Anda di halaman 1dari 2

MC Sambutan Hari Raya S.K.

Kebun Sireh

(1) ALUAN PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim

 Yang Berusaha, PN. DELLY ROSSITA BT AHMAD Penolong Kanan Pentadbiran


merangkap Pemangku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh,

 Yang Dihormati, EN. KHAIRIL ANUAR B MOKHTAR Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

 Yang Dihormati, PN. NORHAYATI BT HUSSIN Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru Cemerlang, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Idamah Harmoni
yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi
tahun 2016.

(4) DOA

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian


Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Norhisham bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan al-fadhil ustaz.

….......
terima kasih Al Fadhil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,


majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Puan Delly
Rosyyta binti Ahmad, untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
(6) CERAMAH

Terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.


Seterusnya, marilah kita sama2 mendengar ceramah aidilfitri yang akan disampaikan oleh
Ustaz Mohd Shafie bin Osman
Dipersilakan...
...................
Terima kasih diatas ceramah aidilfitri yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shafie itu tadi
semoga kita semua mendapat manfaat darinya

Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan kuiz.

Oleh itu, saya ingin menjemput ________________ . Dipersilakan

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini
dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai