Anda di halaman 1dari 3

1) PENGENALAN

Bagi membina insan guru yang mempunyai ketahan fizikal dan mental serta
cemerlang dalam semua aspek, seorang guru hendaklah menjalai latihan dari segi
mental dan fizikal yang bersesuian dengan profesion perguruan. Bertunjangkan
kepada objektif pendidikan Negara yang menginginkan insan guru yang berakhlak
mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan, maka bakal guru diwajibkan untuk mengikuti
Program Bina Insan Guru (BIG) bagi memenuhi syarat mendapatkan Ijazah Perguruan
Malaysia.
Maka pada 2 Oktober 2017 sehingga 6 Oktober 2017 pelajar PISMP ambilan Jun 2015
telah menjalani kem BIG Siri 3 di Kem Alapong Lundu Kuching. Pelajar yang terlibat
dalam program kali ini dari kelas Sejarah, TESL, Pendidikan Agama Islam, Matematik
1 dan Matematik 2. Program ini disertai seramai 74 orang pelajar. Program ini berada
di bawah jagaan Kem Komandan iaitu Encik Mahdi serta ketua jurulatih Encik Ipot
anak Angki dan jurulatih-jurulatih daripada IPG Kampus Batu Lintang termasuk
mentor-mentor bagi setiap pengajian.

2) KEKUATAN
Pertamanya, saya telah mengenal pasti kekuatan sepanjang program ini berlangsung.
Saya sedari antara kekuatan yang kumpulan kami ada ialah nilai kerjasama yang
begitu tinggi. Nilai kerjasama ini tidak akan dapat dipupuk sekiranya tiada
kesefahaman antara satu sama lain. Khasnya dalam aktiviti membina rakit dimana
kami sekumpulan seramai empat ahli mempelajari bagaimana untu membuat ikatan
membuat rakit. Dalam mengejar masa yang dikhaskan dalam membuat rakit kami
dapat mempelajari serba sedikit ikatan yang penting untuk membuat rakit.
Rasionalnya yang dapat kami sekumpulan dalam aktiviti membina rakit adalah ilmu
kemahiran hidup ketika berada di kawasan pendalaman yang menggunakan sungai
sebagai laluan utama dan pada waktu tersebut guru menghadapi masalah ketiadaan
bot atau sampan untuk melalui jalan sungai. Maka ilmu membina rakit ini dapat
membantu guru untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan
apabila berada di kawasan pendalaman.

Selain itu, pengelaman semasa berakit sangat menyeronokan kerana sangkaan


bahawa rakit itu tidak dapat terapung sekiranya ditambah beban. Namun begitu erti
kerjasama dan keyakinan terhadap pasangan yang berakit amat penting. Pengelaman
ini saya dapat kaitkan dengan pergaulan seharian saya sebagai seorang guru dimana
segala tugasan atau permasalahan harus dipikul bersama dengan jiwa yang kental.
Dari segi kemahiran berakit tidak semudah yang dijangkakan kerana saya mahir

1
dalam mendayung perahu. Teknik yang digunakan adalah sedikit berlainan atas faktor
daya apungan rakit dan perahu berbeza. Dengan pengelaman ini, saya dapat
merasakan bahawa sesuatu pengelaman yang berharga diperolehi daripada berakit.
Sebagai contoh, perahu sekiranya didayung dengan kuat maka lebih ceat tetapi
berbeza dengan rakit kerana apabila didayung dengan kuat maka hadapan rakit akan
melangar ombak yang tinggi menjadikan geseran lebih besar maka rakit akan menjadi
perlahan. Maka dengan ini saya telah mencuba untuk mendayung dengan rentak yang
betul maka masalah ini didapati telah diatasi.

Seterusnya, aktiviti Abseiling merupakan satu pengalaman yang baru. Kami


menjalakan aktviti Abseiling dengan menuruni bukit dalam jarak 50 meter. Terdapat
beberapa kekuatan yang saya dapat kenal pasti ketika saya melakukan aktivti ini.
Kekuatan pada saya ialah saya tidak takut pada ketinggian, memberi keyakinan
kepada saya untuk berani mencuba. Melalui aktviti ini juga saya mempelajari bahawa
sebagai seorang guru hendaklah percaya kepada diri sendiri dan sanggup menerima
risiko terutamanya dalam bidang pendidikan. Walaupun kelihatan mudah, tetapi
apabila mengalami aktiviti ini terasa takut terutamanya pemikiran negatif mengatakan
bahawa saya akan terjatuh sekiranya tali terputus. Tetapi jurulatih Abseilling
memberikan keyakinan agar mempercayai jurulatih dan sangat penting adalah
mempercayai diri sendiri mengatasai kegayatan dengan tempat tinggi.

Di samping itu, aktiviti kembara darat membentuk personality saya sentiasa


memikirkan kekurangan orang lain menjadikan kekuatan kepada diri dan kelemahan
saya merupakan kekuatan orang lain. Semasa aktiviti ini, saya dapati bahawa
kerjasama amat penting dan situasi ini amat ketara ketika mencari arah untuk sampai
ke destinasi yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Sekiranya kami tidak mendengar atau
tidak berkerjasama maka perjalanan akan menjadi sukar. Melalui aktiviti ini kami slaing
membantu terutamanya dalam mendaki bukit yang curam dimana strategi diperlukan
untuk melepasi halangan ini.

3) KELEMAHAN
Tidak dapat saya nafikan bahawa ada juga kekurangan dalam diri saya secara
kecilnya, dan dalam kumpulan kami secara besarnya. Antara kekurangan yang ada di
dalam diri saya ialah kurangnya sikap sabar. Dalam berakit, kesabaran saya tercabar
apabila jurulatih-jurulatih dan pensyarah-pensyarah melakukan provokasi kepada
kami. Saya melantangkan suara untuk menandakan bahawa saya sudah tidak sabar

2
lagi dengan provokasi-provokasi tersebut, saya merasakan bahawa sikap ini
keterlauan hingga mengejek pasangan tidak hebat atau mahir dalam mendayung.

Selain itu juga, kekurangan yang paling ketara dalam kalangan kami ialah kami masih
lagi tidak pandai untuk mengatur masa dengan bijak. Kami selalu sahaja terlewat untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti, terutamanya ketika waktu pengurusan diri dan juga
penyediaan makanan untuk makan malam. Ada kalanya aktiviti yang sepatutnya
dilaksanakan terpaksa dianjak masanya. Sememangnya, perkara ini tidak sepatutnya
berlaku dan seharusnya segera diatasi oleh kami semua. Sebagai seorang guru
pelatih yang bakal bergelar guru suatu hari nanti, saya seharusnya memastikan saya
sendiri mengubah diri saya untuk sentiasa menepati masa. Dengan perubahan yang
saya lakukan terhadap diri saya, barulah saya wajar untuk membantu rakan-rakan
guru pelatih yang lain untuk mengatasi masalah kami ini.

Walaupun demikian, sepanjang program ini juga saya telah mengenalpasti beberapa
halangan, cabaran dan juga ancaman yang menduga saya secara peribadi dan juga
kumpulan kami secara umumnya. Secara peribadinya, cabaran yang perlu saya atasi
ialah kekuatan fizikal saya. Sepanjang program ini, banyak aktiviti yang memerlukan
kekuatan fizikal telah dirancang. Saya akui bahawa pada hari kedua, saya telah pun
merasakan kepenatan dan kelelahan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Bahkan, saya juga sedari bahawa saya merupakan seorang yang mabuk laut dan ini
juga merupakan halangan peribadi saya dalam melaksanakan aktiviti laut. Namun
begitu, saya kuatkan azam untuk menyempurnakan aktiviti tersebut dengan jayanya
kerana saya yakin dengan keazaman yang kuat sahajalah yang mampu melawan
segala halangan.

4) KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, program ini sememangnya membawa seribu satu manfaat
kepada saya dan juga guru pelatih yang lain. Manfaat, peluang, cabaran dan
pengalaman yang diperoleh melalui program ini akan menjadi guru yang baik untuk
diri saya kelak. Saya berasa amat beruntung dan bersyukur kerana diberi peluang
untuk menyertai program ini pada kali ini. Jika diberi peluang sekali lagi untuk saya
mengikuti program sebegini, saya pasti akan menyahutnya.

Anda mungkin juga menyukai