Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PT3 2018


BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS

08 OGOS 2018

DISEDIAKAN OLEH:
YUSNITA BINTI YUSOF
1. Pengenalan

Seminar ini diadakan bertujuan membantu pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi
Peperiksaan PT3 2018 dengan penuh keyakinan. Di samping itu, pelajar juga boleh mendapat
panduan dan maklumat daripada pemeriksa kertas Peperiksaan PT3 dari sekolah lain untuk
meningkatkan peluang memperoleh markah yang lebih baik.

2. Nama Program
Program ini dinamakan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan PT3 2018 bagi Subjek
Bahasa Inggeris.

3. Tarikh
Program ini akan dijalankan pada 08 Ogos 2018 ( Rabu).

4. Tempat
Program akan diadakan di Dewan Sri Kinabalu, SMK Putatan.

5. Objektif
5.1 Memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

5.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan


peperiksaan.

5.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.

5.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

6. Sasaran

Semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 2018 ( 252 orang ).
7. Ahli Jawatankuasa

Penaung Datin Hajah Joharah Binti Abdullah


Pengetua Cemerlang SMK Putatan
Pengerusi En. Mohd. Affendi Bin Ariffin
Penolong Kanan Pentadbiran
Timb. Pengerusi Pn Susanah Wong
Guru Kanan Bahasa
Setiausaha Pn. Nurizzati Abdullah
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Penyelaras Pn. Yusnita Binti Yusof
Pen. Panitia Bahasa Inggeris
AJK Pengurusan Pelajar Pn. Suzanne Liew

Penceramah Encik Desmond AK Sandum


SMK Tebobon

8. Tentatif

Sesi Masa Kelas


* 3 Al –Razi
* 3 Al – Biruni
1 8.00a.m. - 10.00 a.m
* 3 Al – Jahiz
* 3 Al - Batani
10.00a.m. - 10.20 a.m Rehat
* 3 Al – Farabi
2 10.20a.m. - 12.10 p.m * 3 Al – Khawarizmi
* 3 Al - Batani
12.10 p.m Bersurai
9. Anggaran Perbelanjaan
Anggaran sumbangan kepada penceramah adalah sebanyak RM300 bagi seminar selama
4 jam.

10. Sumber Kewangan


Memohon sumbangan peruntukan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi sumbangan
kepada Penceramah.

11. Penutup
Di akhir bengkel ini adalah diharapkan pelajar akan dapat meningkatkan pemahaman
mereka tentang cara menjawab soalan peperiksaan bagi PT3 bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris yang betul dan mempraktikkannya di dalam peperiksaan sebenar. Seterusnya
akan dapat meningkatkan bilangan pelajar yang boleh mendapat skor `A’ atau sekurang-
kurangnya lulus dalam subjek ini.

Disediakan Oleh: Disemak oleh,

............................................ …………………………
(YUSNITA BINTI YUSOF) ( SUSANAH WONG )
Penyelaras Bengkel Teknik Menjawab PT3 bagi Guru Kanan Bahasa,
Subjek Bahasa Inggeris, SMK Putatan.
SMK Putatan.

Disahkan Oleh,

…………….……………………………..
( DATIN HAJAH JOHARAH ABDULLAH )
Pengetua Cemerlang,
SMK Putatan.

Anda mungkin juga menyukai