Anda di halaman 1dari 7

PERMODELAN MATEMATIK

Pengenalan

Model ialah sebuah sistem yang disusun untuk mempelajari karakteristik (ciri-ciri)
sistem sebenar (realiti). Oleh sebab model berfungsi dengan beberapa andaian
(assumption), maka karakteristik sistem yang digambarkan dalam sesuatu model
biasanya tidak menyeluruh, kecuali disesuaikan dengan keperluan tertentu seperti
dalam kajian ilmiah (Pri dan Ari, 2016). Model matematik berkembang sejajar dengan
kemajuan teknologi selain timbulnya beberapa keperluan mendesak seperti penularan
penyakit, bencana kebuluran penduduk, pertumbuhan penduduk melebihi bekalan
makanan, kajian pertumbuhan dalam biologi dan ekologi serta kepelbagaian versi
penyakit zaman moden (Bimal Kumar Mishra dan Jyotika Srivastva, 2014). Selain itu,
model matematik juga telah dibangunkan baru-baru ini untuk lain-lain penyakit kelamin
atau sexually transmitted diseases (STDs). Oleh demikian, dalam penulisan ini akan
dihuraikan salah satu model matematik yang digunakan dalam kawalan penularan
Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS). Menurut Buddhadeo Mohato et al.
(2014), penyakit AIDS merupakan masalah kesihatan paling mencabar di dunia. Oleh
itu, beliau mencadangkan penularan penyakit ini, yang belum ditemui penawarnya,
hendaklah dikawal menggunakan satu model, iaitu Model SEIA (susceptible-exposed-
infectious-AIDS infected).

Model SEIA

Secara umum Model SEIA secara klasik dapat digambarkan seperti Rajah 1 di
bawah (Noor Ayu Izzati dan Ummi Zulaikha, 2013).

S E I A
(Susceptible) (Exposed) (Infected) (AIDS)

Rajah 1 : Model SEIA klasik

1
Menurut Buddhadeo Mahato et. al. (2013), satu model matematik, SEIA, diformulasi
secara transmisi menegak (transmission vertical) bagi mengawal penularan AIDS.
Rajah 2 menunjukkan SEIA menurut kajian yang dijalankan oleh Buddhadeo (2013).

𝛼
𝜇∗
𝛽𝐼 𝜀 𝛾
S E I A

𝜇 𝜇 𝜇 𝜇
Rajah 2 : Model SEIA

Daripada Rajah 1 :

β ialah kadar perubahan (transmission rate).


𝛾 ialah kadar penyembuhan (recovery rate).
α ialah kadar kehilangan imunisasi (imunity loss rate).
µ dan µ*.ialah kadar kelahiran dan kematian (birth/death rate).

Andaian-andaian umum Model SEIA

Berdasarkan Rajah 1, model SEIA ini dformulasikan secara transmisi menegak,


dengan andaian bahawa pada tempoh masa (t) terdapat individu dewasa yang
Susceptible [S(t)], fasa atau kelas terdedahnya penyakit, Exposed [E(t)], iaitu semasa
adanya individu yang dijangkiti tetapi tidak menyebarkan penyakit, kelas dijangkiti,
Infected [I(t)], iaitu inidividu yang dijangkiti dan menyebarkan penyakit kepada individu
lain tetapi belum menularkan (epedemic) simptom AIDS, dan seterusnya fasa A(t) iaitu
individu yang telah dijangkiti AIDS (Buddhadeo dan Bimal Kumar, 2013). Andaian lain
ialah individu Susceptible (mudah terdedah) pernah melakukan hubungan seksual pada
kadar kebarangkalian transmisi sekuarang-kurangnya sekali, dilambangkan dengan 𝛽.

2
Dan juga diandaikan perkadaran hubungan seksual ini berlaku dengan seseorang yang
dijangkiti AIDS.

Menurut Bimal Kumar (2013) dan disokong oleh Buddhadeo (2013), model SEIA
ini berpegang kepada andaian umum iaitu tiada hubungan seksual yang benar-benar
melibatkan individu yang memang mempunyai AIDS (pada kelas S(t)). Selain itu,
hubungan seksual pada kelas susceptibles dikira tidak terdapat pada mana-mana
penghantaran (transmission) dan dengan itu tidak ditampilkan dalam model SEIA ini.
Juga, hubungan seksual dalam kumpulan individu yang boleh memberi jangkitan yang
mana talah menimbulkan isu mengenai peranan jangkitan semula (reinfection) adalah
diabaikan. Dalam kata lain, penyebaran virus bermula dari kelas susceptible, S(t) iaitu
melepasi tempoh masa berdasarkan sesuatu situasi sehingga memasuki kelas
exposed, E(t). Setelah jangka masa E(t) berakhir, individu dalam kelas ini memasuki
kelas infected, I(t). Jika tahap imunisasi (kekebalan) adalah cukup tubuh tinggi,
pembawa HIV (belum ada simptom AIDS) akan kekal pada kelas infected, I(t). Jika
tahap imunisasi (kekebalan) tubuh rendah, inidividu yang dijangkiti akan memasuki
kelas AIDS, A(t).

Formula Persamaan Pembezaan Model SEIA

Secara tidak langsung formulasi Model SEIA menggunakan persamaan


pembezaan seperti mana yang digunakan dalam Model SIR (Susceptible – Infected –
Recovered) (Lia Malyunah, 2008). Ini dinyatakan dengan formula berikut :

𝑑𝑆 𝛼 dan 𝛽 ialah pemalar.


= −𝛼𝑆𝐼 …….(1)
𝑑𝑡 𝛼 ialah kadar jangkitan
1
𝑑𝐼 𝛽 ialah kadar pemulihan (𝛽)
= 𝛼𝑆𝐼 − 𝛽𝐼 ……(2)
𝑑𝑡 𝑆 ialah bilangan individu yang terdedah
𝐼 ialah bilangan individu yang dijangkiti
𝑑𝑅
= 𝛽𝐼 ………….(3) 𝑅 ialah bilangan individu yang pulih / imunisasi
𝑑𝑡

3
Persamaan Nilai Asas Pembiakan

Dalam model ini jumlah penduduk (N) diletakkan ke dalam empat kelas
(susceptible-exposed-infectious-AIDS infected) dengan bilangan individu dalam setiap
kelas ,atau kepadatan mereka masing-masing dinyatakan sebagai S(t), E(t), I(t), A(t),
yang mana N= S(t) + E(t) + I(t) + A(t) (Buddhadeo, 2013). Selain penggunaan
persamaan pembezaan, Model SEIA ini juga menggunakan persamaan Nilai Asas

Pembiakan (Umar Mallam dan Ndakwo, 2007), yang dilambangkan sebagai R0, iaitu

N 𝛼 ialah kadar jangkitan


R0 
 αN ialah purata jangkitan per unit masa
β = kadar pemulihan, (1/β)

N ialah jumlah populasi

Jika R ≤ 1= tiada wabak

Jika R > 1 = ada wabak

R0 merujuk kepada hipotesis dalam rawatan terhadap populasi individu dalam kelas

SEIA (Umar Mallam dan Ndakwo, 2007).

Contoh penggunaan Model SEIA

Contoh masalah :

“Satu penyakit telah dibawa oleh 2 orang pelancong ke dalam sebuah bandar
yang mempunyai bilangan penduduk seramai 1200 orang. Purata jangkitan
penduduk yang berhubung ialah 0.4 dalam satu hari (per hari). Kadar masa
pemulihan ialah 6 hari dan individu yang pulih adalah imunisasi terhadap
jangkitan. Berapakah bilangan penduduk yang perlu imunisasi terhadap
jangkitan tersebut supaya wabak itu dapat dielakkan ?

4
Penyelesaian :

Diketahui bahawa, purata jangkitan penduduk yang berhubung ialah 0.4. Ini
memberikan nilai, αN = 0.4, dan N = 1200, maka ;

0.4
𝛼=
𝑁
0.4
𝛼=
1200

1
𝛼= ≈ 0.03%
3000

Ini bermaksud kadar jangkitan penduduk yang berhubung ialah 0.03 peratus per
1
hari. Diberi kadar masa pemulihan ialah 6 hari, maka β = dalam satu hari.
6
Dimensi bagi α adalah per individu dalam satu hari (per hari) manakala dimensi

bagi β adalah per hari. Seterus dicari nilai R0 menggunakan rumus :

N
R0 

0.4 6 𝑋 0.4
R0 = 1 = = 2.4
( ) 1
6

Oleh itu, memberikan nilai hipotesis R0 lebih besar daripada 1, iaitu

𝑅 >1

𝑅 > 1 menunjukkan wabak (epidemic) wujud.

5
Kesimpulan

Pada tahun 1981, AIDS pertama kali dikenal pasti sebagai penyakit baru pada
satu tahap lebih bahaya daripada mana-mana penyakit berjangkit. Pada tahun 1983
HIV telah dikenal pasti sebagi ejen penyebab munculnya AIDS. Min masa jangkitan HIV
untuk menjadi AIDS adalah lebih kurang 10 tahun. Belum ada ubat yang berkesan
untuk menyembuhkan AIDS dan inidividu yang dijangkiti tidak akan pulih (Buddhadeo
Mahato et al., 2013).

Model SEIA, seperti mana Model SIR dan Model SIA, digunakan oleh penyelidik
dan pegawai perubatan untuk mengira bilangan individu yang memerlukan rawatan
untuk sesuatu penyakit semasa wabak berlaku (Center for Disease Control, 2008). Ini
juga sebagai langkah pencegahan agar wabak ini dapat dikawal penularannya.
Semenjak beberapa dekad yang lalu, banyak model matematik telah dibangunkan
untuk menggambarkan tindak balas imunologi terhadap jangkitan Human
Immunodeficiency Virus (HIV), contohnya, Model SEIA (Bimal Kumar Mishra dan
Jyotika Srivastva, 2013). Ini kerana para saintis masih belum menjumpai sebarang ubat
bagi mematikan terus HIV dari merebak dengan lebih teruk.

Pada pandangan saya, model-model seperti SEIA, SIR dan SIA dapat digunakan
secara kolektif agar masalah penularan wabak sesuatu penyakit, seperi AIDS dapat
dikekang penularannya. Berbeza dengan Model SIR, Model SEIA lebih tepat untuk
permodelan penularan HIV kerana mempunyai tempoh masa dan penggunaan
pendekatan compartment (pembahagian kelas), iaitu Susceptible (mudah terdedah),
Exposed (terdedah), Infected (dijangkiti) dan AIDS (menyerang sistem kekebalan
tubuh).

6
BIBLIOGRAFI

Bimal Kumar Mishra & Jyotika Srivastva.2013. Mathematical model on pulmonary and
multidrug-resistant tuberculosis patients with vaccination. Journal of The
Egyptian Mathematical Society 2014. Volume 22(2) : 311-316.(atas talian) :
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1110256X13000965. Diakses
pada 29 Mac 2016.

Buddhadeo Mahato et. al.2013. A Mathematical model on Acquired Immunodeficiency


Syndrome. Journal of The Egyptian Mathematical Society 2014. Volume 22(3) :
544-549 (atas talian) :
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1110256X13001429. Diakses
pada 29 Mac 2016.

Center for Disease Control.2008. Summary of Notifiable Diseases --- United States,
2006.Morbidity and Mortaility Weekly Report. 31 Mar. 2008. Center for
Disease Control and Prevention.(atas talian) :
http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm5553a1.htm. Diakses pada 18
Mac 2016.

Lia Malyunah.2008. Model SIRS pada proses penularan penyakit influenza dengan
populasi yang terinfeksi virus.Latihan ilmiah. Fakultas Matematika dan Ilmu
Pengetahuan Alam. Institut Pertanian Bogor.

Noor Ayu Izzati & Ummi Zulaikha.2013. Model SEIA. Latihan Ilmiah. IPGMK
Darulaman.Kedah.

Umar Mallam AbdulKarim & Ndakwo, H.S. 2007. Mathematical Model for Vertical
Transmission of HIV/IDS, in a Homogeneous Mixing Population. Research
Journal of Applied Sciences. Volume 2(4) : 367-371

Anda mungkin juga menyukai