Anda di halaman 1dari 13

Assalamualaikum wrt dan Salam Perpaduan

Bismillah itu permulaan kalam,


Dengan nama Allah Khalikul alam,
Berkat Muhammad Sayid Al anam
Memberi rahmat siang dan malam.’

Di sini kita bermadah,


mengucap syukur, Alhamdulillah...
Semoga majlis dilimpah barkah.

Alhamdulillahi wah dah......

Yang Berusaha Pn Noridah Ab Rahim, GPK 1,


Pn Hajah Faridah Hassan, GPK HEM,
En Yahya Hassan, GPK Kokurikulum,
Barisan GKMP,
Guru-guru, pemimpin2 murid, dan para pelajar yang dihormati.

2. KATA ALU-ALUAN
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke
hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa,
kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan da kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di
Dataran warga SMK Ghafar Baba ini dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa
Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga kerana dengan izin-Nya, kita dapat
berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana.

3. NYANYIAN
Memulakan majlis kita, satu penghayatan bersama..
Semua guru dan pelajar diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan seterusnya memurnikan bibir dengan lagu tema sambutan, lagu
Bahasa Jiwa Bangsa.
XXXXXX

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa berkumandang sudah
Bingkisan ucapan menyusul pula

Kalungan penghargaan buat semua.


Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

Guru-guru dan para pelajar yang dihormati,


Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober di seluruh
negara. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah merupakan suatu
usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai
bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat wahana perpaduan rakyat.

4. DOA
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Agar pertemuan ini diredai, majlis dirahmati,


Pihak majlis mempersilakan Ustaz Mohd Haziman Mohamad untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan..

XXXXXXX

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Haziman atas bacaan doa
sebentar tadi.
5. UCAPAN PERASMIAN
Selasih mejkar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan di dahan Ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
GPK 1 bermadah kata

Rajan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi.

Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Noridah


Ab Rahim, GPK 1 SMK Ghafar Baba untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya melancarkan Bula Bahasa Kebangsaan SMK Ghafar Baba Tahun
2011.
Dipersilakan..

XXXXXXX

Demikianlah ucapan telus membawa mesej kudus Pn Noridah Ab. Rahim.


Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih
atas ucapan perasmian yang telah disampaikan.

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Bermartabat bangsa kerana bahasa
Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang
sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini. Para pelajar boleh merujuk
maklumat berkaitan aktiviti di papan maklumat kelas dan papan kenyataan
Panitia Bahasa Melayu. Diharapkan pelajar-pelajar memberi sokongan dan
kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.

Cincin suasa tersemat di jari


Hiasan tersohor DatoBahaman
Bahasa Kebangsaan indah terperi
Menjulang martabat zaman berzaman

6. PERSEMBAHAN
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis akan
diserikan dengan persembahan kebudayaan.

XXXXXXXXX

Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas persmbahan yang


telah disampaikan.

Majlis kita sampai ke penghujungnya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Jejaran mengkudu bias kesuma


Dicelah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali
Sekian, Wassalamualaikum Wbt.

(1)

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri
Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan
para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta
kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan
digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dataran
perhimpunan ini bagi Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2010.
Syukur juga kerana dengan izinNya kita berteduh berbumbungkan redup langit,
dengan awan gemawan damai rasa ceria suasana.

(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu


Negeri Terengganu, Lagu Sekolah dan seterusnya memurnikan bibir dengan
zikir munajat.

*****
Seterusnya...marilah kita sama-sama menyanyikan dan menghayati pula Lagu
Tema Bulan Bahasa Kebangsaan, Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Kalungan bunga terima kasih buat semua.

(4)
Hadirin yang dimuliakan,
Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober, yang telah
memulakan langkah bulan Oktober tahun 2009 , sebagaimana yang telah
diuar-uarkan di kaca Televisyen dan dada-dada akhbar, Bulan Bahasa
Kebangsaan adalah merupakan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan kita.

(5)

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan didahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang


Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan
kata, dan sekaligus melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

##########
Demikian..satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus, membawa
mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah
disampaikan.
(6)

Kita teruskan majlis dengan untaian kata madah bicara kilauan sukma,
sama-samalah kita hayati bait-bait kata deklamasi sajak.

Majlis mempersilakan Adik Wan Afifah Aflah bt Kamaro dari kelas 2 Amanah
untuk mendeklamasikan sajak dengan judul Bahasa Jiwaku.

***

Demikian tadi puitisnya bahasa. Terima kasih kepada Adik Afifah Aflah.

(7)

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

Seterusnya, majlis mempersilakan Adik Nur Elyanis Fazreen bt Kamarudin


dari kelas 2 Amanah untuk bercerita.

******

Demikian tadi persembahan bercerita. Terima kasih diucapkan kepada Adik


Elyanis Fazreen.

Burung serindit terbang melayang


Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit pandangan orang
Pandangan atas bahasa budi

(8)

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, majlis


mempersilakan Al-fadzil Ustaz Wan Mohd Hassan Badri bin Wan Othman
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

************
Majlis merakamkan setulus ucapan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz.

(9)
Berikut adalah pertandinga-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa
Melayu bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010:

1. Pertandingan Pidato
2. Deklamasi Sajak
3. Syarahan
4. Bercerita
5. Kuiz
6. Pertandingan Esei
7. Pertandingan Teka Silang kata
8. Beli pantun.

Majlis penutup dan Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Khamis, 21
Oktober 2010.

(10)
Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta
kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria
ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam


pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu
bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang minggu ini berjalan lancar.

Sekian, Wassalamualakum wbt

PENUTUP BULAN BAHASA 2010

(1)

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri
Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan
para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta
kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk
kita sama-sama berkumpul di Dataran Perhimpunan ini bagi Majlis Perasmian
Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 . Syukur juga kerana dengan
izinNya kita dapat melaksanakan beberapa program yang telah dirancangkan.

Cincin suasa tersemat di jari


Hiasan tersohor dato Bahaman
Bahasa kebangsaan indah terperi
Menjulang martabat zaman berzaman

(3)
Hadirin diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tema Bulan Bahasa
Kebangsaan -lagu ”Bahasa Jiwa Bangsa”

................

Rakaman ucapan terima kasih buat semua.

(4)
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Lagu bahasa jiwa bangsa berkumandang sudah
Bingkisan ucapan menyusul pula

Ran-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang


Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk
menyampaikan bingkisan kata, ucapan penutup Bulan Bahasa Kebangsaan
2010. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah
disampaikan.

(5)

Seterusnya, kita tiba ke acara penyampaian hadiah,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En. Abdul


Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, untuk mengiringi Yang
Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ, untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
..................................................

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.

Adat nan baharu berubah-ubah


Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut rasa,
cuba lagi di lain masa, di lain acara.

(6)

Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit


kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta
kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria
ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Jejaran mengkudu bias kesuma


Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai