Anda di halaman 1dari 7

Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

MENUJU GERBANG RAMADHAN


5 Julai 2013M / 26 Sya’aban 1434H
2 :       
      
 
_  ^ ] \ [    Z  Y X W    V U T S
3
  a `

-*,+ + )*(       ' " &% $ #"   


  !                
4
! *-
 6 )  !  4 - ! * 3 ,  2( 1  , 0 . /
 ! 5
5
@ 0
 ? # " ) > =   <$


   ; 8 0   / 
:  2 ( 1 9  , 0 8 0 7 ) (  ) $  7 
! *  3 A 
 "   "  F2  A< E 
6
! * K J" I H &  2  A
 G   7 D * $   2 & C-  B  *"
 2   % & 7 D '   2 &  F2  A I H
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

7 Saban hari kita diberikan pelbagai nikmat dan rezeki oleh Allah SWT yang tidak
terhitung nilainya. Sewajarnya kita menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran
kepadaNya
Justeru, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT sebagai bukti kesyukuran kita
8 kepadaNya dengan melaksanakan segala bentuk perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala laranganNya.
9 Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh dan
mendapat rahmat serta pengampunanNya.Insya’ Allah.
Bersempena kehadiran Ramadan, penghulu segala bulan yang sangat kita

10 nantikan, mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk : “Menuju
Gerbang Ramadhan”.

11 Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

1
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

Sedar mahupun tidak, Ramadhan kini bakal menjelma lagi. Kehadiran Ramadhan
sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman kerana mereka sedar bahawa
ia merupakan rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
12 Mereka memahami bahawa Ramadhan bukan hadir dengan ‘tangan kosong’,
tetapi dipenuhi ganjaran dan dilimpahi dengan ‘buah tangan’ daripada Allah SWT.
Justeru, terpulanglah kepada kita sama ada untuk menerima kehadiran
13 Ramadhan kali ini dengan memuliakannya atau membiarkan ia berlalu begitu
sahaja.
Di kesempatan ini juga, khatib ingin mengingatkan kepada mereka yang belum
14 mengqada’kan hutang puasa, menjelaskan fidyah yang diwajibkan, agar
melunaskannya sebelum tibanya Ramadhan yang bakal menjelang beberapa
hari lagi.
Tanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia tetap akan menjadi

15 perhitungan kita di dunia mahupun di akhirat. Justeru janganlah kita cuai daripada
melunaskannya mengikut garis panduan yang dikehendaki Allah SWT.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


16
Ramadhan merupakan bulan tarbiyah iaitu bulan yang mendidik setiap individu
muslim agar kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ibadah puasa misalnya, bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga,
bahkan ia juga berperanan mendidik mata daripada melihat perkara yang
17 diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan
fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan
daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah
kejahatan dan kemungkaran.
Ibadah puasa juga mendidik kita bersifat ihsan dan melaksanakan tuntutan
18 agama dengan penuh keikhlasan. Fikirkanlah..apakah balasan daripada Allah
yang akan kita terima jika kita berpuasa namun dalam masa kita masih lagi terus
melakukan kemungkaran?
Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam karya agungnya, Ihya Ulumuddin
telah membahagikan puasa kepada 3 tingkatan.Tingkatan paling rendah ialah
puasa orang awam iaitu hanya menahan diri dari perkara-perkara yang
19 membatalkan puasa seperti makan dan minum.Tingkatan pertengahan pula ialah
puasa orang khusus iaitu turut berpuasa dari melakukan segala bentuk maksiat
dan dosa. Manakala tingkatan tertinggi ialah puasa orang khusus lagi istimewa
iaitu berpuasa dengan penuh ikhlas dan menjaga hati daripada dikotori dengan
sifat-sifat mazmumah.
20 Pembahagian ini memberikan umat Islam ruang untuk berfikir tingkatan manakah
mereka berada, seterusnya memperbaiki kualiti puasa mereka. Justeru, nilailah di

2
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

manakah tingkatan puasa kita selama ini… Mudah-mudahan dengan kehadiran


Ramadhan kali ini, ibadah puasa kita mencapai matlamat puasa sebenar iaitu
taqwa.
Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

_  ^ ] \ [    Z  Y X W    V U T S
21
a `
Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini masa yang terbaik untuk kita
bermuhasabah dan menghitung diri. Cerminlah diri kita! Adakah selama ini
anggota tubuh yang Allah kurniakan terutamanya mulut, tangan, mata dan kaki
kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama
22 dan negara? Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan,
kehancuran dan kemudaratan. Renungkanlah..,jika selama ini kita tersalah
perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan sempena kedatangan bulan yang mulia
ini.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Bayangkanlah…betapa besar fadhilat yang pasti dikurniakan Allah SWT kepada


hamba-hambaNya yang ingin merebut peluang ini. Di dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari Rahimahullah, daripada Abu Hurairah RA,
sabda Rasulullah SAW :
23
   ) U @ -> 
R*
 S*3 T   1 - L
  %) $  2 < M  2 < M
 L  )
 A"  N
 /1 O
 P Q 
Bermaksud : “Apabila datangnya Ramadhan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga,
ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

3
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

Hadith ini menggambarkan keistimewaan bulan Ramadhan dan betapa luasnya


24 kesempatan untuk meraih pahala. Bahkan, Allah SWT juga membuka seluas-
luasnya pintu keampunan untuk menerima taubat hamba-hambanya yang benar-
benar bertaqwa kepadaNya.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

25 Ketahuilah! Dari sudut kesihatan, puasa adalah merupakan kaedah terbaik bagi
memelihara anggota badan daripada penyakit-penyakit. Melalui berpuasa unsur-
unsur racun di dalam makanan dapat dihapuskankan.
. Dr. Hisyam Ibrahim AI-Khatib di dalam karyanya ‘Al-Wafi Fi Al-Tib’ menjelaskan
26 puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan
untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.
Ia juga menjadi penawar mujarab kepada penyakit-penyakit kronik seperti
tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah.
27 Lihatlah betapa besarnya hikmah Allah SWT mewajibkan hamba-hambaNya
berpuasa. Selain meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ia juga bermanfaat
kepada tubuh badan.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Sesuatu pekerjaan yang berat boleh terkandas atau tidak sempurna sekiranya
28 kita tidak melakukan persediaan-persediaan ringan terlebih dahulu. Begitu juga
dengan ibadah kita, persediaan untuk memasuki gerbang Ramadhan seharusnya
telah bermula dari sebelum ini lagi. Jika tidak, pasti pelbagai masalah yang akan
timbul apabila Ramadhan menjelma.
Antara persediaan yang perlu dilakukan ialah:

Pertama: Persediaan ilmu.


29
Setiap individu muslim berkewajiban untuk mencari dan menimba ilmu tentang
ibadah, khususnya yang disyariatkan di bulan Ramadhan, sama ada dengan
berguru ataupun melalui pembacaan seperti makalah dan buku.
Persediaan ilmu sangat penting kerana ia memberi penjelasan tentang sah
30 ataupun tidak ibadah seseorang di sisi Allah SWT. Dengan ilmu juga, seseorang
itu dapat mengetahui kelebihan-kelebihan beribadah di bulan Ramadhan serta
rukhsah, iaitu keringanan-keringanan yang diperbolehkan dalam ibadah tersebut.
Kedua: Persediaan rohani.

31 Persediaan ini melibatkan amalan-amalan penyucian jiwa seperti bertaubat,


berzikir, membaca al-Quran, berselawat, berpuasa sunat dan sebagainya.

4
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

Hal ini penting kerana ia akan memudahkan seseorang untuk meneruskan


momentum rohaninya di bulan Ramadhan, sehingga merasakan betapa ringan
32 tubuhnya melaksanakan setiap ibadah yang disyariatkan ketika di bulan
Ramadhan. Mengambil contoh bagaimana Rasulullah SAW memanfaatkan bulan
Sya’ban dengan memperbanyakkan puasa sunat.

Sepertimana di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari


Rahimahullah, daripada Aisyah RAnha, beliau berkata :

 /1  !:   V     (1 M
/  N  *$   D A( 7 (  * 0   8 $   W2    1  "
33
. ,'  #"  - / /. *$
 !XY   A1
 
Bermaksud : “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa penuh sebulan
kecuali Ramadhan, dan aku tidak melihat baginda SAW lebih banyak berpuasa
sunat selain di bulan Sya’ban.”
Ketiga: Persediaan Fizikal.

34 Untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan, tubuh badan mestilah dipersiapkan


dalam keadaan sihat dan mampu melaksanakan ibadah, biarpun dalam keadaan
yang lapar serta dahaga.
35 Kerana itulah, ibadah berpuasa ini bukan sahaja dikhususkan di dalam bulan
Ramadhan sahaja, bahkan amat dianjurkan juga pada bulan-bulan yang lain.
Umpamanya, seorang pemain bolasepak, tidak akan hebat tanpa adanya latihan
36 yang cukup sebelumnya. Begitu juga ibadah puasa, yang perlu dilazimi supaya ia
menjadi ringan dan mampu untuk dilaksanakan.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
37
Ingatlah..betapa besar kerugian bagi mereka yang sengaja meninggalkan atau
mensia-siakan ibadah di bulan Ramadhan terutamanya puasa.
Renungilah sebuah hadith yang diriwayat oleh Imam Al-Tirmizi Rahimahullah,
daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

38
   ) Y ! =  V 2 $ : ! /  @: [   /1 R/ /2 !?" R/
   7  ]
  - 0 \  K 1 ! *U R /  N   .     
. / $

39 Bermaksud : “Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada Ramadhan tanpa

5
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

sebarang rukhsah (keringanan) yang diizinkan Allah, nescaya tidak memadai


qadha’ puasa tersebut sekalipun dia berpuasa selama-lamanya”

Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa meninggalkan puasa

40 Ramadhan tanpa uzur merupakan dosa besar yang tidak mungkin dapat diganti
dengan qadha’ di sudut nilainya.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah SWT

Kesimpulan yang dapat dipetik daripada khutbah hari ini ialah :

Pertama : Mukmin sejati pasti ternanti-nanti akan kehadiran Ramadhan yang

41 dipenuhi keberkatan dan maghfirah.

Kedua : Perbaiki kesilapan-kesilapan Ramadhan yang lalu supaya ia tidak


berulang kembali.

Ketiga : Persiapkanlah diri dengan ilmu, rohani dan jasmani yang kukuh untuk
mendapat kesempurnaan Ramadhan.
Renungilah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 :

 kjihg
 ts r q p o n m l k j i h
42
 ¦¥ ¤ £ ¢ ¡   ~ } | { zy x w v u

 ´ ³ ² ± °¯ ® ¬ « ª © ¨ §

º¹¸¶ µ
Bermaksud : “Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-
Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
43
petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang
siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit

6
Manual Khutbah Mutimedia Menuju Gerbang Ramadhan

atau dalam musafir (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya) sebanyak
hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki
kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.Hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang
diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”

! Y 4)   T _ R/  * " < 7Y   #-'% + @ -5    
         B   7 * ^'  ;!  < 7 D  #   9 1  <
W 2 c bH'   b2   Q 7 *  '  ` *  5 2 =  +  & a& 7 D - / #)-/  , & @  D 
  7 *D 
 
  5  R*   5 ! 5 e      4 = #2c
T   : +Q ) Y R / 7 D  #  7 * ^'   ! %dA(
44
        
.7 * ! 12 % d 2 =  + ! % d A(  -/f   R*-/f  
 " T    

Anda mungkin juga menyukai