Anda di halaman 1dari 10

1

KERTAS CADANGAN

PETTANDINGAN BADMINTON

ANTARA AHLI KELAB

TAHUN 2017

ANJURAN : KELAB BADMINTON


SMKBBKH
#BUKSES-MOVINGFORWARD
2

1.0 NAMA PROGRAM


Gotong royong sempena Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2017.

2.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong


atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di
kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat
saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di
negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan
dalam kehidupan seharian.

Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja


yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita
lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat
secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang
diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam
kerja memasak dan mendirikan khemah.

Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan


tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika
dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam
membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan
cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja.


Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima
puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara
gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan
makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat
menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai


murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni
yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak
ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk
sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.


Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
3
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan
maju.

Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah


kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu
‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga
memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen
dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan
semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan
mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

3.0 RASIONAL
Dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan empat
dimasukkan tema 3 iaitu hidup bermasyarakat. Melalui tema ini diharapkan
pelajar-pelajar dapat peka terhadap sumbangan mereka terhadap sekolah
khususnya dan masyarakat amnya. Oleh itu, aktiviti gotong royong ini dapat
memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar untuk berhadapan dengan
masyarakat.

4.0 OBJEKTIF
Antara objektif mengadakan program ini ialah:
1. Mendidik murid-murid supaya menyayangi alam semulajadi seperti
tumbuh-tumbuhan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama dan rajin dalam
diri murid-murid.
3. Merapatkan silaturahim antara murid dan guru.

5.0 SASARAN
5.1 Semua pelajar Tingkatan 4, guru-guru tingkatan 4 dan pekerja am
SMKBBKH.

5.2 Tarikh Cadangan


26 April 2017

5.3 Aturcara Program


2.30 – 6.00 petang

5.4 Tempat program


Surau SMKBBKH, kantin dan kawasan sekitarnya
4
JAWATAN KUASA GOTONG ROYONG SEMPENA MAJLIS ANUGERAH
CEMERLANG
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

Pengerusi : En. Ibrahim Bin Hamid

Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Muhiyidin Bin Omar

Naib Pengerusi 2 : En. Syedi Bin Mohd Akhir

Naib Pengerusi 3 : Tn Hj Mohamad Shukri Bin Bakar

Setiausaha : Pn Mastura Binti Mat Min

Bendahari : Pn Nor Fazlina Binti Mohd Rodzi

JAWATANKUASA

Guru tingkatan empat

6.0 TENTATIF PROGRAM


2.30 – 6.00

7.0 KEWANGAN
a. Sumber kewangan

BIL PERKARA AMAUN

1. Sumbangan Panitia Sivik dan RM 110.80


Kewarganegaraan

b. Anggaran perbelanjaan

BIL ITEM KUANTITI ANGGARAN


KOS
RM
1. Nasi Pelajar (Danisya 45 x RM2.00 RM 90.00
Enterprise)
2. Air –Koperasi SMKBBKH 2 kotak x RM 10.40 RM 20.80
3.
4.
5.
6.
Jumlah RM 110.80
5
8.0 KESIMPULAN

Aktiviti luar ini diharap dapat mendidik murid-murid supaya menyayangi


alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan menerapkan nilai-nilai murni
seperti sikap bekerjasama dan rajin dalam diri murid-murid.
14-------`
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................
(Nor Fazlina Binti Mohd Rodzi) (Pn Mastura Binti Mat Min)
Ketua Panitia Sivik Dan Guru Kanan kemanusiaan
Kewarganegaraan SMK Bandar Bukit Kayu Hitam,
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kedah
Jitra, Kedah

LAMPIRAN A
6
JADUAL AKTIVITI
BULAN KEMANUSIAAN DAN KEMERDEKAAN

BIL TARIKH AKTIVITI KUM. SASARAN TINDAKAN

PELAKSANAAN
1. 17.08.2016 MELUKIS SEMUA PELAJAR PANITIA PEN. SENI

POSTER
2. KUIZ SEMUA PELAJAR PANITIA SEJARAH

14.08.2016-1.09.2016 KEMERDEKAAN
3. MELENGKAPKAN PANITIA

17.08.2016 LIRIK LAGU SEMUA PELAJAR PENDIDIKAN

PATRIOTIK DAN MORAL/SIVIK

SLOGAN
4. 14.08.2016- KECERIAAN SEMUA KELAS GURU-GURU

03.09.2016 KELAS TINGKATAN


5. 14.08.2016- PERTANDINGAN

01.09.2016 MOTOSIKAL SEMUA PELAJAR PANITIA GEOGRAFI

BERHIAS -

MERDEKA
6. 14.08.2016- PAMERAN SEMUA PELAJAR PUSAT SUMBER

08.09.2016 KEMERDEKAAN SEKOLAH


7. 30.08.2016 CERAMAH SEMUA PELAJAR PANITIA SEJARAH

KEMERDEKAAN
8. 14.08.2016- PERTANDINGAN SEMUA PELAJAR PANITIA PJK
03.09.2016 TAMAN MINI-
MERDEKA
8. 14.08.2016- PERTANDINGAN SEMUA PELAJAR PANITIA PJK
03.09.2016 TAMAN MINI-
MERDEKA

