Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK

JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U), 31400 IPOH, PERAK.

KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH
13 OKTOBER 2017 (JUMAAT)

MASA
7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT
DEWAN TERBUKA SK TASEK, IPOH
1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat
negara ke arah Wawasan 2020.
Pada tahun 2017 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan
dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan
Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk
tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya
akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan
pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan
menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar
40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui
amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
mewujudkan modal insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social
melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti sukan
untuk menyeimbangi tahap social mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi kehidupan seharian.
3.0 OBJEKTIF
Hari Sukan Negara menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

 Meningkatkan kecergasan jasmani

 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

 Memupuk perpaduan antara kaum

 Membentuk budaya sukan di kalangan murid

 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal

 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluanfizikal

 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


13 OKTOBER 2017
JUMAAT

5.0 MASA
10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari

6.0 TEMPAT
PADANG SKTI

7.0 KUMPULAN SASARAN


8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
8.1.1 Murid/pelajar
8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

8.0 CADANGAN ATURCARA


10.00 pagi : Senamrobik Hari Negara Peringkat Sekolah bermula.

10.15 pagi :1. Acara Sukaneka (Pra Sekolah dan Tahap 1) (5 pasukan)(4 peserta setiap
pasukan)
2. Acara Sukan (Tahap 2) (5 pasukan)(8 peserta setiap kumpulan)

11:45 pagi : Penyampaian sijil kepada pemenang

12:00 tengah hari : Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT
EN FAIZULZAMAN BIN MOHD ALI
GURU BESAR

PENGERUSI
PUAN SARALA A/P TANGAVELU
PK KO-KURIKULUM

SETIAUSAHA / PENYELARAS
EN FARIZAL BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA
JURULATIH SENAMAN AEROBIK
PN REENUGA A/P GANESARAO
MURID TAHUN 6 (PEMBANTU)

DISIPLIN / KAWALAN MURID (SUKANEKA)


PRA SEKOLAH: PN NORASHIKIN BT ZAKARIA
PN ROSHANILAH BT MOHD HUSIN
PN ROSLINA ZAKARIA
PN NORMUNIRAH BT CHE AWANG
TAHUN 1 : PUAN MASTURA BT AHMAD
PN HARIATY BT MOHAMED YEOP
TAHUN 2 : PUAN NORHAYATI BT ABDUL SAMAD
EN MOHD NAZRUN BIN MD NAYAN
TAHUN 3 : PN SITI NADHRAH BT ISMAIL
EN FARIZAL BIN ABDULLAH

PERSIAPAN STESEN/PENCATAT MARKAH


EN AHMAD MAZRAN BIN ZAINUDDIN (STESEN 1)
PN NORAINI BT RAMLI (STESEN 2)
EN QUAH BENG HOCK (STESEN 3)
EN ZOOL AMRI BIN NORDIN (STESEN 4)
PN SURYATI HANUM BT HASHIM (STESEN 5)

BUKU PROGRAM DAN SIJIL


PN ROZIAH BT AHMAD

P.A.SISTEM/JURU GAMBAR
EN MOHD NAZRUN BIN MD NAYAN
EN HAZWAN BIN ZAINUDDIN (JURUTEKNIK)

Anda mungkin juga menyukai