Anda di halaman 1dari 8

K ATA PE N GA N TA R

‫ﭑﭒﭓ‬

ِ ‫ف أْالَنْبِي ِاء والْمرسلِي وعلَى آلِِه وأَصحابِِه أ‬


ِ ‫الس اَلم علَى أَ ْشر‬ ِ ِ ِ‫ل‬
.‫ي‬
َ ْ‫َج َـمع ن‬
ْ َْ َ َ َ َ ْ‫َ َ ُ ْ َ ن‬ َ َ ُ َّ ‫الص اَلةُ َو‬
َّ ‫ـي َو‬ ِّ ‫ـح ْم ُد هّٰل َر‬
َ ْ‫ب الْ َعالَـم ن‬ َ ْ‫ال‬

Assalamualaikum w.b.t,
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan yang menciptakan seluruh alam, selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Ada ulama berkata: “Sesungguhnya bahasa Arab adalah sebahagian daripada agama, mempelajarinya
adalah wajib, memahami al-Quran dan sunah adalah fardu, ia tidak dapat difahami melainkan dengan bahasa
Arab, apa yang tidak dapat menyempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penulis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah
buku bertajuk “Nahu Mudah” ini untuk dijadikan tatapan para pelajar, guru-guru dan masyarakat awam. Buku
sebegini dapat memberi sumbangan yang bererti kepada perkembangan ilmu khususnya yang berkaitan
dengan bahasa Arab.

Buku tatabahasa Arab ini telah digarap dengan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pelajar,
guru mahupun masyarakat umum yang berminat untuk mendalami bahasa Arab. Buku ini bukan sahaja
dapat membantu pelajar menguasai bahasa Arab dengan efektif, malah persembahan seumpama ini diharap
dapat memenuhi citarasa mereka untuk terus belajar dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa al
Quran ini. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi para guru bahasa Arab dalam
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada pihak penulis yang telah berusaha untuk
menyiapkan buku ini. Semoga Allah memberi keberkatan atas usaha ini dengan ganjaran pahala yang
setimpal.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

(PROF DR NURAIHAN BT MAT DAUD)

Dekan Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra-Universiti (CELPAD)


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

i
ii
K ATA PE N ER BI T

‫ﭑﭒﭓ‬

ِ ‫ف أْالَنْبِي ِاء والْمرسلِي وعلَى آلِِه وأَصحابِِه أ‬


ِ ‫الس اَلم علَى أَ ْشر‬ ِ ِ ِ‫ل‬
.‫ي‬
َ ْ‫َج َـمع ن‬
ْ َْ َ َ َ َ ْ‫َ َ ُ ْ َ ن‬ َ َ ُ َّ ‫الص اَلةُ َو‬
َّ ‫ـي َو‬ ِّ ‫ـح ْم ُد هّٰل َر‬
َ ْ‫ب الْ َعالَـم ن‬ َ ْ‫ال‬

Bahasa adalah rahsia kehebatan Allah SWT yang masih belum dapat dirungkaikan sehingga ke hari ini.
Setiap bangsa mempunyai bahasa tersendiri yang boleh menghubungkan antara mereka. Kepelbagaian ini
bukanlah bererti jurang tetapi ia mempunyai hikmah dan objektif yang telah ditentukan oleh Allah SWT iaitu
saling berkenalan dan memahami. Justeru, dengan saling mengenali bahasa, maka titik pertemuan budaya
dan pemikiran sesuatu bangsa itu dapat dikenal pasti.

Bahasa juga menggambarkan pemikiran. Mungkin ada kebenarannya jika dikaitkan dengan ungkapan
Eristofn:

“Pemikiran yang tinggi mesti mempunyai bahasa yang tinggi.”


(Eristofn; Penulis drama pada zaman Greek Purba)

Ungkapan daripada golongan pemikir dan ahli hikmah amat berbeza dengan golongan awam. Begitu
juga dengan ungkapan yang pendek tetapi lahir daripada pengalaman dan daya pengamatan yang tinggi
dan lebih memberi kesan daripada ungkapan yang panjang tetapi kosong. Kemungkinan, inilah yang cuba
diertikan oleh Eristofn. Malangnya, tidak ramai yang berfikir sebelum bercakap dan ramai yang lebih suka dan
gemar bercakap kosong sepanjang hari. Inilah yang akan menyebabkan tahap pemikiran sesuatu bangsa itu
menjadi rendah disebabkan pengamalan bahasa mereka yang rendah.

Menyedari hakikat bahawa ketinggian bahasa boleh membina ketinggian pemikiran, maka tidak pelik jika
Allah SWT menurunkan wahyu-Nya yang agung iaitu al-Quran dalam bahasa Arab kerana ketinggian bahasa
dan sastera Arab sememangnya tidak dapat dinafikan.

Allah SWT telah berfirman:

‫ﱫﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯﱪ‬
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dalam bahasa Arab,
supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
(Surah Yusuf 12: 2)

Justeru, bahasa Arab merupakan bahasa pengantaraan yang terbaik yang mampu menampung dan
menghimpunkan makna-makna al-Quran yang luas. Ibnu Kathir menggambarkan perkara ini dengan berkata,

“Oleh sebab itu, diturunkan semulia-mulia Kitab (al-Quran) dengan semulia-mulia bahasa
(bahasa Arab) kepada semulia-mulia Rasul (Nabi Muhammad SAW) dengan perantaraan
semulia-mulia malaikat (Jibril a.s.)…”

iii
Begitulah semulia-mulia rantaian yang merupakan wahyu agung yang kekal sebagai hidayah kepada
manusia sehingga hari kiamat. Bahasa Arab adalah salah satu daripada mata rantai yang disebutkan tadi.
Memahami kehebatan dan kepentingan bahasa Arab ini, pihak kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan
buku-buku yang mampu mengajar dan menjadi pemudah cara kepada bangsa Melayu untuk memahami
bahasa al-Quran. Sejambak kesyukuran diucapkan kepada Ustaz Mohd. Zulhisyam dan rakannya Ustaz
Zairul kerana telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang menerangkan tatabahasa Arab dengan konsep
yang mudah dan amat menarik. Usaha mereka ini akan memperkayakan lagi khazanah pembelajaran bahasa
Arab dalam bentuk yang lebih kontemporari.

Buku yang berada di tangan saudara dan saudari sebagai pembaca ini, mempunyai kelebihan-kelebihan
seperti berikut:

• Penerangan topik dalam bentuk carta minda dan gambar rajah yang menarik.

• Dilengkapi contoh-contoh ayat yang banyak.

• Setiap topik disusuli dengan latihan-latihan.

• Ringkas dan mudah difahami.

Sambutlah usaha murni ini dengan mempelajari bahasa Arab walaupun ia bahasa yang asing bagi
sesetengah individu. Mulakan langkah pertama anda dengan memiliki buku ini dan dengan izin Allah ia akan
sangat membantu. Semoga kita semua berada dalam mata rantai-mata rantai kemuliaan dengan menjadi
pencinta dan pelajar bahasa Arab. Anda boleh!

Penerbit
Telaga Biru Sdn. Bhd.

iv
K ATA PE N GA RA N G

‫ﭑﭒﭓ‬

ِ ‫ف أْالَنْبِي ِاء والْمرسلِي وعلَى آلِِه وأَصحابِِه أ‬


ِ ‫الس اَلم علَى أَ ْشر‬ ِ ِ‫لر‬ ِ ِ‫ل‬
.‫ي‬
َ ْ‫َج َـمع ن‬
ْ َْ َ َ َ َ ْ‫َ َ ُ ْ َ ن‬ َ َ ُ َّ ‫الص اَلةُ َو‬
َّ ‫ـي َو‬
َ ْ‫ب الْ َعالَـم ن‬ َ ّٰ‫ـح ْم ُد ه‬
َ ْ‫ال‬

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah bagi Allah Tuhan
semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga, sahabat-
sahabat dan keturunan Baginda sekalian.

Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang
telah dikurniakan kepada kita setiap detik dan masa.

Mempelajari bahasa Arab merupakan suatu ibadah yang dapat memperkasakan diri kita ke arah
memantapkan lagi kefahaman kita kepada ajaran al-Quran al-Karim yang telah diturunkan dalam bahasa
Arab. Sebagai orang Islam, kita disarankan untuk mempelajari bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk tujuan
memahami bacaan-bacaan dalam solat, zikir-zikir ringkas serta doa-doa selepas menunaikan solat.

Memahami asas-asas penting nahu bahasa Arab merupakan satu keperluan bagi mereka yang ingin
mempelajari bahasa Arab. Justeru, buku yang kami ketengahkan pada kali ini merupakan sebuah buku yang
mengupas konsep nahu mudah yang diterangkan dalam bahasa Melayu sebagai medium untuk memahami
aspek nahu bahasa Arab dengan lebih mudah dan cepat selain daripada mendapat tunjuk ajar secara
langsung daripada ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang mengajar bahasa Arab.

Semoga usaha dan tenaga yang kami curahkan untuk menghasilkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh
pelajar-pelajar yang sedang atau yang akan mengambil bahasa Arab sama ada di sekolah-sekolah, universiti-
universiti atau di mana sahaja. Buku ini juga sangat sesuai untuk orang awam yang sedang mengikuti kursus
bahasa Arab di universiti-universiti, masjid-masjid atau di surau-surau di seluruh pelosok tanah air.

Akhir kata, sama-sama kita renungi kata-kata seorang ulama terkenal yang mengatakan “Siapa yang
mencintai Allah dan Rasul-Nya nescaya dia akan mencintai bahasa Arab serta berjuang untuk mempelajarinya”.
Wassalam, wa jazakumullah khairal jaza’.

Ikhlas daripada kami,

Ustaz Mohd Zulhisyam Mustapai Ustaz Zairul Mat Zain


Jabatan Bahasa al-Quran, Jabatan Bahasa al-Quran,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

v
BI O DATA PE N U LI S

Ust. Mohd. Zulhisyam bin Mustapai merupa­kan


seorang pensyarah bahasa Arab di Pusat Bahasa
dan Perkembangan Akademik Pra-Universiti
(CEL­PAD), Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya,
Selangor, dari tahun 2001 sehingga sekarang.
Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1974. Men­
dapat pendidikan awal di Sekolah Agama Arab
Amir Indra Petra Beris Kubur Besar, Bachok
Kelantan. Kemudian beliau telah menyambung
pelajaran di Kuliah Dakwah Islamiyyah, Tripoli
Libya, selama enam tahun dalam jurusan Bahasa
Arab dan pengajian Islam. Selepas itu, beliau
menyambung pelajaran di peringkat sarjana di
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
dan telah mendapat ijazah Sarjana Pengajian
Bahasa Moden pada tahun 2009.

Ust. Zairul bin Mat Zain merupakan seorang


pensyarah bahasa Arab di Pusat Bahasa dan
Perkembangan Akademik Pra-Universiti (CEL­
PAD), Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya, Selangor,
dari tahun 2000 sehingga sekarang. Dilahirkan
di Miri, Sarawak pada tahun 1974. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Menengah Ugama
(Arab) Meheliah Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat
dan SMU Maahad Muhammadi [L] Kota Bharu,
Kelantan. Kemudian beliau telah menyambung
pelajaran di Fakulti Bahasa Arab, Universiti al-
Azhar, Mesir, selama lima tahun dalam jurusan
Bahasa Arab dan Sastera. Selepas itu, beliau
menyambung pelajaran di peringkat sarjana di
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
dan telah mendapat ijazah Sarjana Pengajian
Bahasa Moden pada tahun 2007.

vi
TR AN SL IT ER AS I PE RK ATAA N
AR AB K E EJAA N RU M I

Transliterasi perkataan Arab ke ejaan rumi ini merujuk kepada buku Pedoman Transliterasi
Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, Edisi Kedua, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huruf Arab Huruf Rumi

‫ا‬ -

‫ب‬ b

‫ت‬ t

‫ث‬ th

‫ج‬ j

‫ح‬ ḥ

‫خ‬ kh

‫د‬ d

‫ذ‬ dh

‫ر‬ r

‫ز‬ z

‫�س‬ s

‫�ش‬ sh

vii
‫�ص‬ ṣ

‫�ض‬ ḍ

‫ط‬ ṭ

‫ظ‬ ẓ

‫ع‬ ʻ

‫غ‬ gh

‫ف‬ f

‫ق‬ q

‫ك‬ k

‫ل‬ l

‫م‬ m

‫ن‬ n

‫و‬ w

‫ه‬ h

‫ء‬ ʼ

‫ي‬ y

‫ة‬ ah*

* Ditransliterasikan sebagai ʻatʼ dalam konteks gabungan dua perkataan.

viii

Anda mungkin juga menyukai