Anda di halaman 1dari 4

Hukum Yang Ke-Tiga: Apakah tempoh bagi haid, dan tempoh haid yang paling

kurang dan yang paling banyak?

Perbezaan pendapat Para Ulama’ Fuqaha’ dalam menentukan tempoh bagi haid, dan
jumlah kadar tempoh haid yang sedikit dan yang banyak menurut beberapa pendapat:

Pendapat Pertama: Berkata Abu Hanifah al-Sauri: Tempoh haid paling singkat ialah
tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

Pendapat Kedua: Dan berkata al-Syafi’ie dan Ahmad: Tempoh haid yang paling
sedikit adalah sehari dan semalam (24 jam), dan tempoh haid yang paling banyaak
adalah lima belas hari.

Pendapat Ketiga: Dan berkata Malik dalam kitabnya yang masyhur: Tidak ada
batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, dan tidak ada batasan bagi tempoh haid
yang paling panjang dan dalam menentukan iddah perceraian bagi wanita.

Hujah bagi pendapat Abu Hanifah: Hadis Abi Amamah (( Tempoh waktu haid yang
paling sedikit adalah tiga hari dan tempoh haid yang paling banyak adalah sepuluh
hari )). Berkata al-Jisos: (( Ini adalah hadis yang sohih dan tidak ada mukdal
daripadanya walau seorang))

Dan hujah al-Syafi’ie dengan hadisnya: ((Salah seorang daripada mereka yang
separuh dari umurnya dan mereka tidak solat)) dan bahagian dalam bahasa adalah
separuh, ini menunjukkan bahawa tempoh waktu haid mungkin mencecah ke 15 hari.

Katakanlah: Tiada di dalam ayat apa yang menunjukkan tempoh waktu haid yang
paling kurang dan tempoh waktu haid yang paling panjang, dan tetapi ianya
perbuatan yang disepakati dengan merujuk kepadanya kitab furu’, dan mengetahui
bukti-bukti atau dalil-dalil daripada berita-berita dan kesan-kesan yang merujuk
kepadaya di situ dan Allah Taala mengambilnya.

Hukum Yang Ke-Empat: Bilakah dihalalkan untuk mendatangi wanita?

Menunjukkan firman Allah Taala:

  


 
Janganlah kamu mendekati mereka. [ Surah al-Baqarah:222]

Bahawasanya ianya tidak halal bagi lelaki untuk mendatangi wnita dalam
keadaan wanita tersebut masih dalam haid sehingga dia bersuci, para ulama’ fuqaha’
telah berselisih faham dalam menentukan apakah maksud penyucian itu?
‫أ‬. Pendapat Abu Hanifah: Yang dimaksudkan dengan suci adalah terputusnya
darah haid, jika terputusnya darah haid wanita itu maka diharuskan atau
dibenarkan lelaki tersebut mendatangi wanita tersebut sebelum mandi hadas
besar, walaubagaimanapun jika wanita itu terputus haidnya dengan tempoh
haid yang panjang iaitu ((10 hari)) maka diharuskan atau dibenarkan lelaki
tersebut mendatangi wanita tersebut sebelum mandi hadas besar,
walaubagaimanapun jika wanita itu terputus haidnya sebelum 10 hari maka
tidak diharuskan atau dibenarkan lelaki tersebut mendatangi wanita tersebut
sehingga wanita tersebut mandi hadas besar atau wanita itu masuk waktu solat
atau boleh bersolat
‫ب‬. Pendapat Jumhur Ulama’ (( Malik dan Syafi’ie dan Ahmad)):
bahawasanya suci adalah yang menghalalkan atau membolehkan bagi lelaki itu
untuk berjimak, iaitu bersucinya wanita itu dengan air seperti mandi junub,
dan tidak dihalalkan atau tidak dibolehkan untuk wanita itu didatangi sehingga
dia terputus haidnya dan bersuci (mandi hadas besar) dengan air.
‫ج‬. Pendapat Thowuus dan Mujahid: Firman Allah Taala: Ianya itu sudah
cukup diselesaikan dalam keadaaan terputusnya haid wanita itu dengan
membasuh farajnya dan mengambil wudu’.
Sebab bagi pertikaian itu: Sesungguhnya Allah Taala berfirman:

  


   
   
 
Maksudnya: Janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila
mereka Telah suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah
kepadamu. [ Surah al-Baqarah:222]

Kalimah ‫ طهر‬yang pertama menunjukkan peringanan, dan kalimah ‫ طهر‬yang kedua

menunjukkan penekanan, dan kalimah ((‫))طهر‬ digunakan dengan tidak


menguntungkan padanya untuk manusia iaitu terputusnya darah haid, dan bagi
kalimah ((‫ ))تط ّهر‬digunakan dengan yang menguntungkan manusia dengan
perbuatannya iaitu mandi hadas besar dengan air.
Hujah Abu Hanifah: Mengenai terputusnya darah haid, dan Allah berfirman:

)) [ Surah al-Baqarah:222] Mengenai maksud terputusnya darah


((  haid,

jadi ia telah digunakan rasa penekanan atau diperketatkan dengan maksud peringanan.

Dan berkata Jumhur Ulama’ tentang makna ayat: ((Janganlah menghampiri


wanita-wanita itu sehinggalah mereka mandi hadas besar, jika mereka telah mandi
hadas besar maka datangilah mereka)) Maka digunakan dengan peringanan dengan
makna penekanan/perketatkan, dan menunjukkan dengan membaca hamzah (())
dengan penekanan pada kedua-duanya.

Dan mereka berkata: Bahawasanya menunjukkan kesahihan kata-kata kami bahawa


Allah Taala tahu kaitan hukum pada ayat itu dengan dua syarat:

Syarat Pertama: Terputusnya darah haid dan Allah Taala berfirman:

)) [ Surah al-Baqarah:222] Iaitu apa-apa yang terputusnya daripada


(( 

wanita-wanita itu darah.

Syarat Kedua: Mandi hadas besar dengan air, dan Allah Taala berfirman:

))[ Surah al-Baqarah:222] Iaitu mandi hadas besar


((  

Dan menjadi pendapat-pendapat dikumpul yang terakhir, dan Allah berfirman:

 
  
  
 
Maksudnya: Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin.
Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta).
[Surah an-Nisa’:6]

Dan kaitan dengan hukum itu adalah diharuskan atau dibolehkan menggunakan air
dengan dua syarat:
Yang pertama: Apabila cukup umur untuk bernikah, Yang kedua: Menurut pendapat
dan bijak dan berkebolehan (pandai memelihara harta), maka tidak boleh tidak mesti
disediakan bersama-sama.

Pendapat yang paling rajih: Pendapat daripada Jumhur Ulama’ adalah yang paling
rajah kerana Allah Taala menjelaskan dengan firman-Nya:

   


  
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan
menyukai orang-orang yang mensucikan diri. [Surah al-Baqarah:222]

Perkataan jelas menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kesucian yang
tersembunyi adalah mandi hadas besar dengan air. Dan itu adalah yang paling rajah
iaitu ikhtiar dari Sheikh al-Mufassirin al-Tobari, dan al-‘Alamah bin al-;Arabi dan al-
Syaukani dan Allah Taala Maha Mengetahui.

Anda mungkin juga menyukai