Anda di halaman 1dari 2

4 SAJAK – PADA SEKUNTUN MAWAR, (Mahwa Mohamed)

A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa seseorang gadis yang hilang maruahnya pasti akan
menitiskan air mata ibu bapanya dan menyebabkan mereka bersedih sepanjang
masa. Kejadian ini juga akan menghantui kehidupan anak gadis sekali gus
menjejaskan maruah ahli keluarga.
RANGKAP 2
Seseorang anak gadis yang telah kehilangan maruah diri bagaikan hancur masa
depannya. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada sesiapa yang akan menerimanya
dan menganggapnya tidak suci lagi. Oleh sebab itu, Kehidupan gadis yang
kehilangan maruah diri akan sepi dan sedih kerana masa depannya turut musnah.
RANGKAP 3
Maruah diri seseorang gadis bukan hanya terletak pada kecantikan luaran semata-
mata. Kecantikan yang sebenarnya melibatkan keimanan dan kesuciannya. Oleh hal
yang demikian, anak gadis mesti menjadi kesuciannya dan kegadisannya agar
dipandang tinggi kerana gadis yang ternoda akan dipandang rendah oleh
masyarakat.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah kepentingan seseorang anak gadis memelihara maruah diri agar
tidak ternoda. Kehilangan maruah diri seseorang gadis bukan sahaja menyebabkan
dirinya hilang masa depan, tetapi juga menyebabkan ahli keluarga berduka cita.
Oleh hal yang demikian, gadis harus mempertahankan maruah dirinya demi
mendapatkan penghormatan daripada ahli masyarakat.
Persoalan
(a) Kesucian seorang anak gadis.
(b) Kesedihan ibu bapa yang mengenangkan nasib anak gadisnya yang ternoda.
(c) Kepentingan menjaga jati diri.
(d) Keberanian memelihara maruah diri.
(e) Kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan luaran.
(f) Maruah diri gadis ialah kesuciannya.

C GAYA BAHASA
(a) Sinkope
Buktinya: Sehelai kelopakmu gugur
pada kehidupan yang tak pernah dipinta
bukan melontar harum indahmu
tapi mengangkat seri mahkotamu
(b) Personifikasi
Buktinya, yang luruh dalam lipatan usia
Merenuung pada malam yang kematian angin
tapi mengangkat seri mahkotamu
bukan melontar harum indahmu

(c) Metafora
Buktinya: pintu kehidupan ini
tapi mengangkat seri mahkotamu

(d) Perlambangan
Buktinya, kelopakmu  kesucian gadis
sekuntum mawar  anak gadis
mahkota  maruah
(e) Anafora
Buktinya, pada laut yang kematian ombak
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta

(f) Responsi
Buktinya, pada laut yang kematian ombak
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta

D NILAI MURNI
(a) Hemah tinggi
(b) Kesabaran
(c) Ketabahan
(d) Kasih sayang
(e) Kebersihan fizikal dan mental

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah menjaga maruah diri yang juga melambangkan maruah
keluarga.
(b) Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dalam kehidupan.
(c) Kita mestilah tabah mendepani kesedihan dan masalah dalam
kehidupan.
(d) Kita mestilah sayang akan diri sendiri dan menjaga imej diri.
(e) Kita mestilah menjaga kebersihan fizikal dan mental demi memelihara
diri daripada sebarang kebobrokan.

Anda mungkin juga menyukai