Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha Puan Fathilah Bt. Abdullah, Guru Besar SK Sungai Dendang,
Yang dihormati, PK Pentadbiran, Tn Hj. Nahrawi B. Jahid, PK Hal Ehwal Murid,
En. Syahrul Azwan B. Amir Hamzah , PK Kokurikulum En. Mohd Saufi B. Hj.
Senusi, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya rakan-rakan yang saya
hormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah


kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang
telah berusaha keras, mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha
menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang
amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Perlu kita ingat bahawa gurulah titik
awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk
menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita
semua .Seorang guru bolehlah dianggap adalah seorang jurutera sosial
kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal
insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berperibadi mulia.

Rakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti


dan mencurahkan ilmu pengetahuan.. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu
bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita.
Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk
panduan hidup kita. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan
dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan
dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi hayat dikandung
badan.

Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan sesuatu
yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih
memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua. Semoga segala
pengorbanan guru-guru akan menjadi amal soleh yang akan memberikan
pahala yang berterusan dan berkekalan. Sebelum mengakhiri ucapan ini,
izinkan saya membacakan beberapa bait kata daripada sajak nukilan
Usman Awang.

“Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku.


Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai