Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM SMK TUNKU ISMAIL

1.0 TAJUK PROGRAM


Kertas Cadangan Bengkel Teknik Menjawab BAHASA INGGERIS SPM SMK TUNKU ISMAIL
2017

2.0 PENDAHULUAN

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM SMK Tunku Ismail akan mengumpulkan
seramai 35 orang murid yang daripada 4 buah kelas Tingkatan 5 di SMK Tunku Ismail untuk
bengkel teknik menjawab soalan SPM Bahasa Inggeris bagi tahun 2017. Pelajar yang terpilih
adalah dari kalangan pelajar Kumpulan Cemerlang dan Sederhana

Oleh sebab Bahasa Inggeris adalah "Killer Subject" di sekolah kami, maka bengkel ini akan
diadakan. Ini adalah satu usaha guru-guru Bahasa Inggeris yang berhasrat untuk melakukan
persediaan terakhir bagi membantu pelajar menjawab soalan Percubaan Bahasa Inggeris.

Justeru itu, dengan adanya bengkel ini diharapkan para murid diberikan peluang untuk
menguasai teknik menjawab yang sebenar sekali gus dapat meningkatkan lagi potensi serta
kesungguhan para pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM tahun ini.

3.0 MATLAMAT
3.1 Meningkatkan keupayaan murid dalam teknik menjawab yang berkesan dan efektif.

3.2 Meningkatkan cara pengurusan murid itu sendiri.

3.3 Meningkatan prestasi peperiksaan peringkat SPM Bahasa Inggeris

4.0 OBJEKTIF

Selepas program ini, pelajar dapat:

4.1 Didedahkan kepada teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dengan cara yang betul
untuk meningkatkan pencapaian SPM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SMK Tunku
Ismail.

4.2 Dibimbing dengan kemahiran belajar yang berkesan melalui perkongsian pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran

4.3 Membina keyakinan dan mengalakkan minat para pelajar untuk belajar bersungguh-
sungguh supaya menjadi pelajar cemerlang.

5.0 TARIKH PROGRAM


5 Ogos 2017 (Sabtu)

6.0 KUMPULAN SASARAN


35 orang murid Tingkatan 5 dari 4 buah kelas Tingkatan 5 bagi SMK Tunku Ismail yang perlu
dibantu untuk lulus Cemerlang dalam Bahasa Inggeris SPM.
7.0 TEMPAT
Bilik Wawasan SMK Tunku Ismail,

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN


01 hari

9.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN


Latihan Dalam Kumpulan

9.1 Bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris SPM dikendalikan oleh Cik Nurul Farhana binti Basri

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En Soef bin Ismail (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Anuar bin Ali

Penyelaras : Cik Nurul Farhana binti Basri

Setiausaha : Pn. Azmarya binti Azhar

AJK Makanan dan Jamuan : Pn Andilah binti Suleiman

AJK Penyediaan Tempat : Encik Murthy Sagar Dewadoo

AJK Jurugambar : Cik Nurul Farhana binti Basri

AJK Kawalan Disiplin : Pn. Azmarya binti Azhar

11.0 ANGGARAN KOS


Sila Rujuk Lampiran 2

12.0 PENUTUP
Semoga bengkel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak
yang terlibat. Diharapkan penglibatan dan kerjasama daripada semua guru dan pelajar
Tingkatan 5 SMK Tunku Ismail dapat melonjakkan pencapaian SPM pada tahun 2017 di
samping meningkatkan keyakinan pelajar ke arah kecemerlangan akademik.
LAMPIRAN 1
TENTATIF JADUAL PELAKSANAAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS SMK TUNKU ISMAIL, SUBIS
Tarikh : 5.00 Ogos 2017
Masa : 8.30 pagi – 4.00 tgh hari
Tempat : Bilik Wawasan SMK Tunku Ismail

Masa Aktiviti Tindakan

8.20-8.30 pagi Semua pelajar Tingkatan 5 bergerak ke Bilik Wawasan Pelajar

Cik Nurul Farhana


8.30 pagi- 10.30 pagi Teknik menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM Kertas 2
(Bahagian A, B dan C)

-
10.30- 11.00 pagi Rehat

Teknik menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM Kertas 2


11.00 pagi – 1.00 tghri (Bahagian D – Novel) Pn Azmarya binti Azhar

1.00 – 2.00 ptg Makan tengah hari & solat AJK Makanan

2.00 – 4.00 ptg Teknik menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM Kertas 1 Pn Azmarya binti Azhar
(Directed & Continuous Writing)

4.00 ptg Bersurai -


LAMPIRAN 2

ANGGARAN KOS
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM SMK TUNKU ISMAIL
Bil. Perkara Harga seunit Bilangan Jumlah Sumber
RM orang RM Kewangan

1. Makanan pelajar Minum pagi : 35 RM 175.00


RM5.00
(Nasi tomato dan
air sirap) Wang
Sumbangan
Panitia
2. Modul Pembelajaran Bahasa RM 4 35 RM140.00 Bahasa
Inggeris Inggeris

Jumlah RM 315.00

Disediakan oleh:

……………………………………….
(NURUL FARHANA BINTI BASRI)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SMK Tunku Ismail 2017

Disemak oleh

……………………………………….
(ENCIK ANUAR BIN ALI)
Guru Kanan Bahasa
SMK Tunku Ismail 2017

Disahkan oleh :

……………………………………….
(ENCIK SOEF BIN ISMAIL)
Pengetua
SMK Tunku Ismail 2017
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-4225508
FAX: 04-4223699
_______________________________________________________________________________
Dato’ Hj Abd. Rahim bin Hj. Saad
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani
68 Jalan Ibrahim
08000 Sungai Petani
KEDAH DARUL AMAN 17 Ogos 2017
Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2017 SMK TUNKU


ISMAIL

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Satu Program Kecemerlangan SPM 2017 SMK Tunku Ismail akan diadakan mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 28-30 September 2017


Hari : Khamis - Sabtu
Masa : 12.30 tengah hari (Bertolak dari SMK Tunku Ismail)
Tempat : Alang Kenari, Yan, Kedah
Jumlah Peserta : 80 orang

3. Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan murid tentang teknik menjawab soalan
SPM dengan cara yang betul yang dibimbing dengan kemahiran belajar yang berkesan daripada
Guru Cemerlang/Pemeriksa Kertas Soalan yang dijemput untuk meningkatkan pencapaian SPM
di SMK Tunku Ismail. Selain itu, program ini diharapkan dapat membina keyakinan dan
mengalakkan minat para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar
cemerlang.

4. Oleh itu, saya selaku penyelaras Program Kecemerlangan SPM 2017 SMK Tunku Ismail
memohon sumbangan daripada pihak tuan bagi menampung bayaran kos program tersebut.

5. Dengan ini, saya turutkan sertakan satu salinan kertas kerja Program Kecemerlangan SPM
2017 SMK Tunku Ismal untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Diharapkan permohonan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………..
(NURUL FARHANA BASRI)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Tunku Ismail
(0176401773)

Anda mungkin juga menyukai