Anda di halaman 1dari 3

A.

ARAHAN SEBELUM PERHIMPUNAN


Luruskan… barisan !
Baris… Senang … Diri !
Baris … Baris… Sedia !
Baris.. Senang … Diri !

b. SEMASA PERHIMPUNAN
Assalamualaikum.w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang berusaha Puan Che Nasirah Binti Bidin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kampung Selarong, Yang Dihormati Puan Zaleha Binti Yusof, Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Amril Afridi selaku Penolong Kanan Hal ehwal Murid, Encik
Rosli, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat
berkumpul pada pagi yang cukup indah ini.
Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, saya menjemput
______________________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________ atas bacaan doa


sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Sekolah
dan Lagu “Aku Negaraku”.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Usnor selaku konduktor nyanyian sebentar
tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh
____________________. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara ____________ atas pimpinan bacaan


ikrar sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, saya menjemput Cikgu
__________________ selaku guru bertugas pada minggu ini untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan .

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Cikgu __________________ atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Majlis perhimpunan kita akan diteruskan lagi dengan ucapan yang akan
disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Selarong, Puan Che
Nasirah Binti Bidin. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan Guru Besar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita
pada pagi ini. Semoga apa yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru Bertugas
tadi dapat dijadikan pedoman buat kita semua.
Diminta pengawas mengambil tempat untuk mengawasi murid-murid yang akan
bergerak ke kelas masing-masing. Majlis bersurai.
IKRAR SEKOLAH

Maka Kami,
Rakyat Malaysia,
BERIKRAR,
akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut,
berdasarkan pada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Anda mungkin juga menyukai