Anda di halaman 1dari 56
PANDUAN PENGURUSAN PENCEGAHAN DI SEKOLAH ISBN 983-99349-9-6 Cetakan Pertama 2005 Hakcipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikal, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sekali pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalty atau honorarium. Diterbitkan oleh: BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Dicetak oleh: Absolute Master Printers Sdn. Bhd. Kata Alu-aluan Menteri Pelajaran Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah Prakata BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Objektif Misi Visi BAB 2 MENGENALI NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI Nyamuk Aedes Boleh Membawa Maut Riwayat Hidup Nyamuk Aedes Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Mengawal Pembiakan Nyamuk Aedes Demam Denggi Simptom Demam Denggi Rawatan Deman Denggi Carta Aliran Rawatan Pesakit Deman Denggi BAB 3. PENDEKATAN MERENTASI KURIKULUM Peranan Guru Sebagai Penyelaras Aktiviti Peranan Murid Sebagai Ejen Perubahan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) BAB 4 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah Peranan Jawatankuasa Perancangan Aktiviti BAB 5 SENARAI SEMAK DAN PELAPORAN Senarai Semak Pencegahan Denggi (SSPD) SOALAN/PERTANYAAN LAZIM (FAQ) LAMPIRAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1982 Kempen Anti Denggi Di Sekolah-Sekolah BAHAN RUJUKAN PASUKAN PENGGUBAL PENGHARGAAN 1 2 3 3 13, 13, 15 16 17 18 20 24 28 34 35 36 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tahniah dan syabas kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia di atas usaha dan inisiatif menerbitlan Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah. Saya percaya, kandungan dan pengisian yang terdapat dalam buku ini dapat mempertingkatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Pengetua dan Guru Besar dalam mendidik warga sekolah untuk membasmi Wabak Denggi. Diharapkan dengan maklumat, panduan dan pelajaran yang disampaikan, ia akan menjadi amalan yang berterusan sepanjang hayat dalam penjagaan kesihatan serta langkah membanteras Wabak Denggi. Sesungguhnya, program-program kesihatan yang menjurus ke arah membasmi Wabak Denggi di sekolah perlu dirancang dengan teliti dan dijalankan secara berterusan dan berkesan. Pengetahuan dan amalan penjagaan kesihatan terutama pencegahan penyakit bawaan vektor seperti Denggi adalah amat penting dan perlu disebarluas kepada semua pelajar dengan berkesan. Diharapkan, semoga penghasilan buku ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak, terutama warga sekolah dan masyarakat dalam usaha membasmi Wabak Denggi Di Sekolah: Selamat Maju Jaya. ee DATO’ SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN Menteri Pelajaran Malaysia KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Terima kasih diucapkan kerana memberikan peluang bagi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak urus setia di atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah. Saya percaya dan bangga kerana Bahagian Sekolah sentiasa peka kepada keadaan semasa berhubung dengan kesihatan murid dan warga sekolah. Timbul sahaja satu-satu wabak, Bahagian Sekolah akan terus bertindak dengan serta merta bagi menangani masalah tersebut. Dengan semangat kerja yang ada di bahgian Sekolah dan dibantu dengan kepimpinan yang berkesan, saya berharap masalah Wabak Denggi di sekolah akan dapat ditangani dengan berkesan. Dengan sokongan dari semua pihak dari berbagai peringkat khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia kita akan dapat merealisasikan hasrat Membasmi Wabak Denggi Di Sekolah. SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUSKAN USAHA MURNI. a DATO’ HAJI AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia enue U nara Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Penggubal Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah Penghasilan buku ini telah dapat direalisasikan dengan komitmen yang padu dan idea-idea bernas yang disumbangkan oleh semua pihk yang terlibat. Buku panduan ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan panduan yang tepat kepada guru, murid dan masyarakat berhubung dengan Penyakit Demam Denggi. Dengan maklumat dan pengetahuan yang disampaikan dalam buku panduan ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam mengurus dan menangani Penyakit Demam Denggi di Sekolah. Pihak pentadbir sekolah adalah diingatkan untuk mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini berhubung dengan Penyakit Demam Denggi. Buku panduan ini hendaklah disebarluas kepada semua warga sekolah di bawah pentadbiran masing-masing untuk memberikan impak yang maksimum. Saranan dan cadangan yang disampaikan dalam buku ini hendaklah diambil tindakan segera dan dipantau sepanjang masa demi Membasmi Penyakit Demam Denggi Di Sekolah. SALLFH BIN MOHD. HUSEIN Pengérah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa prihatin dengan status kesihatan murid-murid di sekolah. Program Kesihatan yang dilaksanakan di sekolah- sekolah seluruh Negara sama ada secara formal atau tidak formal memberikan impak ke arah warga sekolah yang sihat dan cerdas. Buku ini diterbitkan berasaskan keperluan yang amat bermakna oleh sekolah dalam menangani isu demam denggi. ‘Usaha ini adalah satu wadah yang signifikan dan amat bermakna untuk dihebahkan dan dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian kesihatan Malaysia mempunyai mesej dan agenda yang seiring bagi tujuan mewujudkan warga sekolah yang sihat dan sejahtera. .__ AWAS, DENGGI!!! PASTIKAN NYAMUK AEDES TIDAK MEMBIAK DI PERSEKITARAN SEKOLAH ANDA! Duti Langhab- Lasghah Beribut : e Periksa di persekitaran sekolah anda serta kawasan sekitarnya seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. e Gunakan ubat pembunuh jentik-jentij mengikut sukatan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes. e Laporkan segera ke Pejabat Kesihatan terdekat jika terdapat kawasan / tempat yang disyaki menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah anda. SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA DEMAM DENGGI Tiada Aedes, Cogah Denggi Pesanan oleh : Bahagian Sekolah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERHATIAN : Sila perbanyakkan bahagian ini dan tampal sebagai poster semasa wabak denggi- NWI IAW CINE BAB 1 Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditi dan mortaliti. Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15, 442 kes pada tahun 2003. Kadar i nsidens pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2008). Mengikut statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia didapati seramai 668 murid dijangkiti demam denggi dari bulan Januari hingga September 2005, manakala 38 buah sekolah dikesan ada pembiakan nyamuk Aedes. Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah diterbitkan bertujuan memberi panduan agar pembiakan nyamuk Aedes tidak berlaku di sekolah. Buku ini juga bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid supaya mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi secara menyeluruh dan bersepadu. @ i Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes. MELAHIRKAN GENERAST See er obs COU fy) Sacre Ne ee eee re te) Tee NYAMUK AEDES) a DANII MVE NV SSCEY MANN AN THNSONEM cd < a NYAMUK AEDES BOLEH MEMBAWA MAUT Demam Denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat merbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya ketika ini dan boleh membawa maut. Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk mencegah Demam Denggi adalah dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. . Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki. ° Aktif menggigit mangsa pada awal pagi dan awal senja. ° Hanya nyamuk Aedes betina sahaja boleh menyebarkan virus denggi. ° Telur nyamuk Aedes akan melekat pada dinding bekas takungan air dan ianya boleh tahan selama 6 hingga 12 bulan tanpa air. Telur nyamuk Aedes akan menetas sebaik sahaja bekas tersebut diisi air semula. ° Membiak dalam takungan air jernih (sama ada buatan manusia atau semulajadi) di dalam atau di luar bangunan. RIWAYAT HIDUP NYAMUK AEDES NYAMUK DEWASA Berwarna hitam dengan corak sisik putih di seluruh badan. Hidup selama satu bulan dan menghisap darah sebelum bertelur KEPOMPONG Kepompong berbentuk ‘comma’ bergerak aktif, peringkat beristirehat TELUR dan menjadi nyamuk dalam masa 1-2 hari Berwarna hitam. Telur menetas menjadi jentik-jentik dalam masa 1-3 hari JENTIK-JENTIK Membiak dalam air jernih. Jentik-jentik menyalin kulit 4 kali dan bertambah besar dalam masa 6-8 hari sebelum menjadi kepompong 5 TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES Bawah penutup longkang Pam Tandas Tong deram berisi air s any 5 Mangkuk tandas yang tidak berfungsi 6 Tong cat TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES. Talam peti sejuk : Tempayan 7 MENGAWAL PEMBIAKAN NYAMUK AEDES Pastikan pam tandas sentiasa berfungsi dan ditutup rapat. Pastikan mangkuk tandas yang rosak tidak bertakung air. Air yang disimpan di dalam bekas penyimpanan (baldi, tong, tempayan dan sebagainya) perlu ditutup rapat supaya nyamuk Aedes tidak dapat bertelur. Air perlu diganti setiap minggu dalam bekas penyimpanan, perangkap semut, jambangan bunga, tempayan, kolam ikan, kolah air dan bekas air minuman binatang peliharaan. Sebelum air diisi semula, bekas-bekas itu perlu diberus terlebih dahulu. Buang air dari piring alas pasu bunga seminggu sekali dan berus piring hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung). Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air. Tanam semua bekas yang boleh menakung air seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, Kulit koko, plastik minuman dan lain-lain. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) ke dalam semua bekas penyimpanan tiga bulan sekali (satu sudu teh = 10 gram untuk 20 gelen air). EMAM DENGGI JENIS DEMAM DENGGI Mangsa yang digigit oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi akan mengalami beberapa akibat, antaranya adalah : ° Jangkitan subklinikal atau jangkitan asimtomatik di mana gejala penyakit tidak terlibat sama sekali. Antibodi wujud di dalam badannya. ° Demam biasa - tiada tanda khusus seperti demam denggi (demam tidak spesifik). = Demam denggi klasikal (DD). ° Demam denggi berdarah/sindrom renjatan denggi ( Dengue Shock Syndrome ) (DDB/SRD) PUNCA JANGKITAN ° Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah disebabkan oleh virus denggi. ° Demam denggi boleh merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang berinfeksi. e Terdapat 4 jenis atau serotaip virus Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Keempat-empat virus ini mempunyai struktur antigenik yang hampir sama. SIMPTOM DEMAM DENGGI Demam kuat yang Sakit teruk pada tulang- mengejut. tulang, otot, sendi dan biji mata. Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi. RAWATAN DEMAM DENGGI e Jika demam dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran. Ini penting kerana Demam Denggi boleh membawa maut. ° Di hospital, pesakit Demam Denggi akan diberi pengawasan rapi oleh doktor dan jururawat kerana keadaan mereka boleh menjadi lebih kritikal dalam waktu yang singkat. . Kebanyakan pesakit akan sembuh setelah mendapat rawatan segera di hospital. e Dalam beberapa kes tertentu pesakit Demam Denggi akan mengalami perubahan yang lebih teruk dan memerlukan rawatan lanjut. ° Setakat ini rawatan simtomatik sahaja yang dapat diberikan kepada pesakit. Tujuan utama rawatan ini semata-mata untuk mengganti plasma dan bendalir dalam badan. ° Sehingga kini, belum ada rawatan khas atau vaksin yang dapat merawat pesakit Demam Denggi. WYN) ISVLNESESN NYG BAB 3 PERANAN GURU SEBAGAI PENYELARAS AKTIVITI PENDIDIKAN Peranan guru sangat penting untuk menyampaikan pengetahuan tentang bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi kepada murid. Murid pula berperanan menjadi agen perubahan kepada kesedaran mencegah pembiakan nyamuk Aedes di rumah dan masyarakat. Peranan guru : e meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid mengenai cara menjaga kesihatan diri dari aspek rohani dan jasmani. ° meningkatkan kesedaran murid pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian. . meningkatkan amalan menjaga kesihatan diri sepanjang hayat. PERANAN MURID SEBAGAI AGEN PERUBAHAN Murid berperanan menjadi agen perubahan terhadap pencegahan Aedes di sekolah, rumah dan masyarakat. Peranan Murid-Murid Di Sekolah ° Mengetahui dan memahami bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi. . Membantu menjaga kebersihan kawasan sekolah. e Memaklumkan kepada guru sekiranya melihat/mengetahui ada tempat-tempat pembiakan Aedes. ° Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. ° Memaklumkan kepada guru jika diri atau rakan-rakan demam. Peranan Murid Di Rumah ° Memberikan penerangan kepada keluarga berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi dan langkah-langkah pencegahannya. ES 13 Membersih kawasan rumah bersama keluarga setiap minggu. Membuat pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan membersihkannya atau membubuh ubat jentik-jentik. Elakkan berada di luar rumah pada masa nyamuk Aedes aktif menggigit iaitu pada awal pagi (5.00 — 8.00 pagi) dan lewat petang (5.00 — 7.00 petang). Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang jika perlu berada di luar rumah. Peranan Murid Dalam Masyarakat Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat tentang bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kKemasyarakatan seperti gotong-royong, pameran dan sebagainya. Melakukan_ aktiviti-aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk Aedes seperti menanam semua jenis bekas terbuang yang boleh menakung air dan membubuh ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas air simpanan dan sebagainya. Memaklumkan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan di Klinik atau hospital jika ada tanda-tanda demam. AKTA PEMUSNAH SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 ( PINDAAN 2000 ) Jika Anda Didapati Membiak Nyamuk Aedes Anda Boleh Dikompaun Tidak Melebihi RM500.00 Di Bawah Seksyen 25. KESALAHAN PERTAMA Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23 (a) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Pindaan 2000) Se KESALAHAN KEDUA Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23 (b) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Pindaan 2000) aaa Bagi kesalahan yang berterusan didenda tidak lebih RM500.00 bagi tiap-tiap satu hari kesalahan yang berterusan. Seksyen 23 (c) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Pindaan 2000) NVVNVSATY Tale] NVO NVSNSAONId BAB 4 Setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah memastikan langkah-langkah pencegahan Denggi dapat dijalaakan dengan berkesan. JAWATANKUASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH PENGERUSI PENGETUA/GURU BESAR NAIB PENGERUS| GURU PENOLONG KANAN HEM WA SETIAUSAHA GURU KESIHATAN SEKOLAH KETUA/PENGAWAS MURID AHLI-AHLI GURU PENYELARAS. KEBERSIHAN TANDAS GURU PENYELARAS. MAKLMAL DAN BENGKEL PENGUSAHA KANTIN WAKIL PIBG IK MANA(MANA PIHAK YANG DIFIKIRKAN PERLU OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR KONTRAKTOR PEMBERSIHAN WAKIL PEJABAT KESIHATAN DAERAH KAWASAN SEKOLAH WAKIL PBT/MAJLIS DAERAH PERANAN JAWATANKUASA $ PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH Merancang dan melaksana pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. Menyebar maklumat tentang bahaya Nyamuk Aedes dan Demam Denggi dalam pelbagai kaedah dan media. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah kepada Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. PERANCANGAN AKTIVITI Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah perlu merancang aktiviti secara berterusan dan berkala untuk memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan. Antara aktiviti yang mesti dijalankan di sekolah. @ D Mengadakan Mesyuarat JK Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah (Sekurang-kurangnya 4 kali setahun). € @D Penyebaran maklumat program aktiviti pencegahan denggi kepada warga sekolah dan ibubapa. a) G D Mengadakan gotong royong (berfokus pembersihan tempat pembiakan Aedes) bersama ibubapa dan agensi luar. _) = D Pemeriksaan mingguan kawasan sekolah seperti bilik darjah, bilik-bilik khas, tandas, kantin dan lain-lain kawasan sekeliling sekolah (penglibatan murid menggunakan borang Senarai Semak Pencegahan Denggi (SSPD). A) < a Menghantar laporan bulanan (Senarai Semak Pencegahan Denggi) ke Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. q) ¢ a) Melaksanakan secara berterusan program aktiviti Pendidikan Pencegahan Denggi seperti kuiz, ceramah, pameran, sudut kesihatan, minggu kesihatan dan sebagainya. & a) Mewujudkan kawasan angkat kepada murid / komuniti untuk pembersihan kawasan. Bagi sekolah-sekolah yang terletak di kawasan yang diwartakan “hot spot” denggi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tindakan berikut perlu dipatuhi : @ + Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah mestilah mewujudkan ‘Task Force’ / ’Flying Squad’ bagi memantau dan mengambil tindakan segera menangani masalah pembiakan nyamuk Aedes. « Pemeriksaan harian kawasan sekolah seperti bilik darjah, bilik-bilik Khas, tandas, kantin dan lain-lain kawasan keliling sekolah. (penglibatan murid menggunakan Senarai Semak Pencegahan Denggi (SSPD). 5) eae « Menghantar laporan secara mingguan (Senarai Semak Pencegahan Denggi) ke Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. C * Berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapat khidmat bantu/nasihat bagi menangani masalah pembaiakn nyamuk Aedes. 5) C Memantau dan membuat laporan segera jika warga sekolah disyaki mengidap penyakit Demam Denggi. 4) cae) 19 __AWAS, DENGGI!!! PASTIKAN NYAMUK AEDES TIDAK MEMBIAK » DI PERSEKITARAN SEKOLAH ANDA! e Periksa di persekitaran sekolah anda serta kawasan sekitarnya seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. e@ Gunakan ubat pembunuh jentik-jentij mengikut sukatan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes. e Laporkan segera ke Pejabat Kesihatan terdekat jika terdapat kawasan / tempat yang disyaki menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah anda. SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA DEMAM DENGGI Tiada Aedes, Cegah Deuggi Pesanan oleh : Bahagian Sekolah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ERHATIAN : Sila perbanyakkan bahagian ini dan tampal sebagai poster semasa wabak denggi. SENARAI SEMAK PENCEGAHAN DENGGI (SSPD) ‘TEMPAT DIPERIKSA / PLACES INSPECTED MINGGU 2[3]4 JUMLAH, TINDAKAN YANG MESTI DIAMBIL / ACTIONS TO BE TAKEN i) Talam Peti Sejuk / Fridge Water Tray Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide: Pelapik Rak Pinggan / Draining Tray Buang air yang bertakung / Drain away the water Tidak menggunakan pelapik / Don't use draining tray Rekahan Simen Kolah Air / Water Storage Pam Tandas / Cistern Mangkuk Tandas Yang Rosak / Non-functioning Toilet Bow! Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide Bubuh garam / Put salt Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvioide Tutup dengan rapat / Close the lid tightly Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide Jika rosak baiki segera If spoilt, repair it immediately Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide Baiki segera/ Repair it immediately 20 SENARAI SEMAK PENCEGAHAN DENGGI (SSPD) MINGGU TINDAKAN YANG MESTI Laces INSPECTED sual DIAMBIL Ww) 2[3[als ACTIONS TO BE TAKEN Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Tutup dengan rapat / Close the lid tightly ‘Telangkupkan atau terbalikkan / Overturn it Baldi / Pail Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Bubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide Tutup dengan rapat / Close the lid tightly Telangkupkan atau terbalikkan / Overturn it Berus dan salin airnya setiap minggu / Brush and change the water weekly Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Tempayan / Earthern Jar Bekas Pat larvicide