Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI MODEL PERSONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam mengaplikasikan model personal, persekitaran pembelajaran perlu


diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan individu sebagai
insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh
keyakinan dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri
serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta
menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti
yang seimbang. Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak
dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi
dengan guru. Maka model non-directive ini bergantung pada faktor semulajadi dan
bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran amat bergantung pada
kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar. Oleh itu, guru perlu menyediakan
suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk
mengekspresi perasaan. Disinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan
perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai