Anda di halaman 1dari 20

MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)


BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan
negara dan penyelamat bangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia
yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat
sains, teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi
kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”:
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui
suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang
sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan
yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip
Rukun Negara:
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras
dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak
melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan
prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan
Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa
daripadanya, seperti berikut:
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau
latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 1


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

1.0 PENGENALAN

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu
pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal
Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi
dan misi sekolah ke arah kegemilangan.

Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan
masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak
perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu
perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu
memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.

2.0 DASAR PENGURUSAN KELAS

2.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama


persekolahan (Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 7.30 pagi.
Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng
sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun,
sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan
untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c) BJKM hendaklah ditandakan mengikut simbol-simbol yang diberi panduan di
dalam BJKM cetakan MGB / MPSM.
d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan
dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 2


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan


ditandatangani ringkas.
e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat untuk
memudahkan Guru Kelas merekodkan data kehadiran murid dalam Sistem
APDM.
f) Pembantu tadbir / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data
kehadiran murid ke dalam Sistem APDM secara atas talian (on-line) sebelum
pukul 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
g) BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 hari bulan tiap-tiap bulan berikutnya.

3.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)

3.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak
RM120.00 bagi sekolah rendah / RM 240 bagi sekolah menengah setiap tahun
wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pendidikan Perak / Pejabat Pendidikan
Daerah Hulu Perak terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah.
Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada Pengetua / Guru Besar. – (rujuk
UPS/SPS)

4.0 PENDAFTARAN MURID BARU

4.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan
telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
4.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dan
Borang Aplikasi Pangkalan Data Murid dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga
pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama Borang SMM dan Borang
APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
4.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru dalam Sistem APDM. Bagi
murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat.
4.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang
bentuk bantuan dan melaporkan kepada PK HEM.
4.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan
khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll),
serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 3


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

5.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

5.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon
sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga (yang telah lengkap) kecuali
pertukaran antara negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa / penjaga. (Rujuk
Unit Pengurusan Sekolah). – masalah pertukaran ke luar negara – Rujuk UPS /
SPS.
5.2 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM
kelas.
5.3 Bagi pertukaran keluar, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah
dipulangkan (di luar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan
diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
5.4 Untuk pertukaran dalam zon yang sama, PK HEM merekodkan judul buku yang
akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod
dan tindakan lanjut.
5.5 Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid
untuk rujukan pihak sekolah baru.
5.6 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, Tingkatan 3 yang
diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau mana-
mana institusi pendidikan bukan di bawah KPM, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas,
serta murid yang telah lama berhenti sekolah sekolah dengan kerelaan sendiri
untuk tujuan tertentu. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya
dikeluarkan jika pemohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa /
penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid bukan warga negara rujuk
UPS / SPS).
5.7 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil
berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 5.6 dan selagi murid itu
berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.

6.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

6.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
Bendahari
AJK Kebersihan
AJK Keceriaan

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 4


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

AJK Keselamatan
AJK SPBT

6.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:


6.2.1 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
6.2.2 Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan kelas
6.2.3 Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
6.2.4 Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
6.2.5 Inventori Kelas - ditampal pada pintu
6.2.6 Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
6.2.7 Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata
Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada
papan kenyataan kelas.
6.2.8 Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam,
penyeduk sampah, tong sampah, baldi dan sebagainya hendaklah
disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
6.2.9 Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan.
6.2.10 Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah
disediakan di tempat yang bersesuaian.
6.3 Bilangan kehadiran harian mestilah ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas)
atau di tempat yang muah dilihat.
6.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan
semua kerusi dan meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah
diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

6.5 Kebersihan kelas:


6.5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan
setiap hari persekolahan.
6.5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan
dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar.
6.5.3 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam
laci meja murid dan tong sampah dibuang pada waktu akhir setiap
hari.
6.5.4 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan
kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
6.5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan
sebelum meninggalkan kelas.
6.5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup.
6.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau
rosak.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 5


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

6.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:


6.7.1 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
6.7.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yang rosak
kepada Guru Besar.
6.7.3 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik
menjalankan tugas.

7.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

7.1 Ponteng Sekolah


7. 1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah
dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada
keesokan harinya.
7. 1.2 Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas (sila rujuk Nota
4.1(c).
7. 1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
7 hari selepas Surat 10 hari selepas Surat
Amaran II
Amaran I Amaran I
7 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat
Amaran III
Amaran II Amaran II
Buang 14 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat
Sekolah Amaran III Amaran III
Jumlah
31 hari 60 hari
Keseluruhan

7. 1.4 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan


hantaran surat kepada ibubapa/penjaga dalam Fail Ponteng Sekolah. –
gunakan Sistem Sahsiah Diri Murid Versi 2.0 (SSDM Versi 2.0)
7. 1.5 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti dicetak dalam 3 salinan dan
ditandatangani oleh PK HEM / Pengetua / Guru Besar.
7. 1.6 Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar.
7.1. 6. 1 Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga,
7.1. 6. 2 salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Ponteng Sekolah
7.1. 6. 3 dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail Guru Bimbingan
& Kaunseling.
7.1. 6. 4 Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-
surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT:
Amaran Terakhir.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 6


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

7. 1.7 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,
peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
7.1. 7. 1 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat
jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
7.1. 7. 2 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat
jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa
dengan PK HEM terlebih dahulu.
7.1. 7. 3 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah
bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua /
Guru Besar.
7. 1.8 Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula
setelah membuat rayuan :
7.1. 8. 1 Kes Ponteng Kali Pertama – Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Perak
7.1. 8. 2 Kes Ponteng Kali Ke Dua – Jabatan Pendidikan Negeri Perak

7.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)


7. 2.1 Semua Guru Kelas mestilah memastikan kelas mereka mempunyai BKK
setiap hari.
7. 2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi. Adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru
Disiplin selepas tamat waktu persekolah setiap hari.
7. 2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan
kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
7. 2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas
pada masa tersebut. Bagi kelas bergabung seperti Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Lukisan Kejuruteraan, ERT,
KHB dan Pendidikan Jasmani, BKK akan dibuat secara berasingan.
7. 2.5 Guru jugamenstilah mencata nama-nama murid yang keluar kelas / lambat
masuk kelas / ponteng kelas semasaguru mengajar.
7. 2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih
dan teratur sebelum menandatangani BKK.
7. 2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan mesti dikendalikan / diambil
tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes
sederhana dan berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan
Penyelaras BKK (Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada keesokkan
harinya. Jika kes sederhana dan berat yang memerlukan tindakan segera,
buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru
Disiplin / GPK HEM.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 7


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

7. 2.8 Penyelaras BKK (Ketua Guru Disiplin) akan menyemak BKK setiap hari
dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya
pada keesokkannya.
7. 2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna
mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM
pada setiap akhir semester 1 & 2.
7. 2.10 Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada
Ketua Guru Disiplin Sekolah dengan segera.
7. 2.11 Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK, Ketua Guru
Disiplin hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua/Guru
Besar.

7.3 Pas Keluar


7. 3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar
daripada GPK HEM pada awal tahun.
7. 3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru
dan sebagainya mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran
serta memakai pas berkenaan.
7. 3.3 Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar
lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa.
7. 3.4 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas
untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang berada
dikelas sebelahnya jika tiada guru.
7. 3.5 ** Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Guru Besar, Penolong Kanan
atau Guru Kelas dengan mengisi dalam Buku Rekod Meminta
Kebenaran Balik Awal di pejabat am dan menelefon kepada ibu bapa/
keluarganya untuk mengambil mereka.
7.3.6 **Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran,
sila memberi amaran atau laporkan kepada Guru Besar atau
Penolong Kanan dengan segera.

7.4 Disiplin Murid


7. 4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru
mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap
masa.
7. 4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati
seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
7. 4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid
yang berat kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Guru Besar.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 8


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

7. 4.4 Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah


ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan
supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan
rela hati.
7. 4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang
boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
7. 4.6 Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada
murid- murid.

7.5 Kawalan /Tanggungjawab Guru


7. 5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai
satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali
mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang).
7. 5.2 Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering
menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih
terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
7. 5.3 Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid
tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
7. 5.4 Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru
sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di
belakang kelas.
7. 5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima
kelas.
7. 5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang
selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kena
pasti sebab- sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.

7.6 Dasar Umum Disiplin


7. 6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke
sekolah setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
7. 6.2 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi
penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-
tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
7. 6.3 Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah
juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa.

7.7 Pemeriksaan Mengejut


7. 7.1 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas
murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak
pentadbir sekolah.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 9


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

7. 7.2 Guru disiplin/ guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut
dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
7. 7.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan
direkod oleh guru berkenaan dalam SSDM Versi 2.0 dan Buku Rekod
Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di bilik Guru Besar.
7. 7.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik Pengetua / Guru Besar.
7. 7.5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut
balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan Pengetua /
Guru Besar dan menandatangani surat perjanjian.
7. 7.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan
setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembag Disiplin & AJK PIBG.
7. 7.7 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab
murid- murid.

7.8 Kaedah Mengatasi Disiplin


7. 8.1 Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
7.8. 1. 1 semua guru
7.8. 1. 2 kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
7.8. 1. 3 bilik-bilik khas

7. 8.2 Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara
berhemat dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan
disiplin yang lebih berat.
7. 8.3 Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
7.8. 3. 1 Merekod kesalahan murid di dalam SSDM Versi 2.0
7.8. 3. 2 Guru Disiplin, PK HEM, Pengetua/Guru Besar dan Guru
Bimbingan & Kaunseling akan menguruskan kes salahlaku disiplin
murid yang direkod di dalam SSDM V2.0.
7. 8.4 Senarai nama murid dan dipamerkan di papan kenyataan :
7.8. 4. 1 Kedatangan penuh – 2 kali setahun
7.8. 4. 2 Sijil Sifar Ponteng – kelas yang berjaya mengekalkan sifar
ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. – Walaupun tidak hadir,
ianya mesti bersebab.
7.8. 4. 3 Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil
dan anugerah pada akhir tahun.

7.9 Pengurusan Perhimpunan


7. 9.1 Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu
(Isnin).

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 10


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

7. 9.2 Masa perhimpunan 30 minit untuk sekolah rendah dan 40 minti untuk
sekolah menengah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan
kelas.
7. 9.3 Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru
bertugas dan pengawas sekolah.
7. 9.4 Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat
atau sakit.
7. 9.5 PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk
memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan
bertindak sebagai role model.

8 DASAR KEBAJIKAN MURID

8.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada
data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini.
8.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
8. 2.1 Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi
selewat- lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
8. 2.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon
yang sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17 Mac 2008).
8. 2.3 Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid
dibalut kemas, ditulis nama dan melengkap isi maklumat dalam cap SPBT.
8. 2.4 Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin
bertukar sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut
dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
8. 2.5 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir
tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang
tidak memulangkannya.
8. 2.6 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

8.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling


8. 3.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan
kepada empat fokus utama iaitu:
8.3. 1. 1 Pembangunan sahsiah diri murid
8.3. 1. 2 Peningkatan disiplin diri murid
8.3. 1. 3 Pendidikan kerjaya murid
8.3. 1. 4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid
8. 3.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan
hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
8. 3.3 GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan
saranan sama ada secara individu atau kelompok.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 11


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

8. 3.4 GBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya


mereka, terutamanya calon-calon lepaasan SPM yang ingin membuat
pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
8. 3.5 GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada
murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga.
Laporan sesi kaunseling perlu disediakan.
8. 3.6 Bagi murid yang telah digantung / dibuang sekolah dan diterima
bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan
dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
8. 3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang
murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang
menghadapi masalah disiplin.
8. 3.8 GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am.
8. 3.9 GBK Lantikan Sekolah mestilah dilantik Guru Besar dan memegang
jawatan tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun.
8. 3.10 Bidang tugas utama GBK Lantikan Sekolah adalah ;
8.3. 10.1 Melaksanakan ujian psikometrik Tahun 3 dan Tahun 6.
8.3. 10.2 Mengisi dan melengkapkan Laporan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling (LPBK)
8.3. 10.3 Melaksanakan Amalan Guru Penyayang dan Dasar Warga
Emas Negara.

8.4 Dasar Kebajikan Murid

8.5 Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:


8. 5.1 Bilangan anak yatim di dalam kelas
8. 5.2 Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
8. 5.3 Bilangan murid OKU.
8.6 Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang
boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya
menerima bantuan ke dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) seperti:

8. 6.1 Skim Pinjaman Buku Teks


8. 6.2 Bantuan Khas Awal Persekolah (BKAP)
8. 6.3 Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
8. 6.4 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
8. 6.5 Program Susu 1 Malaysia
8. 6.6 Biasiswa
8. 6.7 Jaket Keselamatan (jika berkenaan)
8. 6.8 Bantuan Pakaian Seragam (jika ada)
8. 6.9 Derma Kebajikan (jika ada)
8. 6.10 Skim Takaful Pelajar Malaysia

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 12


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

8.6. 10.1 Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar


sekolah adalah bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk
manfaat kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi
meringankan beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka
sekiranya berlaku apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi
kemalangan ke atas diri murid.
8.6. 10.2 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM
sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan /
kematian atau bencana.
8.6. 10.3 Pihak sekolah disarankan memain peranan untuk membantu
ibu bapa / penjaga untuk melakukan tuntutan TPSM.

9.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

9.1 Rekod Kesihatan Murid


9.1.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku
Rekod Kesihatan.
9.1.2 Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku
Rekod Kesihatan.
9.1.3 Guru Kelas mestilah memastikan buku ini diedarkan kepada ibu bapa /
penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan
terhadap anak / anak jagaannya.
9.1.4 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di
sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya
sehinggalah ke sekolah menengah.
9.1.5 Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan
buku tersebut, murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
9.1.6 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini
diperlukan apabila pemeriksaan fizikal ataupun semasa suntikan diberikan
kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6 oleh pegawai kesihatan.
9.1.7 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar
sekolah.

9.2 Kad Pergigian Murid


9.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
9.2.2 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi
terhadap anak / anak jagaannya.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 13


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

9.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang
berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang
ditetapkan.

9.3 Surat Rawatan Murid


9.3.1 Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
9.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-
mana Penolong Kanan.
9.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di
mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

9.4 Murid Sakit


9.4.1 Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang
sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
9.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata
pelajaran atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan
untuk menjemputnya di sekolah.
9.4.3 Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid
berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan
sekolah.
9.4.4 Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau
kecederaan, Guru Kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan
menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat sama ada
menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi
ambulans.
9.4.5 Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang
dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas Harian dan Buku Rekod
Keluar Murid.

9.5 Kantin Sekolah


9.5.1 Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha
kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga
seluruh kawasan kantin.
9.5.2 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM
dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
9.5.3 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau
pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
9.5.4 Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan kepada
Pejabat Pendidikan Daerah dengan kadar segera sebaik sahaja menerima
aduan daripada murid.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 14


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

9.5.5 Guru-guru bertanggungjawab menasihatkan kepada semua murid supaya


mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli
makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
9.5.6 Guru Bertugas Harian dan Guru Disiplin hendaklah berada di kantin bersama-
sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
9.5.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar waktu rehat
kecuali dengan kebenaran khas.

9.6 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah


9.6.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan
sekolah.
9.6.2 Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya
menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
9.6.3 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah
dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9.6.4 Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan
kelas dibersihkan setiap hari iaitu sebelum pukul 7 pagi waktu persekolahan.
9.6.5 Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan
kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan
Pengajaran.
9.6.6 Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masing-masing
dengan kemas sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.
9.6.7 Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas
selepas tamat persekolahan.