ameangan Tidak membubuh air tapi membalut a tangkai bunga dengan kapas atau kertas basah / Don't fil it with water but wrap the stem with wet cotton or wet paper Pasu Bunga / Gemburkan tanah setiap minggu / Flower Pot Loosen the soil weekly Berus dan cuci setiap minggu/ Brush and clean weekly Alas Pasu a Bunga / jubuh ubat pembunuh jentik- jentik / Put larvicide Tidak menggunakan alas pasu bunga / Don't use flower pot plate Flower Pot Plate Kumpulkan dan lupuskan dengan sempurna / Collect and dispose property Pelbagai Jenis Tin | Assorted Empt aa als Letak ditempat yang terlindung dari hujan | Place in the shed SENARAI SEMAK PENCEGAHAN DENGGI (SSPD) ‘TEMPAT DIPERIKSA / PLACES INSPECTED TINDAKAN YANG MESTI DIAMBIL / ACTIONS TO BE TAKEN Tayar / Tyre Letak ditempat yang terlindung dari hujan/ Place in the shed Kanvas, Semua Jenis Plastik / Canvas and All Tyoes Of Plastic Bubuh ubat pembunuh jentk- jentik / Put larvicide Buang air yang bertakung / Empty the stagnant water Lipat dan letak ditempat yang terlindung dari hujan / Place in the shed Bekas Minuman Berus, cuci dam salin airnya Binatang / seliap minggu / Receptables For Brush, clean and change the Animal Drinks water weekly Kosongkan airnya / Drain away the water Tin Rendam Bartok darysalis aleve Berus Cat/ seliap minggu / Brush, clean and Tin For ‘change the water weekly Letak ditempat yang terlindung ari hujan / Place in the shed Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly Pe Bubuh ubat pembunuh jentik- i —_— jentik / Put larvicide ‘Tutup dengan rapat / Close the lid tightly Buang/Lupuskan jika tidak digunakan / Throw awaylDispose of if not in use Telangkupkan atau terbalik supaya tidak menakung air / Overturn it so that it will not hold water Panduan menggunakan Senarai Semak Pencegahan Denggi (SSPD). Setiap minggu periksa tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes yang disenaraikan. lsikan jumlah atau bilangan item yang diperiksa. Kemudian tandakan (V ) pada ruangan tindakan yang mesti diambil. Contohnya : Bagi minggu pertama jika jumlah tayar yang diperiksa sebanyak 8 biji, isikan angka 8 dibawah ruangan minggu pertama dan tandakan ( Vv ) pada ruangan minggu pertama dan ruangan tindakan yang mesti diambil. 23 .__AWAS, DENGGI!! PASTIKAN NYAMUK AEDES TIDAK MEMBIAK DI PERSEKITARAN SEKOLAH ANDA! Ihuti Langhah-Langhah Berihut : e Periksa di persekitaran sekolah anda serta kawasan sekitarnya seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. e Gunakan ubat pembunuh jentik-jentij mengikut sukatan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes. © Laporkan segera ke Pejabat Kesihatan terdekat jika terdapat kawasan / tempat yang disyaki menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah anda. SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA DEMAM DENGGI Tiada Aedes, Cegah Denggi Pesanan oleh : Bahagian Sekolah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ERHATIAN : Sila perbanyakkan bahagian ini dan tampal sebagai poster semasa wabak denggi. MZ] NTVAN TLE ING TOS SOALAN/PERTANYAAN LAZIM (FAQ) Apakah penyakit Denggi? Jawapan: Denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang dibawa melalui gigitan nyamuk Aedes. Apakah tanda-tanda dijangkiti demam denggi? Jawapan: Tanda-tanda demam denggi adalah seperti berikut : Demam kuat secara mengejut Ruam merah pada kulit Sengal-sengal otot, biji mata dan kepala Pendarahan pada badan, hidung dan mulut eoee Apakah gejala diserang demam denggi? Jawapan: Gejala diserang demam denggi adalah seperti sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah dan sakit perut. Bagaimana mengenali nyamuk Aedes? Jawapan: Nyamuk Aedes boleh dikenali dengan badan dan kakinya berbelang hitam dan putih. Bilakah waktu nyamuk Aedes aktif menggigit? Jawapan: Nyamuk Aedes aktif menggigit pada awal pagi dari jam 5.00 pagi hingga 7.00 pagi dan lewat petang dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang. Dimanakah nyamuk Aedes membiak? Jawapan: Nyamuk Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam atau di luar bangunan. Berapakah tempoh kitaran hidup nyamuk Aedes untuk menjadi dewasa? Jawapan: — Kitaran hidup nyamuk Aedes adalah satu minggu; e Bermula dari telur, jentik-jentik, kepompong dan seterusnya menjadi nyamuk dewasa. 24 10. Di manakah selalunya nyamuk Aedes akan membiak di sekolah anda? Jawapan: Nyamuk Aedes akan membiak di mana-mana tempat saja yang terdapat air bertakung di sekolah anda seperti berikut : pam tandas mangkuk tandas alas pasu bunga saluran air atap tangki air pasu bunga sinki yang tersumbat celah rekahan simen di dalam kolam ikan yang terbiar tanpa ikan kawasan air bertakung di tong sampah pasu bunga yang menakung air tin. botol, plastik atau bekas bungkusan makanan yang terbiar tayar buruk tong sampah terbiar CO Bagaimana cara untuk mengawal dan mencegah demam denggi? Jawapan: Demam denggi dapat dikawal sekiranya mengamalkan kebersihan persekitaran kawasan sekolah dengan menghapuskan tempat- tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bagaimana cara untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes? Jawapan: Nyamuk Aedes dapat dikawal dengan cara menghapuskan tempat- tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti berikut : e Tutup semua bekas penyimpanan air dengan rapat bagi mengawal dan mencegah nyamuk Aedes daripada bertelur dan membiak. ¢ Berus bekas takungan air dan basuh sehingga bersih sebelum mengisi semula air. e Berus dan buang air dalam alas pasu setiap munggu untuk memusnahkan telur nyamuk Aedes. @ Tanam semua bekas yang boleh menakung air seperti botol, tin, bekas bungkusan makanan, tayar buruk dan sebagainya. 