Anda di halaman 1dari 6

Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti

Tajuk Artikel : Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti


Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah

‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ merupakan tema bagi sambutan Hari
Guru tahun 2012. Kata-kata yang digunakan betul-betul dapat menggambarkan profesion guru pada
masa sekarang. Dengan keinginan negara kita untuk mencapai status negara maju yang
menyebabkan pengembangan pesat dalam bidang teknologi serta menyebabkan perubahan dalam
dinamika sosial masyarakat di Malaysia, sudah seharusnya fungsi dan tugas guru perlu berubah.
Guru harus berinovasi bagi memenuhi keperluan dan desakan yang terhasil dalam era globalisasi ini.
Oleh itu, memetik artikel yang disiarkan oleh Berita Harian Online yang bertajuk ‘Guru berinovasi
adalah guru berkualiti: Muhyiddin’. Sepertimana yang tertera pada tajuk artikel tersebut, laporan
tersebut mengulas pada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran
Malaysia. Ucapan tersebut disampaikan oleh beliau ketika merasmikan sambutan Hari Guru 2012
peringkat kebangsaan.

Kata-kata yang menarik perhatian saya pada tajuk artikel tersebut adalah ‘guru berinovasi’
dan ‘guru berkualiti’. Dilihat dahulu satu persatu apa yang dimaksudkan dengan inovasi dan juga
kualiti. Kreatif dan inovatif sering disebut bersama-sama. Namun kedua-duanya membawa maksud
yang berbeza.Mengikut kamus dewan sdisi keempat (2007), kreatif bermaskud mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli manakala
inovasi bermaksud sesuatu yg baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yg baru.
dari penerangan maksud ini dapat dilihat bahawa kreatif dan inovasi adalah berbeza. Kreatif secara
ringkasnya bermaksud mencipta sesuatu yang baharu manakala inovasi memperbaiki dan
mempebaharui sesuatu yang sedia ada. Ini kerana inovasi ini berasal dari perkataan bahasa latin
‘innovare’ yang bermaksud memperbaharui atau meminda. Ini disokong oleh Fullan (2011) yang
menyatakan bahawa inovasi aadalah satu bentuk perubahan di mana proses inovasi itu mengiringi
perubahan yang berlaku. Inovasi juga dapat ditakrifkan mengikut banyak bidang antaranya
mengikut bidang industri dimanainovasi adalah apabila beberapa barang digabung menjadi
satu, penegluaran barang yang baru, modifikasi terhadap barang yang sedia ada serta kegunaan
baru bagi barangan lama (Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli, 2005). Dengan ini dapat
disimpulkan bahawa guru yang berinovasi adalah guru yang mampu untuk menghasilkan sesuatu
yang baru yang dapat meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini seperti yang
dikatakan oleh John Adair (2011) di mana seseorang yang inovatif dalam bidang mereka mampu
untuk menghasilkan idea baru dengan jayanya ‘dibawa ke pasaran’ sebagai produk atau
perkhidmatan yang baru (atau diperbaharui).
Mengikut David Garvin (Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi, 2002 ) kualiti ialah ciri-ciri yang
dinyatakan seperti bagus, berdasarkanproduk, pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin
lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability),
penepatan (conformance), ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik,
persembahan, ciri-ciri asas produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality).
Manakala mengikut MS ISO 9000 kualitia ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan
perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Dari
dua penegrtian kualiti ini, dapat ditakrifkan bahawa guru berkualiti adalah guru yang yang cemerlang
di mana ia mampu memenuhi keperluan murid-muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran
serta dapat menjalankan tugasnya dengan bermotivasi agar dirinya menjadi seorang guru yang
produktif. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri guru berkualiti iaitu berpengetahuan, berkemahiran,
berpengalaman dan juga mempunyai sahsiah yang boleh dicontohi. Sekiranya guru itu mempunyai
usaha untuk mentransformasi dirinya serta pengajaran dan pembelajaranya kea rah yang lebih baik
maka dia seorang guru yang berinovasi sekaligus membuatkan guru tersebut guru yang berkualiti.

Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut, beliau memperihalkan tentang guru yang
berinovasi. Beliua telah mencirikan guru berinovasi ini kepada beberapa perkara. Antaranya ialah
gruru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Banyak cabaran yang ditempuhi oleh generasi muda terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah
sepatuntnya guru harus mampu untuk menyediakan murid-murid agar mereka dapat mengharungi
arus globalisasi ini. Menurut Perkins (Hamdan Said& Nasrudi Taib, 2000) arus globalisasi yang
melanda akan mengubah hampir keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial
mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan
kecil yang dipanggil yang global village dan akibatnya kita telah menjadi satu masyarakat dunia. Ini
menunjukkan bahawa murid-murid perlu mampu melepasi satu landasan di mana membolehkan
mereka ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan masyarakat dunia. Tidak dinafikan bahawa
wujudnya kelebihan pada pelajar-pelajar yang berada di negara-negara maju khususnya.

Ciri kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran
biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih berkesan. Pada pandangan saya, guru yang
berinovasi ini adalah individu yang tidak senang dengankeadaan berada di zon selesa. Mereka akan
sentiasa untuk mencari alternatif baru dnegan cara mempelbagaikan kaedah dan aktiviti dalam bilik
rajah mereka. Ini memerlukan kerajinan dan motivasi yang tinggi. Guru yang sudah lama mengajar
selalunya akan menggunakan kaedah yang sama dan mereka akan berada pada zon selesa dan pada
tahap ini perubahan adalah satu yang sukar untuk dilakukan. Antara faktor yang menyebabkan
perkara ini berlaku adalah,memetik pada artikel yang bertajuk ‘Guru sebagai agen transformasi
dalam inovasi kurikulum’ yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah (2012), yang mengatakan
kesukaran untuk melakukan transformasi adalah kerana faktor inersia iaitu guru sudah berasa selesa
dan berpuashati dengan apa yang sedang dialami, justeru itu mereka tidak ingin berubah. Terdapat
juga Anugerah Guru Inovasi yang diwujudkan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru
yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya dalam meningkatkan
profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum di peringkat
sekolah.Antara pemenang anugerah ini adalah Encik Shahril Bin Othman dari SK Maran. Inovasi yang
telah beliau hasilkan adalah ‘Pengiraan Menggunakan Kaedah 123 BOX’. Inovasi yang telah beliau
lakukan ini dapat dilihat di laman blog persendirian beliau. Dengan wujudnya anugerah seumpama
ini menunjukkan usaha guru-guru Malaysia untuk sentiasa memperbaharui dan memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mereka. Mungkin terdapat beribu-ribu guru yang
melakukan inovasi dalam bilik darjah mereka.

Ciri lain yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin adalah memastikan murid berupaya
menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam
peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.
Dengan erti kata lain, pengajaran guru tidak seharusnya berorientasikan peperiksaan. Namun
realitinya kebanyakkan sekolah yang berorientasikan peperiksaan. Ini kerana desakan untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini menyebabkan guru-guru menerima bebanan tugasan yang
amat berat dan menerima takanan menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan
tiada ruang kepada guru untuk membuat eksplorasi kepada kaedah yang lain-lain. Di sinilah
bermulanya tittik permulaan dimana pelajar hanya menghafal dan bukan memahami dengan
sutuhnya setiap bait-bait perkataan yang dipelajari mereka. Dari pengalaman peribadi saya,
kebanyakkan masa apa yang diajarkan di sekolah saya tidak dapat kaitkan dengan dunia nyata.
Misalnya, saya tidak dapat menegerti mengapa saya perlu mempelahari matematik yang sukar
seperti statistik. Hanya ketika dewasa baru saya dapat mengaplikasikan perkara-perkara yang saya
pelajari 10 tahun yang dahulu. Meskipun begitu, guru harus dapat mendedahkan kepada murid
tentang kaitan ilmu yang pelajari di dalam kelas dengan dunia nyata misalnya. Misalnya, dengan
menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan masalah yang menyerupai situasi sebenar. guru
tidak seharusnya sekadar menyampaikan apa yang terdapat di dalam buku teks.

Persekitaran bilik darjah yang kondusif adalah sangat penting bagi memastikan murid dapat belajar
dengan selesa dan selamat. Oleh itu, guru yang berinovasi mampu menyediakan persekitaran
pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah
kebijaksanaan berfikir. Menurut Mok Soon Sang (2009) persekitaran pembelajaran yang kondusif
terbahagi kepada dua komponen. Komponen-komponen tersebuta adalah komponen fizikal dan
komponen psiko sosial. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah,
bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam persekitaran. Manakala komponen psiko sosial meliputi
keselamatan, kesihatan,kemesaraan, keceriaan, kawalan disiplin, dan lain unsur kemanusiaan.
Seorang guru yang berkualiti seharusnya merupakan seorang pengurus bilik darjah yang baik. Oleh
itu, seorang guru ini menitikberatkan dua komponen ini dalam pengurusan bilik darjahnya. Ini
kerana menurut teori keperluan Maslow (Mok Soon Sang, 2008) keperluan asas dan keperluan
keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia
menceburi diri dalam hirarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat
mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Maka, untuk menjadi seorang guru yang
berinovasi seorang guru itu haruslah dapat memenuhi kerperluan murid seperti yang dinyatakan
dalam komponen fizikal seperti fizikal bilik darjah dan membina hubungan yang mesra dengan cara
memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam komponen psiko sosial kemesraan dan keceriaan.
Sekiranya wujud satu dinamika hubungan yang harmoni antara guru dan pelajar maka komunikasi
dua hala yang berkesan dapat diwujudkan. Murid lebih senang untuk menyatakan pendapat dan
pandangan mereka serta lebih mudah untuk melibatkan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Ini seperti
yang dikatakan oleh Anderson (1989) iaitu pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah tingkah
laku yang dapat menghasilkan penglibatan yang maksimum pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Tambahan pula, pada pandangan saya sekiranya seorang guru mampu menjadi seorang
pengurus bilik darjah yang baik dia merupakan seorang guru yang hebat. Ini kerana, guru harus
mengharungi pelbagai cabaran ketika ingin menguruskan kelas. Antara cabaran yang dihadapi oleh
guru adalah kesukaran untuk menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif diakibatkan oleh
kekurangan bilik darjah serta kekurangan pada prasarana yang disediakan. Mengikutr laporan
utusan online yang bertajuk ‘Masalah kekurangan bilik darjah selesai tahun depan’ masih terdapat
sekolah-sekolah yang perlu menjalankan dua sesi kerana kekurangan bilik darjah. Ini bermakna
murid-murid terpaksa berkongsi bilik darjah mereka. Keadaan ini akan mengakibatkan keceriaan
kelas susah untuk dikekalkan. Selain itu, terdapat juga masalah kerosakkan yang berlaku di dalam
kelas. Kerosakkan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Seperti yang dilaporkan oleh
KL Pos di laman web rasminya, siling di beberapa buah kelas di SJKT Serdang runtuh diakbatkan oleh
masalah pendawaian, kebocoran atap dan juga serangan anai-anai. Manakala dari segi psiko sosial
pula masalah seperti kepelbagaian udaya yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah juga menjadi
penghalang untuk mewujudkan satu hubungan yang harmoni. Bahasa mungkin menjadi punca
kepada masalah. Banyak lagi cabaran yang mungkin di hadapi oleh guru dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Sekiranya seseorang guru itu mampu menghadapi serta
melepasi cabaran ini dan berjaya mengahsilkan produktiviti yang maksimum dari pelajarnya seudah
sewajarnya dia wajar di panggil guru yang berkualiti.

Guru ini bersifat all-rounded di mana seprti yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,
guru berinovatif ini guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid
setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yangdipelajari de
sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata. Apa yang dapat
saya simpulkan dari penyataan ini adalah guru berinovatif adalah guru yang mampu untuk berfikir
satu langkah ke hadapan. Pada pandangan saya guru seumpama ini bukan sahaja mengajarkan
tentang ilmu yang tersurat di dalam kurikulum semata-mata, ia mengajarkan tentang kemahiran
yang diperlukan dalam kehidupan. Guru seumpama ini juga snetiasa mengubah kaedah
pengajarannya mengikut peredaran masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah salah
satu aspek yang tidak dapat dipasahkan dalam kehidupan. Seperti yang dikatakan oleh Mahathir
Mohamad (Hamdan Said & Nasrudi Taib, 2000)Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi
maklumat atau infotek mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat
dunia ini. Oleh itu, sekiranya guru tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru tersebuta akan
melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi. Tambahan pula, mengikut Wan Mohd Zahid
Nordin (Hamdan Said & Nasrudi Taib, 2000) bentuk pendidikan untuk generasi baru perlu bersifat
global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan
berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yangdiperlukan bagi membolehkan
mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi dunia.

Dalam artikel tersebut turut mengatakan bahawa guru yang berinovasi mampu untuk mampu
melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketerampilan akan tercapai.
Sememangnya saya bersetuju dengan penyataan ini kerana guru yang berinovasi adalah guru yang
bermotivasi tinggi. Tidaklah motivasi intrinsik ataupun ekstrinsik, guru berinovasi adalah guru yang
akan melakukan tugasnya yang bersungguh-sungguh kerana dorongan yang diterima dalam dirinya
sendiri. Jika tugas yang dilakukan dengan hati yang rela pasti hasil yang berkualiti dapat diharapkan.
Sekiranya kesemua perkara yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ada pada seorang
guru maka pelajar-pelajar yang dihasilkan pasti menjadi modal insan contoh.

Selain menyentuh tentang perkara-perkara yang menjadikan seorang guru yang berinovasi
artikel tersebut turut menyatakan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian
Pelajaran dalam meningkatkan budaya inovasi di kalangan murid. Antaranya adalah perangkaan
Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi
dan juga program i-Think yang dijalankan atas kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malasysia
dengan Agensi Inovasi Malasysia. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Tan Seri Mohamed Khaled
Nordin ( Borneo Post Online, 2011) Pelan Tindakan Pembangunan Insan Inovasi bertujuan
mengurangkan jurang inovasi sedia ada sekaligus melahirkan lebih ramai modal insan
berpengetahuan tinggi. Usaha kerajaan mementingkan inovasi ini adalah kerana kerajaan ingin
menjayakan ekonomi yang berasakan inovasi kearah negara berpendapatan tinggi. Saya amat
menyokong usaha kerajaan dalam ingin membudayakan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jikadilihat dari sudut profesin perguruan, sekiranya inovasi ini menjadi satu budaya dalam kalangan
pelajar maka ia akan menjadi satu pendorong kepada guru-guru untuk sentoasa melakukan
trasnformasi kepada profesion mereka. Tambahan pula, budaya inovasi ini juga dapat mendorong
guru memperbaiki aspek yang masih kekurangan. Contohnya, menurut Mahzan Arshad
(2004) daripada jumlah 466 pendidik,dan didapati sebanyak 50% daripada jumlah tersebut yang
membaca kurang dari sepuluh jam seminggu. Golongan pendidik sekurang-kurangnya perlu
menggunakan lebihdua jam sehari bagi kegiatan membaca yang produktif. Oleh itu jika inovasi
menjadi budaya dikalangan pendidik,maka guru-guru akan meningkatkan minat membaca mereka
bagi mingkatkan pengetahuan mereka.
Program i-Think pula adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan berinovatif.
Program ini dilaksanakan kerana melalui kajian keperluan yang dijalankan menunjukkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sekolah dan guru
menjadi agen perlaksana bagi progaram ini. Sebagai agen perlaksana, guru sendiri harus melebihi
kemahrian berfikir murid-murid. Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan baru
agar tidak ketinggalan.

Rumusan yang dapat saya buat dari artikel ini adalah inovasi adalah nilai yang penting yang
perlu ada dalam diri setiap guru khususnya guru-guru pada zaman tenknologi ini. Inovasi inilah yang
membezakan antara guru yang baik dengan guru yang cemerlang. Murid-murid dan pelajar-pelajar
pada era kini boleh dikatakan lebih maju daripada guru-guru mereka. Dimana segala maklumat yang
mereka inginkan berada di hujung jari. Guru harus mampu menandingi kepantasan ini. Perasaan
ingin tahu mereka juga lebih daripada generasi yang terdahulu. Oleh itu kaedah mengajar ‘chalk and
talk’ tidak relevan untuk digunakan lagi. Penggunaan teknologi maklumat adalah syarat wajib
digunakan di dalam pengajaran guru. Alasan tidak mempunyai pengetahuan tentang teknologi
sememangnya tidak boleh digunakan. Kerajaan telah menyediakan prasarana serta menganjurkan
banyak kursus bagi menangani masalah buta IT ini. Selain itu, untuk menjana inovasi guru harus
perlu mnenilai kemampuan dari segi kekuatan dan kelemahan pelajarnya. Dari situ barulah guru
mempunyai satu landasan untuk menjalankan inovasi. Ini kerana, produk yang dihasilkan guru
hendaklah menepati kehendak klien iaitu pelajar. Tambahan pula, latar belakang demografi guru
yang berbeza, lokasi sekolah, keupayaan dan kemampuan guru dari segi motivasi, sikap
pengetahuan dan kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanaka inovasi
itu sendiri. Seperti yang diulaskan, inovasi hanya akan berlaku sekiranya guru itu menginginkan
perubahan.Kajian-kajian sebelum ini banyak merumuskan bahawa hasil kerja, kompetensi guru dan
cara guru bertindakbalas terhadap amalan pendidikan mereka akan lebih berkesan jika tahap
motivasi mereka adalah tinggi. Akhir sekali, inovasi ini sebenarnya boleh dilakukan oleh semua
warga pendidik. Cuma yang membezakanya sama ada yang terlihat dan diiktiraf ataupun yang tidak
terlihat dan tidak diiktiraf.

Anda mungkin juga menyukai