Anda di halaman 1dari 21

PEMBINAAN ITEM UJIAN SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 1 HINGGA 6)

ITEM OBJEKTIF

BAHAGIAN A (30 SOALAN)

ARAS PENGETAHUAN

Hasil Pembelajaran Murid dapat melabel ciri-ciri Zaman Prasejarah.


Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 3 : Mengingat semula dan membuat pilihan berdasarkan
pertimbangan.
Item Ujian 1. X dalam jadual berikut berkaitan dengan bahan kajian yang
dilakukan oleh ahli arkeologi

Tinggalan bahan seperti sisa


X
makanan, tulang dan tumbuh-
tumbuhan
Apakah X?
A. Ekofak
B. Artifak
C. Alatan
D. Feature
Prosedur Murid perlu mengingati semula dan membuat pilihan berkenaan
ciri bahan kajian semasa Zaman Prasejarah.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan ciri-ciri Zaman Prasejarah.


Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 2 : Mengingat semula secara memilih.
Item Ujian 2. Antara berikut, yang manakah menggambarkan ciri-ciri
kehidupan masyarakat Zaman Paleolitik?
I. Hidup berpindah-randah
II. Memburu binatang
III. Hidup secara menetap
IV. Penciptaan alat-alat batu
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
Prosedur Murid perlu mengingat semula dan memilih ciri-ciri berkaitan
Zaman Paleolitik.
Jawapan/Skema Jawapan A
Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan prinsip-prinsip utama setiap agama dan
ajaran dunia.
Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 2 : Mengingat semula secara memilih.
Item Ujian 3. Teras perundangan di Tamadun China adalah daripada falsafah
legalisme yang menekan dua prinsip utama. Prinsip-prinsip
tersebut dinamakan sebagai
I. bercorak kolektif
II. mengawal tingkah laku manusia
III. hukuman berat
IV. keadilan rakyat
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D. II dan III sahaja
Prosedur Murid perlu mengingati semula dan memilih prinsip berkenaan
perundangan dalam Tamadun China.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan konsep derhaka pada zaman kerajaan
awal di Asia Tenggara.
Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 1 : Mengingat semula secara mudah.
Item Ujian 4. Konsep derhaka yang digunakan dalam sistem pemerintahan
kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dikaitkan dengan
A. raja berkuasa mutlak.
B. raja sebagai bayangan Tuhan.
C. raja berkuasa dalam membuat keputusan.
D. raja tidak boleh ditentang oleh rakyat.
Prosedur Murid perlu mengingati semula secara mudah berkaitan konsep
derhaka pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan/Skema Jawapan D
Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 1 : Mengingat semula secara mudah.
Item Ujian 5. Gelaran yang diberikan oleh orang Arab Quraisy terhadap Nabi
Muhammad SAW atas keperibadian baginda yang terpuji ialah
A. Al-amin.
B. As-siddiq.
C. Al-fatanah.
D. Al-alaq.
Prosedur Murid perlu mengingati semula secara mudah tentang gelaran
Nabi Muhammad SAW.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.


Aras (Taksonomi Pengetahuan
Bloom) Jenis 2 : Mengingat secara memilih.
Item Ujian 6.
Perjanjian Hudaibiyah 628 M

Apakah kepentingan perjanjian tersebut?


I. Kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki
Makkah
II. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad
SAWsebagai pemimpin
III. Meluaskan wilayah pengaruh Islam
IV. Kerajaan Islam di Madinah diiktiraf
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Prosedur Murid perlu mengingat semula dan memilih berkenaan
kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
Jawapan/Skema Jawapan B
ARAS KEFAHAMAN

Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri masyarakat pada zaman
Prasejarah.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 2 : Memberikan maksud rangkai kata, pernyataan, puisi,
gambar, graf.
Item Ujian
7.
Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
Zaman Prasejarah Zaman X

Apakah ciri yang dapat membezakan masyarakat zaman X


dengan kedua-dua zaman seperti di atas ?
A. Manusia hidup secara nomad
B. Memiliki kepercayaan
C. Penggunaan alatan besi dan logam
D. Memburu binatang
Prosedur Murid perlu menerangkan perbezaan masyarakat Zaman
Mesolitik dengan Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti sumbangan setiap tamadun.


Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 2 : Menjelaskan tujuan ahli seni membuat sesuatu.
Item Ujian 8. Mengapakah Kod Undang-undang Hammurabi dipahat pada
tembok dan tiang yang besar semasa Raja Hammurabi
memerintah kerajaan Babylon?
A. Simbol kekuatan raja
B. Memudahkan rakyat membaca undang-undang tersebut
C. Sebagai lambang kepercayaan rakyat
D. Sebagai dasar perundangan kerajaan
Prosedur Murid perlu menjelaskan sebab kod undang-undang Hammurabi
dipahat pada tembok dan tiang menurut buku teks.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti sumbangan tamadun Rom.


Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 2 : Memberikan maksud rangkai kata, pernyataan, puisi,
gambar, graf.
Item Ujian
9.

Julius Caesar

Pernyataan yang manakah menerangkan perubahan sistem


republik di Rom semasa pemerintahan beliau?
A. Meluaskan pengaruhnya di wilayah yang berdekatan
B. Membina empayar yang baharu
C. Menggubal sistem perundangan baharu
D. Menubuhkan kepelbagaian jabatan
Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan perubahan sistem republik di
Rom dengan tokoh yang berkaitan.
Jawapan/Skema Jawapan A
Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan ciri-ciri Hindu-Buddha dalam kerajaan
awal di Asia Tenggara.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 1 : Memberikan takrif dengan perkataan sendiri.
Item Ujian 10. Berikut merupakan istilah-istilah yang telah dikaitkan dengan
Tanah Melayu dan Sumatera di Asia Tenggara :
 Suvarnabhumi
 Suvarnadvipa
 Golden Khersonese
Mengapakah Tanah Melayu dan kerajaan Sumatera sinonim
dengan istilah tersebut?
A. Wilayah jajahan yang luas
B. Kaya dengan logam emas dan timah
C. Laluan utama perdagangan
D. Kawasan pelabuhan pembekal
Prosedur Murid perlu menjelaskan mengapa penggunaan istilah berkenaan
sinonim di Tanah Melayu dan Sumatera.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan cara kedatangan agama Hindu dan
Buddha ke Asia Tenggara.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 7 : Menjelaskan fakta sejarah.
Item Ujian 11. Pernyataan di bawah menerangkan pendapat-pendapat
sejarawan berkenaan kedatangan Hindu dan Buddha di Asia
Tenggara kecuali

I. Pengaruh golongan Vaisya (pedagang)


II. Pengaruh golongan Brahmin (pendeta)
III. Kedudukannya yang strategik
IV. Kekayaan hasil bumi di Asia Tenggara
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

Prosedur Murid perlu memahami pendapat sejarawan berkaitan kedatangan


Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan riwayat Nabi Muhammad SAW.


Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 2 : Memberikan maksud rangkai kata, pernyataan, puisi,
gambar, graf.
Item Ujian 12.

Gua Hira’ di Bukit Nur merupakan tempat


persembunyian Nabi Muhammad SAW.
Mengapakah baginda menjadikan tempat tersebut sebagai tempat
persembunyiannya?
A. Mendalami ilmu Islam
B. Mencari ketenangan
C. Mengasingkan diri untuk tujuan ibadat
D. Menyelamatkan diri daripada musuh
Prosedur Murid perlulah menjelaskan sebab mengapa Nabi Muhammad
SAW menjadikan Gua Hira’ sebagai tempat persembunyiannya
seperti yang dinyatakan di dalam buku teks.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti kepentingan Perjanjian Aqabah I dan
Perjanjian Aqabah II.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 7 : Menjelaskan persamaan perjanjian.
Item Ujian
13.
 Perjanjian Aqabah I 621M

 Perjanjian Aqabah II 622M


Apakah persamaan kedua-dua perjanjian di atas?
A. Tidak melakukan amalan jahiliah
B. Menyediakan tempat perlindungan
C. Keselamatan orang Islam terjamin
D. Terdiri daripada golongan Aus dan Khazraj
Prosedur Murid perlu menjelaskan persamaan tentang Perjanjian Aqabah I
dan II.
Jawapan/Skema Jawapan D

Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti sumbangan khalifah-khalifah al-


Rasyidin.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 7 : Menjelaskan tujuan ahli seni membuat sesuatu.
Item Ujian 14. Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq memperkukuh
pertahanan wilayah Islam yang ditadbir ?
A. Menubuhkan angkatan tentera laut Islam
B. Menubuhkan tentera tetap dan tentera sukarela
C. Mewujudkan sistem gaji untuk tentera
D. Mengetuai ketenteraan menentang Rom

Prosedur Murid perlu memahami bagaimana tokoh Islam memperkukuh


pertahanan wilayah Islam yang ditadbir seperti di dalam buku
teks.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan faktor yang menyebabkan kejatuhan


kerajaan Turki Uthmaniyah.
Aras (Taksonomi Kefahaman
Bloom) Jenis 7 : Menjelaskan fakta sejarah.
Item Ujian 15. Apakah punca yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad ke-16?
I. Kurang ilmu pengetahuan
II. Perpecahan penduduk
III. Kelemahan dalam kalangan pemimpin
IV. Kemerosotan sistem cukai
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
Prosedur Murid perlu memahami punca yang mendorong kepada kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyah.
Jawapan/Skema Jawapan D
ARAS APLIKASI

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan ciri masyarakat Zaman Neolitik untuk
menyelesaikan situasi.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 1: Menggunakan peraturan atau prinsip untuk
menyelesaikan satu-satu situasi / masalah
Item Ujian 16. Jika anda hidup pada Zaman Neolitik, apakah yang anda
lakukan sekiranya barang makanan yang dihasilkan melebihi
kadar yang diperlukan?
A. Menukar barang tersebut dengan barang dagangan lain
B. Membuat sukatan bahan yang diperlukan terlebih dahulu
C. Menjual barangan untuk sumber pendapatan
D. Menyimpan barangan tersebut untuk kegunaan lain
Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan situasi yang diberikan dengan
ciri-ciri masyarakat Zaman Neolitik.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menghubungkaitkan ciri-ciri tamadun awal manusia


dengan pentadbiran negara Malaysia.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menghubungkan situasi dengan prinsip, memberikan
contoh kepada prinsip.
Item Ujian 17. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri-ciri
tamadun awal manusia yang diadaptasi dalam pentadbiran
Malaysia pada masa kini?

I. Pengkhususan kerja
II. Sistem pemerintahan beraja
III. Penubuhan bandar terancang
IV. Peningkatan sistem feudal
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III, dan IV
Prosedur Murid perlu mengetahui ciri-ciri tamadun awal manusia dalam
pelaksanaan pentadbiran di Malaysia masa kini.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan sumbangan tamadun manusia di


Mesopotamia dalam kehidupan kini.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menghubungkan situasi dengan prinsip, memberikan
contoh kepada prinsip.
Item Ujian 18. Pernyataan berikut menerangkan sistem perundangan yang
digubal oleh Raja Hammurabi di Babylon.

“Kod Undang-undang Hammurabi dilaksanakan


berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.”
Bagaimanakah perundangan tersebut dapat menjamin
kesejahteraan rakyat pada masa kini?
I. Hukuman dan denda yang dikenakan hendaklah
setimpal
II. Permasalahan dalam kalangan rakyat dapat dielakkan
III. Rakyat berhak bersuara dalam membuat keputusan
IV. Mewujudkan perpaduan antara masyarakat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan situasi yang diberikan dengan


penyataan berkenaan sistem perundangan oleh Raja Hammurabi.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan aspek pemerintahan tamadun di


Yunani untuk menyelesaikan situasi.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 1 : Menggunakan peraturan atau prinsip untuk
menyelesaikan satu-satu situasi/masalah.
19.
Item Ujian “ Pemerintahan oleh golongan aristokrat dalam
Tamadun Yunani dinamakan sebagai aristokrasi.”

Apakah yang akan berlaku sekiranya sistem pemerintahan


tersebut masih dikekalkan hingga ke hari ini?
A. Sistem pemerintahan demokrasi tidak wujud
B. Rakyat menerima dengan baik sistem pemerintahan ini
C. Pemerintahan berbentuk tirani tidak wujud
D. Raja sebagai ketua pemerintahan
Prosedur Murid perlu mengetahui kesan yang akan berlaku sekirannya
sistem pemerintahan aristokrasi diamalkan pada masa kini.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan ciri-ciri kerajaan Maritim untuk


menyelesaikan masalah.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 1 : Menggunakan peraturan atau prinsip untuk
menyelesaikan satu-satu situasi/masalah.
Item Ujian 20. Kerajaan Maritim yang terdiri daripada pelbagai kaum
menjadikan masyarakat tersebut berkomunikasi lebih daripada
satu bahasa. Bahasa komunikasi atau perhubungan yang
digunakan pada masa itu ialah
A. bahasa Sanskrit.
B. bahasa Inggeris.
C. bahasa Melayu.
D. bahasa Portugis.
Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan situasi dengan ciri-ciri kerajaan
Maritim.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan pengaruh Hindu-Buddha dalam