25 Hd: 12. 13. 14. 15. 16. Adakah terdapat racun yang boleh memusnahkan jentik-jentik nyamuk Aedes? Jawapan: Terdapat sejenis racun pembunuh jentik-jentik nyamuk Aedes yang mudah didapati dan selamat digunakan iaitu ABATE. Dimanakah racun pemusnah serangga (ABATE) ini dimasukkan? Jawapan: ABATE boleh dimasukkan ke dalam semua bekas takungan yang tidak dapat dicuci seperti tangki air, kolah air, pasu bunga dan sebagainya untuk membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes. Berapakah sukatan racun pemusnah serangga (ABATE) yang perlu digunakan? Jawapan: Sukatan yang digunakan ialah 1 sudu teh (10 gram) ABATE dicampurkan ke dalam 20 gelen air. Bilakah masa yang sesuai untuk menambah ABATE? Jawapan: ABATE biasanya dimasukkan ke dalam bekas takungan air lebih kurang 3 bulan sekali atau apabila bekas tersebut dibersihkan dan diganti air semula. Bagaimana pula untuk mengawal dan mencegah gigitan nyamuk Aedes? Jawapan: Terdapat beberapa cara mengawal gigitan nyamuk Aedes seperti menggunakan racun serangga (aerosal), pasang jaring di tingkap dan semburan asap (fogging) oleh pihak berkuasa. Apakah yang dimaksudkan dengan semburan asap (fogging)? Jawapan: Semburan asap (fogging) ialah semburan racun serangga bagi membunuh nyamuk Aedes. 26 17. 18. 19. 20. Bagaimanakah semburan asap/kabus (fogging) dilakukan? Jawapan : Semburan asap (fogging) dilakukan dengan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. la dilakukan 200 meter di sekitar kawasan sekolah dengan menggunakan “thermal fogging machine". Di samping itu juga semburan kabus (fogging) akan dilakukan dengan menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan untuk mendapatkan liputan yang lebih luas. Bilakah waktu yang sesuai untuk dilakukan semburan asap/kabus (fogging)? Jawapan : Semburan asap/kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi atau petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif pada waktu tersebut. Berapakah kekerapan semburan asap/kabus (fogging) perlu dilakukan? Jawapan : la akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan diulang selepas 7 - 10 hari kemudian. Pusingan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya. la akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan atau pejabat kesihatan setempat. Adakah ubat/vaksin yang boleh merawat demam denggi? Jawapan : Tiada ubat atau vaksin yang boleh merawat demam denggi. 27 .. AWAS, DENGGI!!! PASTIKAN NYAMUK AEDES TIDAK MEMBIAK DI PERSEKITARAN SEKOLAH ANDA! Ihuti Langhah- Langhah Berikut : © Periksa di persekitaran sekolah anda serta kawasan sekitarnya seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. e Gunakan ubat pembunuh jentik-jentij mengikut sukatan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes. e Laporkan segera ke Pejabat Kesihatan terdekat jika terdapat kawasan / tempat yang disyaki menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah anda. SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA DEMAM DENGGI Pesanan oleh : Bahagian Sekolah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ERHATIAN : Sila perbanyakkan bahagian ini dan tampal sebagai poster semasa wabak denggi pee ma “arta, ey — my Nv Sila IW oe] BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN, LEBOH PASAR BESAR. KUALA LUMPUR. Telefon : 922066 Kawat : '"PELAJARAN' Ruj. Fail : KP. 8591/(95) 21hb. Ogos, 1982. Semua Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri. Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982- Ke Denggi Di Sekolah-Sekolah Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah, adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang sedang menular di negara kita sekarang ini. Dari perangkaan yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan, ternyata bahawa penyakit ini paling banyak berlaku di kalangan umur kanak-kanak sekolah. Kita adalah dikehendaki untuk membantu usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi lain bagi mengawal penyakit ini. 2. Semua pihak sama ada di Jabatan Pelajaran Negeri, daerah atau sekolah dikehendaki untuk memainkan peranan yang positif dalam usaha-usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini. 3. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan tindakan : a) Membersihkan Kawasan - Kawasan Sekolah, Asrama dan Persekitarannya i) Semua bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tin, botol dan tayar lama yang boleh membiakkan nyamuk aedes hendaklah dimusnahkan/ dihapuskan. b) Membunuh Nyamuk Aedes dan Mencegah Pembiakannya i) Bangunan-bangunan sekolah, asrama dan kawasan-kawasan sekitarnya perlu disembur dengan ubat racun serangga, sama ada dengan usaha sendiri atau mendapatkan kerjasama dari Jabatan Kesihatan atau Majlis Tempatan. i. 28 c) d & ii) Bekas / tempat-tempat takungan air seperti kolam dan pasu bunga perlu selalu diganti airnya atau dimasukkan ubat jentik-jentik seperti ‘abate’ ke dalamnya. Merujuk Kes-Kes yang Disyaki Kepada Pihak-Pihak Tertentu (Pegawai Perubatan’ Sekiranya ada tanda-tanda yang boleh disyaki seperti kenaikan suhu badan dengan serta-merta, sakit kepala yang keterlaluan, sakit di bahagian otot-otot dan sendi, hilang nafsu makan, muntah-muntah, timbulnya ruam atau kemungkinan berdarah dan mengejut (shock), hendaklah dirujukkan dengan segera kepada Pegawai Perubatan. Menegaskan Usaha-Usaha Pendidikan Mengenai Penyakit Denggi Samada Secara Formal atau tidak i) Menerangkan tentang penyakit ini di bilik darjah. ii) Mengadakan majlis ceramah kepada murid-murid dan kakitangan sekolah. iii) Mengelolakan majlis dialog / perbincangan dengan kakitangan kesihatan serta pihak-pihak lain yang berkenaan. iv) Mengadakan pameran dan tunjuk ajar mengenai pencegahan dan pengawalan penyakit denggi. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi usaha-usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini Dalam usaha-usaha untuk kempen ini pihak Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah / Sekolah hendaklah seboleh-bolehnya melibatkan penyertaan Persatuan lbubapa dan Guru-Guru dan / atau masyarakat tempatan. Begitu juga sebaliknya pihak Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah / Sekolah boleh menyertai dan bekerjasama dalam usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat tempatan / jabatan / agensi tertentu. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini serta penerangan yang dilampirkan bersama-sama kepada semua kakitangan di Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah / Sekolah dan mengambil tindakan susul yang sewajarnya. 29 *‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA * Saya yang menurut perintah, (DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia. sk. (1) Setiausaha Sulit Kepada, Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia. (2) Setiausaha Sulit Kepada, Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran. (3) Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran. (4) Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran. (5) Timbalan Ketua Setiausaha |, Kementerian Pelajaran. (6) — Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran |, Kementerian Pelajaran. (7) Timbalan Setiausaha II, Kementerian Pelajaran. (8) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran. (9) Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran. 30 PANDUAN RINGKAS MENGENAI DEMAM DENGGI DAN DEMAM DENGGI BERDARAH Pengenalan Demam denggi (Dengue Fever-DF) dan Demam Denggi Berdarah (Dengue Haermorrhagic Fever-DHF) adalah penyakit-penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman-kuman (virus) yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes betina menggigit di siang hari dan senja dan berehat di dalam rumah. Nyamuk Aedes betina bertelur di air jernih. Di antara tempat-tempat di dalam rumah di mana boleh terdapat telur atau jentik-jentik nyamuk ini ialah di dalam takungan air, perangkap semut, pasu bunga, tempayan air dan kolam air mandi manakala di sekeliling kawasan rumah pula ia terdapat di dalam tempat-tempat yang boleh menakung air seperti botol-botol, tin-tin kosong, tempurung kelapa dan tayar-tayar lama. Biasanya Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah bermula dengan kenaikan suhu secara mengejut hinggakan 39°C - 40°C. Keadaan ini berterusan di antara dua hingga tujuh hari. Tanda-tanda lain termasuklah sakit kepala, sakit otot-otot dan sendi, kehilangan nafsu makan, muntah, timbulnya ruam atau kemungkinan berdarah dan mengejut untuk setengah-setengah kes. Kanak-kanak lebih mudah dihinggapi penyakit Demam Denggi. Kawalan Penyakit Demam Denggi Kawalan Penyakit Demam Denggi secara berkesan memerlukan pendekatan dari tiga segi iaitu :- a) pembunuhan Nyamuk Aedes dewasa; b) pencegahan pembiakannya dalam takungan air; dan c) _rawatan ke atas pesakit-pesakit Demam Denggi. Peranan Kementerian Kesihatan Usaha-usaha Kementerian Kesihatan untuk mencegah dan mengawal Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah di Malaysia adalah tertumpu kepada : a) Pendidikan Kesihatan untuk orang ramai; 31 b) Penguatkuasaan undang-undang; dan c) Perkhidmatan-perkhidmatan Kesihatan dan perubatan. Penerangan yang dilakukan melalui Media Massa (Radio TV dan lain-lain) adalah untuk memberitahu orang ramai tentang tanda-tanda demam ini dan bagaimana ia merebak serta langkah-langkah yang boleh di ambil oleh mereka untuk mencegah dan mengawalnya. Di antara langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang yang di ambil oleh Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Tempatan termasuklah : i) membuat lawatan ke rumah-rumah untuk mengesn tempat-tempat pembiakan; ii) | memberi amaran kepada orang yang melalukan kesalahan; iii) _membuat lawatan semula ke rumah-rumah untuk mempastikan tiada terdapat tempat-tempat pembiakan Nyamuk Aedes; iv) mendenda atau mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang masih melakukan kesalahan. Pada masa berlakunya wabak, rumah seseorang pesakit itu akan disembur ubat serangga untuk membunuh Nyamuk Aedes dewasa. Pesakit-pesakit Demam Denggi adalah diberi rawatan di hospital-hospital. 4. Peranan Kementerian Pelajaran Kementerian Pelajaran membantu Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain dalam usaha-usaha untuk mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi. Objektif Kementerian Pelajaran adalah untuk memupuk pengetahuan serta menggalakkan sikap dan amalan yang positif terhadap Kawalan Penyakit Demam Denggi di kalangan kakitangan di semua peringkat, guru-guru dan murid-murid sekolah serta ibubapa. Di antara usaha-usaha Kementerian Pelajaran termasuklah :- a) _mengelolakan projek-projek membersih persekitaran sekolah; b) menghapuskan bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar sekolah; ie 32 ¢) memasukkan ubat ‘abate’ ke dalam takungan-takungan air; d) —membunuh nyamuk Aedes dewasa yang terdapat di kawasan sekolah sama ada dengan usaha sendiri atau mendapat kerjasama dari pihak kakitangan kesihatan; e) —merujuk kes-kes yang disyaki kepada pihak-pihak perubatan melalui saluran- saluran yang tertentu; f) _ menjalankan pendidikan samada secara formal atau tidak formal di dalam atau di luar darjah; g) _mengadakan majlis ceramah kepada murid-murid dan kakitangan sekolah; h) — mengelolakan majlis dailog/perbincangan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru- guru dengan kakitangan kesihatan serta pihak-pihak lain yang berkenaan; i) mengalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam usaha-usaha pencegahan dan pengawalan Demam Denggi; j) | mengadakan pameran dan tunjuk-ajar mengenai pencegahan dan pengawalan penyakit ini; k) mengadakan rancangan khas mengenai_penyakit Demam Denggi melalui radio dan TV Pendidikan; !) | memasukkan bahan-bahan penulisan mengenai penyakit ini dalam majalah Berita dan Risalah yang sedia ada; m) mengelaurkan satu Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai penyakit Demam Denggi; dan n) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain bagi usaha-usaha pencegahan dan pengawalan penyakit Demam Denggi. Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. 25hb. Ogos, 1982 TTO/za. 33 ETE UR EL GN PEKELILING IKHTISAS Surat Pekeliling Ikhtisas No 4/1981: 16 September 1981 Kebersihan Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982: 21 Ogos 1982 Kempen Anti Denggi Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985: 2 Februari 1985. Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989: 7 Jun 1989 Rancangan Kesihatan Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989: 28 Disember 1989 Kebersihan Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1996: 13 Februari 1996 Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997: 9 Julai 1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah SURAT SIARAN Surat Siaran KP (BS/HEP) 8614/045/B(5): 3 November 1997 Program Bersepadu Sekolah Sihat BUKU PANDUAN Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah, 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia Panduan Aktiviti Amalan Kebersihan Sekolah, 1998 Kementerian Pendidikan Malaysia Panduan Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat, 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia Konsep Dan Manual Sekolah Selamat, 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia PASUKANPENGGUBAL _| PENGERUSI SALLEH BIN MOHD HUSEIN Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia NAIB PENGERUSI NOR AZIZAH BINTI IBRAHIM Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah SETIAUSAHA ZAFRULLAH BIN SHAMSUDIN Bahagian Sekolah PENOLONG SETIAUSAHA RAMLI BIN AMIN Bahagian Sekolah AHLI-AHLI BAHRIN BIN MASDUKI YHAYA BIN HUSSIN Bahagian Sekolah JPN Pulau Pinang AHMAD SABRI BIN HJ. AHMAD HJ. JALIL BIN SUDIRAN JPN Kedah JPN Pahang KONG SIEW HONG ISMAIL BIN HAMID JPN Sarawak JPN Melaka CHE NAH BINT! OMAR MAN BIN ATON JPN WP Kuala Lumpur JPN Selangor FUDIN BIN HASHIM YAHAYA BIN MD. RASHID JPN Johor JPN Negeri Sembilan MOHD YUNUS BIN MOHD JAFFAR ROSLI BIN RASHID JPN WP Labuan JPN Perlis. HJ. ISMAIL BIN EMBONG HJ. ABD MANAF BIN DIN JPN Terengganu JPN Perak MOHAMAD BIN MAT AJIT JUSTIN GULOI JPN Kelantan JPN Sabah ZULKIFLY BIN AHMAD SAADUN BIN KASIM Naib Pengerusi MGB Johor Bahru Pengerusi MGB WP Kuala Lumpur NYAMAH BINTI MD. ALI RAMLAN BIN NOORDIN Jabatan Kesihatan Negeri Johor SMK TTDI Jaya, Shah Alam 35 ane Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan terhadap penyediaan buku ini.

Anda mungkin juga menyukai