Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: LEBIH BAIK CEGAH

Dadah Perosak Bangsa, Dadah Musuh No 1 Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera…rakan semua..saya akan menyampaikan


sebuah cerita bertemakan DADAH..

Yang terlena sedar sedarkan,

Yang tersedar dengar dengarkan,

Yang terdengar fikir fikirkan,

Cuaca tengah hari itu terik sekali. Matahari betul-betul tegak di atas kepala.
Bahangnya terasa seolah-olah membakar kulit. Pokok-pokok langsung tidak bergoyang
menandakan tidak ada angin.

Di sebuah lorong kecil, terletak di antara rumah-rumah setinggan di perkampungan itu,


kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki sedang berjalan pulang dari sekolah. Masing-
masing menggalas beg yang sarat dengan buku. Wajah ketiga-tiga mereka nampak
letih dan dibasahi peluh. Tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba, si adik yang paling kecil dengan wajah berkerut mengadu kepada abangnya
bahawa dia merasa amat dahaga. Kebetulan mereka lalu di hadapan kedai runcit.
Kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang lain sedang enak makan aiskrim di situ.
Faizul menelan air liur. Tubuhnya terus dibasahi peluh. Ketika itu juga, si adik
merengek-rengek kerana dahaga. Si abang, iaitu Faizal cuba memujuk Faizul kerana
rumah mereka sudah hampir. Tetapi apakan daya Faizal tidak mempunyai wang untuk
membeli air, apatah lagi aiskrim untuk adiknya itu. Dia merasa amat kasihan akan
adiknya itu. Hari ini ibu mereka tidak memberikan mereka wang belanja ke
sekolah. Mereka hanya membawa bekal jemput-jemput pisang sahaja dan sebotol air
masak untuk mengalas perut ketika waktu rehat. Bukan hari itu sahaja mereka tidak
membawa wang belanja ke sekolah. Sudah banyak kali mereka ke sekolah dengan
membawa air dan biskut atau roti sahaja. Kehidupan mereka tidak semewah seperti
kanak-kanak yang lain. Mereka makan ala kadar sahaja kerana ibu bapa
mereka terpaksa menjimatkan duit bagi menyara persekolahan mereka. Disebabkan
kekurangan wang jugalah mereka terpaksa berjalan kaki pergi dan balik sekolah yang
terletak 2 kilometer dari rumah mereka.

Rakan-rakan, bagi Faizal dan Fairus, mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Tetapi
mereka kasihan terhadap Faizul yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa itu. Tentu dia
tidak faham mengapa mereka semua terpaksa berjalan kaki pergi dan balik sekolah.
Tidak naik bas atau dihantar oleh ibu bapa seperti kanak-kanak yang lain. Hampir
setiap hari dia merungut letih dan penat kerana asyik berjalan kaki ke sekolah. Faizal,
Fairus dan Faizul sampai ke rumah dengan peluh membasahi baju sekolah mereka.
Lega benar perasaan mereka dapat sampai ke rumah setelah setengah jam berjalan
kaki di tengah panas terik begitu. Ibu segera menghidangkan nasi di atas meja dapur.

Pada suatu hari, Faizal pergi ke kedai kerana disuruh ibunya membeli beberapa barang
keperluan. Dia terserempak dengan beberapa anak jirannya yang sedang duduk-duduk
di bawah pokok ceri. Kawan-kawannya mengajak Faizal untuk singgah berbual dengan
mereka. Tiba-tiba, perbualan mereka bertukar kepada sesuatu yang tidak disangka-
sangka oleh Faizal. Rupa-rupanya, mereka bertiga merancang untuk mencuba sesuatu
yang bentuknya seakan-akan pil. Salah seorang rakan faizal menunjukkan pil-pil
tersebut kepada faizal.

Hati Faizal mula berdebar-debar dan cemas. Dia seperti pernah melihat pil-pil itu ketika
mengunjungi pameran anti dadah di sekolah. Mereka telah mengajak Faizal untuk turut
serta dalam rancangan mereka. Tetapi Faizal terus menggelengkan kepalanya
menandakan tidak setuju. Seumur hayatnya belum pernah pun dia berniat untuk
mencuba mengambil bahan terlarang. Sejak kecil, ayah dan ibunya selalu berpesan
jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang dan di tegah hatta merokok sekalipun
apatah lagi mengambil bahan terlarang. Berdosa. Kerana tidak mahu mengikuti
rancangan budak-budak itu, Faizal diminta untuk merahsiakan rancangan mereka.
Faizal mengangguk, tetapi perasaannya hanya Tuhan yang tahu. Sedikit pun dia tidak
percaya yang mereka bertiga melakukan kerja yang tidak bermoral. Lalu dengan
segera, Faizal pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan ibunya. Faizal begitu
serba salah memandang rakan-rakan sedang alpa terjerumus ke kancah dadah. Dia
teringat rancangan jahat budak-budak itu. Perasaannya berkecamuk sehingga terlupa
membeli barang yang dipesan ibunya. Dia terus pulang ke rumah. Ibunya berasa hairan
melihat keadaan Faizal kegelisahan. Faizal memandang wajah ibunya. Faizal tunduk
memandang tanah. Dia tidak tahu apa yang hendak dijawab kepada ibunya. Faizal
berasa serba salah.

Tiba-tiba terpacul dari lidahnya menceritakan apa yang berlaku. Faizal menceritakan
dengan jujur kepada ibunya. Setelah mendengar penerangan Faizal, ibu menasihatkan
anaknya agar memberitu hal yang sebenar kepada Pihak Polis. Setelah dinasihati
ibunya, Faizal bertindak untuk segera melaporkan kepada pihak polis. Faizal bertindak
sedemikian kerana tidak mahu rakan-rakan terus hanyut dengan perkara yang tidak
berfaedah itu.

Wahai rakan-rakan sekalian,

Dadah menjadi pembunuh senyap ibarat api dalam sekam dan membawa ancaman
seperti musuh dalam selimut. Pengaruh dadah dalam kalangan remaja juga seolah-olah
mempunyai tangan ghaib yang mampu menarik remaja dalam sekelip mata untuk
berdampingan dengan dadah.Oleh itu, Janganlah kita menghampiri dadah. Mencegah
adalah sebaiknya. Sekian cerita saya hari ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai