Anda di halaman 1dari 13

Interaksi 3 -Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

KULIAH 3

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

• Konsep plurality dan masyarakat pluralistik

• Pembentukan masyarakat pluralistic di Alam Melayu

• Zaman pluraliti

- Kesultanan Melayu Melaka

- Penjajahan

- Selepas merdeka: politik, ekonomi, dan pendidikan

Alam Melayu sebelum kedatangan Barat

1. Alam Melayu merupakan satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan
tamadun dari seluruh dunia. Suasana ini muncul secara semula jadi kerana aktiviti alam seperti
tiupan angin monsoon dan arus latu yang telah mendorong pedagang-pedagang dari seluruh dunia
untuk menetap sementara di kawasan-kawasan perdagangan seperti pelabuhan Melaka, Srivijaya,
Majapahit, Acheh dan pelabuhan Lembah Bujang.

2. Golongan pedagang datang secara proses semula jadi iaitu berdagang secara sukarela mencari
kehidupan dan kekayaan bersama keluarga. Kelompok ini datang secara sukarela tanpa paksaan
menjamin ketenangan dan penerimaan masyarakat setempat adalah baik. Keadaan ini menggalakan
interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Proses akomodasi telah berlaku.

3. Ada kalangan pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan contohnya masyarakat Cina
Baba yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka telah mengamalkan budaya kehidupan
orang Melayu.

4. Ada budaya mereka yang diterima oleh masyarakat tempatan seperti adat bersanding, bunga
manggar,berinai dan sebagainya yang ditiru daripada budaya India. Proses asimilasi penduduk
tempatan dari budaya India.

5. Golongan raja dan bangswan dalam alam Melayu telah menerima pengaruh dari kebudayaan
India. Penerimaan ini telah dinamakan pengindiaan bagi melambangkan perluasaan pengaruh
agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.
6. Bagaimanapun menurut Syed Muhammad Naquib Al Attas, kebudayaan India tidaklah begitu
memberi kesan besar dalam kepercayaan dan falfasah ketuhanan orang Melayu. Ini kerana tidak ada
kitab dalam membincangkan Hinduisme dan Buddhisme dalam masyarakat Melayu berbanding
agama Islam.

7. Kebudayaan Hindu bertapak kuat dalam seni budaya dan adapt orang Melayu rakyat biasa seperti
dalam Wayang Kulit yang memakai nama Sri Rama, Sitha Dewi, Ramayana, Hanuman. Dalam adat
budaya pula ada perkahwinan, peralatan perkahwinan seperti bersanding, bunga telur dan
sebagainya.

8. Konsep raja dan kerajaan adalah istilah Hindu dan konsep negeri atau negara dari bahasa Sanskrit.

9. Perlantikan pegawai seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan dll adalah mengikut astrologi
Hindu.

10. Mengikut agama Hindu, raja adalah anak tuhan yang diutus ke bumi bagi menunjukkan rakyat
bahawa mereka mesti mentaati segala peraturan dari raja.

11. Kebesaran raja ditunjukkan dengan pembinaan candi besar seperti candi Borobodur (Indonesia),
Angkor Wat di Kemboja.

12. Kesannya raja berkuasa mutlak dan menjadi ketua kerajaan atau ketua negeri.

13. Apabila British tiba, mereka telah mengubah sistem pentadbiran dan agama dipisahkan kepada
sistem politik kerajaan. Agama diurus oleh Sultan dan pentadbiran negara diurus oleh kerajaan.

14. Pandangan masyarakat melayu juga diubah terutama dari sudut cara berfikir dan cara melihat
sesuatu iaitu epistemology. Perubahan epistemoligikal ialah perubhan cara berfikir dan cara melihat
sesuatu.

15. Contoh perubahan epistemological ialah terhadap ilmu metafizik orang Melayu yang selama ini
mempercayaan alam ghaib sehingga amalan perdukunan boleh mengubati penyakit. British telah
mengubah epistemology metafizik bersifat bukan material kepada epistemology metafizik bersifat
fizikal. Pembuktian adalah berunsurkan pancaindera, alat saintifik seperti mikroskop dll. Metafizik
bersifat fizikal dibantu pula dengan alat seperti peta, muzium, banci dan sebagainya yang
memperkenalkan ilmu, penambahan perbendaharan kata dalam masyarakat Melayu. Semua ini
dikenali sebagai ilmu colonial.
16. Hubungan masyarakat Cina dan Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke 7 masihi lagi malah
Alam Melayu terkenal sebagai tempat pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan
contohnya menurut catatan I-Tsing seorang sami Buddha dari China telah singgah di Palembang,
Sumatera pada 671 Masihi ketika dalam pelayaran ke India mengatakan terdapat lebih 1000 sami
Buddha di Srivijaya.

Alam Melayu selepas kedatangan Barat

1. Kemunculan masyarakat pluralistic selepas kedatangan orang Eropah adalah berbeza. Kemasukan
orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan untuk kepentingan ekonomi dan politik British.

2. Kaum cina datang bekerja untuk membuka lombong bijih timah dan emas. Kedatangan mereka
tanpa diikuti oleh keluarga.

3. Fokus kemasukan masyarakat Cina hanyalah untuk memenuhi kepentingan ekonomi dan politik
British. Kesannya walaupun ada masyarakat pluralistic tetapi asimilasi tidak berlaku. Namun
masyarakat pluralistic ini berlaku dalam bentuk akomodasi sosial iaitu menghormati budaya lain dan
meneruskan budaya sendiri secara harmonis.

Kesan idea dan pengaruh seperti Kekayaan, Kemegahan dan agama (Gold, Gospel dan Glory) telah
membawa masuk budaya luar ke Alam Melayu.

Contoh:

• Kerajaan Jawa yang beragama Hindu telah menggunakan nama Arab ketika melayani pedagang
Eropah.

• Kerajaan Champa, raja Melayu dan rakyatnya yang beragama Hindu telah menjalankan urusan
perniagaan dengan China, India dan Kepulauan Melayu

17. Pluraliti dalam Alam Melayu terjadi melalui pertembungan pedagang ke Alam Melayu dan ia
berlaku tanpa paksaan.

18. Keadaan ini berubah apabila kuasa Eropah datang dan menguasai Alam Melayu. Mereka telah
menggunakan sistem pemerintahan sehingga mengubah sistem pemerintahan tempatan,
menggalakan kedatangan kaum lain ke Alam Melayu untuk kepentingan diri sendiri. Secara tidak
langsung masyarakat pluralistic telah diwujudkan oleh penjajah dari Eropah tanpa kerelaan
penduduk tempatan.
Zaman pluraliti

• Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM)

1. KMM adalah zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu.

2. KMM diperintah oleh sultan dan pembesar yang sentiasa mempunyai pandangan jauh sehingga

Berjaya menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya
dikenali sebagai The Venice of the East.

3. Faktor menarik KMM menjadi terkenal ialah:

- Pemimpin bersikap diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka

- Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan dan India. Ada orang India yang menjadi
pegawai dalam istana sultan Melaka.

- Perkahwinan campur antara anak perempuan pemerintah Cina dan sultan Melaka

- Pemerintah mementingkan keharmonian kaum di Melaka

- Melaksanakan sistem terbuka iaitu menerima sesiapa saja untuk berdagang

- Pentadbiran pelabuhan yang cekap

- Keselamatan laut terjamin daripada ancaman lanun kerana adanya peranan laksamana Melaka
yang cekap

- Adanya Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan agama Islam

4. Zaman pluraliti KMM iaitu proses penghijarahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Pada
masa ini bukan zaman negara bangsa seperti yang dikemukakan oleh British sehingga memerlukan
visa dan passport untuk berhijrah.

5. Keadaan di KMM menyebabkan ramai pedagang China dan India berdagang secara sukarela,
berakomodasi dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan keturunan masyarakat Baba di
Melaka.

• Zaman penjajahan

1. Di Eropah berlaku perubahan epistemology iaitu pemisahan antara agama dan negara. Gagasan
seterusnya ialah memisahkan antara agama dan sains moden
2. Stephen Jay Gould (2002) dalam rock of Ages: Science and Religion in the Fullness of Life
menyatakan masyarakat umumnya terpisah kepada dua iaitu penyokong kepada agama dan
penyokong sains moden. Namun penyokong sains moden lebih ramai berbanding penyokong agama

3. Di Eropah, masyarakat menganggap agama menjadi penyebab kepada masyarakat berselisih


pendapat.

4. Ketika British di Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains diteruskan. Oleh itu
pentadbiran negara diasingkan dengan sultan mengurus agama dan adatresam, British menguruskan
negara. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan sebelum ini yang mana raja berkuasa
mutlak.

5. British memperkenalkan sistem pentadbiran pengagihan kuasa iaitu kehakiman, eksekutif dan
perundangan.

6. Bernard Cohn (sarjana India British) menyatakan bahawa kolonialisme British melibatkan
penaklukan ruang fizikal dan sistem pemikiran penduduk pribumi.

• Pluralistik di Malaysia

1. Sebelum tahun 1848 hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang Melayu.

2. Perkembangan bijih timah pada abad ke-19 dan perkembangan getah pada awal abad ke-20,
menggalakkan orang Cina dan India masuk ke Tanah Melayu.

3. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk orang bukan Melayu mengatasi orang Melayu dan
muncullah masyarakat majmuk.

4. Komuniti orang Melayu, Cina dan India dapat saling bekerjasama sehingga sama-sama menuntut
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

5. Penjajahan British memberi dampak yang besar kepada masyarakat Malaysia antaranya ialah
penambahbaikan kehidupan rakyat Malaysia namun menurut Al-Attas penjajah juga Berjaya
memisahkan orang Melayu dengan agama Islam.

6. Birokrasi dan campur tangan British dapat dilihat dalam peristiwa berikut:

i. British mendapatkan Pulau Pinang daripada Kedah pada 1786


ii. Perjanjian Pangkor (1874), Sultan Perak menerima Residen British yang akan menasihati baginda
kecuali dalam semua perkara kecuali dalam hal adat dan agama

iii. 1895, sistem Residen di asaskan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan

iv. Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, kempat-empat negeri
tersebutdisatukan dibawah nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu

v. 1909, melalui Perjanjian Bangkok dengan Siam, British meluaskan pengaruh dan campur tangan
menguasai Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

vi. Di Sabah, kaum Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk. Apabila British masuk, mereka telahh
membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lading getah dan tembakau dan pada 1931 terdapat
50,056 orang Cina di Sabah.

vii. Di Sarawak, kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau adalah penduduk bumiputera namun
pada 1871 terdapat 5000 orang Cina dan meningkat menjadi 123,626 ribu pada 1939 orang Cina
yang bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong di Sarawak.

viii. Rumusannya ketika di Tanah Melayu, British Berjaya memisahkan agama Islam dengan
pentadbiran British yang berbentuk secular dalam politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi
dan pendidikan.

• Selepas merdeka

1. Politik

i. Hubungan etnik antara kaum Melayu, Cina dan India berjalan lancer dari segi politik terutamanya
ketika memohon kemerdekaan dan sejak pilihanraya pada tahun 1955.

ii. Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat kepada ketiga-tiga etnik untuk bersatu
dalam Perikatan.

iii. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.

iv. Parti Perikatan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama antara etnik.

v. Menurut R.K Vasil (1980), pakatan dalam Parti Perikatan dalam dasarnya telah menerima
kepimpinan Melayu.

vi. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri kerana keupayaan beliau mempengaruhi
orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam banyak perkara.

vii. Tempoh tahun 1957-1959, parti Perikatan menghadapi masalah apabila anggota MCA merasa
tidakk puas hati dengan Tan Cheng Lock dan diganti Dr Lim Chong Eu.

viii. Lim Chong Eu memberi tekanan kepada Perikatan untuk memberi kerusi lebih kepada MCA pada
pilihanraya 1959.

ix. Perpecahan dalam MCA berterusan sehingga Lim Chong Eu terpaksa meletak jawatan.
Perpecahan berlaku kerana ada anggota yang tidak berpuas hati dengan Parti Perikatan
x. Selepas era 1960-an, kerjasama UMNO-MCA-MIC berterusan sehingga terbentuk Barisan Nasinal
yang kekal hingga kini

xi. Dasar-dasar kerajaan yang dijalankan atas dasar tolak ansur telah Berjaya meyakinkan rakyat dan
menidakkan tohmahan parti pembangkang yang cuba memecahbelahkan.

xii. Hubungan etnik di Malaysia kini lebih kepada bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam
jaringan silangbudaya merentasi batas etnik masing-masing.

2. Perlembagaan

i. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala
perundangan lain.

ii. Perlembagaan adalah asas pelaksanaan sistem politik di negara kita.

iii. Perlembagaan adalah panduan asas yang berlandaskan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh
semua etnik di Malaysia

iv. Terdapat dua peringkat kontrak sosial dalam sejarah, iaitu;

a) Pada zaman plurality iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja yang
diistilahkan waad. Ia berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili pihak rakyat dan Sang
Sapurba mewakili raja atau pemerintah.

b) Dalam konteks masyarakat pluralistic British telah memberi syarat sebelum bersetuju memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Ia berkaitan dengan soal kerakyatan. Orang Melayu bersetuju
menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan memberi taraf kerakyatan sebagai keistimewaan
sementara orang bukan Melayu bersetuju peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.

Selain itu setiap kumpulan etnik bersetuju mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan
bersetuju hidup bersama-sama.

Pada tahun 1949, kerjasama etnik dibuktikan dengan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum (usahasama antara Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar) sebagai bukti kepada British
hubungan kerjasama peringkat awal telah terjalin.

Hubungan ini seterusnya menjadi model kepada penggabungan parti politik antara kaum.

3. Pendidikan
Pendidikan sebelum kemerdekaan

i. Sehingga Penyata Razak dikeluarkan pada 1956, tiada bentuk sistem pendidikan nasional di Tanah
Melayu. Sistem pendidikan vernacular wujud pada masa dengan aliran Inggeris, Melayu, cina dan
India.

ii. Zaman Inggeris terdapat tiga peringkat pendidikan.

a) Pendidikan British rendah dan menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan
hartawan Cina, India

b) Sekolah Melayu peringakt rendah dibantu oleh Inggeris dengan matlamat menjadikan mereka
sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa. Wujud sekolah agama untuk mengaji
Quran. Tiada sekolah menengah Melayu.

c) Sekolah vernacular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

iii. Pendidikan pada masa ini berbeza dari segi kurikulum, sukatan mat pelajaran, orientasi dan
matlamat pengajaran. Contohnya sukatan pelajaran dan orientasi sekolah Cina dan India adalah
berdasarkan negara asal mereka.

Pendidikan pasca merdeka

i. Berorientasikan unsure-unsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan kepada


Kurikulum, orientasi dan sukatan mata pelajaran yang seragam.

ii. Pendidikan kebangsaan penting sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan
norma masyarakat untuk membentuk identity kebangsaan Malaysia.

iii. Penyatan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) menyatakan kepentingan menyatukan
kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

iv. Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa
Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris diguna sebagai bahasa rasmi.

v. Akta Pendidikan 1957 telah memperuntukan bahawa;

1) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
dibenarkan

2) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, oleh itu sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar
Bahasa Melayu sabagai salah satu daripada mata pelajaran

3) Pendekatan dalam mata pelajaran Sejarah, geografi dan buku teks berteraskan Malaysia bukan
lagi berunsurkan negara Cina atau India

vi. Persetujuan pemimpin dalam Perikatan terhadap Penyata Razak dan Penyata Rahman melalui
proses musyawarah telah membuktikan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tanpa
menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.
vii. Ia juga memberi keistimewaan kepada orang Melayu umpamanya dalam Laporan Jawatankuasa
Barnes 1951 menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan
menggalakkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan kerajaan kerana etnik
Melayu jauh ketinggalan berbanding etnik Cina dan India

viii. Kebimbangan ini bersandarkan kepada kemasukan etnik bukan Melayu ke universiti contoh
Universiti Malaya pada tahun 1966 – 1967, 70% terdiri daripada pelajar bukan Melayu. 98% di
Fakulti Kejuruteraan, 93% Sains dan 84 % perubatan. UTM Kuala Lumpur terdapat 90% bukan
Melayu.

ix. Selepas 13 Mei 1969, UMNO menerajui Parti Perikatan menegaskan pendidikan perlu seimbang
bagi membantu orang Melayu. Mulai Julai 1969, kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan.

x. Kemasukan ke universiti juga mengikut kuota dan biasiswa.

xi. Kerajaan menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi memperbanyakkan orang
Melayu ke universiti. Kesannya pada 1960 -65 peningkatan orang Melayu ke universiti ialah 65%

xii. Etnik Cina juga mengambil inisiatif sekolah jenis kebangsaan Cina tetap dikekalkan dengan
sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina selaras dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

BAB 2

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

2.1 PENGENALAN

- Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi
bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan
kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.

- Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).

- Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui
aktiviti perdagangan.

2.2 CIRI-CIRI PLURALISME

- Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-
mana pihak.

- Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut
adalah keputusan bersama ahli keluarga.

- Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat


tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.
- Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan,
i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.

2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU

-Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam.
Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid
menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my
opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any
other in trhe world”(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seorang lagi penulis Belanda,
Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale
and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)

-Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan “The Venice of the East”:

i. Pemerintahan yang bersistematik

Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk
menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah
mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama
jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya

Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa
besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang
bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka
memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari
pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan
pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar.

Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting
dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar
seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan
wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua
penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang
berteraskan Islam
ii. Perdagangan

Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun
dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang
menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

iii. Kebudayaan

Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.

Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan

2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

-Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.

-British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.

-Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah
Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.

-Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan,
mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka
tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan
hanya di kalangan etnik mereka sahaja.

-Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus
berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.

-Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu
kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.

-Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan
sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.

-Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi,


sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan
menerusi beberapa perkara bukti :

-Politik dan pemerintahan

>Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)

>Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang


tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.

1. Sistem dan Struktur


>Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan
sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.

>Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah
ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran
sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

-Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah.

-Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :

1. Aspek politik

>Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang
Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.

>Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai
Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang
lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional

>Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya
mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi
fokus kepada soal pembangunan negara.

ii. Perlembagaan

Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)

>Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa


perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai
Malaysia.

>Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi
asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik

iii. Pendidikan

>Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan
sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.

>Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan
penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak
1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

>Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang
bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
iv. Ekonomi

>Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”.

>Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional
(berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran
dan modal) yang melibatkan orang Cina.

>Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud
jurang pendapatan yang luas antara etnik.

>Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan


beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”

‒ Rancangan Malaysia

‒ DEB

‒ Wawasan 2020 dan sebagainya

2.6 KESIMPULAN

Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam


Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat
seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

>Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu
seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

>Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan
negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai