Anda di halaman 1dari 12

UPACARA PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK

DAERAH KUALA MUDA YAN KALI KE-47


TAHUN 2014.

(NURUL)

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Roosley bin Ismail


(BCK)
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

(Lagu Negaraku dimainkan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Kadet Bersatu


Malaysia,Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim.

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datng untuk semua

Bismillahirohmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha,
Tuan Haji Rooslee bin Ismail
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berusaha ,
Tuan Haji Mohamad Roslan bin Ismail
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan

Yang Berusaha
Puan Nooriah binti Bahari
Pengetua SMK Tunku Ismail

1
Yang Berusaha
Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan

Yang Berusaha Pengetua-Pengetua dan Guru-guru Besar Sekolah Daerah


Kuala Muda Yan

Yang dihormati
Dif-dif jemputan
Pengurus-pengurus pasukan
Pegawai-pegawai kejohanan
Para peserta dan para hadirin sekalian

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, justeru dengan


rahmat dan kebesaran-Nya dapat kita berhimpun di padang Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Ismail pada tanggal 13 mac 2014 bersamaan
1 Jamadiawal 1434 Hijrah untuk menjayakan Kejohanan Balapan dan
Padang MSSK Daerah Kuala Muda Yan Kali Ke-47 tahun 2014.

Awal bicara, majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berusaha,Tuan Haji Rooslee bin Ismail,Timbalan
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman kerana sudi hadir dan
seterusnya merasmikan pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang
MSSK Daerah Kuala Muda Yan Kali Ke-47 tahun 2014.

Kehadiran Yang Berusaha, Tuan Haji Rooslee bin Ismail ,Timbalan


Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman , sudah pasti dapat
menyuntik semangat peserta dan memperkasakan komitmen para pegawai
kejohanan untuk merealisasikan temasya olahraga ini. semoga
kegemilangan temasya ini menjadi inspirasi untuk menjulang bakat atlet-
atlet muda ke persada sukan negara.

2
(ABDUL RAZAK)

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Haji Rooslee bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran
Negeri Kedah Darul Aman, diiringi oleh Pegawai Pelajaran Daerah
Kuala Muda Yan ke pentas khas untuk menerima lintas hormat daripada
pasukan dan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekarang marilah kita saksikan lintas hormat kontinjen yang mengambil


bahagian dan pasukan pancaragam.

1. Perbarisan lintas hormat Kejohanan Balapan dan Padang MSSK (D)


Kuala MudaYan tahun 2014 didahului oleh PASUKAN
PANCARAGAM SMK KHIR JOHARI diketuai oleh DRUM
MEJAR MOHD AZMI BIN ZULKIFLI.

2. Disusuli pula oleh pembawa bendera kejohanan yang dianggotai oleh


pelajar-pelajar Sekoah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail dan
pembaca ikrar, Saudara Muhamad Adzir Putra bin Mahadzir.

3. Seterusnya, ialah kontinjen Sekolah Menengah kebangsaan Tunku


Ismail selaku tuan rumah.

4. Mara ke hadapan ialah kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Yan

5. Seterusnya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong

6. Diikuti ,kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu,untuk


pengetahuan Kontinjen ini merupakan kontinjen baru.

7. Menyusul di belakang ialah Kontinjen Sekolah Menengah


Kebangsaan Taman Ria Jaya.

3
8. Kontinjen berikutnya ialah kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Pasir.

9.Seterusnya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau

4
(NURUL)

Para hadirin sekalian,

9. Menyusul dibelakang ialah kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan


Sungai Layar

10.Tampil bergaya kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan St Theresa

11.Kelihatan segak bergaya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan


Seri Badong

12.Sederap melangkah ke hadapan, kontinjen Sekolah Menengah


Kebangsaan Pinang Tunggal

13.Kelihatan segak bergaya ,kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan


Pengkalan Lebai Man

14.Seterusnya ,kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya

15.Diikuti ,kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok

16.Disusuli, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda

17.Seterusnya melangkah dengan kemas , kontinjen Sekolah Menengah


Kebangsaan Khir Johari

18.Diikuti, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim

5
(RAZAK)
Hadirin yang dihormati sekalian.

19.Pasukan pancaragam yang sedang menlintas di hadapan, PASUKAN


PANCARAGAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
IBRAHIM yang diketuai oleh DRUM MEJAR AFIQ
HAFIZUDIN BIN ABD RAZAK.

20.Menyusul di belakang pasukan pancaragam ialah, kontinjen Sekolah


Menengah Kebangsaan Gurun

21.Mara ke hadapan, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Guar


Chempedak

22.Seterusnya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang

23.Melangkah dengan penuh keazaman dan keyakinan , kontinjen


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia

24.Diikuti, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father


Barre

25.Menyusul di belakang, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Che


Tom

26.Diikuti, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

27.Kelihatan segak bergaya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan


Bedong

28.Disusuli, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima

29.Mara ke hadapan, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17

30.Seterusnya, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai


Petani

6
31.Disusuli pula, kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang

32.Berbekalkan semangat dan keyakinan untuk bergelar juara, kontinjen


Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya

7
(NURUL)
Para hadirin sekalian,

33.Menyusul di belakang ialah kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan


Agama Yan

34.Seterusnya, kontinjen Maktab Rendah Sains Mara, Merbok

35.Diikuti, kontinjen Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min

36.Mara ke hadapan, kontinjen Sekolah Menengah Teknik Sungai


Petani2

37.Pasukan Pancaragam yang sedang melintas di hadapan astaka


sekarang ialah PASUKAN PANCARAGAM SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM yang diketuai oleh
DRUM MEJAR ZURAINI BINTI MOHD NAYAN.

38.Dikutii pula, kontinjen Sekolah Menengah kebangsaan Teknik Sungai


Petani 1

39.Menyusul di belakang ialah kontinjen Sekolah Menengah Sin Min


(Persendirian)

40.Sederap melangkah ke hadapan, Sekolah Menengah Sains Sultan


Muhammad Jiwa

41.Kontinjen yang sedang membuat lintas hormat sekarang ialah


Sekolah Menengah Agama Sungai Petani Bedong.Kontinjen ini juga
merupakan kontinjen baru.

42.Melangkah dengan penuh kesopanan dan keazaman, kontinjen


Sekolah Menengah Agama Saadah Al Diniah Al islamiah

43.Seterusnya kontinjen Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun juga


merupakan kontijen baru.

44.Disusuli kontinjen Sekolah Menengah Agama Al Nadzhah

8
45.Mara ke hadapan, ialah kontinjen PKG Yan

46.Seterusnya kontinjen PKG Sungai Petani

47.Diikuti kontinjen PKG Sungai Limau

48.Seterusnya PKG Sungai Layar

49.Kelihatan segak bergaya kontinjen PKG Kota Kuala Muda

50.Diikuti Kontinjen PKG Gurun

51.Melangkah dengan penuh keazaman, PKG Bukit Selambau

52.Menyusul di belakang ialah Kontinjen PKG Bujang

53.Upacara perbarisan diakhiri oleh PASUKAN PANCARAGAM


SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN(C) SIN MIN.

(sampai di garisan penamat 100 m)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Rooslee bin
Ismail ,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati dan memuliakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan


Balapan dan Padang MSSK Daerah Kuala Muda Yan kali ke-47 tahun 2014,
marilah kita sama-sama menadah tangan , memohon keberkatan agar majlis
kita ini beroleh kerahmatan.

9
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadhil USTAZ MOHD
KHAIREEY BIN AHMAD untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil USTAZ MOHD


KHAIREEY BIN AHMAD atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada Tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji


Rooslee bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul
Aman dengan didiringi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan
untuk melafazrasmikan Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang MSSK
Daerah Kuala Muda Yan kali ke-47 tahun 2014.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UPACARA MENAIKKAN BENDERA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

10
RAZAK

Dengan lafaz perasmian dan upacara menaikkan bendera itu tadi, maka
sempurnalah sudah Majlis perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSK
Daerah Kuala Muda Yan kali ke-47 tahun 2014. Pihak majlis sekali lagi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Rooslee bin Ismail BCK , Timbalan Pelajaran Negeri
Kedah Darul Aman.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput SAUDARA MOHD ADZIR


PUTRA BIN MAHADZIR untuk tampil melafazkan ikrar kejohanan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(LAFAZ IKRAR KEJOHANAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan perarakan keluar perbarisan oleh pasukan dan


kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian. Perarakan keluar akan
didahului oleh Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah kebangsaan Khir
Johari.

(PELAJAR BERGERAK KELUAR)

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis perasmian itu tadi.

Kepada pengurus-pengurus pasukan dan para peserta, diucapkan selamat


mengambil bahagian, selamat bertanding, semoga apa yang diimpikan dapat
diterjemahkan dengan cemerlangnya oleh atlet-atlet anda.Kalah atau menang
adalah adat pertandingan. Apa yang lebih penting ialah azam dan usaha

11
untuk menggapai kemenangan serta bertanding dengan penuh semangat
kesukanan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sementara menantikan acara kejohanan bermula, marilah sama-sama kita


menyaksikan persembahan Pancaragam dari SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CHE TOM.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya marilah kita sama-sama menumpukan perhatian kepada


persembahan kedua iaitu PERSEMBAHAN SENAM SENI DARI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR..

Untuk makluman para hadirin pasukan senam seni ini dianggotai seramai
120 orang pelajar di bawah pimpinan Puan Nur Amydah binti Md Yassin.
Persembahan senam seni ini melambangkan konsep satu Malaysia yang
menggabungkan seni tari melayu tradisional,tarian Semazau, tarian India,
tarian Cina dan tarian Orang Asli.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bagi meneruskan acara Kejohanan Balapan dan Padang MSSK Daerah


Kuala Muda Yan, saya serahkan kepada Pengacara Kejohanan.

Sekian,terima kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai