Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Khutbah : Rasulullah Contoh Ikutan Terbaik

Tarikh : 17 Februari 2012/24 Rabiulawal 1433H

Penulis Khutbah : Datuk Haji Muhammad bin Hasyim

(Surah an-nahl : 36)

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala amalan kebaikan dan meninggalkan
segala larangan mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang berjaya di dunia dan akhirat.
Mimbar akan membicarakan khutbah bertajuk ‘’ Rasulullah contoh ikutan terbaik ‘’.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Datangnya bulan Rabiulawal, maka umat Islam di seluruh dunia akan memperingati hari kelahiran
baginda Rasulullah SAW dengan berbagai cara memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW,
membaca qasidah yang memuji baginda Rasulullah SAW dan berbagai-bagai aktiviti iaitu yang tidak
bercanggah dengan syara’ seperti perarakan maulidurRasul. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW
merupakan suatu rahmat bagi sekalian alam. Hal ini telah di sebutkan dengan jelas melalui firman Allah
SWT di dalam al-Quranul Karim iaitu surah al-anbiya’ ayat 107:

‘’ …………………….’’

Maksudnya, ‘’Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.’’

Bukan setakat itu sahaja, kedatangan Rasulullah SAW sebagai pembentuk akhlak manusia, ianya bukan
hanya di terima pakai pada zaman baginda sahaja tetapi sehingga hari akhirat. Firman Allah SWT dalam
surah al-Ahzab ayat 21:

‘’……………….’’

Maksudnya, ‘’ Demi sesungguhnya adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).’’

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam ruang terhad ini mimbar ingin mengambil kesempatan menyeru kepada umat Islam sekalian agar
dapat kita mencontohi akhlak mulia baginda SAW. Rasulullah pernah bersabda,

‘’ Ya Mua’z, ahsin khuluqan linnas ‘’. Maksudnya, ‘’ Wahai Mua’z, berlaku baiklah engkau terhadap
manusia.’’

Pepatah arab ada menyebut,


‘’ ………. ‘’

Maksudnya, ‘’ Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu
adalah cantik ilmu dan adab (iaitu budi pekerti yang mulia).’’

Akhlak yang ditunjukkan Rasulullah SAW terbahagi kepada 5 perkara besar yang mesti di ikuti umat
Islam yang cintakan kepada baginda Rasulullah SAW ;

1) Akhlak terhadap diri sendiri. Rasulullah SAW menyuruh menjaga kesihatan diri (jangan makan dan
minum) yang memudaratkan diri. Membersih jiwa daripada sifat buruk seperti hasad dengki, buruk
sangka, dan Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana membentuk sifat sabar, ikhlas, bersederhana dan
sebagainya dalam perbuatan dan kehidupan seharian.

2) Akhlak terhadap keluarga. Dalam melaksanakan tuntutan akhlak ini, seorang suami perlu sentiasa
bergaul dengan isteri dan anak-anak dengan cara yang baik, begitu juga dengan pihak isteri, seterusnya
hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berlemah lembut dalam pertuturan dan penyayang
kepada semua orang, berbuat baik dan sekiranya mampu, memberi bantuan kepada keluarga yang
dekat dan jauh. Maka Rasulullah SAW menunjukkan cara bermuamalat dengan ahli keluarga, kaum
kerabat dan anak-anak.

3) Akhlak terhadap masyarakat. Rasulullah SAW bukan setakat menjadi utusan Allah bahkan menjadi
petunjuk dan pembentuk adab dan tatacara bergaul dengan anggota masyarakat dan jiran tetangga,
seperti memberi salam apabila bertemu, jangan mengurangkan timbangan ketika berurus niaga,
menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan sebagainya.

4) Akhlak terhadap alam sekitar. Kebangkitan Nabi SAW menjadi rahmat bagi sekalian alam. Oleh itu
semua yang berada di alam ini mendapat dan merasai rahmat tersebut. Dengan itu, kita di larang
daripada melakukan kerosakan di alam ini, dengan tujuan untuk mengambil iktibar dan mengingati
kebesaran Allah SWT dan kekuasaannya. Sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah ar-Rom ayat 41;

‘’…………’’

Bermaksud, ‘’ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang di lakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat).’’

5) Akhlak manusia terhadap Allah. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana cara hamba untuk
menghampirkan diri kepada Allah, mengajak manusia untuk beriman dan mentauhidkan Allah,
melaksanakan apa yang di syariatkan oleh Allah SWT mensyukuri segala nikmat yang di kurniakan Allah
SWT, redha dengan segala qada’ dan qadar yang telah di tentukan, tidak berputus asa dari rahmat Allah,
berzikir bertaubat dan sebagainya.

Sidang jumaat yang dimuliakan,


Bersempena dengan tema MaulidurRasul 1433H iaitu, ‘’ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah ‘’,
marilah kita meningkatkan persefahaman di kalangan umat Islam, semoga dengan adanya
persefahaman, perpaduan dan ukhuwah kita bertambah kukuh dan mantap. Firman Allah SWT dalam
surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud;

‘’…………….’’

‘’ Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara kamu
(yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.’’

Barakallahu li walakum……………………’’

Anda mungkin juga menyukai