LAMPIRAN B
ANGGARAN PERBELANJAAN
7
BIL PANITIA AKTIVITI KATEGORI HADIAH JUMLAH
1. PANITIA PEN. SENI MELUKIS
INDIVIDU
POSTER Tempat pertama: RM 32.00
1Beg xRM 15.00
Tempat kedua :
1 Beg xRM 10.00
Tempat ketiga :
1 Beg x RM 7.00
2. PANITIA SEJARAH KUIZ
INDIVIDU
DAN GEOGRAFI KEMERDEKAAN Tempat pertama: RM 32.00
1 Beg x RM 15.00
Tempat kedua :
1 Beg x RM 10.00
Tempat ketiga :
1 Beg x RM 7.00
3. PANITIA SIVIK DAN MELENGKAPKAN
INDIVIDU
KEWANRGANEGARAAN LIRIK LAGU Tempat pertama: RM 32.00
1 Beg xRM 15.00
PATRIOTIK Tempat kedua :
1 Beg x RM 10.00
Tempat ketiga :
1 Beg x RM 7.00
4 PANITIA GEOGRAFI PERTANDINGAN INDIVIDU
Tempat pertama:
MOTOSIKAL 1 Beg x RM 15.00 RM 32.00
Tempat kedua :
BERHIAS - 1 Beg x RM 10.00
Tempat ketiga :
MERDEKA 1 Beg x RM 7.00
5. PANITIA PJK PERTANDINGAN
INDIVIDU RM 90.00
TAMAN MINI- Tempat pertama:
Hamper x RM 40.00
MERDEKA Tempat kedua :
Hamper x RM 30.00
Tempat ketiga :
Hamper x RM 20.00
6. PANITIA SEJARAH CERAMAH

KEMERDEKAAN Tiada RM 200.00


7. PANITIA SEJARAH Bendera dan Tiada
Streamer RM 100.00
8. PANITIA GEOGRAFI PERTANDINGAN
KECERIAAN Tempat pertama : RM RM 95.00
KELAS 30.00
BERTEMAKAN Tempat kedua : RM25.00
KEMERDEKAAN Tempat ketiga : RM20.00
Tempat keempat :
RM20.00

JUMLAH RM 713.00
8

LAMPIRAN C
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

Jawatankuasa Induk
Bulan Kemanusiaan dan Sambutan Perayaan Kemerdekaan ke-59

Pengerusi : Encik Ibrahim bin Hamid (Pengetua)


Naib Pengerusi : Encik Muhiyiddin bin Omar (PK Pentadbiran)
Encik Syeidi Mohd Akhir (PK HEM)

Penyelaras : Pn. Mastura binti Mat Min (Ketua Bidang Kemnusiaan )


9
Setiausaha : Encik Rudzuan bin Mohd Dali (Ketua Panitia Sejarah)
AJK :
Che Salmiah bt. Che Cob (Ketua Bidang Bahasa)
Pn. Kamariah binti Ismail (Ketua Bidang Teknik dan
Volkasional)
Pn. Salmah bt. Abd. Rahman
(Ketua Bidang Sains dan Matematik)
Ketua Panitia Sivik, Seni Visual, P. Islam, Tasawwur
Islam, Pendidikan Moral, Geografi dan PJK .
Guru Media.

Jawatankuasa Pelaksana Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan 2016

Jemputan Penceramah Dokumentasi dan Brosur


En. Rudzuan Mohd Dali Pn Nor Fazlina bt Mohd Rodzi
En. Abdullah Sani
Persiapan Tempat (Perasmian dan Siaraya
Penutupan) En. Rudzuan Mohd Dali
En. Mohd Hafaris bin Hassan Pengawas Sekolah
Pengawas Sekolah
Hadiah dan Cenderahati Pemasangan Bendera (sebelum dan selepas)
Pn. Norida binti Ibrahim En. Rudzuan b Mohd Dali
Pn. Nur Jawahir Syazwani Bt Jafri Pekerja Swasta
Kuiz Kemerdekaan Sejarah dan Geografi Pertandingan Melengkapkan Lagu dan
Pn Nor Azimah bt Yusuf Slogan
Pn Nur Jawahir Syazwani
Pn Azraimah bt Abd Hamid
Melukis Poster Panel Hakim Keceriaan Kelas
Encik Mohd Hafaris bin Hassan Pn Tho`alimi bt Jib
Pn Hajar Sharifah Pn Hjh Athaeeyah bt Hj Din
Persembahan (Perasmian dan Penutupan) Pertandingan Taman Mini- Merdeka
Pn. Sarirah bt. Shuib Pn Sarirah bt Shuib
En. Abdullah Sani b Abd Rahman
Pn Saadiah bt Saad
Pameran Kemerdekaan Pertandingan Motosikal Berhias
Guru PSS En Rudzuan Bin Mohd Dali
En. Abdullah Sani Bin Abdul Rahman

SMKBBKH 30/007/2 ( )
Tarikh : 07 Ogos 2016

Pengetua,
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam,
06050 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
10

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN BAGI PROGRAM BULAN KEMANUSIAAN


DAN KEMERDEKAAN KE-59 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Kemanusiaan merancang untuk menganjurkan


Bulan Kemanusiaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara bermula dari 14 Ogos
2016 hingga 08 September 2016.

3. Sehubungan itu, saya memohon pihak tuan agar dapat meluluskan penggunaan sumber
kewangan daripada panitia berikut :

i. Panitia Sejarah - RM 100


ii. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan - RM 300
iii. Panitian Geografi - RM 213
iv. Panitia PJK - RM 100

JUMLAH RM 713.00

4. Bersam-sama ini disertakan lampiran Kertas Kerja Bulan Kemanusiaan dan Sambutan
Bulan Kemerdekaan ke-59. Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Yang menjalankan tugas,

......................................
(MASTURA MAT MIN)
GURU KANAN KEMANUSIAAN
SMKBBKH.

Anda mungkin juga menyukai