10.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH


10.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan,
Kesihatan, Keselamatan ).
10.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka
berada di kawasan sekolah dan sesi persekolahan.
10.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan
kemalangan(Skim Takaful Pelajar Malaysia).
10.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat
kebenaran daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan ibu bapa / penjaga murid.
10.5 Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh
guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 15


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

10.6 Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10
orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru
perempuan.
10.7 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh
semua pihak terutama sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti
dilaksanakan.

10.8 Latihan Kecemasan Kebakaran


10.8.1 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill)
dijalankan 2 kali setahun.
10.8.2 Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi
dan berfungsi.
10.8.3 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas /
bilik khas mengikut Pelan Kecemasan dengan segera, tetapi secara
teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas
atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
10.8.4 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan
elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
10.8.5 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) / Senarai nama murid
dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.
10.8.6 Guru kelas mestilah mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
Pentadbir dengan serta-merta.

10.9 Polisi Keselamatan Sekolah


10.9.1 Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah iaitu :-
a. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
b. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
c. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
10.9.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini
dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah
yang selamat kepada semua warga sekolah.

10.10 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat


10.10.1 Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan
diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu
laluan masuk.
10.10.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati
memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk
mengelakkan sebarang kemalangan.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 16


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

10.10.3 Murid-murid yang memandu kenderaan ke sekolah mestilah


memiliki lessen memandu dan insuran kenderaan bermotor.

10.11 Kawalan Keselamatan


10.12 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya
mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar
sekolah.
10.13 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat
yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod
Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
10.14 Khidmat Warden / Pengawal Keselamatan lalu lintas bagi mengawal
pergerakan murid keluar dan masuk dalam kawasan sekolah. –dalam
pertimbangan kerajaan.
10.15 Murid mematuhi isyarat yang diberikan oleh warden / pengawal keselamatan
lalu lintas.

11.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


11.1 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
11.2 Agenda tetap :
11.2.1 Ucapan Pengerusi
11.2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
11.2.3 Perkara Berbangkit / Maklum Balas
11.2.4 Pembacaan Kuat Dasar-Dasar Baru/ SPI/ Surat Siaran Rasmi
11.2.5 Analisis Laporan Salahlaku Murid
11.2.6 Analisis Laporan Kehadiran Murid
11.2.7 Laporan Program 3k
11.2.8 Hal-Hal Lain
11.3 Ahli mesyuarat :
11.3.1 Pengerusi – Pengetua / Guru Besar
11.3.2 Timbalan Pengerusi – PK Hal Ehwal Murid
11.3.3 Setiausaha – Dilantik
11.3.4 Ahli
Semua Penolong Kanan,
Semua Setiausaha Di Bawah Hal Ehwal Murid
Semua Guru Kelas
Penyelaras Tahun / Tingkatan
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Guru Disiplin

12.0 SENARAI JAWATANKUASA BERKAITAN HAL EHWAL MURID YANG PERLU


DITUBUHKAN :
12.1 JK Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid
12.2 JK Pelaksana Guru Penyayang
12.3 JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan)
12.4 JK Lembaga Disiplin

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 17


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

12.5 JK Kebajikan & Bantuan Murid


12.6 JK Pengurusan Disiplin Sekolah
12.7 JK Kantin Sekolah
12.8 JK Rancangan Makanan Tambahan dan PS1M
12.9 JK SPBT
12.10 JK Badan Pengawas Sekolah
12.11 JK Pendidikan Pencegahan Dadah
12.12 JK Bimbingan Dan Kaunseling
12.13 JK Perabot

TARIKH KUAT KUASA DASAR

Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid ini diperbuat dan digunapakai di semua sekolah di
Daerah Hulu Perak mulai 6 Januari 2013. Dikemaskini untuk digunapakai bermula 3 Januari
2018.

