergantungan positif, akauntabiliti individu, penglibatan seimbang dan interaksi bersemuka.
Prinsip – prinsip ini juga dikenali sebagai PIES. Berdasarkan prinsip ini, pembelajaran
kooperatif boleh memabntu seseorang murid menjadi penyelesai masalah yang baik dengan
melalui perbincangan. Hal ini kerana, melalui perbincangan para murid akan memperolehi
lebih banyak idea dari pelbagai aspek dalam menyelesaikan masalah. Lazimnya dalam
kumpulan, murid akan bertanya dan berbincang bersama serta boleh bertukar pendpat secara
terbuka dan melahirkan satu proses pemikiran mereka secara lisan. Bahkan kajian
penyelidikan menurut Umi Kalthom Bte Mahbib dan Ahmad Bin Esa (2014) mendapati bahawa
melalui pembelajaran kooperatif murid akan mendapat maklum balas yang cepat dan didapati
murid yang lemah boleh mencontohi teknik dan strategi yang diguna oleh rakan – rakan
mereka yang lebih pandai.

Tuntasnya, teori pembelajaran sosial merupakan satu teori yang menekan kepada
aspek interaksi sosial. Justeru itu, pendekatan pembelajaran kooperatif sangat ditekankan di
dalam teori ini di mana pembelajaran secara berkumpulan menjadi tunjang kepada aktiviti
pembelajaran kooperatif. Penerapan pembelajan ini di dalam bilik darjah juga akan menjadi
pelengkap kepada pendidikan abad ke – 21. Bahkan teori pembelajaran sosial boleh dijadikan
panduan umum kepada pelaksanaan pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Menurusi
pembelajaran ini, murid akan belajar dalam situasi pembelajaran yang lebih seimbang dalam
konteks pembangunan jasmani, emosi, rohani, intektual dan sosial. Seterusnya kemahiran
yang diperoleh ini dapat diaplikasikan murid dlaam pembinaan kehidupan insaniah mereka
secara holistik sejajar dengan harapan KPM dalam melahirkan murid sebagai insan individu
yang memenuhi semua aspek kehidupan.

3
RUJUKAN

Sahidan Hashim (2009), Kreativiti Guru Menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran Lebih
Efektif, Menarik, dan Menyeronokkan, Jurnal Paradigma IPG Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam, 8

Slavin, R.E. (1987), “Ability Grouping and Srudent Achievement in Elementary Schools:
A Best Evidence Synthesis”, Review Of Educational Research 57, No 3: 293 – 336

Umi Kalthom Bte Mahbib, Ahmad Bin Esa (2014), “Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas
Abad 21 : Sorotan Literatur”, International Seminar on Technical and Vocational
Education 2014

Anda mungkin juga menyukai