Anda di halaman 1dari 2

SPM BAHASA MELAYU – KARANGAN RANGSANGAN

MODUL 2: Berita
Lihat iklan di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang iklan tersebut. Panjangnya huraian


hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Salah satu jawatan penting dalam syarikat akhbar ialah penyunting.


Penyunting ialah orang yang memperkemas dan menyiapkan bahan seperti
makalah, artikel, dan berita untuk dicetak. Untuk memohon jawatan
penyunting di syarikat akhbar, seseorang calon mesti memenuhi beberapa
syarat.

Antara syaratnya ialah aspek kemahiran dalam bahasa Melayu dan


bahasa Inggeris. Hal ini penting kerana seseorang penyunting
bertanggungjawab untuk memastikan berita, artikel, dan sebagainya yang
akan disiarkan tidak mengandungi kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa,
dan struktur ayat. Dia mesti mahir dalam kedua-dua bahasa itu supaya
dapat mengesan dan membaiki sebarang kesilapan.

Selain itu, seseorang penyunting juga sedia bekerja tanpa mengira


waktu. Dia tidak boleh mengharapkan waktu kerja yang tetap seperti
pekerja lain. Sebagai contohnya, untuk menyunting laporan berita tentang
sesuatu persidangan yang berlangsung hingga jauh malam, seseorang
penyunting harus sanggup menyengkang mata bersama-sama staf lain

MODUL 2: Berita
SPM BAHASA MELAYU – KARANGAN RANGSANGAN

untuk menyiapkan kerja masing-masing untuk diterbitkan.

Di samping itu, seseorang penyunting mesti dapat menyesuaikan diri


dalam sebarang keadaan. Mereka mesti dapat melakukan tugas dengan
cekap sama ada di dalam pejabat atau di luar pejabat. Begitu juga, dia
harus dapat bekerjasama dengn pemberita dan penyunting lain secara
berpasukan untuk menyiap sesuatu berita atau rencana.

Ringkasnya, kerjaya sebagai penyunting memerlukan tahap keamatan


dan ketelitian yang tinggi. Tanpa ciri-ciri tersebut, seseorang tidak akan
dapat menjadi penyunting yang baik.
(207 patah perkataan)

MODUL 2: Berita

Anda mungkin juga menyukai