Anda di halaman 1dari 30
KETUA SETIAUSAHA. SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8 Kompleks € Tol: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: waw.moe.govmy Ruj Kami: KPM.100-1/7/1Jld.7( 62) Tarikh [ Januari 2018 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Semua Pengetua/Guru Besar YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018 BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pelaksanaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2, LATAR BELAKANG 2.1 Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. la bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014. 2.2 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu: a) Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan- keperluan lain persekolahan murid); SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) b) Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sl um); dan c) Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa. 2.3 Selaras dengan perubahan dasar, peruntukan dan keperluan semasa, kajian semula kadar pemberian dilaksanakan seperti berikut:- bantuan telah Jenis Bantuan Poly, | a: —_{RM) | BantuanAm |SR dan SM:| SR : 200.00 SR : 100.00 Persekolahan | 200.00 SM : 300.00 SM : 150.00 SR : 500.00 SR kategori MISKIN : Bantuan (50 x10 bulan) | 250.00 (25 x10 bulan) Bulanan dihentikan SM: 600.00 | SR kategori MISKIN (60 x10 bulan) | TEGAR : 500.00 (50 x10 bulan) Bantuan Bulanan SM kategori MISKIN: 300.00 (30 x10 bulan) SM kategori MISKIN TEGAR : 600.00 (60 x10 bulan) SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2.4 Bermula pada tahun 2017, Bantuan Am Persekolahan (BAP) dikurangkan sebanyak 50% daripada kadar sedia ada, manakala Bantuan Bulanan (BB) yang diberikan kepada murid/penerima kategori miskin dan miskin tegar daripada data eKASIH dan Data Murid Orang Asli (DMOA) dihentikan. 2.5 Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2017 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah disemak semula bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah lebih cekap dan berkesan. Di antara perubahan- perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :- 2.5.1 Ibubapa/penjaga yang tidak += mempunyai _ bukti pendapatan hendaklah mengemukakan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai seperti yang dinyatakan di perenggan 7.3.1(a); dan 2.5.2 Perubahan perekodan peruntukan bantuan KWAPM yang diterima oleh sekolah seperti dinyatakan di perenggan 10.3. 3. TAFSIRAN 3.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 3.2 3.3 3.4 3.5 atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut. Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. Pendapatan Isi Rumah (PIR) bermaksud semua_bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga daripada sumber-sumber berikut: a) Gaji kasar dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan, nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen; b) Sumbangan tetap daripada agensi Kerajaan atau pihak swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pungutan Zakat; c) Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan d) Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. Per Kapita bermaksud jumlah pendapatan IR dibahagikan dengan bilangan IR yang hanya terdiri daripada keluarga asas sahaja termasuk ibu bapa/penjaga pemohon. Ini adalah tidak termasuk anak yang telah bekerja, berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas kecuali anak kurang upaya atau masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Data Sedia Ada (DSA) bermaksud permohonan KWAPM murid yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) serta diperakukan oleh Pejabat 5 ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) 4. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA 4.1 eKASIH Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh KSN telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. 4.2 Data Murid Orang Asli (DMOA) Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKMOA) ke 12 Bil. 1/2014 bertarikh 29 Ogos 2014 memutuskan penggunaan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengenalpasti_murid- murid Orang Asli yang akan menerima bantuan KWAPM. Data tersebut hendaklah dikemukakan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan Status Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan status kemiskinan Ketua Isi Rumah Orang Asli. ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 4.3 Data Sedia Ada (DSA) Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil.3 Tahun 2011 bertarikh 18 Mac 2011 telah memutuskan bahawa pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 perlu menggunakan DSA melalui petmohonan sekolah bagi murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1. 5. ASAS KELAYAKAN MURID BAGI BANTUAN KWAPM 5.1 Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai. 5.2 Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK). 5.3 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 5.4 Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 5.5 Pendapatan IR untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa 5.6 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa_ Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa_bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM. 5.7 Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMk) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan. 5.8 Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP) atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM. 5.9 Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA). SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH. PELAJAR MISKIN (KWAPM) 6. JENIS DAN KADAR BANTUAN 6.1 Mulai tahun 2017, kadar bantuan telah dikaji semula. 6. iy Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 2 Tahun 2016 pada 8 Disember 2016 telah memutuskan bahawa kadar Bantuan Am Persekolahan (BAP) dikurangkan sebanyak 50% daripada kadar sedia ada dan pembayaran Bantuan Bulanan (BB) diberhentikan kepada penerima data eKASIH dan DMOA. Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut:- DATA | BANTUAN AM oe (BAP) eKASIH, DMOA dan Data Sedia Ada (DSA) Sek Rendah = 100.00 setahun Sek Menengah = 150.00 setahun Bantuan KWAPM hendaklah diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun bank murid atau pemberian secara tunai atau cek atau pemberian bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid). SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 7. TATACARA PERMOHONAN 7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan berada pada status Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM tanpa perlu mengemukakan permohonan. Data eKASIH yang diperolehi daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri akan dipadankan dengan data murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengenalpasti maklumat sekolah terkini murid. Senarai nama murid eKASIH akan dipaparkan dalam Senarai Berjaya di dalam Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). 7.2 Semua murid Orang Asli yang KIR disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan diberikan bantuan KWAPM tanpa perlu mengemukakan permohonan. Data murid Orang Asli (DMOA) akan dimuat-turun daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan dikemukakan kepada pihak JAKOA untuk pengesahan status Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan status kemiskinan KIR. Senarai nama DMOA akan dipaparkan dalam Senarai Berjaya di dalam Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). 7.3 Bagi permohonan DSA permohonan perlu dikemukakan oleh pihak sekolah secara atas talian menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) — Modul Bantuan KWAPM berdasarkan kriteria kelayakan di Perkara 5. Permohonan dan 10 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) perakuan pihak sekolah adalah perlu bagi melancarkan proses permohonan Bantuan KWAPM dan _ setiap _ peringkat memainkan peranan tertentu seperti berikut :- 7.3.1 Tanggungjawab Guru KWAPM/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) a) Mengenalpasti murid miskin yang pendapatan isi rumah berada di bawah PGK dan mengedarkan Borang Permohonan Individu KWAPM (Lampiran A) untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga murid serta memastikan ibu bapa/penjaga ~mengemukakan semula borang tersebut kepada pihak sekolah beserta bukti pendapatan iaitu salinan penyata/slip gaji bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai majikan atau Borang Pengesahan Pendapatan (Lampiran B) yang disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengamal Undang-Undang/Jaksa Pendamai/Penghulu/Ketua Kampung/Penggawa/ Pengerusi Pesatuan Penduduk bagi ibu bapa/ penjaga yang bekerja sendiri; b) Mengemaskini maklumat murid miskin di dalam APDM bagi penyediaan data permohonan Bantuan KWAPM secara atas talian selewat- lewatnya pada tarikh-tarikh tersebut :- ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) c) d) i) Pada atau sebelum 31 Ogos tahun semasa (bagi murid Tahun 1 hingga 5 tahun semasa); dan ii) Pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya (bagi murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Pelarasan Tahun 2 hingga Tahun 6 yang baru mendaftar masuk sekolah) Maklumat yang penting untuk dikemaskini dan wajib diisi lengkap di dalam APDM adalah seperti berikut:- i) | Nombor kad pengenalan murid; ii) Nama murid; iii) Darjah/Tingkatan murid; iv) Status warganegara murid; v) Kaum/bangsa murid; vi) Nama ibu bapa/penjaga; vii) Nombor kad pengenalan ibu bapa/penjaga; viii) Jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga (medan jumlah pendapatan WAJIB diisi dengan nilai); dan ix) Jumlah tanggungan ibu bapa/penjaga (isi rumah). Senarai nama murid miskin yang pendapatan isi rumah berada di bawah PGK akan disenaraikan secara automatik di dalam APB — Modul Bantuan KWAPM. Berdasarkan Borang Permohonan Individu dan senarai yang dipaparkan di dalam APB — KWAPM, pihak sekolah _ bertanggungjawab 12 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 7.3.2 7.3.3 membuat tapisan serta saringan murid yang layak untuk dipertimbangkan menerima Bantuan KWAPM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS); Senarai pendek permohonan hendaklah dimohon secara atas talian melalui APDM — pautan Pengurusan Bantuan (APB) berdasarkan takwim tahun semasa yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan; dan Pihak sekolah perlu memfailkan semua Borang Permohonan Individu, Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah dan dokumen kewangan bagi tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan dijalankan dari semasa ke semasa Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu mengesahkan Borang Permohonan Individu dan memperakukan, permohonan yang telah dimohon di dalam sistem APB. Tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) a) Memastikan semua sekolah di = bawah pentadbirannya membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan; SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) b) Membuat semakan dan mengesahkan data permohonan Bantuan KWAPM yang dikemukakan oleh pihak sekolah melalui sistem APB - Modul Bantuan KWAPM; c) PPD memperakukan permohonan sekolah di bawah seliaan masing-masing; dan d) Melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan Bantuan KWAPM mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan. 7.3.4 Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) a) Memperakukan permohonan sekolah/PPD; dan b)Melaksanakan pemantauan secara_berkala terhadap sekolah/PPD bagi memastikan pelaksanaan Bantuan KWAPM = mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan. 8. KES-KES KECEMASAN 8.1 Bantuan kes-kes kecemasan adalah hanya untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tertakluk kepada perkara berikut:- a) Bencana alam dan kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan; SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 8.2 8.3 8.4 b) KIR yang meninggal dunia atau hilang upaya bekerja yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid; c) Murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan; dan d) Had kelayakan pendapatan semasa keluarga hendaklah tidak melebihi PGK Nasional. Bantuan bagi kes kecemasan adalah RM100.00 bagi murid Sekolah Rendah dan RM150.00 bagi murid Sekolah Menengah. Tempoh sah laku bagi permohonan kes kecemasan adalah 3 bulan daripada tarikh berlakunya kes. Permohonan melebihi tempoh tersebut tidak akan diproses, dianggap tidak lagi cemas dan tidak memerlukan bantuan kewangan yang mendesak untuk murid meneruskan persekolahan. Murid perlu memohon bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: a) Borang Permohonan Individu KWAPM (Lampiran A) yang lengkap dengan maklumat pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga (bagi kes di perkara 8.1(b), sila nyatakan pekerjaan dan pendapatan KIR semasa hayatnya); b) Borang Permohonan Kes Kecemasan (Lampiran C) yang disahkan oleh PPD/JPN; Is ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH. PELAJAR MISKIN (KWAPM) c) Laporan siasatan yang disediakan oleh sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN; d) Laporan polis ( 8.1 (a) - jika berkaitan); e) Laporan perubatan (8.1(b) - jika berkaitan); f) — Sijil kematian (8.1(b) - jika berkaitan); g) Gambar kejadian dan laporan akhbar ( 8.1(a) / 8.1(b) - jika berkaitan); dan h) Salinan penyata akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah terkini. 8.5 Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang disahkan ke Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh yang telah ditetapkan di perenggan 8.3. di atas. 9. JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH (JBPS) 9.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut:- a) Penolong Kanan HEM (Pengerusi Ganti); b) Guru yang menguruskan KWAPM; c) Sekurang-kurangnya dua (2) orang wakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) (selain guru/kakitangan sekolah dan bukan ibu bapa pemohon); dan 16 ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) d) Ketua Kampung/ketua masyarakat setempat (sekiranya perlu), 9.2 Fungsi dan tanggungjawab JBPS adalah seperti berikut:- a) Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM; b) Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut: i) senarai nama murid yang membuat permohonan; ii) senarai nama murid yang diperakukan oleh JBPS; dan ili) senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan. c) Menentukan bayaran BAP sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan; d) Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas; dan €) Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima DSA dan status Miskin/Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan DMOA. ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 9.3 Pengetua/Guru Besar selaku Pengerusi JBPS adalah bertanggungjawab menentukan hanya murid yang benar- benar layak sahaja diperakukan dan diberi bantuan. Tindakan boleh dikenakan kepada Pengetua/Guru Besar sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini. 9.4 Sekiranya pihak Bahagian Kewangan, KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses permohonan, pemilihan murid DSA, pendaftaran ke dalam sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). 10. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 10.1Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. 10.2Bahagian Kewangan, KPM akan memaklumkan JPN mengenai peruntukan yang akan disalurkan ke akaun bank PPD/sekolah. JPN hendaklah memanjangkan makluman berkenaan kepada PPD/sekolah dengan segera. PPD/sekolah —_ hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) dimasukkan atau tidak berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM. 10.3Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) atas nama Peruntukan KWAPM. Sekolah yang mempunyai Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) hendaklah mengunci masuk maklumat transaksi KWAPM ke dalam sistem tersebut. 10.4Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM. 10.5Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah menandatangani Borang Akuan Penerimaan Bantuan KWAPM (Lampiran D) setelah menerima bantuan KWAPM (sama ada tunai atau masuk ke akaun) sebagai bukti 19 ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) penerimaan. Borang ini perlu juga ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan seorang guru lain sebagai saksi (Guru Penolong Kanan/Guru KWAPM/Guru Kelas murid). 10.6Bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini, sekolah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. Walau bagaimanapun, —sekiranya_~—_ pengagihan dilaksanakan secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut:- a) Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi oleh dua (2) orang guru; atau b) Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan — tambahan seperti © mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan = Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 10.7Pihak sekolah/PPD tidak dibenarkan membuat sebarang potongan amaun bantuan KWAPM kepada pihak murid. 11. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.1Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi 20 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa. 11.2Cek tersebut perlu ditandatangani oleh para pegawai (berdasarkan Akuan Kuasa 52) seperti berikut: a) Lebihan peruntukan bernilai_ ~—kurang—_daripada RM10,000.00, kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai; atau b) Lebihan peruntukan bernilai RM10,000.00 dan ke atas, kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai. 11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan daripada tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117). 12. MURID BERPINDAH SEKOLAH 12.1Bagi murid yang berpindah sekolah, pihak sekolah/PPD perlu mematuhi prosedur dan melaksanakan tindakan seperti berikut:- Sekolah Asal Sekolah Baharu Bil. Ada Tiada Ada Tiada Tindakan KWK KWK KWK KWK | | | - Sekolah asal pindah _ peruntukan ke akaun v v z sekolah baharu. SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) surat makluman hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan; dan sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD/sekolah hendaklah mengembalikan tahun semasa. peruntukan Sekolah Asal Sekolah Baharu Bil. Ada Tiada Ada Tiada Tindakan KWK KWK KWK KWK iz 7 - Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baharu. 2. v = = VN | = PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baharu murid. - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. 3. - v Vv - | = PPD asal_pindah peruntukan ke akaun sekolah baharu. - Sekolah asal | maklumkan kepada PPD asal. - PPD asal pindahkan ce peruntukan ke akaun a ¥ in v PPD baharu. - PPD baharu akan uruskan pembayaran kepada sekolah baharu murid. Nota: tersebut ke Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia” sebelum 31 Oktober ! ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 13. 14, 15. KELULUSAN KHAS 13.1Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian Bantuan KWAPM yang kurang jelas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk pertimbangan dan keputusan muktamad dengan kadar segera. PENUTUP 14.1Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP), Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah. 14.2Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 14.3Sekiranya terdapat_ sebarang pertanyaan _ berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM, pihak sekolah bolehlah merujuk kepada PPD/JPN untuk maklumat lanjut. TARIKH KUAT KUASA. 15.1 SPK Bil.1 Tahun 2018 ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. ‘SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 16. PEMBATALAN 16.1Dengan berkuat kuasanya SPK ini, maka SPK Bil. 2 Tahun 2017 Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah dibatalkan. Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” \ STO’ SRI ALIAS BIN HAJI AHMAD Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Januari 2018 sk, 1. YB Menteri Pendidikan 2. YB Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan 3. YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 4. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha 5. Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6. Penasihat Undang-Undang 24 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) Edaran Luar 7. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 620502, Putrajaya. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Tingkat 3, West Block, Wisma Selangor Dreging Berhad (SDB), 142-C, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. eTuRE VT 482 LAMPIRAN A ‘TANDAKAN (1) MENGIKUT KATEGORI YANG BERKENAAN “1 PERWOHONAN BARU 2 SANBUNG SEMULA DARI TARIN SeBELUM KEMENTERIAN BORANG PERMOHONAN INDIVIDU KWAPMM TAHUN PY PENDIDIKAN ——BANTUAN DI BAWAH KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN oie MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (1) Borg in pe i lh Bape J Pnjga mui pela isi Wargaegaa alae) eoklahvendah | manengoh Kean dn bartan Keraan. i) Siasatakanjuge sesalinandokumen Sil Lah, Kad PengonaanIbuBapePejag, Si Kemi IbuBepaPenoga ka berkensan, (it) Statandskan (/) paca uangan bekatan, Permotonan in shan batatan seiranys bua yang dibeshan a enghp tu ak ner, BAHAGIAN A (Dis! ole pina sokolah) Kod Soketah 7 - Nama Sota He HES cacnneneOne ED ‘Alaa Sola oe ee Boot Ce eee ae No.TelSekolh: No. Faks Selah Mel Sola: ka ad) Pejabat Paljaran Bahagian | Gaburgan / Daerah Oerch Kel (Potong yang Ek berkenaan) BAHAGIANS — BUTIR IRI MURID /PELAJAR (Dis oleh IbufBapa atau Penaga dengan bantuansekolah) Name Muri /Ploar. Warganogara Tart Laie Here No Silat: nwnenmen NO. Kad Pengenalan eee Davah ee Jentina Lott Perempusn Bangsa conten Tompat Lair e Task Lap it! Besokeah Semsa: zee — NamatRumahs See eee Soret ee ie Tempat tnagal muti pejarsemasa bersekolh [J Faman [) Asiana [) Paman kebajtan Ska uri pejar pan meres tiasiswa/bantuan (ual atau bukan Waal sila netaken: (2) denis Bisiswa Bantuan Seer ae nee () Teun Tera: cu — (© Tempon z Snes ae (Nils Setzhun (@)—Penaja/ Agensi BAHAGIANC —PENDAPATAN KELUARGA (Dis ooh bubaps /penega) (i) Pendapaten Kelaraa = “ay *(8) Nakiumat BapalPenjage Makiumat IbulPenjaga 12) | Nana Nama’ () [No KF: NoKP. (e)_[_Warganegare Warganogar (a) | Poterian Peterson (e) | Stas (_) Kain (_) bata Sausi_( _)_Kahwin (7 tbvTunepat (| Pendapatan Saban: Ri Pendapatan Sebulan: RU, (a) [ Wo. Teleon Ruan: Ne Tfon Rumah (hy [No Teleton Bindi No, Teefon Bit (i) | No. Telefon Peso No, Teelon Pejabat (i) Nama den Aomatiajians Nama dan Alamat Majik ae a . (W_[ dunia pendapatan sbutan (A) dan (8)= "Wald tmasukpermofonan kes Kecerasan bal KTR eninacal dia) (1) TanggungantuBapaPenjaya (termasuk maton ) (Ak nek yng to oka las aramaanga dan Berunor 21 lhun ko as Stag mee lngpnganbabapaberaga hecuall nak Aug ope atu mash mont tts Pern Tiga) ‘War aswel a Nam ur | Pearse | eon a PTA PTS) oes co a (2 3) cy 6) 8) ” (Sia gunakan Lampran seranya rung daa Wak meneatup BAHAGIAN D PERAKUAN Peratuan ibu/Bapa/ Penjaga PERINGATAN Pernyataon burn yang pasu dengan ret memerdaya atau mengefutan Kementeten Penciikan Malaysia bagi meustanbantuan in agah melakukan sty) kesalatan asuah di banah Seksyen 16 Alta Sutunenaya Pencegahan Rasush Malaysia 2009 yang membawa hukaran perjra seam tempo tidak mele 2) {tahun dan denda tidak kurang daripaé 5 kal ganda junlah atau ill but mtan yang palsualau Slap tu dapat dal ala berberuk wang, atau RMD,000 00 mengikt manana yang li Sg. Ketua Pesuruhjaya ‘Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PERAKUAN IBUIBAPAIPENJAGA, Saya telah bacaperngatan dats dan saya mergsku sega butran yang dio alah ber bela dan pendapatan yang disytnarkan adalah pendapatn yang benar, seer GengenkehendakBorang Pemmotcnan Indvdu KWAPH dan sebarang pertyataen palsy akan mendedahkan saya kapadapendakwsen 1OVE NYNOHOMESd ONVIOS yueg unexy one eweR, ye ON H0101 ON semoBuog rung ewen ueIo%9s poy = Usiones vewery @ eweN a a sown ee swe cy enn “eyo vena ner nme wus wm vue ue eng ‘eaamar ane wnuena “ve ueyepona eben ueeuegunentoy yin Te ne a wore | vanaue rune | oe | MoE TEM Lays, [uM | vowaeraor men, |MYLPION] | ann awn vine .e weninvs | wera we KIRKEN PH)SBTIIAI2 0) LAMPIRAN D EMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIAN BORANG AKUAN PENERIMAAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH Fe MAAS PELAJAR MISKIN BAGI TAHUN ... 5 PERHATIAN 1) Borang ini adalah untuk SIMPANAN SEKOLAH BAG! TUJUAN PENGAUDITAN 1. Nama Sekolah 2. Negeri / Daerah 3. Nama Pelajar 4. No. Sijil Lahir/Kad Pengenalan 5. Tahun/Tingkatan 6. Nama Penuh Ibu Bapa / Penjaga 7. No. Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga Disahkan bahawa pelajar ini telah menerima bantuan yang diluluskan oleh pihak sekolah bagi tahun ini seperti berikut = Cara Bantuan Diberikan Bil Jenis Bantuan, Kredit Ke Akaun Tunai | Cek Pelajar Barangan 1. [Bantuan Am Persekolzhan (Sto trdlan( pacar bantu yng ina ce mri) Pengakuan Ibu Bapa / Penjaga : Saya seperti nama dan nombor kad pengenalan di atas mengaku menerima bantuan KWAPM bernilai RM. . pada tarikh bagi tahun ........ untuk murid di atas. Saya berjanji wang tersebut akan diguneken sepenuhnya untuk keperluan harian dan peralatan sekolah murid, Wang ini tidak akan disalahgunakan untuk tujuan selain daripada perkara di atas. Disahken oleh ea pec otic tctiittesbitn Tandatangan Pengetua/Guru Besar ——Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga Yang Menerima Bantuan Nama Pengetua/Guru Besar 2 ..ssseanessitinnntnein No. Kad Pengenalan coe tae No. Kad Pengenalan Ibu bapa / Penjaga Cop Sekolah Tarikh Saksi ceca Tandatangan guru saksi No. Kad Pengenelan Saksi

Anda mungkin juga menyukai