Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1/2017

SK Kota Perdana
26700 Muadzam Shah
Pahang.

Tarikh : 16 Januari 2017


Masa : 1 : 45 Tengah hari
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup

Kehadiran:
1. En. Mohd Faizzuddin bin Rany
2. En. Mohd Anuaruddin bin Zainal

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN


KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru PJK ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali -1 bagi sesi 2017

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

2.2 DSKP dan Rancangan Pengajaran Tahunan diserahkan kepada guru PJK.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan.
Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2017. RPT
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft
Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-


kurangnya perlu ada :
2.4.1 Tajuk
2.4.2 Standard Kandungan
2.4.3 Standard Pembelajaran
2.4.4 Objektif Pembelajaran
2.4.5 Aktiviti
2.4.6 Bahan Bantu Mengajar
2.4.7 Refleksi
AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatanberbentuk pengetahuan am akan


diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada
aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3
untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan
didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke laman web PAJSK.

AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta
peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.

4.2 En. Mohd Anuaruddin mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah
Pertandingan kuiz menggunakan sumber kewangan PCG.

4.3 En. Mohd Faizzuddin supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah
bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam
KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian
untuk murid tahap 1.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin
bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit
untuk setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang
segera untuk proses membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.


Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………………………
………………………………………………..
( En. Mohd Anuaruddin bin Zainal ) ( En. Mohd Faizzuddin bin Rany )
Setiausaha Panitia PJK , Ketua Panitia,PJK
SK Kota Perdana SK Kota Perdana

Anda mungkin juga menyukai