Anda di halaman 1dari 2

VITHIYAAVATHY A/P NITTIANATHAM

PISMP SEM 3/BDK (SJKT)

Berat Dan Ringan


Masa : 30 minit
Alat : Batu yang berat, belon yang dipenuhi dengan angin, kertas, pen.

Objektif :
1. Menggalakkan ahli kelompok untuk membuat perbezaan antara tindakan positif dan
tindakan negatif.
2. Membantu ahli kelompok menyedari bahawa fikiran yang negatif akan menjejaskan
perasaan.

Langkah :
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling dan ahli kelompok menyenaraikan fikiran yang negatif
dan positif tentang suatu perkara yang spesifik.
2. Selepas selesai menyenaraikan fikiran negatif dan positif, Guru Bimbingan dan
Kaunseling menerangkan bagaimana fikiran ini mempengaruhi perasaan dan tindakan
yang diambil oleh seseorang.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyuruh ahli kelompok untuk menganggap batu yang
berat sebagai fikiran yang negatif dan belon yang dipenuhi dengan angin sebagai fikiran
yang positif.
4. Setiap ahli kelompok diminta untuk mengambil batu yang berat dan berjalan di bilik
kaunseling. Ini memberi gambaran yang jelas kepada ahli kelompok bahawa fikiran
negatif seseorang akan memberi kesan yang buruk.
5. Apabila ahli kelompok diminta untuk meletak batu di bawah, ahli kelompok akan rasa lega.
6. Sekarang, ahli kelompok diminta untuk mengangkat belon dan berjalan di bilik kaunseling.
Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan bahawa fikiran positif akan memberi kesan
yang positif.
7. Ahli kelompok akan menyedari bahawa fikiran negatif harus dihapuskan untuk
mengelakkan perasaan marah.
VITHIYAAVATHY A/P NITTIANATHAM
PISMP SEM 3/BDK (SJKT)

Baik Dan Buruk


Masa : 30 minit
Alat : Kertas dan pen.

Objektif :
1. Dapat mengambil keputusan yang baik.
2. Perasaan marah dapat dikurangkan kerana ahli kelompok dapat membezakan fikiran
yang positif dan negatif.
3. Tindakan yang tidak menyakitkan orang lain dapat diambil oleh ahli kelompok.

Langkah :
1. Setiap ahli kelompok diminta untuk menulis tiga mesej atau kepercayaan negatif dan tiga
mesej positif.
2. Ahli kelompok dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Mereka diminta untuk berdiri dalam dua barisan.
4. Salah seorang ahli kelompok diminta untuk keluar daripada barisan.
5. Barisan di sebelah kanan akan digelar sebagai ‘baik’ dan barisan di sebelah kiri akan
digelar sebagai ‘buruk’.
6. Ahli yang dipilih tersebut harus berdiri di depan kedua-dua barisan tersebut.
7. Ahli kelompok yang berdiri di sebelah kanan akan memberi mesej positif dan ahli
kelompok di sebelah kiri akan memberi mesej negatif.
8. Ahli kelompok yang berdiri di depan tersebut akan berfikir secara rasional dan memilih
mesej yang positif. Selepas itu, kedua-dua orang tersebut akan memberi ruang kepada
ahli kelompok tersebut untuk melalui dan berjumpa dengan pasangan seterusnya.
9. Sekiranya, ahli kelompok yang dipilih tersebut tidak dapat memilih mesej yang positif, ahli
tersebut harus memasuki barisan dan menghantar ahli seterusnya.

Refleksi :
1. Apakah perasaan anda apabila anda mendapati bahawa anda berkebolehan untuk
membuat keputusan yang baik?
2. Apakah kesannya kepada diri anda dan orang lain?

Anda mungkin juga menyukai