Anda di halaman 1dari 4

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.

Insan yang sihat

pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.

GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas

serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini

menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan

sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh

memudaratkan insan (WHO, 1948)

KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT

1) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat


melahirkan sebuah negara yang maju.

2) Supaya wujudnya keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi


dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.

3) Memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik

4) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat

5) Mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengelak daripada


menghidapi penyakit berbahaya

DEFINISI
FIZIKAL:
Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan
alam sekitar

MENTAL:
Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek
ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran
 Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang
mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan
jangkitan penyakit.

1. MAKSUD MENGURUS DIRI


Seseorang itu mengambil berat terhadap diri sendiri meliputi aspek kebersihan, kesihatan,
pengurusan masa dan tata rias.

 Aspek Kebersihan ialah suci daripada hadas dan kekotoran. cara membersihkan diri ialah
mandi dan berwuduk.
Aspek Kebersihan

Banyak faedah menjaga kebersihan,


Kesihatan terjamin mendapat kawan,
Beri pahala sebagai ganjaran,
Disukai manusia terutama teman.

 Aspek Kesihatan ialah dengan memakan makanan yang halal, seimbang dan berzat.
Bersopan ketika makan, membasuh tangan dan membaca ''Bismillah'' dan berdoa. Kita dilarang
makan berlebihan dan membazir, makan sambil berdiri, berbaring dan bermain-main. Beriadah juga
perlu untuk menyihatkan badan dan minda.
Aspek Kesihatan
Sempurna jasmani terjamin rohani,
Tubuh dididik pertahan diri,
Dijauhi penyakit cergas bistari,
Makanan haram wajib dijauhi.

 Aspek Pengurusan Masa ialah menggunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah.
Kita dilarang membuang masa, menangguhkan urusan dan tidak menepati masa.
Aspek Pengurusan Masa

Diri diasuh mematuhi masa,


Mengulangkaji pelajaran dengan sempurna,
Jika tidak faham rajin bertanya,
Kejayaan cemerlang menanti jua.
 Aspek Tata Rias ialah berhias diri supaya kemas dan cantik seperti menggunting rambut,
memotong kuku, menggosok gigi, berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat.

Aspek Tata rias


Yakin diri penampilan ceria,
Kuku dan rambut bersih semua,
Cantik dan kemas itulah harga,
Diredahai Allah jiwa bahagia

2. KEBAIKAN MENGURUS DIRI

 Kebersihan-Terjamin kesihatan, mendapat ramai kawan dan disukai orang ramai serta
mendapat ganjaran pahala.
 Kesihatan- Dihindari penyakit, sempurna rohani dan jasmani dan cergas tubuh badan.
 Pengurusan Masa- Berdisiplin menguruskan masa, mencapai kejayaan cemerlang dan
menjalankan tugas dengan sempurna.
 Tata Rias- Berkeyakinan dengan penampilan diri, sentiasa kemas, diredhai Allah, Mendapat
ganjaran pahala dan punyai harga diri.

Anda mungkin juga menyukai