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 18


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

EN. MOHD FADLI BIN HASAN EN. AWANG BIN ISMAIL


Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling
Penyelia Hal Ehwal Murid
(Murid)
Data Laporan Perkhidmatan bimbingan Pengurusan Hal Ehwal Murid
dan kaunseling Asrama Harian
Kawal Selia keberkesanan Perkhidmatan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
GBKSM GBSR Bantuan Dan Biasiswa
Psikometrik E-Profil Kerjaya Murid Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Program Kerjaya Daerah
Program Motivasi Daerah
Pertandingan Amalan Terbaik
EN. MAHAMAD ZAIDI BIN SALEH

Penolong PPD Hal Ehwal Murid


Kehadiran Murid
Disiplin Murid
e-Kehadiran / APDM
SSDM Versi 2.0
Dashboard PPD
Permohonan Rayuan Kemasukan Semula
SPKS-SM
Pemegang Matriks KPI
PN. SURIATI ZAINI BINTI ABDUL
EN. MOHD FAJRUL IMAN BIN MD TAHIR
RAHMAN
Penyelia Hal Ehwal Murid Penolong PPD Pendidikan Pencegahan
Dadah
Pengurusan Kantin Pemantauan fail PPDa sekolah
Program Susu 1Malaysia (PS1M) Selia bantu pelaksanaan SUIT dan IMfree
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Pengurusan program PPDa (PINTAR &
Program 3K SHIELDS)
SPKS - SR Pengurusan ujian urin pengesanan awal
Pengurusan ujian urin susulan

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 19


MOVING FORWARD : Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

SENARAI JURULATIH HAL EHWAL MURID SESI 2018

Bil Bidang Nama Jurulatih Sekolah No Telefon


1. Psikometrik (Menengah-Ting 1, 3, 4 & 5) En. Mohd Faizal Bin Mohd SMK Dato’ Seri Wan 012-9542423
Fauzi Mohamed
2. Psikometrik (Rendah, Tahun 3 & 6) Pn. Suria Binti Yaacob SK Kerunai 013-3215832
3. Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Cik Nor Zuwainahayu Binti SMK Sultan Idris Shah Ii 013-5155766
Kaunseling LPBK (Menengah) Mohd Yunus
4. Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Pn. Nur Shafawati Binti Hasan SK Batu 4 013-4472660
Kaunseling LPBK(Rendah)
5. Laporan Perkhidmatan Bimbingan & SK Rps Kemar 019-4808771
En. Marno Azman Bin Omar
Kaunseling LPBK(Rendah)
6. Tracer Study Lepasan SPM Cik Ku Shakimah Binti Ku SMK Gerik 019-8182104
Ahmad
SPADA – Psikologi Kaunseling
7. Ahmad Tarmimi bin Mohd SMK Gerik 019-9686843
(Penyalahgunaan Dadah)
SPADA – Psikologi Kaunseling
8. Pn. Mashitah Binti Yunus SMK Batu 4 019-5756843
(Penyalahgunaan Dadah)
9. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Wong See Yan SMK Tun Saban 011-58199827
10. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Salwana Bt Mat Rashid SABK Tan Sri Ghazali Jawi 019-2312605
11. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Fah Anita Bt Mohamad SK Gelok 019-5746349
12. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Zarina Bt Abdullah SK Batu 4 019-5130724
13. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Alsarini Bt Ibrahim SK Sri Adika Raja 011-10751493
14. Skim Pinjaman Buku Teks Cik Lee Sau Moy SJK(C) Chung Wa 013-5172633
15. Skim Pinjaman Buku Teks Cik Punitha A/P Muniandy SJK(T) Ladang Kota Lima 013-4667835
16. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Zailatul Azian Bt Hj Zainal SK Kroh 013-4430369
17. Skim Pinjaman Buku Teks Pn Rozita Bt Razak SK Kampung Lalang 012-2794097
En. Erwansyahrulnaim Bin
18. Asrama SMK Tun Saban 019-5639979
Zahari
19. Biasiswa Pn Suraya Bt Suhaimi SMK Sultan Idris Shah Ii 0194222110
20. KWAMP Pn Hani Azma Bt Zainal SK Tasek 0192761977

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak 20

Anda mungkin juga menyukai