Anda di halaman 1dari 5

Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh didefinisikan sebagai Keupayaan untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Transformasi
pendidikan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sesuai dengan keadaan semasa
kerana guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid
masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai
sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih
mendalam. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pendidikan menggunakan
pendekatan menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga
elemen utama iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi serta empat elemen sokongan seperti
kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Justeru itu, dalam usaha
mampu bersaing sebaris dengan negara termaju, sistem pendidikan negara perlu berupaya
melahirkan generasi muda berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta
berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Dengan adanya Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi, pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. Mereka dilihat menjadi
lebih proaktif, kreatif dan kerana pelajar diberi pendedahan untuk bercakap dan memberi
pendapat sama rata. Aplikasi Kemahiran Aras Tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi dan
memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai,
menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Meningkatkan Kemahiran Maklumat dan Komunikasi

Menurut Juliah Long (1998), teknologi maklumat dalam konteks Pendidikan, merupakan
peralatan teknologi komunikasi atau system rangkaian elektronik dan komputer yang boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan, dan menyampaikan
maklumat secara pantas dan cepat. Contoh teknologi maklumat masa kini yang dapat membantu
proses Pembelajaran dan Pemudah Cara (PdPC), internet dan multimedia. Dalam kajian ini,
Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada keupayaan pelajar dalam mengaplikasi
kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan teknologi terutamanya penggunaan komputer dan
perisian tertentu untuk membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Sejajar dengan
kemajuan dunia yang kian pesat pada abad ini, Para guru dan murid terutamanya perlu
menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi seperti yang dinyatakan oleh kerana
teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada teknologi yang disepadukan untuk
memperoleh, menyimpan, dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
suara, imej dan grafik, animasi, dan sebagainya yang menggunakan alat-alat elektronik. Hal ini
menunjukkan bahawa kemahiran penggunaan teknologi secara tidak langsung mempengaruhi
proses pembelajaran dengan memberi pendedahan berkaitan teknologi seterusnya diaplikasikan
dalam Pendidikan sejajar dengan konsep Pendidikan Abad Ke-21.

Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid. Menurut Mayer (1977), pemikiran
melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif
seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Pandangan di atas menjelaskan akan
kepentingan guru membangunkan potensi intelektual pelajar dengan menekankan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif dalam pengajaran. Maksud kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan
untuk menilai sesuatu idea secara rasional dan membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan
bukti dan alasan yang kukuh. maksud kemahiran berfikir kreatif ialah kemampuan mencipta
sesuatu yang baru dan bernilai menggunakan daya imaginasi dan pemikiran di luar kelaziman.
guru perlulah menggunakan kaedah, pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai selaras dengan
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kaedah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
dapat diaplikasikan dalam semua mata pelajaran mengikut kesesuaian. Hal ini dapat memberi
peluang kepada murid untuk meneroka jawapan dan menggunakan kemahiran utnuk memahami
soalan dan situasi yang diberikan. Nilai kesungguhan dan kegigihan juga dapat diterapkan
apabila murid berusaha mencari jawapan yang betul. Soalan kemahiran berfikir aras tinggi juga
telah diaplikasikan secara meluas di dalam bidang Pendidikan. Untuk mewujudkan pelajar yang
berfikiran kreatif dan kritis guru mestilah sentiasa memberikan soalan-soalan yang mampu
meransang minda dan minat pelajar untuk menuntut ilmu. pelajar yang kreatif dan kritis mampu
memberikan jawapan yang memuaskan sama ada dengan bimbingan atau tanpa bimbingan guru.
Kemahiran komunikasi

Pendidikan abad ke 21 mampu menanamkan kemahiran komunikasi yang tingggi di dalam diri
murid-murid. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain .Aspek
ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada
suara.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, aktiviti berkumpulan difokuskan
untuk mencapai matlamat membina kemahiran komunikasi.murid-murid diberi peluang
berinteraksi dengan rakan-rakan.mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan
ketika menyiapkan tugasan yang diberikan untuk mencapai matlamat yang sama. Apabila
kemahiran komunikasi ini dikuasai oleh murid,mereka mampu menjalinkan hubungan yang baik
sesama rakan. Mereka mampu mendengar dan menghargai pendapat orang lain serta membina
sifat kepiminan terutamanya dalam diri ketua kumpulan.murid berasa dihargai apabila rakan atau
guru memilih mereka sebagai ketua kumpulan. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
bercakap dan memberi pendapat di hadapan kelas untuk meningkatkan kemahiran komunikasi
dan sifat keberanian dalam diri mereka. Penerapan kemahiran komunikasi didalam diri murid
semasa berinteraksi ketika melakukan aktiviti berkumpulan ialah penggunaan Bahasa dan nada
yang sesuai serta sopan. Kemahiran komunikasi dapat menambahkan keyakinan dalam diri
murid. Murid akan berasa seronok dan dihargai apabila rakan dan guru memberi perhatian ketika
dia sedang bercakap dan memberi idea.aktiviti berkumpulan juga akan dilakukan dengan baik
dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya,kemahiran komunikasi
penting untuk mewujudkan murid yang berani dan berkepimpinan untuk masa akan datang.
Menghasilkan pelajar yang seimbang

Selain itu, Pendidikan abad ke-21 mampu menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan konsep falsafah Pendidikan
kebangsaan. Pernyataan Falsafah Pendidikan kebangsaan menegaskan sistem pendidikan di
Malaysia memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan
menyeluruh kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan
kepatuhan kepada tuhan. Dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, rancangan Pendidikan
abad ke-21 diusulkan dan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari aspek
Jasmani, kesihatan anggota fizikal amat dititikberatkan selain memberi tumpuan kepada
perkembangan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif, dan sosial. Bagi aspek emosi pula,
seseorang murid itu akan mempunyai emosi yang matang dan stabil melalui penerapan
Pendidikan abad ke-21 ini. Perasaan kasih sayang, sifat kekitaan, dan perpaduan dapat dipupuk
tanpa diskriminasi. Selain itu, unsur kerohanian turut ditekankan. Individu tersebut mesti
menyedari dan percaya kepada Tuhan oleh kerana kebesaran-nya yang dapat diperhatikan sama
ada melalui kajian khusus mahupun pemikiran logik. Segala perintah yang terkandung dalam
agama semestinya dipatuhi dengan taat. Unsur intelek tidak lain tidak bukan menegaskan aspek
kognitif seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran berfikir aras tinggi selain
sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Aspek sosial
menerapkan kemahiran berkomunikasi dan interaksi dengan indivdu lain sama ada dalam
konteks rumah, sekolah dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mampu memupuk
hubungan sosial yang harmonis tanpa mengira usia mahupun darjat.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran abad ke-21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini demikian
kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan tugasan-
tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat Pelajar
untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap pelajar
tersebut. Dapatan kajian di atas jelas menunjukkan selain konsep falsafah Pendidikan
kebangsaan memainkan peranan penting, kemahiran kognitif dan kemahiran teknologi
merupakan teras utama dalam pelaksanaan sistem Pendidikan abad ke-21. Cara berfikir menjadi
penentu utama dalam kemahiran abad ke-21. Perkembangan teknologi pula telah memberi impak
kepada guru dan murid secara keseluruhannya. Kesedaran ini menjadikan teknologi sebagai
salah satu medium pendekatan dalam Pembelajaran dan pengajaran. Pengetahuan murid dalam
sesuatu teknologi dapat disepadukan dengan kandungan sesuatu mata pelajaran. Di samping
itu, murid mempunyai kebolehan dalam melibatkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
melalui penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi yang berhemah mampu menyokong
pembelajaran pelajar dengan menggabungkan pelbagai elemen media, seterusnya berupaya
membantu murid menstrukturkan pengetahuan, memahami isi pengajaran dan membina
kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 seperti kerjasama, kolaborasi dan pembelajaran
kendiri (Walser, 2008).

Anda mungkin juga menyukai