Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3: PENGHASILAN PORTFOLIO LAPORAN KERJA KURSUS

Kami berasa bersyukur kerana telah diberikan ruang dan peluang untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus Fotografi ini. Persoalan utama yang berlegar-legar
dan muncul di kotak minda kami sebaik sahaja kami menerima tugasan ini ialah
mampukah kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan kami belum
menguasai kesemua teknik fotografi secara baik. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan kami untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, kami tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk
tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, kami
mencari jalan untuk membeli dan meminjam kamera daripada saudara-mara untuk
menyahut cabaran ini. Hal ini demikian kerana kami memikirkan bahawa penggunaan
camera dapat memberi peluang kepada kami untuk mengaplikasikan teori yang telah
diajar oleh pensyarah pada waktu kuliah. Sekiranya kami merasakan sendiri cara
menggunakan kamera, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman teori
malahan juga kefahaman praktis kami.

Sebelum memulakan kerja kursus ini, kami telah mengambil inisiatif untuk
berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing kami.
Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu kami menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Kami berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan
dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil
yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi antara satu sama lain tersebut telah
mendorong kepada perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran
bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu kami
menyiapkan tugasan dengan baik.

Semasa melaksanakan tugasan pertama, kami bekerjasama untuk


menghasilkan beberapa karya yang merangkumi lapan jenis konsep fotografi. Setiap
ahli kumpulan turut melibatkan diri dalam proses pengambilan foto dan akhirnya kami
mengumpulkan semua gambar yang telah ditangkap. Kami berbincang bersama-sama
untuk memilih lapan keping foto yang terbaik dan memenuhi kehendak soalan tugasan.
Berikut merupakan keterangan bagi langkah dan cara mengambil lapan jenis teknik foto
tersebut.
Bagi teknik wide-angle, kami telah memilih foto Sunrise iaitu pemandangan
ladang teh yang ditangkap di Cameron Highlands, Pahang. Pada tahap pertama, kami
telah menentukan masa yang sesuai untuk menangkap foto ini iaitu pada waktu senja.
Dengan menggunakan kamera Canon EOS 700d yang telah kami pinjam, kami dapat
menangkap pemandangan yang lebar. Kami dikelilingi oleh pemandangan ladang teh
yang memberi kesempatan untuk menangkap foto wide-angle. Sebelum kami
mengambil kamera dari kantungnya, kami melihat dan mencari tempat terbaik untuk
menemukan foto wide-angle.

Bagi teknik B-Stop pula, kami menggunakan teknik yang luar biasa apabila
mengambil gambar B-Stop jenis teknik bulb ataupun teknik melukis dengan cahaya
(Light Painting). Sebelum melakukan bulb, konsep yang jelas tentang foto bulb seperti
apa yang ingin hasilkan perlukan dibuat terlebih dahulu. Foto jenis lukisan cahaya (Light
Painting) ini telah dirangkakan dalam minda iaitu menghasilkan corak letupan api
dengan menggunakan lampu fluorescent warna merah. Dengan mengambil foto ini,
kami telah menetapkan kedudukan lampu fluorescent dan mengerakkan kamera untuk
melukis corak tersebut. Kami telah mencuba dan menukar ISO foto ini secara berkali-
kali. Walaupun pengambilan foto ini adalah di ruang dalaman dan keadaan gelap,
namun angka ISO foto ini sangat rendah (ISO=100). Hal ini demikian kerana foto ini
tidak seperti foto lain yang memerlukan cahaya luar masuk ke foto tersebut. Ia hanya
memerlukan lampu watak utama iaitu lampu Fluorescent yang menonjol dalam foto
tersebut. Pada waktu yang sama, shutter speed yang panjang akan menghasilkan ruang
tajam semakin luas. Penggunaan nilai ISO yang rendah juga dapat menghasilkan foto
yang menajamkan dan tidak berbayang kerana kerapatan gambar yang dihasilkan
cukup halus. Selain itu, aperture telah ditetapkan di f/8 supaya keseluruhan hasil foto
akan kelihatan tajam dari hujung ke hujung.

Bagi teknik yang ketiga iaitu Depth Of Field, foto yang kami pilih ialah The Little
Strawberry yang juga kami tangkap di kebun strawberi Cameron Highlands. Terlebih
dahulu kami telah menukarkan mode kamera kepada mode Aperture. Seterusnya, kami
menfokuskan sebiji strawberi yang berwarna merah dengan menggunakan aperture
bukaan besar misalnya f/5.6 untuk memaksimalkan ruang ketajaman pada strawberi
merah sementara latar belakangnya menjadi blur dan tidak fokus. Bagi teknik Makro,
kami telah memilih sekeping foto Lemon Soda yang ditangkap di kafeteria My Cake
Home di Cameron Highlands. Kami telah memesan segelas soda limau dan kami
mendapati terdapat banyak buih dalam minuman tersebut. Kemudian kami menukar
mode kamera kepada Scene Selection (SCN) dan memilih fungsi Makro untuk merakam
buih minuman yang jelas dan tajam dengan menggunakan kamera Sony A6000.

Manakala bagi teknik yang seterusnya iaitu teknik landsape. Gambar landskap
ini diambil di tepi tasik yang terletak di sebelah kondo. Kami mengunjungi tasik tersebut
dan berjalan-jalan untuk mencari pemandangan yang sesuai. Akhirnya, kami mengambil
keputusan untuk memfokuskan kepada pantulan bangunan dan tasik. Kami ingin
memfokuskan kepada pantulan bangunan dan tasik, oleh itu kamera telah ditetapkan
dengan menfokuskan kepada udara. Dengan teknik fokus kepada udara, warna gambar
dan bayang yang dipantul di tasik adalah lebih gelap dan nyata. Disebabkan gambar ini
diambil di luar persekitaran (outdoor), ISO yang ditetapkan lebih tinggi supaya suasana
gambar dilihat dengan lebih nyata dan cerah (brighter scene). Gambar ini diambil dari
jarak yang lebih jauh, sudut gambar kelihatan lebih luas (greater wide angle). Kamera
diletakkan di atas tanah tanpa menggunakan tripod untuk menetapkan garisan
melintang dan paksi simetri.

Bagi teknik close-up pula, kami telah memilih sekeping foto yang diambil di
Beijing, China. Model perempuan dalam foto close-up tersebut merupakan saudari Koh
Xiao Shan. Foto tersebut diambil semasa mereka pergi ke Forbidden City, Beijing, China
pada bulan Disember tahun lepas. Musim pada masa itu merupakan musim sejuk. Foto
tersebut diambil dengan menggunakan kamera Canon EOS M10. ISO yang ditetapkan
merupakan 160 dan shutter speed ialah 1/320s.

Teknik yang seterusnya ialah teknik panning. Kami telah memilih foto kereta
Kenari yang sedang bergerak di atas jalan raya. Bagi foto panning, shutter speed (1/100
hingga 1/200) telah ditetapkan dengan nilai yang lebih rendah berbanding dengan
pengambilan foto yang biasa kita gunakan. Nilai shutter speed yang harus ditetapkan
bergantung kepada kecepatan objek tersebut bergerak, objek yang bergerak lebih
cepat, nilai shutter speed yang diperlukan juga lebih tinggi. Selain itu, kamera telah
bergerak dari kanan ke kiri mengikut gerakan kereta tersebut. Kamera tidak boleh
digoyangkan ataupun tidak latar kerana ia akan menghasilkan ketidakjelasan kereta
tersebut. Semakin lembut dan tenang pengerakan kamera mengikut irama kereta
tersebut, semakin tajam kereta tersebut terhasil dalam foto. Oleh itu, pengambilan foto
ini telah menjalankan beberapa kali cubaan dengan penggunaan tripod supaya
pengambilan foto dengan lebih stabil dan kurang gayuhan.

Bagi teknik yang terakhir iaitu teknik potret, kami memilih foto datuk Kew Xin Ji.
Gambar tersebut diambil di rumah datuknya yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Gambar potret ini diambil tanpa sengaja (posing) dan ditangkap secara kandid. Gambar
ini diambil dengan menggunakan ISO yang tinggi kerana mereka berada di dalam
kawasan dalaman (indoor) dan tidak mempunyai cahaya semula jadi (natural daylight)
pada ketika itu. Selain itu, dengan penetapan bukaan lens (aperture setting), DOF
(depth of field/ kedalaman ruang fokus kamera), gambar ini menjadi cetak. Latar
belakang gambar ini ditangkap secara kabur supaya lebih menfokuskan kepada watak
utama dalam gambar portrait ini.

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya berasa puas hati dengan hasil usaha
rakan sekumpulan kami. Kami telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan bersama-
sama walaupun rumah kediaman kami berjauhan. Bagaimanapun dengan adanya
perbincangan melalui internet dan Whatsapp, kami dapat menghasilkan tugasan dengan
sebaik-baiknya. Kami jelas bahawa masih terdapat beberapa kelemahan yang wujud
dalam penghasilan tugasan ini, di sini kami bersiap sedia untuk menambahbaikkannya
dari semasa ke semasa. Pengetahuan tentang fotografi ini bukan setakat membantu
kami dari segi pengukuhan pengetahuan, malahan ia akan membantu kami
memperkasakan ilmu kerana kami akan berpeluang menjadi sumber rujukan fotografi
semasa di luar sekolah mahupun di dalam sekolah.

Akhir sekali, kami berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurnanya. Kami berharap hasil yang kami berikan menepati kehendak yang
diperlukan oleh pensyarah. Yang paling penting, pengetahuan dan kemahiran tentang
fotografi yang telah kami pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti
menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada kami. Segala
kemahiran tentang teknik fotografi yang diperolehi pasti akan kami gunakan dan
manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Kefahaman teori dan praktis dalam fotografi
sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk menghasilkan foto yang lebih berkualiti,
menarik dan bermakna pada masa yang akan datang. Akhir kata, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk
tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai