Anda di halaman 1dari 12

Adat resam kaum kadazan dusun

1. 1. dat Resam kaum Kadazandusun Asal usul makanan Lazimnya, menurut


kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang
bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan.
Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun.
Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah
kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan
yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang
putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah
jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya
bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya. Oleh itu
demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek
moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan
Humabot. Upacara Momohizan Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos
atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk
memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya
membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau
bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku
kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada
akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun
'mikiompit'. Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta
para penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis
minuman keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah
malam iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku
kaum Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan
upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi)
Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua
miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan
menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru
dan diletakkan di ruang tengah rumah. Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad
dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang
ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu
diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur
(daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk
segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan
meletakkannya ke atas gendang.
2. 2. Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya
memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan
beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada
sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil
menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'.
Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi
yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam
tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang
tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu
diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali
kyang diperbuat daripada kelapa (hisad). Setelah itu Bobohizan akan menjemput
'miontong' untuk minum tapai (moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan
bersedia untuk menjemput dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan
memohon kepada mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku
kaum Kadazandusun. Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti
dengan mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan
yang menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara.
Para Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera
'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan
menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar
ke kayangan (minsavat). Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti
dan Bobohizan pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian
mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang
rusuk manusia yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang
merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil
'sindayang'. Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan
'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi
(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari
jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah
turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar,
samada mereka akan tidur atau makan. Semasa Bobohizan berehat, para jemputan
akan menarikan tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula
iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca
mantera 'mihung', 'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera
'momosik' tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah). Seterusnya
Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai
korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi. Jantina korban
mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan sebaliknya.
Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada tuan rumah
dan para tetamu.
3. 3. Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan
dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam,
daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun
ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan
membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau. Selepas membaca
mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu dengan benda
tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang besar(titimbok).
Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya ayam
itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan akan
memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai ke
tanah. Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca
mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-
korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke
rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai
membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan
menyanyikan mantera 'sumamboi'. Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara
'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya
kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang
tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi
mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang)
di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit. Bobohizan yang
lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan menguis kain
penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila mantera selesai
dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang ditutup oleh kain
itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit ditempat mereka
berekumpul tadi. Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan
sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau
miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari
sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu
(binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah. Hisad juga
akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut dan
ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'. Selepas
itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban- korban seperti daging babi
dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini akan dibawa
oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan 'humanau', ini
juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong . Setelah itu kesemua
Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa perjalanan kembali ke
rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang
4. 4. untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara
momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi
saja. Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat)
atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di
selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan
akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus). Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum
ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah
tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam,
butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu
Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca
mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah
tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa
kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi
jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Apabila
rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu'
atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil
kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan
getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil
bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat
pembawa malapetaka. Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para
jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua
keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan
meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai
bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah
itu. Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit'
iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah
tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat
rumah.
5. 5. Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini
juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang. Dalam upacara itu
Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas
daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke
dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi makan
kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi
tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) .
Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu
habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan
lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian
iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).
Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara
ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan
(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru
itu.
6. 6. Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga
dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali
sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam
warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui
kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam
dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.
PERKAHWINAN [Merisik] Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan,
keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam
hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini
menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak
lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki
berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada
waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak
lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau
pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama
dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang
lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan,
risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses
risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga
keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang
terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus
dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini
dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa
sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak
perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga
yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan
seumpamanya. PERKAHWINAN [Meminang] Apabila ibu bapa perempuan
mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi
wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin
itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan
diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
7. 7. memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada
malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada
malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan
mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa
dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan.
Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses
peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau
diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak
lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang
pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah
itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah
bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja
barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti
setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu
bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk
membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya.
Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.
PERKAHWINAN [Bertunang] Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa
perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan
mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi
dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan
membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak
boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan
diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya
berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan
dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah
ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar
seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan
dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya
terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga
atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat
untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan
tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini
juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan
jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut
diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari
perkahwinan. lni kerana binatang itu akan
8. 8. disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan
nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-
ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat
hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain
yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu.
Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti
dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum.
Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin
perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga
empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi
agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam
pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang
mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini
bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk
membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini
dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama
sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
PERKAHWINAN [Majlis Perkahwinan] Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada
pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan
semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai
tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor
ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula
dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).
Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada
hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya
bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada
pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah
pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing,
mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak.
Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat
beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan
memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa
majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-
rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama,
pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat- singkat pesta pula adalah antara dua
atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan,
majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
9. 9. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling
cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil
masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung
kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan
pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut
dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri
oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali
hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis
perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling
penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar
gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional
berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin
akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur
ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan.
Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional.
Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para
tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian
sumazau. KELAHIRAN [Sewaktu Mengandung] Bidan merupakan orang yang
bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum
perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan
masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam
kandungan sehinggalah selamat dilahirkan. Sejak di dalam kandungan lagi bidan
memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga
dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini
penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi
dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat
terutama jika seseorang itu beranak sulung. KELAHIRAN [Bersalin] Biasanya ibu
yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung
kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi
orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat
lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak
dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari
10. 10. kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi
kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya
jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat
darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.
Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan
ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama
hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke
halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat
yang dinamakan Rogon Gaiyah. Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain
supaya pintu rumah kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil
wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru
itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan
saudara-mara yang terdekat. Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga
bertanggungjawab tentang ubat- ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba
dan sebagainya. Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu
yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu.
Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.
Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit
merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat
yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling
banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia
dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan
persekitaran. Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk
menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan
kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh
sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan
minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan
kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka.
Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi
bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat
Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu
peranan bidan amat popular di kalangan mereka. KELAHIRAN [Selepas Lahir] Adat
memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi
nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama
sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa
segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan
atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut. Upacara rasmi memberi nama
sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut
dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di
seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak
11. 11. itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan
tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama
dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan.
Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.
Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut
Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa
baranga dibawa bersama iaitu; Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan,
bertutup dan bertali untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan. Sebilah
mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.
Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada
segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka. Sebuah siud iaitu tangguk
yang diperbuat daripada jaring. Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut
diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah
selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke
dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman
rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam
air mandian tersebut. KEMATIAN [Pengenalan] Bagi masyarakat Kadazan, mereka
mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini
boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun
tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama. Berikut
adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku
sesuatu kematian. KEMATIAN [Semasa Kematian] Terdapat beberapa adat yang
dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan,
antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus. KEMATIAN
[Memberi Tahu] Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal
dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini
penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak
hanya dialami oleh keluarga si mati.
12. 12. Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal
kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat
Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara
pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut
kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan
tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu
kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula. Namun pantang larang itu hanya
dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja,
manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan
sebarang pekerjaan. KEMATIAN [Berjaga-Jaga] Selepas dimandikan dan seluruh
badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan
kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap
rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh
hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan
dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat
akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung
besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di
sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan
bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-
bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari
terbenam dan waktu tengah malam. KEMATIAN [Moginupus] Moginupus adalah
bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara
mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati
terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja
yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah
menyebabkan kematian. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih
pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang
telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk
kerbau atau lembu yang telah
13. 13. dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.
KEMATIAN [Pengebumian] Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung
mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu
dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk
memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali
disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-
bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah
lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap
masuk ke tubuh mayat. Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang
dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.
Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya
atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi
jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup. Bagi
masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan
dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam.
Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan
berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan
masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang
dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di
dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah
untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat
tersebut sebelum dikebumikan. Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau
zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di
tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah- tengah pondok pula diletakkan
beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan
sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup. Ahli keluarga
si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-
turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke
tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih
hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa.
Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau
seekor ayam. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa
pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan
yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik
bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan
kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua
lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.
14. 14. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah
kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan
direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si
mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau
putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam
rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih. KEMATIAN
[Selepas Kematian] Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis
ini mempunyai beberapa tahap iaitu: - Makan Tiga dan Tujuh Hari - Makan Empat
Puluh Hari - Makan Seratus Hari - Makan TigaTahun KEMATIAN [Makan Tiga dan
Tujuh Hari] Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan
diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik
lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan,
titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan. Kenduri ini hanya diadakan secara
kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat- handai yang terdekat sahaja
dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan
harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.
KEMATIAN [Makan Empat Puluh Hari] Kenduri ini diadakan selepas empat puluh
hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana
diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan
memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat
handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk- pauk,
kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan
dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat. Dalam kenduri itu
juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke kubur bapa
atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut.
Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di
rumah si mati boleh menjamu selera. Pada malam berikutnya gong dan gendang
dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi
hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-
cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang
15. 15. berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh
dimakan oleh tetamu yang berada di situ. KEMATIAN [Makan Seratus Hari] Kenduri
akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika
dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik
dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali
ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa
yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih. Tujuan kenduri seratus hari ini
diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai
pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga
digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian
tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran
masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat
pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh
badan mereka. KEMATIAN [Makan Tiga Tahun] Kenduri makan tiga tahun
merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang
diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud
makan-makan untuk kenangan. Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan
oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-
handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat
belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30
gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan. Kenduri ini diadakan pada waktu
malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang
hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari,
dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada
bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai
pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan. Pengupeh akan duduk di sebelah
hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang
ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia
akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut.
Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa
dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk
memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.
16. 16. Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau
yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua
rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan
secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang
berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari
mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain. Penari pertama perlu
menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya
tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu
barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian
semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh
daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang
diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada
ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak
sekaligus. Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam
hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok
daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan
rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau
akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu
barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir. Seperti agama
lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung
dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad
dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya
apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di
kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat
Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan
masyarakat mereka.

Anda mungkin juga menyukai