Anda di halaman 1dari 3
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA DASAR DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN EDUCATION POLICY AND DEVELOPMENT PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 3, BLOK E8, KOMPLEKS E LEVEL 3, BLOCK £8, COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel 503-8864 6149 662604 PUTRAJAYA, Faks 03-8884 6145, MALAYSIA Portal _: www.moe.gov.my Ruj. Kami : KPMSP.100-11/2/1( |) Tarikh :30 September 2015 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 15 TAHUN 2015 PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambil kira pengintegrasian aplikasi dan data kepada satu data tunggal bagi murid, guru dan Sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan KPM. 3. Sehubungan dengan itu, pihak KPM telah membangunkan Sistem Single Sign On (SSO) bagi memudahkan pengguna Sistem Pengurusan Sekolah log masuk ke dalam aplikasi berkaitan. Untuk makluman YBhg. Datuk/Tuan, sesi ujian yang melibatkan 79 buah sekolah telah dilaksanakan dari 20 Ogos hingga 3 September 2015 dan semua penambahbaikan berkaitan telah diambil tindakan. 4 Sistem SSO Fasa 1 ini dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Oktober 2015 dan boleh diakses melalui alamat https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php. Sistem SSO Fasa 1 akan melibatkan akses kepada Tiga Belas (13) aplikasi utama yang telah dikenal pasti. Fasa 2 pelaksanaan sistem SSO yang melibatkan Sembilan (9) aplikasi lain sedang dalam proses pembangunan dan dijadualkan untuk dilaksanakan pada 1 Disember 2015. “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” “1 MALAYSIA: PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW" Bersama-sama ini disertakan senarai aplikasi yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan SSO Fasa 1 dan 2 serta Garis Panduan dan Manual Pengguna SSO untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. 5. SSO untuk aplikasi lain sedang dirancang dan akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Pengguna boleh menggunakan akses log masuk sedia ada untuk aplikasi yang masih belum dilaksanakan SSO. 6. YBhg. Datuk/Tuan adalah dimohon untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, DATO’ SRI IRIL BIN HAJI AWANG Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia s.k. YB. Datuk Seri Diraja Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan YB. Tuan P. Kamalanathan P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan | YB. Tuan Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai