Anda di halaman 1dari 19

Marcapada , kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang

dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Isu yang telah menimbulkan perasaan bimbang
terhadap masyarakat dunia mahupun negara kita sendiri ialah isu alam sekitar. Isu
alam sekitar ini sering menjadi buah mulut masyarakat setempat . Setiap hari
terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam . Pihak kerajaan dengan
pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan
alam sekitar terpelihara.Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi
berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Oleh yang demikian, anjakan
paradigma harus dilakukan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi.

Apakah itu ‘isu alam sekitar’ ? Jika diterjemahkan satu persatu maksudnya,
‘isu’ mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat muka surat 592 adalah perkara
pokok atau persoalan. Selain itu ,perkataan ‘alam’ pula mengikut Kamus Dewan
Bahasa Edisi Keempat muka surat 30 adalah dunia, bumi, segala yang ada di langit
dan di bumi dan lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau
hidupan lain yang tertentu atau sejenis. Akhir sekali, maksud ‘sekitar’ ialah kawasan
sekeliling atau keadaan persekitaran sesuatu individu..

Alam sekitar terbahagi kepada dua iaitu abiosis dan biosis . Abiosis
membawa makna segala komponen hidup seperti haiwan tumbuhan dan manusia
manakala biosis bermakna komponen yang bukan hidup seperti tanah , bentuk
muka bumi , cuaca dan faktor kimia . Jika kita meneliti kepada masalah ini , dapat
kita ketahui banyak negara dalam dunia ini menghadapi isu alam sekitar . Oleh itu ,
jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan kerana isu alam sekitar ini ada di serata dunia .
Akan tetapi , banyak golongan golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil
mudah akan isu ini dan hal ini akan menyebabakan isu ini semakin bernanah .

Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan


harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling
bergantung. Suasana yang selesa akan dapat dicapai sekiranya alam sekitar tidak
dicemar. Antara kepentingan alam sekitar ialah kesihatan manusia dapat dijamin .
Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia.
Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang
bersih. Kira-kira 6.5 juta kematian secara global berpunca daripada kualiti buruk
udara luar dan dalam, menjadikan ia ancaman keempat terbesar kepada kesihatan
manusia selepas tekanan darah tinggi, risiko pemakanan dan merokok .Sebagai
buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya
di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria..

Pencemaran udara telah menyebabkan kira kira 6.5 juta kematian secara
global

Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk
melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan
eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula
jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil
keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan
pelancongan yang berteraskan semula jadi tidak akan dapat direalisasikan jika alam
sekitar kita tidak bersih dan tercemar .

Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok


membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara
menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen
tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia
tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan
pembangunan yang tidak terhad. Hal ini juga akan menjamin ekosistem yang stabil .
Hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar dan hal ini akan menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
domestik dan industri .

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat


mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian
serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan
mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti
di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan
salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang
berleluasa di hutan-hutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis
haiwan

Pencemaran alam sekitar boleh berlaku dalam pelbagai cara . Pencemaran


ini terbahagi kepada dua jenis utama . Salah satunya ialah pencemaran yang
disebabkan oleh faktor semulajadi . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya
bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan
sebagainya . Hal ini kerana selepas bencana alam sudah tentu barang barang akan
bertempeliaran di sekitar muka bumi dan hal ini akan menyebabkan pesekitran
busuk dan nampak buruk .

Satu lagi jenis pencemaran iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor
manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran
yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya
adalah pencemaran udara . Contohnya , gas-gas beracun, zarah-zarah yang
terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara
terbuka dan sebagainya . Seterusnya pencemaran air . Misalnya , pembuangan air
kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .Selain itu ,
pencemaran tanah . Sebagai contoh , pemusnahan hutan akibat pembalakan,
pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Isu pencemaran ini seakan akan isu yang tiada hujungnya . Isu pencemaran
alam sekitar ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan oleh setiap lapisan
masyarakat . Hal ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah faktor atau punca
pencemaran alam sekitar ini berlaku .

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran
sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata
tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu
adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan
di tepi jalan.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik.
Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan
sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-
kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan
bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata
kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,


motosikal, loridan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang
kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Jika peningkatan taraf hidup
masyarakat terus meningkat ,tahap pencemaran juga akan turut meningkat
berikutan semakin bertambah jumlah pengguna jalan raya

Secara umumnya , pencemaran ini kebanyakkanya berlaku di kawasan


bandar . Tetapi , pencemaran alam sekitar ini tidak dapat dihindari . Semua negara
termasuk dari negara mundur hingga negara maju mengalami masalah alam sekitar
yang agak serius . The Enviroment Performance Index ( EPI ) iaitu sebuah
pertubuhan yang menentukan kedudukan negara dalam aspek alam sekitar telah
menempatkan negara Finland pada tempat pertama kerana aspek penjagaan
kesihatan dan ekosistem di negara tersebut dijaga dengan sangat baik manakala
negara Malaysia telah mendapat tempat ke 63 dalam kedudukan tersebut .

Finland berada di kedudukan pertama manakala Malaysia berada di


kedudukan ke 63 menurut sumber The Enviroment Performance Index ( EPI )

Isu alam sekitar yang melibatkan pencemaran alam seperti pencemaran


udara iaitu jerebu boleh berlaku di mana mana sahaja . Tetapi tumpuan utama
jerebu ini berlaku ialah di tempat bandar kerana bandar mempunyai banyak kereta
dan kilang kilang besar . Hal ini merupakan menyumbang kepada berlakunya jerebu
. Jerebu juga disebabkan oleh pembakaran hutan . Contohnya , jerebu yang telah
melanda Sumatera dan Kalimantan akibat pembakaran hutan . Negara jiran juga
terlibat turut menerima kesan yang sama . Banyak aktiviti seperti P&P di sekolah ,
penerbangan terpaksa ditangguhkan . Kerajaan Malaysia telah menggesa kerajaan
Indonesia supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu atau
syarikat perladangan termasuk dari Malaysia yang sengaja melakukan pembakaran
hutan .
Keratan Akhbar oleh Astro Awani pada September 8 2015 tentang kejadian
jerebu yang melanda Malaysia ekoran pembakaran hutan di Indonesia

Selain itu , pencemaran alam sekitar yang jelas sekali kita lihat ialah pada
tahun 2014 negeri Kelantan telah dilanda banjir yang teruk akibat masalah
pencemaran alam sekitar ini . Salah satu puncanya ialah pembuangan sampah yang
tidak sistematik . Hal ini telah menyebabkan sistem peparitan tidak berjalan lancar .
Ditambah pula dengan faktor kekerapan hujan yang telah melanda pada waktu itu .
Hal ini membimbangkan banyak pihak kerana banjir ini telah mengakibatkan banyak
benda benda rosak . Contohnya jambatan konkrit telah pecah dan musnah ,
bangunan seperti tempat ibadat , sekolah dan klinik telah musnah dan dinaiki air .
Hal ini telah menyebabkan aktiviti seperti persekolahan dan aktiviti aktiviti lain
ditangguhkan . Bencana banjir besar di Kelantan semakin mengerunkan dan
membimbangkan apabila kira-kira 37,518 orang telah dipindahkan untuk
mendapatkan tempat perteduhan sementara menunggu keadaan menjadi lebih
stabil .
Keadaan banjir yang melanda Kelantan pada hujung tahun 2014 Gambar
diambil dari Sinar Harian 24 Disember 2014

Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh The Enviroment
Performance Index ( EPI ) pada tahun 2016 iaitu sebuah pertubuhan yang
menentukan kedudukan negara dalam aspek alam sekitar telah menempatkan
negara Malaysia pada tempat 63 berbanding berada di tempat ke 75 pada tahun
2013 . Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin prihatin terhadap
kebersihan alam sekitar dari tahun ke tahun . Prestasi Malaysia berada pada
kedudukan amat baik daripada segi kesan udara kepada kesihatan manusia .
Pengurusan aduan yang cekap adalah amat penting bukan sahaja bagi tujuan
penyelesaian masalah berkaitan dengan kementerian dan jabatan yang dihadapi
oleh orang ramai bahkan ia boleh dijadikan garis panduan bagi meningkatkan lagi
mutu penyampaian perkhidmatan kita,

Isu isu alam sekitar ini merupakan antara cabaran perlu dihadapi dan
ditangani oleh semua pihak . Banyak langkah yang dapat diambil untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar . Antaranya termasuklah kerajaan patut
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan peranan alam
sekitar . Banyak masyrakat kurang berpengetahuan tentang kepentingan alam
sekitar ini , jadi mereka akan tidak mengambil kisah tentang pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar . Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan
untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media
massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui
kempen. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran tentang
kepentingan alam sekitar kepada seluruh anggota masyarakat agar mereka lebih
mengambil serius akan masalah ini . Contohnya , kerajaan boleh mengadakan
kempen Cintailah Sungai Kita , Selamatkan Hidupan Liar , Sayangilah Alam Sekitar ,
Kem Kesedaran Alam Sekitar ( KeKAS ) bagi menyedarkan anggota masyarakat
dalam isu pencemaran air , pencemaran udara dan kepupusan hidupan liar . Hari
Ozon Antarabangsa iaitu pada 16 September haruslah disambut setiap tahun .
Kempen seperti Kitar Semula , Konsep 3R juga wajar dilaksanakan bagi
mengelakkan kepupusan sumber alam . Dalam kempen ini kita boleh mengajar
masyarakat tentang cara cara menjaga alam sekitar . Kempen juga boleh dilakukan
dengan mengedarkan risalah yang berkaitan dengan alam sekitar . Poster poster
juga patut ditampalkan sepanjang jalan agar semua pihak akan lebih peka terhadap
masalah alam sekitar yang kita hadapi .

Selain itu , kerajaan juga patutlah menguatkuasakan undang – undang untuk


mencegah berlakunya pencemaran alam supaya tidak menjadi semakin teruk .
Contohnya , Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar
wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-
pihak berkenaan yang terlibat dalam melakukan pencemaran alam . Hukuman yang
dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.
Kerajaan boleh mendenda masyarakat yang terlibat wang ringgit ataupun hukuman
penjara . Antara contoh undang undang yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan
termasuklah Akta Kualiti Alam Sekeliling , Akta Perhutanan Negara dan Akta
Perlindungan Hidupan Liar . Dasar , undang undang yang sedia ada ini memberikan
panduan kepada semua pihak untuk memastikan sumber asli negara digunakan
secara lestari di samping memelihara alam sekitar . Justeru untuk meningkatkan
keberkesanan penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran , kerajaan telah
meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam waktu terdekat .

Tambahan pula , badan bukan kerajaan juga patut berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah ini . Antara badan bukan kerajaan yang terlibat dalam
pemuliharaan dan pemeliharaan hutan ini termasuklah Sahabat Alam Malaysia (
SAM ) dan World Wide Fund For Nature (WWF) . Perjuangan SAM adalah untuk
memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada
diekspoitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan ,
kemajuan dan kemodenan . Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib
nasib masyarakat yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab
yang tidak mengendahkan kesan perlakuan mereka terhadap alam sekitar .
Manakala WWF merupakan nadi kepada persatuan yang menegakkan keadilan
tentang isu alam sekitar . WWF telah menyedarkan orang ramai tentang
kepentingan emuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar . NGO terbabit telah
menyuarakan pendapat tentang kepentigan penggunaan alat mesra alam .

Keadaan API ( Air Pollution Index ) di Malaysia pada 14 Ogos 2016


11.00am diambil dari http://apims.doe.gov.my/v2/

Salah satu usaha yang boleh juga diterapkan adalah dengan


mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam sistem pendidikan negara kita
sama ada pada peringkat pra sekolah , sekolah rendah dan menengah mahupun
institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi terdidik dan mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada masa
hadapan .
Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang
menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus
perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini
boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran
khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.
Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan
pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka
diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab
terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi
gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat
sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.

Seterusnya , isu yang berkaitan dengan alam sekitar ini patut diselitkan dalam
kegiatan kokurikulum para pelajar sekolah . Hal ini kerana jika pelajar hanya
membaca dan mempelajari teori alam sekitar , para pelajar akan mudah bosan dan
hanya belajar subjek tersebut untuk menjawab peperiksaan . Kementerian Pelajaran
dan pihak sekolah harus boleh membuat beberapa aktiviti luar kelas untuk menarik
minat pelajar untuk menerokai keindahan alam sekitar . Jika ia dipelajari secara
praktikal ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri
pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar . Hal ini lebih berkesan untuk
memastikan kesedaran yang lahir terkesan dalam jiwa mereka . Contohnya , aktiviti
yang menarik seperti perkhemahan , jungle trekking , gotong royong . Kelab seperti
kelab Pencinta Alam Sekitar juga patut ditubuhkan di sekolah .

Selain itu , pengurusan sekolah juga salah satu perkara yang amat penting .
Tanpa pengurusan sekolah yang baik , perasaan cinta akan alam sekitar ini amat
susah untuk disemai . Sebagai contoh , pengurusan sekolah oleh guru besar
ataupun pengetua di sekolah tersebut haruslah mengambil berat akan perkara ini .
Guru besar atau pengetua haruslah memberikan suara kepada anak anak muridnya
. Misalnya , pihak sekolah boleh menjemput pihak pengurusan Alam Sekitar ke
sekolah untuk mengelolakan aktiviti atau mengadakan ceramah di sekolah mereka .
Hal ini akan membuahkan minat pelajar untuk menjaga alam sekitar . Pihak sekolah
juga boleh mengadakan pertandingan yang berkaitan seperti debat tentang alam
sekitar , melukis , menanam pokok dan banyak lagi . Sebagai contoh pertandingan
debat alam sekitar telah dilakukan di Universiti Malaysia Perlis pada 29 Oktober
2014 patut diadakan pada tiap tahun .

Antara implikasi jika isu pencemaran alam sekitar ini dibiarkan berterusan
tanpa sebarang sekatan termasuklah kesihatan manusia akan terjejas . Pencemaran
alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan banyak penyakit kepada manusia.
Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga
yang membawa penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih
banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini boleh menyebabkan
penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan
masalah pernafasan seperti penyakit asma. Pengeluaran gas monoksida dari kereta
iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam
kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan
kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun
dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain itu , sekotor perlancongan juga akan terganggu. Pencemaran alam


sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara
terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah
sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada
kapal¬kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan
pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.

Seterusnya , boleh menybabkan bencana alam . Selain itu, pencemaran alam


sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagal contoh, pencemaran
daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat.
Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah
digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian.
Hujan asid juga akan berlaku sekiranya pencemaran udara dibiarkan . Hujan asid
dalam bentuk hujan , salji dan kabus akan mencemarkan banyak kawasan .
Contohnya , kemusnahan kepada bangunan terkenal di India iaitu Taj Mahal kerana
hujan asid .

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang


kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi
akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak
dan cucu kita dapat menikmatinya."

- Mahatma Gandhi

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan
tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula
kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat .
Pembangunan yang sedang berlaku pesat dalam negara kita bagi mencapai
Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju pada tahun 2020 telah mendatangkan
banyak implikasi yang negatif kepada alam sekitar . Jadi kita semua haruslah
bekerja keras agar kemapanan alam sekitar dapat dikekalkan walaupun negara kita
telah pesat bekembang menjadi sebuah negara maju pada kemudian hari tetapi
alam sekitar kita tetap seimbang . Melalui pandangan saya , isu ini patut diambil
perhatian yang lebih kerana alam sekitar amat penting . Tanpa alam sekitar kita
tidak akan boleh hidup . Jadi apabila kita mencemarkan alam sekitar ia seakan akan
kita juga memusnahkan habitat kita sendiri . Saya berharap dengan usaha semua
pihak untuk menjaga keharmonian antara manusia dengan alam sekeliling
masyarakat akan menjadi lebih sedar akan kepentingan alam sekitar dan tidak akan
mencemarkannya lagi .
Rujukan

Adila Shahrini Wahid . (2014 Disember 24 ). Banjir di Kelantan semakin Buruk.


Berita Sinar diambil dari http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/banjir-
di-kelantan-semakin-buruk-1.344278

Environmental Performance Index - Development. (2016). Retrieved August 14,


2016, from http://epi.yale.edu/country-rankings

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim (1994). Kesan Negatif Kenderaan Bermotor
Terhadap Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Dewan Kosmik.

Halimah Hassan (2014). Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2014 : Kuala
Lumpur Selangor : Jabatan Alam Sekitar

Ismail Hashim (1991). Krisis Alam Sekitar: Tanggungjawab Manusia Sejagat. Kuala
Lumpur: Akademik Khas

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).Dewan Bahasa dan Pustaka , KualaLumpur.

Malaysia Air Pollutant Index. (14 Ogos 2016 11.00 am ). Retrieved August 14, 2016,
from http://apims.doe.gov.my/v2/

Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun


1997.

Tan, S. L. (2015). Indonesia mohon maaf atas masalah jeebu yang berpunca dari
negara itu. Berita Astro Awani. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/indonesia-mohon-maaf-atas-
masalah-jerebu-yang-berpunca-dari-negara-itu-72597
Lampiran 1

Data diambil dari laman web http://epi.yale.edu/country-rankings


Environmental Performance Index dimana kedudukan Malaysia adalah pada
tempat yang ke 63 .
Lampiran 2

Keratan Akhbar dari Berita Astro Awani oleh Tan Su Lin pada September 8
2015 tentang masalah jerebu yang bepunca dari negara Indonesia hingga
merebak ke negara Malaysia dan Singapura
Lampiran 3

Keratan diambil dari buku GCI Cabaran Dunia dan Isu Semasa
Lampiran 4

Keratan diambil dari buku GCI Cabaran Dunia dan Isu Semasa
Lampiran 5

Keratan diambil daripada Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2014


Lampiran 6

Keratan diambil dari Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2014

Anda mungkin juga menyukai