Anda di halaman 1dari 3

Proses perkembangan sosial kanak-kanak autisme boleh dibahagikan kepada

beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah antara umur satu bulan hingga tiga
tahun. Pada peringkat umur ini akan kelihatan kekurangan responds sosial.
Namun demikian ini bukan satu perkara yang sejagat, iaitu kekurangan respons
sosial berlaku pada semua kanak-kanak autisme. Respons sosial ini jarang
berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih berupaya. Pada peringkat ini kanak-
kanak autisme tidak menunjukkan tanda- tanda tekanan apabila berhadapan
dengan orang tidak dikenali.

Peringkat yang kedua ialah antara tiga hingga lima tahun. Peringkat ini
merupakan peringkat pengasingan diri. Dalam peringkat kanak-kanak autisme
lebih gembira apabila ditinggalkan bersendirian. Pandangan kanak-kanak ini tidak
pada orang sebaliknya menembusi orang. Pada peringkat juga ketidakupayaan
hubungan semakin ketara dilihat. Keadaan ini jelas kerana kanak-kanak ini tidak
dapat memahami ekspresi orang lain, persekitaran dan tidak berkeupayaan untuk
memahami ekspektasi sosial.

Peringkat yang terakhir ialah lima tahun ke atas. Pada peringkat lima tahun
dan ke atas satu perubahan yang ketara dalam tingkah laku sosial akan menjelma
terutamanya pada kanak-kanak yang lebih berupaya. Sepanjang hidup mereka
kanak-kanak autisme akan menunjukkan peningkatan dalam sosialisasi
terutamanya jika disertakan dengan terapi secara intensif mengikut Ivar Lovaas
(Maurice et. al. 1996). Selain ketidakupayaan ini, terdapat juga nilai-nilai murni
dan positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak austisma. Nilai-nilai didapati
dalam diri kanak-kanak autisme ialah kejujuran dan tidak pandai memanipulasi
keadaan.

Ketidakupayaan sosial mempunyai banyak kaitan secara langsung dengan


kemahiran memahami emosi. Walaupun begitu sehingga kini tidak banyak
maklumat yang dapat diperoleh berkaitan perkembangan emosi kanak-kanak
khususnya perkembangan emosi di peringkat awal. Kanak-kanak autisme
memperlihatkan reaksi emosi yang tersendiri. Antaranya ialah kanak-kanak ini
menunjukkan mood yang agak ekstrem dalam keadaan gembira, tertekan, marah
dan panik. Ekspresi muka yang dapat ditunjukkan juga terhad di samping postur
badan yang kaku dan penggunaan suara yang monotonous (Artwood 1998).
Di samping menghadapi kesukaran dalam menunjukkan emosi mereka
mengikut situasi sosial, kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah
memahami emosi dan situasi orang lain. Selain itu kanak-kanak ini juga tidak
suka dibelai dan membelai orang lain di samping tidak mempunyai minat untuk
interaksi dua hala. Ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam usaha
memahami emosi kanak-kanak autisme ini (Frith 1989).

Anda mungkin juga menyukai