Anda di halaman 1dari 2

KEDUDUKAN MIMPI MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH.

Perkara mengenai mimpi seringkali dibangkitkan dan merupakan perkara yang paling banyak
menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan kitani. Di dalam membincangkan peristiwa Isra’ Mi’raj perkara
mimpi pun turut disebutkan terutama sekali dalam membincangkan adakah baginda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam diisra’kan dalam keadaan jaga atau mimpi? Dan hal ani telah dibincangkan di
keluaran yang lalu...

Pada menegakkan pendapat Aisyah yang mengatakan bahawa baginda diisra’kan dengan keadaan tidur
(mimpi), pernah diberikan alasan dengan berhujjahkan firman Allah surah al-Isra’ ayat 60 ini:

Tafsirnya:

“Dan (ingatlah) ketika Kami mewahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad): “Sesungguhnya
Tuhanmu (ilmu dan kekuasaanNya)meliputi sekalian manusia.” Dan Kami tidak menjadikan pandangan
(pada malam Mi’raj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian bagi manusia dan
(demikian juga) pokok (zaqqum) yang dilaknat di dalam al-Quran. Dan Kami menakutkan mereka, namun
yang demikian itu tidak menambah (ketakutan) kepada mereka melainkan (menambah) kederhakaan
yang melampau.”

Akan tetapi hujjah ini dibantah dengan firman Allah surah al-Isra’ ayat 1:

‫سسببنحاَنن اللذذيِ أنبسنرىَ بذنعببذدذه لنبيلل‬...

Tafsirnya :

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam...”

Jadi para al-Mufassirin (ahli tafsir) berpendapat, dengan mengatakan bahawa jika dalam keadaan tidur,
tidak mungkin disebut perkataan “diperjalankan”. Selain itu, pandangan mata sering juga disebut ‘ar-
Ru’ya’ (mimpi) sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibnu ‘Abbas, yang mana pandangan mata itu apa
yang diperlihatkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pada malam baginda “diperjalankan”.
[1]
Apa makna ar-Ru’ya?

ar-Ru’ya bermakna suatu keadaan yang mulia dan mempunyai tingkatan yang tinggi. Hal ini dapat kitani
fahami dari hadits baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam
Bukhari di dalam kitab beliau; ‘Shahih Bukhari’:

[2ُ]‫صاَلذنحسة‬ ‫ُ نقاَسلوُا نونماَ ابلسمبنششنرا س‬،‫ت‬


‫ت نقاَنل النربؤنياَ ال ل‬ ‫ق ذمبن الننبسلوُذة إذلل ابلسمبنششنرا س‬
‫ُ لنبم ينبب ن‬:‫اس نعلنبيذه نونسللنم ينسقوُسل‬
‫صللىَّ ل‬ ‫أنلن أننباَ هسنربينرةن نقاَنل نسذمبع س‬
‫ت نرسسوُنل ل‬
‫اذ ن‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya Abu Hurairah berkata, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Tidak ada yang tersisa selepas kenabian kecuali khabar gembira”. Maka bertanya sahabat:
“Apa dia khabar gembira itu?”, bersabda baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Mimpi yang
baik”.

Dan disebutkan juga perkara mimpi ini di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang
diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam ‘Shahih Muslim’:

‫ف أنذبيِ بنبكسر فننقاَنل‬


‫ف نخبل ن‬
‫صسفوُ ف‬ ‫اس نعلنبيذه نونسللنم الشسنتاَنرةن نواللناَ س‬
‫س س‬ ‫صللىَّ ل‬ ‫ف نرسسوُسل ل‬
‫اذ ن‬ ‫ُ نكنش ن‬:‫س نقاَنل‬
‫نعبن اببذن نعلباَ س‬:

َ‫ت أنبن أنبقنرأن ابلقسبرآْنن نراذكلعاَ أنبو نساَذجلدا فنأ نلما‬


‫صاَلذنحةس يننرانهاَ ابلسمبسلذسم أنبو تسنرىَ لنهس أنلن نوإذشنيِ نسذهي س‬
‫ت الننبسلوُذة إذلل النربؤنياَ ال ل‬ ‫أننينهاَ اللناَ س‬
‫س إذنلهس لنبم ينبب ن‬
‫ق ذمبن سمبنششنرا ذ‬
[3ُ]‫ب لنسكبم‬ ‫ن‬ ‫ن‬
‫ب نعلز نونجلل نوألماَ النسسجوُسد نفاَبجتنذهسدوا ذفيِ الندنعاَذء فنقنذمفن أبن يسبستننجاَ ن‬ ‫ش‬
‫ع فننعظسموُا ذفيذه اللر ل‬ ‫النرسكوُ س‬

Maksudnya:

“Dari Ibnu ‘Abbas berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka tirai, lantas baginda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melihat orang ramai berbaris-baris di belakang Abu Bakar, maka
baginda bersabda: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya tidak terdapat lagi berita-berita gembira
tentang kenabian kecuali mimpi yang baik, yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan baginya
(mimpi itu), dan sesungguhnya aku telah dilarang dari membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud.
Adapun ketika rukuk maka kamu agungkanlah Allah, dan ketika kamu bersujud bersungguh-sungguhlah
(perbanyakkanlah) berdoa, sebenarnya doa kamu (pada ketika itu) akan diterima Allah.”

Adapun selain daripada perkara mimpi, hadits ini juga sebenarnya merupakan hujjah yang melarang

Anda mungkin juga menyukai