Anda di halaman 1dari 21

[Type here]

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS,


TANJONG IPOH 71500 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41

TARIKH

13 MEI 2017

MASA

7.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS


KERTAS KERJA
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS

1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.


Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Penglibatan murid dalam
sukan juga dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu
di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan jasmani, emosi, rohani
dan intelek sebagai satu individu yang boleh diperkembangkan melalui
pendidikan secara berterusan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak
yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas
kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris akan mengadakan
satu Kejohanan Olahraga menjurus kepada pembentukan insan yang
seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan
pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris sekali gus
mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 ini diadakan adalah seperti


berikut :-

i. Mencungkil bakat dalam kalangan murid dalam pelbagai jenis acara


olahraga.
ii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii. Memberi pengalaman yang menyeluruh kepada murid dalam
menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejhanan
olahraga
iv. Membantu murid dalam membina keyakinan diri sendiri.
3.0 MATLAMAT
[Type here]

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 ini berfokus untuk mendedahkan murid-


murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris dengan acara-acara sukan olahraga
serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri.
Kejohanan ini juga untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti
dan mempunyai nilai-nilai murni yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid
dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang
lebih tinggi. Kejohanan ini juga bermatlamat untuk mendidik serta melahirkan
murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan diri yang tinggi
baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya bidang
sukan.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 ini, diharapkan dapat:
i. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan
murid.
ii. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat mereka
ke tahap yang lebih optimum.
iii. Melahirkan murid yang aktif dan berpotensi di dalam bidang
kokurikulum.
iv. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu
pasukan.

5.0 ANJURAN
PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 13 Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

7.0 SASARAN
7.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
7.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan
khas dan sekolah swasta);
7.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

7.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik

tersebut.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pn. Hajah Norhaizan Bt. Mahussin


Penasihat Kejohanan :
( Guru Besar SK Dato’ Idris )
En. Ishak Bin Kamaruddin
Pengerusi :
( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Mat Supri Bin Musa ( GPK I )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosnah Bt. Bakar ( GPK HEM )
Pengurus Kejohanan : En. Mohd. Fadly Bin Jasni
Penolong Pengurus Kejohanan : En. Mohamad Shujairi B. Samsudin
Pn. Noorwahidah Bt. Mohamed
Setiausaha :
Kassim
Pn. Nor Shakiah Bt. Hussain
Pn. Nurul Firdaus Bin Abd. Hadi
Publisiti dan Buku Program :
Pn. Shamsiah Bt. Shaharuddin

Pn. Rosnah Bt. Bakar


Perasmian dan Penutupan :
Pn. Hajah Fatimah Bt. Raja
Kepegawaian : En. Ismail Bin Awang
[Type here]

En. Herry Bin Khalid


En. Abd. Malek Bin Hashim
En. Mohd. Fadly Bin Jasni
Teknikal & Alatan : En. Ishak Bin Kamaruddin
En. Abd. Aziz Bin Abd. Rahim
Pn. Che Kalsom Bt. Murad
Pn. Azida Bt. Badarudin
Hadiah dan Cenderamata :
Pn. Munirah Bt. Marta
Pn. Normiza Bt. Mislan
Pn. Zahariah Bt. Zakaria
Juruacara :
Pn. Norainzah Bt. Ishak
En. Mohd. Zamree B. Che Hamad
Jurugambar dan dokumentasi :
Pn. Noorliyana Bt. Ismail
Pn. Che Kalsom Bt. Murad
Pn. Izwani Bt. Che Wail
Rekod dan Statistik :
Pn. Faizatul Marsyida Bt. Mohd.
Rahim
Pn. Farita Bt. Che Hussin
Penjaga Masa : Pn. Siti Norazlin Bt. Ahmad
Pn. Shamsiah Bt. Shaharudin
Pn. Samsiah Bt. Ahmad
Pn. Nor Shakiah Bt. Hussain
Penyelia Peserta :
Pn. Munirah Bt. Marta
Pn. Syafini Syuhada Bt. Said
En. Roslan Bin Wan Teh
Pengadil Lorong :
En. Mohd. Fadhil B. Ahmad
Pelepas / Penolong En. Mat Supri Bin Musa
:
Pelepas/Pelepas Panggil balik En. Mohd. Rozman B. Mohd. Jawal
En. Ismail B. Kamarudin
:
Hakim Penamat / Sukaneka En. Ahmad B. Ayob
Cik Nurfakhrini Bt. Md. Razab
Cik Nurul Syuhada Bt. Mohd. Saufi
Pn. Norwahidah Bt. Mohamed
Pencatat :
Kassim
Pn. Rabiah Bt. Shafie

Referi Balapan : Tn. Hj. Abdullah Sani B. Dahalan


En. Md. Hashim B. Abd. Rashid
En. Mohd. Khir B. Kamaruddin

Pn. Teh Bt. Mansor (Ketua)


Pn. Hajah Sapura Bt. Abd. Rahman
Pn. Rogayah Bt. Halim
Makanan / Minuman :
Pn. Kamariah Bt. Ahmad
Pn. Saadiah Bt. Ismail

9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

 Bertanggungjawab dalam pengendalian dan


menentukan kejohanan berjalan dengan lancar.
Pengurus Kejohanan
 Memastikan semua pegawai telah melapor untuk
bertugas.

 Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan


Penolong Pengurus
 Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
Kejohanan
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan
laporan Kejohanan

 Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang


pengurusan dan pentadbiran
 Mengumpul semua maklumat dan merekodkan

Setiausaha semua fail-fail sebagai rujukan


 Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap
mesyuarat dalam perlaksanaan program
 Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
 Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan
 Menyedia dan mengedarkan catatan minit
mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
[Type here]

berkenaan
 Bersama pengerusi menentukan tempat, masa,
tarikh dan agenda mesyuarat
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
 Menyusun dan menyediakan tempat dan
kemudahan Mesyuarat

 Menyediakan buku program/cenderamata


Publisiti dan Buku
 Mengedarkan buku program kepada setiap guru
Program
dan tetamu.
 Menyediakan kain rentang kejohanan
 Menyediakan senarai nama peserta

 Mengatur aturcara perasmian penutupan


kejohanan.
 Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
Perasmian dan
(termasuk bacaan ikrar)
Penutupan  Menguruskan pertandingan perbarisan.
 Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
 Membuat surat jemputan dif kehormat
 Mengatur dan melatih pembantu padang.
Kepegawaian  Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar

 Menguruskan dan menyediakan semua alatan


Teknikal pertandingan untuk acara padang dan balapan.
 Memastikan persediaan balapan dan padang
berjalan dengan lancar
 Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
 Menyediakan dan mengedarkan borang yang
diperlukan dalam pertandingan.
 Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan
akhir kejohanan.

 Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata


 Menyusun hadiah, piala pusingan dan
cenderamata.
 Menghias meja hadiah
Hadiah dan  Melatih pembantu untuk upacara penyampaian
Cenderamata
hadiah.
 Menyediakan senarai pemenang hadiah.

 Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan


program
 Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara

Juruacara dan maklumat berkaitan


 Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan
dengan segera
 Mengumumkan pemenang bagi upacara
penyampaian hadiah

 Bertanggungjawab merakam dan merekod segala


Jurugambar dan
Dokumentasi aktiviti yang berlangsung sepanjang program
 Membuat laporan atau dokumentasi setelah
program berakhir

 Menyelia papan markah (Score board)


Rekod dan Statistik
 Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara atau pencatat dan menyelia markah
sukantara

 Memastikan bilangan penjaga masa yang


Penjaga Masa
mencukupi bagi semua peserta yang bertanding
 Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga
masa

 Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-


Penyelia Peserta
peserta yang bertanding
 Mengumpul pemenang untuk upacara
penyampaian hadiah

 Memerhati dan memastikan peserta yang


bertanding tidak melanggar peraturan.
 Memutuskan sebarang bantahan peserta
Pengadil Lorong  Memastikan peserta berlari mengikut lorong
 Menunjukkan bendera merah jika berlaku
[Type here]

pelanggaran peraturan
 Menunjukkan bendera putih jika semua peserta
sudah bersedia

 Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap


peserta-peserta yang sedang dalam keadaan
sedia
 Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga
Pelepas
masa dan Pengadil lorong sudah bersedia
 Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat
sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan
pelepasan

 Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas


Pelepas
 Pastikan berada dalam kedudukan yang
Pelepas panggil balik
sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta
dengan jelas

 Memastikan semua peserta dalam saringan atau


larian yang betul dan memakai nombor
 Menempatkan semua peserta di lorong atau di
tempat permulaan masing-masing
Penolong pelepas  Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di
belakang garisan permulaan
 Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya
semua peserta sudah bersedia

 Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap


acara yang dipertandingkan
 Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk
Hakim Penamat
direkod

 Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke


dalam borang keputusan rasmi
 Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan
Pencatat selanjutnya

 Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara


Refri  Menentukan segala Peraturan dan membuat
keputusan terhadap sebarang perkara ketika
kejohanan
 Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan
hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani
oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada
Setiausaha Pertandingan

10.0 TENTATIF PROGRAM


7.40 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi  Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41
 Ikrar dan lintas masuk kontinjen-kontinjen rumah
sukan
8.45 pagi  Persembahan senamrobik
[Type here]

 Markah hiasan khemah rumah-rumah sukan mula


diambil
9.00 pagi  Acara murid pra sekolah:
50m 5 tahun (P), (L), 50m 6 tahun (P), (L)
 Acara murid tahun 1 :
75 m (P), 75 m (L)
 Acara murid tahun 2 :
75 m (P), 75 m (L)
 Acara murid tahun 3 :
100 m (P), 100 m (L)
 Acara murid tahun 4, 5 dan 6 :
100m tahun 4 (P), 100m tahun 4 (L)
100m tahun 5 (P), 100m tahun 5 (L)
100m tahun 6 (P), 100m tahun 6 (L)

200m tahun 4 (P), 200m tahun 4 (L)


200m tahun 5 (P), 200m tahun 5 (L)
200m tahun 6 (P), 200m tahun 6 (L)

4 x 100m tahun 4 (P), 4 x 100m tahun 4 (L)


4 x 100m tahun 5 (P), 4 x 100m tahun 5 (L)
4 x 100m tahun 6 (P), 4 x 100m tahun 6 (L)

4 x 200m tahun 4 (P), 4 x 200m tahun 4 (L)


4 x 200m tahun 5 (P), 4 x 200m tahun 5 (L)
4 x 200m tahun 6 (P), 4 x 200m tahun 6 (L)
 Tarik tali murid terbuka (P), Tarik tali murid terbuka
(L)
 Tarik bola dalam gelung ibu bapa & pegawai terbuka
(P) , (L)
1.00 tgh. hari  Penyampaian hadiah kepada pemenang.
 Anugerah olahragawan dan olahragawati SK Dato’
Idris 2017.
 Pengumuman juara keseluruhan rumah sukan SK
Taman Sri Mudatahun 2013.
 Majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga
Tahunan Ke-41.
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
1. Sumber Kewangan:

PERKARA JUMLAH (RM)

Wang peruntukan kokurikulum sekolah RM 1000.00


Sumbangan PIBG SK Dato’ Idris (akan dipohon) RM 730.00

JUMLAH RM 1730.00

2. Anggaran Perbelanjaan:
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Pingat

1. Pingat acara olahraga individu.


i. Emas 22 x RM5 RM110
ii. Perak 22 x RM5 RM110
iii. Gangsa 22 x RM5 RM110

2. Pingat acara olahraga pasukan.


i. Emas 12 x 4 x RM5 RM240
ii. Perak 12 x 4 x RM5 RM240
iii. Gangsa 12 x 4 x RM5 RM240
[Type here]

2. Piala Kejohanan

1. Juara 1x RM25 RM25


2. Naib Juara 1 X RM20 RM20
3. Tempat Ketiga 1x RM15 RM15
4. Olahragawan dan olahragawati 2 X RM10 RM20

3. Hamper
1.
Juara 1 X RM30 RM30
2. Naib Juara 1 x RM30 RM30
3. Ketiga 1 x RM20 RM20
4. Keempat 1x RM20 RM20

4. Makanan /Minuman
Pegawai /guru/ staf 100 x RM5 RM500

JUMLAH RM1730

12.0 PENUTUP
Semoga Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 yang dirancang ini dapat
dijalankan dengan lancar sepenuhnya pada hari kejohanan kelak dan
seterusnya dapat mencapai objektif yang disasarkan. Kejohanan Olahraga
Tahunan Ke-41 ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris merasai sendiri pengalaman menyertai
sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.

Disediakan oleh :

..........................................................................
(Pn. Noorwahidah Bt. Mohamed Kassim)
Setiausaha Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41
SK Dato’ Idris
Disemak oleh :

............................................
(En. Ishak Bin Kamaruddin)
Pengerusi Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41
SK Dato’ Idris

Diluluskan oleh,

…………………………………
(Pn. Hajah Norhaizan Bt. Mahussin)
Penasihat Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41
SK Dato’ Idris
[Type here]

LAMPIRAN
Borang Pendaftaran
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN Ke-41
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
Kate
Rumah Sukan : _________________ gori :L/P
Tahu
Guru Penasihat : _________________ n :3/4/5/6
Ketua Rumah : __________________
ACARA

Nombor Peserta

Jumlah Acara
100 meter

200 meter

4x200 meter
4x100 meter
BIL NAMA PESERTA

Guru Penasihat :

……………………………............
LAMPIRAN
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, KUALA PILAH
START LIST
KATEGORI : ( L / P ) ACARA : 100 METER
TAHUN : 3/4/5/6 SA / AKHIR :…………………….
NO. CATATAN
BIL NAMA PESERTA TAHUN RUMAH
PESERTA (LORONG)
1

T.T PENYELIA PESERTA : _______________________ TARIKH :


_______________
LAMPIRAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, KUALA PILAH
START LIST
KATEGORI : ( L / P ) ACARA : 200 METER
TAHUN : 3/4/5/6 SA / AKHIR : …………………
NO. CATATAN
BIL NAMA PESERTA TAHUN RUMAH
PESERTA (LORONG)
1

T.T PENYELIA PESERTA : __________________ TARIKH : _______________


LAMPIRAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, KUALA PILAH
START LIST
KATEGORI : ( L / P ) ACARA : 4 X 100 METER
TAHUN : 3/4/5/6 SA / AKHIR : …………………
NO. CATATAN
BIL NAMA PESERTA TAHUN RUMAH
PESERTA (LORONG)
1

T.T PENYELIA PESERTA : ____________________TARIKH : _______________


LAMPIRAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS,
KUALA PILAH
______________________________

BORANG PEMARKAHAN LINTAS HORMAT

HIJA
MARKA BIRU KUNING MERAH
KRITERIA U
BIL H (GARUDA (HELANG (ENGGANG
PERMAKAHAN (NURI
% ) ) )
)
DISIPLIN /
1 TERTIB 25
KAWAD
KREATIVITI
2 25
PAKAIAN
KEKEMASAN
3 25
PESERTA
KERJASAMA
4 25
KUMPULAN
JUMLA KESELURUHA
100
H N

T/Tangan hakim

……………………..…
( )

BORANG STATISTIK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE- 41


LAMPIRAN

BIL ACARA BIRU HIJAU KUNING MERAH


1 100 meter thn 4 ( P )
2 100 meter thn 5 ( P )
3 100 meter thn 6 ( P )
4 100 meter thn 4 ( L )
5 100 meter thn 5 ( L )
6 100 meter thn 6 ( L )
7 200 meter thn 4 ( P )
8 200 meter thn 5 ( P )
9 200 meter thn 6 ( P )
10 200 meter thn 4 ( L )
11 200 meter thn 5 ( L )
12 200 meter thn 6 ( L )
JUMLAH

BIL ACARA BIRU HIJAU KUNING MERAH


13 4 X 100 meter thn 4 ( P )
14 4 X 100 meter thn 5 ( P )
15 4 X 100 meter thn 6 ( P )
16 4 X 100 meter thn 4 ( L )
17 4 X 100 meter thn 5 ( L )
18 4 X 100 meter thn 6 ( L )
JUMLAH
BIL ACARA BIRU HIJAU KUNING MERAH
19 4 X 200 meter thn 4 ( P )
20 4 X 200 meter thn 5 ( P )
21 4 X 200 meter thn 6 ( P )
22 4 X 200 meter thn 4 ( L )
23 4 X 200 meter thn 5 ( L )
24 4 X 200 meter thn 6 ( L )
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN

PEMARKAHAN

Acara Individu Acara Berpasukan


Johan 4 8
Naib Johan 3 6
Tempat Ketiga 2 4
Tempat Keempat 1 2

.....................................................
(T/t Ketua Statistik)

Anda mungkin juga menyukai