kesusasteraan dan kesenian untuk menyelesaikan masalah.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menggunakan peraturan atau prinsip untuk
menyelesaikan satu-satu situasi/masalah
Item Ujian 21. Andaikan anda ingin menulis maklumat berkaitan
pemerintahan Raja pada batu bersurat di Palembang, tulisan
apakah yang perlu anda kuasai?
A. Tamil
B. Melayu Kuno
C. Arab
D. Cina
Prosedur Murid perlu mengetahui pengaruh Hindu-Buddha dalam
kesusasteraan dan kesenian di Asia Tenggara.
Jawapan/Skema Jawapan B

Hasil Pembelajaran Murid dapat menggunakan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah


untuk menyelesaikan situasi.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menghubungkan situasi dengan prinsip, memberikan
contoh kepada prinsip.
Item Ujian 22.
Sistem Kabilah

Sekiranya sistem ini masih diamalkan pada masa kini, apakah


yang akan berlaku terhadap kehidupan dan kesejahteraan
masyarakat?
A. Hidup bekerjasama
B. Hidup bersatu padu
C. Hidup hormat-menghormati
D. Hidup berpuak-puak
Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan kesan yang akan berlaku
sekiranya sistem kabilah masih diamalkan sehingga sekarang.
Jawapan/Skema Jawapan D
Hasil Pembelajaran Murid dapat mernghubungkan konsep Hijrah dalam kehidupan
masa kini.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menghubungkan situasi dengan prinsip, memberikan
contoh kepada prinsip.
Item Ujian 23.

“Penghijrahan orang Islam pada masa duhulu


bertujuan menyebarkan Islam dan memperkukuhkan
kedudukannya.”
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah penghijrahan pada
masa kini dianggap berbeza daripada penghijrahan pada zaman
dahulu?
A. Menyebarkan unsur kebudayaan
B. Menegakkan kebenaran dan melarang kejahatan
C. Semangat ingin berubah demi kebaikan
D. Meluaskan wilayah pengaruh
Prosedur Murid perlu mengetahui perbezaan aspek penghijrahan pada masa
dahulu dan masa kini.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menunjukkan cara pemilihan dan perlantikan


khalifah.
Aras (Taksonomi Aplikasi
Bloom) Jenis 2 : Menghubungkan situasi dengan prinsip, memberikan
contoh kepada prinsip.
Item Ujian 24. Shahruddin ingin mencalonkan dirinya untuk menjadi seorang
pemimpin. Berdasarkan cara pemilihan khalifah pada Zaman
Khulafa al-Rasyidin, apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?
I. Seorang hamba abdi
II. Beragama Islam
III. Bersifat adil
IV. Rajin dalam melakukan kerja
A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja
B. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja
Prosedur Murid perlu menghubungkaitkan situasi yang diberikan dengan
cara pemilihan dan pelantikan Khalifah.
Jawapan/Skema Jawapan C

ARAS ANALISIS

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri masyarakat zaman


Prasejarah.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 3 : Mencerakinkan.
Item Ujian 25.
Zaman Zaman
X
Paleolitik Mesolitik
Masyarakat pada zaman Paleolitik dan Mesolitik mempunyai ciri-
ciri persamaan X dalam kehidupan mereka. Ciri-ciri persamaan X
tersebut ialah
A. hidup secara menetap di sesuatu kawasan.
B. hidup secara nomad atau berpindah randah.
C. menjalankan aktiviti bercucuk tanam.
D. mengamalkan sistem pertukaran barang.
Prosedur Murid perlu menyenaraikan ciri-ciri masyarakat bagi setiap
zaman Prasejarah.
Jawapan/Skema Jawapan B
Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan kepentingan aspek pendidikan tamadun
di China.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 1 : Sebab dan kesan yang berkaitan.
Item Ujian 26. Apakah sebab utama yang menjadikan sistem pendidikan di
China dikatakan istimewa?
A. Sistem pendidikan terbahagi kepada empat kelas utama
B. Memberi peluang untuk meningkatkan kelas sosial
masyarakat
C. Sistem pendidikan terdiri daripada empat peringkat
D. Sistem peperiksaan awam mengandungi empat tahap
utama
Prosedur Murid perlu mengenal pasti keistimewaan sistem pendidikan
dalam tamadun China.
Jawapan/Skema Jawapan B
Hasil Pembelajaran Murid dapat menilai sifat keperibadian yang terdapat pada Nabi
Muhammad SAW.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 1 : Sebab dan kesan yang berkaitan
Item Ujian 27.
Nabi Muhammad SAW telah
630 Masihi membebaskan orang Arab Quraisy
yang menyerah diri.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai murni yang dapat
dicontohi oleh generasi pada masa kini?
A. Jujur
B. Bertimbang rasa
C. Pemaaf
D. Perikemanusiaan
Prosedur Murid perlu mengetahui sifat-sifat keperibadian Nabi Muhammad
SAW untuk dicontohi.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan kepentingan peristiwa Hijrah dalam


sejarah Islam.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 1 : Sebab dan kesan yang huraikan.
Item Ujian 28. Pernyataan berikut menunjukkan kejadian peristiwa hijrah
orang Islam Makkah ke Madinah.
1 Rabiulawal bersamaan 1 September tahun 622
Masihi.

Berdasarkan tarikh di atas, apakah sebab utama kita perlu


menyambut Maal Hijrah pada setiap tahun?
A. Merapatkan hubungan persaudaraan
B. Memupuk sifat bersyukur dalam diri
C. Menghargai perjuangan terdahulu
D. Menghormati perjuangan baginda
Prosedur Murid perlu menjelaskan megapa pentingnya peristiwa Hijrah
dalam Islam.
Jawapan/Skema Jawapan C

Hasil Pembelajaran Murid dapat menilai sifat keperibadian yang dimiliki oleh Nabi
Muhammad SAW.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 1 : Sebab dan kesan yang berkaitan.
Item Ujian 29. Rajah berikut merujuk kepada peranan wanita dalam
membantu penghijrahan Nabi Muhammad SAW.
Keberanian beliau menghantar dan
Asma’ binti menyampaikan berita tentang
Abu Bakar gerakan berkenaan orang Quraisy
semasa persembunyian baginda di
Apakah yang boleh dipelajari
Guaoleh golongan wanita di negara kita
Thur.
berdasarkan pernyataan di atas?
A. Bekerjasama dalam menggerakkan kemajuan
B. Berani mencabar diri
C. Tidak mudah putus asa
D. Berusaha mencapai kejayaan
Prosedur Murid perlu mengetahui sifat yang dimiliki oleh beliau dalam
membantu menyelamatkan penghijrahan baginda.
Jawapan/Skema Jawapan A

Hasil Pembelajaran Murid dapat menjelaskan cara pertembungan Islam dengan


tamadun lain di dunia.
Aras (Taksonomi Analisis
Bloom) Jenis 4 : Mencerakinkan.
Item Ujian 30.

“Islam mula tersebar secara meluas di Eropah semasa


zaman kerajaan Bani Umaiyah.”
Manakah pernyataan di bawah yang merupakan bukti permulaan
penyebaran Islam terawal di Eropah (1943)?
A. Pegangan akidah yang kuat dan akhlak yang tinggi
B. Semangat ghazi (kepahlawanan) yang menebal
C. Penaklukan Constantinople
D. Keinginan meluaskan empayar Islam
Prosedur Murid perlu mengetahui bukti penemuan yang utama berkenaan
penyebaran Islam terawal di Eropah.
Jawapan/Skema Jawapan C

ITEM SUBJEKTIF

BAHAGIAN B (2 SOALAN)

ARAS SINTESIS

Hasil Pembelajaran Murid dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan


berkenaan sektor pertanian.
Aras (Taksonomi Sintesis
Bloom) Jenis 2 : Mencadangkan.
Item Ujian 31.

Kerajaan Agraria merupakan kerajaan yang maju dari segi


ekonomi kerana mengamalkan kegiatan pertanian sebagai
sumber ekonomi utama.
Cadangkan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia dapat
memajukan sektor pertanian di negara kita.
Prosedur Murid perlu memberikan cadangan untuk menghadapi masalah
untuk memajukan sektor pertanian yang dialami oleh negara kita
Malaysia.
Jawapan/Skema Jawapan (F1) Penggunaan teknologi moden/ jentera moden.
(H1) Petani boleh menggunakan kemudahan jentera mesin.
Para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan
banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.
Melalui penggunaan jentera mesin juga dapat
meningkatkan kuantiti dan kualiti produk yang terhasil.
Contohnya, jentera memproses padi.
(F2) Memberi insentif/pinjaman kepada golongan petani.
(H2) Contohnya, insentif input pertanian diberi untuk
mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang
ditanggung oleh pesawah akibat kenaikan kos input
pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak
RM140/hari/musim dalam bentuk input pertanian.
(F3) Kempen menggalakkan orang ramai untuk melibatkan
diri dalam bidang ekonomi pertanian.
(H3) Contohnya, kempen Pertanian adalah Perniagaan.
(F4) Pihak seperti RISDA memberi khidmat nasihat
berkenaan pertanian kepada golongan petani.
(H4) Khidmat nasihat berkenaan penggunaan baja dan benih
yang sesuai.
(F5) Pihak yang bertanggungjawab seperti MARDI haruslah
sentiasa membuat pembaharuan dalam pertanian
melalui R&D (Penyelidikan dan Pembangunan).
(H5) Usaha MARDI dalam mempromosikan pertanian
bandar secara meluas kepada seluruh rakyat Malaysia.
(F6) Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap
kebolehupayaan hasil pertanian negara untuk bersaing
dengan negara-negara lain
(H6) Sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi pertanian di
negara-negara luar dan mengambil positif kelebihan
yang terdapat pada negara lain untuk dijadikan sebagai
panduan.
(F7) Kerajaan haruslah memantau dan menyelesaikan
masalah pasaran hasil pertanian.
(H7) Sentiasa peka terhadap keadaan ekonomi dan tahap
pasaran hasil pertanian agar tidak hasil pertanian dalam
negara tidak mempunyai masalah untuk dipasarkan di
dalam dan luar negara.
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
ARAS PENILAIAN

Hasil Murid dapat memberi cadangan berkenaan cara untuk pihak kerajaan
Pembelajaran dapat mewujudkan semangat perpaduan di Malaysia.
Aras (Taksonomi Penilaian
Bloom) Jenis 1 : Perbahasan (Bersetuju atau Tidak)
Item Ujian 32.

Huru-hara dan peperangan yang tercetus dalam masyarakat


Arab Jahiliah berlaku disebabkan oleh ketiadaan semangat
perpaduan antara kaum.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas dalam konteks
negara Malaysia pada masa ini?
Prosedur Murid perlu membuat penilaian sejauh mana mereka bersetuju
berkenaan ketiadaan semangat perpaduan antara kaum dalam konteks
negara Malaysia pada masa kini.
Jawapan/Skema [Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
Jawapan (F1) Kurangnya kerjasama antara kepelbagaian kaum.
(H1) Wujud satu-satu kaum hanya membentuk kerjasama dan
membantu antara kaum yang sama sahaja.
(F2) Perbincangan isu-isu berbangkit dan sensitif.
(H2) Contohnya, isu pertukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa
Malaysia.
(F3) Aktiviti kemasyarakatan semakin luntur dalam kepelbagaian
kaum.
(H3) Gotong-royong melibatkan pelbagai kaum yang boleh
merapatkan tali silaturrahim semakin kurang dijalankan kerana
kesibukan mereka bekerja sepanjang masa.
(F4) Undang-undang yang longgar.
(H4) Menyebabkan rusuhan berlaku seperti Bersih 3.0 yang banyak
merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang.
(F5) Tidak menghormati kepercayaan sesuatu kaum.
(H5) Menunjukkan sikap biadab dengan mempersendakan agama
dan mempertontonkannya kepada khalayak ramai melalui
media sosial.
(F6) Cepat dan mudah membuat tindakan melulu tanpa berfikir
terlebih dahulu.
(H6) Tidak mentafsir perkara yang sepatutnya benar sehingga
menimbulkan fitnah dalam masyarakat.
(F7) Sesetengah masyarakat yang mudah dipengaruhi.
(H7) Mudah mempercayai orang yang tidak memberi pandangan
positif. Contohnya, menghasut untuk memburukkan kaum
lain.
(F8) Media sosial menjadi medan perbalahan antara kaum.
(H8) Sesuatu isu tersebut palsu tetapi menjadi perbualan dan
diperbesarkan sehingga memecahbelahkan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai