Anda di halaman 1dari 16

DASAR HAL-EHWAL MURID (HEM) .

PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap
prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan
mereka. , atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM
bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid
sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi
sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan
komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan
pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan
matlamat sekolah tercapai.Kerjasama yang erat antara semua guru dan
murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid


berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF

Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan


Hal Ehwal Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan di peringkat sekolah.

Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti


berikut :
1.4.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat
murid.
1.4.2. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau
penjaga.
1.4.3. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran
sekolah
dan maklumat murid sebelum akhir bulan Februari

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun
Tiga hingga tahun enam..
2.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.5.1 Pencalonan oleh guru kelas.
2.5.2 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.5.3 Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.5.4 Majlis watikah perlantikan
2.6 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering
melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


menepati
sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :
3.1.1 Bilangan murid yang terlibat.
3.1.2 Pemilihan murid yang tepat.
3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara


berfaedah
seperti berikut :
3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :


3.3.1 Pemeriksaan mata.
3.3.2 Pemeriksaan gigi.
3.3.3 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.3.4 Pemeriksaankesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.


3.4.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :


3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2 Gotong-royong.
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara
spontan bila menjumpainya.
3.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.
4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua
murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN
MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak


akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5.1.4 Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan


seperti kebakaranmelalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan
perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang


dianjurkan oleh
perbagai pihak seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.

7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.


7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2016

1. Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1

Pendaftaran tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui ‘online’ sebelum


sesi persekolahan awal tahun bermula.Murid-murid Tahun 1 diberikan
pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi
membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong


Ketua Darjah

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan


dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai
kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat
menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong


Ketua Darjah

Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan


penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap
tahun.Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid
yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru

Sambutan diadakan mengikut arahan JPN pada tarikh yang di


tetapkan setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada
guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun,


iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua.
Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk
memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan
betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan


bermula pada 15 Ogos hingga 17 September setiap tahun.Selain itu,
pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti
perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup
Sambutan Bulan Kemerdekaan.Selain itu, acara-acara lain yang turut
dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan
kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan
pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak

Mulai tahun ini,pihak sekolah akan menyambut hari kanak-kanak dan


Hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit
kokurikulum.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan,
persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT

Seramai --------- orang murid dari sekolah ini telah mendapat


RMT.murid-murid tersebut diberikan makanan pada pukul 7.15 pagi.
Murid lain membawa bekalan dari rumah atau membeli makanan di kantin.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan


untuk
murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun.Kedua-dua Imunisasi ini
diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan
Kuala Selangor. (Jadual akan diberi oleh klinik kesihatan pada awal tahun).
10. Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan


pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan
memberikan rawatannya.Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid


Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan
mula diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu,
pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin
memohon ke sekolah berasrama penuh sekiranya ada yang
meminati.

14. Bantuan Kebajikan Murid

Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak


luar seperti PIBG, ADUN dan pelbagai lagi dalam membantu murid-
murid yang kurang berkemampuan.Bantuan-bantuan yang diberi
seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai
lagi.

16. Sesi Kaunseling


Sekolah tidak mempunyai guru kaunseling sepenuh masa namun
pengurusan sekolah telah melantik seorang guru kaunseling. Guru
kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi
membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain
secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

16. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak


polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga.Pelbagai
aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran
dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang
keselamatan diri masing-masing.

a. Program bersama Klinik Kesihatan Bergerak

Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi
dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa
sihat.
PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID
& JAWATANKUASA INDUK
HAL EHWAL MURID
UNIT HAL EHWAL MURID 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JONG

Pengerusi : Pn. Aidah Bt Sulaiman (Guru Besar)


N/Pengerusi : En. Khairul Nizam B Abu Bakar (PK HEM)
N/Pengerusi 2
Setiausaha : Cik Hjh Norliza Bt Ismail (S/U HEM)
Ahli J/Kuasa : Pn. Wan Nasirah bt Wan Md. Zain.(PK Pentadbiran)
En. Rahmat bin Dahman (PK Kokurikulum)
Pn.Kartini bt Kamis. (Disiplin)
En.Mohammad Fauzi b. Hashim (Pengawas)
Pn. Normi bt. Daud (Kantin)
Pn. Nursuhana bt Said. (3K)
Pn. Atika Kartini bt. Baharom (SPBT)
Pn.Marianiza bt Abu Bakar. (RMT)
Pn.Salmiah bt Shaari (Ketua PSS)
En. Azizul bin Mokhtar (Bantuan Murid Sekolah)
En. Azhan b Abdul Ghani (Data SPS)
En.Abdul Halim b Mat Akhir. (Guru BK)

DISIPLIN /PENGAWAS

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : Pn.Kartini btMat Kamis (Disiplin)
Ahli J/Kuasa : En. Mohd Fauzi bin Hashim (Pengawas)
Pn. Hashima bt. Othman
Pn. Rohejah bt. Che Mahmud
Pn. Zainariah bt. Md Zain
.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING/PRS

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : En. Abd. Halim bin Md Akhir (Guru BK)
Ahli J/Kuasa : En. Shamsuddin bin Roslan (PPDa)
En. Azizul b. Mokhtar
Pn. Salmiah bt. Shaari.
Pn.Kartini btMat Kamis

SPBT

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : Pn . Atika Kartini bt. Baharom
Ahli J/Kuasa : Pn. Noriah bt. Jusoh
Pn. Rosniza bt. Osman
PENDAFTARAN /KANTIN

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)

Setiausaha : Pn. Normi bt. Daud


Ahli J/Kuasa : Pn.Azirah bt Zakaria
En. Shamsudin b Roslan.
Pn.Nuur Khalida bt. Mohamad Khalid.
En.Nor Hafizi b Che Ghazali

KEBERSIHAN / KESIHATAN / KESELAMATAN (3K)

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : Pn.Suhana bt Said (Penyelaras 3K)
Ahli J/Kuasa : Pn. Wan Nasirah bt Wan Md. Zain.(PK 1)
En. Rahmat bin Dahman (PK KO-KU))
En .Azaidi b Ahmad (Ketua Kebersihan/keceriaan Sekolah)
Pn. Asma bt Md Zain (Ketua Kesihatan Sekolah)
En. Hazisukino bMat Zain. (Ketua Keselematan)
En. Md. Rizal b Kadal Basah (AJK)
PIBG
Polis Angkat
Pegawai Jabatan Kesihatan

RMT/PSS

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : Pn.Marianiza bt Abu Bakar (ketua RMT).
Ahli J/Kuasa : Pn.Salmiah bt Shaari.(PSS)
Pn.Kartini bt Mat Kamis( Pembantu PSS)
En.Mohd Ridzuan b Mat Daham
Cik Hartini bt Had.
En.Abdul Halim b Mat Akhir.
En.Aimi b Jamaludin.

BANTUAN MURID SEKOLAH

Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)


N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Setiausaha : En. Azizul bin Mokhtar(KWAMP)
Ahli J/Kuasa : Pn. Roziah bt Noor (Bantuan/derma)

DATA SPS-LITE
Pengerusi : En. Ghazali bin Kassim (Guru Besar)
N/Pengerusi : Pn. Sharida bt. Mat Ariff (PK HEM)
Ketua Data : En. Azhan b Abdul Ghani.
Setiausaha : Pn.Suhanabt Said.
AJK : Semua Guru Kelas (AJK)

Anda mungkin juga menyukai