Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

MINGGU : ________________________________________
TARIKH / HARI : ________________________________________
KUMPULAN BERTUGAS : ________________________________________

NOTA
1. Arahkan murid beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan di sebelah kanan.
3. Arahkan murid diam, meluruskan barisan dan bersedia.

1. Yang Berusaha Tuan Guru Besar : …………………………………………………………………………………...


2. Yang Dihormati Pegawai : …………………………………………………………………………………...
3. Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan:
Penolong Kanan Kurikulum : …………………………………………………………………………………...
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : …………………………………………………………………………………...
Penolong Kanan Kokurikulum : …………………………………………………………………………………...
Penolong Kanan Pendidikan Khas : …………………………………………………………………………………...
Penolong Kanan Petang : …………………………………………………………………………………...
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

4. Saya …………………………………………………………………………………………….. dari Tahun ……………….


mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk memimpin perhimpunan mingguan
pada pagi ini. Jika rakan-rakan menghadapi sebarang masalah, sila berjumpa dengan guru-guru
bertugas sepanjang minggu ini iaitu:
BIL NAMA GURU BERTUGAS
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

BACAAN DOA
5. Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara / saudari
………………………………………………………………………….dari kelas …………………………………… untuk
membacakan doa. Diminta semua murid menadah tangan serta mengaminkan doa yang bakal
dibacakan dengan penuh penghayatan.

6. Mudah-mudahan doa yang dibacakan itu tadi dimakbulkan Allah jua. Majlis mengucapkan terima kasih
kepada saudara / saudari ……………………………………..…………………. atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, BANGSA JOHOR, DAN LAGU SEKOLAH


7. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu NEGARAKU, lagu BANGSA JOHOR, dan lagu SEKOLAH.
Semua guru dan murid diminta berdiri tegak, tangan di sisi dan bersedia untuk menyanyi dengan iringan
muzik. Untuk itu, majlis menjemput …………………………………………………………………………...…… untuk
memimpin nyanyian pada pagi / petang ini.
BACAAN IKRAR
8. Seterusnya dipersilakan .………………………………………………………….. untuk mengetuai bacaan ikrar.

9. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS


10. Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan …………………………………………………………………………
untuk memberikan laporan guru bertugas minggu lepas dan seterusnya mengumumkan kelas terbersih.

11. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan …………………………………………………………………………..


atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)


12. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan …………………………………………………………..
untuk menyampaikan pengumuman atau pesanan.

13. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ……………………………………………………………………. atas


pesanan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR / BARISAN PENTADBIR


14. Seterusnya, saya mempersilakan ………………………………………………………………………………………....
Tuan Guru Besar/ Penolong Kanan Kurikulum/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan
Kokurikulum/ Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan.

15. Saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
Tuan Guru Besar/ Penolong Kanan Kurikulum/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan
Kokurikulum/ Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penolong Kanan Petang itu tadi. Semoga nasihat,
teguran dan amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan dalam
kehidupan.

NYANYIAN LAGU AKU NEGARAKU


16. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu AKU NEGARAKU. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak,
tangan di sisi dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Untuk itu, majlis sekali lagi
menjemput …………………………………………………………………………… untuk memimpin nyanyian lagu
tersebut.

BERSURAI
17. Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan
Guru Besar, semua Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri
perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Disemak Oleh

………………………………………………………..
( )

Anda mungkin juga menyukai