Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU KERTAS 2

BAHAGIAN C
Latihan 1
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap pagi, Murni bangun pada pukul 6.15 pagi untuk pergi ke sekolah.
Sebelum mandi, dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Murni akan
mandi dan menggosok gigi. Sebelum ke sekolah, Murni akan bersarapan
bersama keluarganya. Selepas itu, dia akan bersalaman dengan ibu dan
bapanya. Murni tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya.
Murni berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Jika dia
sampai awal ke sekolah, dia akan membaca buku bersama kawan-kawannya
atau pun membantu kawan-kawannya membersihkan bilik darjah.

Ayat dalam petikan Nilai murni


bangun awal menepati masa
dia akan mengemas bilik tidurnya sendiri berdikari
mandi dan menggosok gigi menjaga kebersihan diri
bersalaman dengan ibu dan bapanya menghormati
tidak lupa membawa bekalan yang disediakan menghargai/berjimat
oleh ibu
Sampai awal ke sekolah, dia akan membaca menghargai masa
buku
membantu kawan-kawannya membersihkan bilik tolong-menolong/menjaga
darjah kebersihan sekitar

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa nilai murni yang boleh kita ambil daripada petikan di atas.
Antaranya, kita mestilah menepati masa sebagaimana yang dirancang atau ditetapkan.
Kita juga mestilah berdikari seperti Murni mengemas bilik tidurnya sendiri. Selain itu,
kita juga mestilah menjaga kebersihan diri dengan cara kita mandi dan menggosok
gigi. Seterusnya, kita mestilah sentiasa menghormati ibu dan bapa kita seperti yang
dilakukan oleh Murni iaitu bersalam dengan ibu bapanya. Kita juga mestilah
mengamalkan sikap tolong menolong sesama rakan. Akhir sekali, kita mestilah
menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah seperti Murni
membaca buku jika dia tiba awal ke sekolah.
Latihan 2
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Lim seorang pekebun sayur. Setiap hari, beliau bekerja dari pagi
hingga ke petang di kebunnya. Beliau hanya berjalan kaki sahaja ke kebunnya.
Katanya, dengan bejalan kaki badannya akan mengeluarkan peluh. Sebab
itulah beliau sentiasa cergas. Encik Lim menanam sayur seperti kubis, bayam,
cili dan kacang panjang. Sayur-sayurannya dijual di pasar yang berhampiran.
Ramai orang membeli sayur Encik Lim kerana beliau pandai melayan
pelanggan.Lagipun, sayurannya segar dan murah. Kadang-kadang, beliau
memberi sayur-sayuran yang tidak habis dijual kepada jiran-jirannya.

Ayat dalam petikan Pengajaran


Setiap hari, beliau bekerja dari pagi hingga ke rajin
petang
dengan berjalan kaki badannya mengeluarkan menjaga kesihatan diri
peluh
Pandai melayan pelanggan mesra dan peramah
Memberi sayur-sayuran yang tidak habis kepada baik hati
jiran-jirannya
sayurannya segar dan murah Pemurah/jujur

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada petikan di atas.
Antaranya, kita mestilah rajin berusaha seperti Encik Lim yang bekerja kuat. Kita juga
msetilah menjaga kesihatan diri supaya hidup sehaian kita sentiasa sejahtera. Selain
itu, kita mestilah mesra dan peramah semasa melayan kerenah orang lain.
Seterusnya,kita hendaklah pemurah dan jujur seperti Encik Lim yang menjual sayur
yang segar dan murah. Akhir sekali, kita mestilah baik hati dengan selalu bersedekah.
Latihan 3
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ali baru berumur 11 tahun. Walaupun begitu, dia seperti orang yang
berumur 15 tahun. Setiap hari, sebelum pergi ke sekolah, dia akan menolong
ibunya menjual kuih di pekan. Mereka perlu bekarja keras kerana Ali masih
mempunyai empat orang adik. Dia merupakan anak yang sulung dalam
keluarganya. Sejak dua tahun lalu, ibu Ali terpaksa menggantikan ayahnya
sebagai ketua keluarga. Ayah Ali terbaring sahaja di rumah kerana menghidap
penyakit lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, Ali dan ibunya
tidak pernah menyesali nasib mereka. Selain menjual kuih, ibu Ali mengambil
upah menjahit baju untuk menambah pendapatan. Ali pula sentiasa ingat akan
pesan ibunya supaya jangan boros berbelanja. Dia berazam untuk belajar
hingga ke menara gading. Cita-citanya ialahuntuk mengubah nasib
keluarganya.

Ayat dalam petikan Nilai murni


dia akan menolong ibunya menjual kuih membantu/menolong
mereka perlu bekerja keras kerana Ali masih bertanggungjawab
mempunyai empat orang adik
Ali dan ibunya tidak pernah menyesali nasib bersabar
mereka
selain menjual kuih, ibu Ali mengambil upah gigih berusaha
menjahit baju …
supaya jangan boros berbelanja berjimat-cermat
dia berazam untuk belajar hingga ke menara bercita-cita
gading

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa nilai murni yang boleh kita ambil daripada petikan di atas. Antaranya,
kita mestilah menolong ibu dan bapa bagi meringankan beban mereka. Kita juga
mestilah bertanggungjawab terhadap ibu bapa dn keluarga. Selain itu, kita mestilah
sentiasa bersabar jika kita menghadapi kesusahan atau dugaan Seterusnya,kita
hendaklah gigih berusaha seperti Ali dan ibunya untuk menambahkan pendapatan
keluarga. Akhir sekali, kita mestilah berjimat-cermat apabila berbelanja.
Latihan 4
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Azmir dan Maniam berjanji hendak pergi ke pameran buku pada petang
nanti. Seperti yang dijanjikan, tepat jam 3.00 petang. Maniam telah menunggu
di simpang jalan. Mereka berbasikal ke sana. Semasa di jalan raya, mereka
sentiasa mematuhi peraturan. Mereka akan berhenti jika lampu isyarat
berwarna merah. Sebelum melintas jalan, mereka sentiasa melihat ke kiri dan
ke kanan terlebih dahulu. Sampai di dewan pameran, mereka beratur untuk
masuk. Waktu itu sudah ramai pengunjung yang datang. Azmir membelek-belek
buku yang hendak dibelinya. Maniam pula sibuk bertanya kepada jurujual
tentang buku yang dicarinya. Lebih kurang jam 5.00 petang, mereka pun
pulang. Maniam sudah berjanji dengan ibunya akan pulang sebelum jam 6.00
petang. Tambahan pula, Azmir perlu menghadiri kelas tambahan pada malam
nanti.

Ayat dalam petikan Pengajaran


tepat jam 3.00 petang, Maniam telah menepati janji
menunggu / Maniam sudah berjanji dengan
ibunya
mereka sentiasa mematuhi peraturan / beratur berdisiplin
untuk masuk
mereka sentiasa melihat ke kiri dan ke kanan berhati-hati
menghadiri kelas tambahan rajin

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada petikan di atas.
Antaranya, kita mestilah menepati janji apabila kita berjanji dengn orang lain. Kita juga
mestilah berdisplin seperti Azmir dan Maniam yang mematuhi peraturan di jalan raya.
Selain itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati sewaktu berada di jalan raya. Akhir sekali,
kita mestilah rajin seperti Azmir yang menghadiri kelas tambahan .
Latihan 5
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap petang, Encik Samy akan berjoging bersama anak-anaknya.


Mereka berjoging di taman rekreasi berhampiran dengan rumahnya. Encik
Samy gemar menghabiskan masa lapangnya dengan anak-anaknya kerana dia
selalu sibuk di pejabat. Selain itu, keadaan taman yang bersih dan nyaman
membuat mereka berasa selesa beriadah di situ. Di sana segala kemudahan
telah disediakan.tandas awam, telefon awam, tong sampah, kawasan
permainan kanak-kanak, pondok rehat dan sebagainya dijaga dengan rapi. Di
samping itu, pihak pengurusan taman juga menanam pokok-pokok bunga yang
cantik dan segar untuk menghijaukan persekitaran taman. Pengunjung-
pengunjung yang datang juga sentiasa memastikan kawasan taman itu bersih
dengan membuang sampah di tempat yang disediakan. Oleh sebab itu,
semakin hari semakin ramai pengunjung yang datang beriadah di situ.

Ayat dalam petikan Nilai murni


Encik Samy akan berjoging bersama anak- Mementingkan kesihatan
anaknya
Encik Samy gemar menghabiskan masa Kasih sayang
lapangnya dengan anak-anak
Keadaan taman yang bersih dan nyaman Kebersihan persekitaran
Pihak pengurusan juga menanam pokok-pokok Mencintai alam sekitar
bunga yang cantik dan segar….
Pengunjung mesti memastikan kawasan taman bertanggungjawab
itu bersih

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa nilai murni yang boleh kita ambil daripada petikan di atas. Antaranya,
kita mestilah mementingkan kesihatan dengan melakukan senaman. Kita juga
mestilah sayang terhadap keluarga terutamanya kepada anak-anak. Selain itu, kita
mestilah menjaga kebersihan dan mencintai amal sekitar seperti yang dilakukn oleh
pengurusan taman. Akhir sekali, kita mestilah bertanggungjawab bagi menjaga
kebersihan sesuatu tempat dengan tidak melakukan kekotoran dan sebagainya.
Latihan 6
Tulis beberapa kebaikan yang dapat kamu perolehi daripada pantun di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Berjalan jalan ke Kuala Kubu, Pagi-pagi menyapu sampah,


Penat berjalan duduk bersembang; Sambil berehat makan kuini;
Ringan tulang pada yang perlu, Cakap ibu jangan dibantah,
Pasti hidup akan dikenang. Perintah bapa mesti turuti.

Pergi membeli ikan tenggiri, Mari mananam pokok pegaga,


Beli juga ikan gelama; Tanam sama sebaris cili;
Jangan suka meninggi diri, Orang berbudi kita berbahasa,
Kelak nanti diri binasa. Jasa dikenang hingga ke mati

Gelang emas gelang suasa,


Cincin berlian indah sekali;
Jangan suka membuang masa,
Nanti rugi diri sendiri.

Ayat dalam pantun Kebaikan


ringan tulang pada yang perlu tolong-menolong
jangan suka meninggi diri merendah diri
jangan suka membuang masa menghargai masa
cakap ibu jangan dibantah taat / patuh
orang berbudi kita berbahasa hormat-menghormati / bersopan
santun

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa kebaikan yang boleh kita ambil daripada petikan di atas. Antaranya,
kita mestilah mengamalkan sikap tolong-menolong terhadap sesiapa yang
memrlukannya. Kita juga mestilah sentiasa merendah diri walaupun kita mempunyai
kehebatan diri. Selain itu, kita mestilah menghargai masa dengan melakukan perkara-
perkara yang berfaedah. Seterusnya,kita hendaklah taat dan patuh terhadap kedua ibu
bapa kita . Akhir sekali, kita mestilah hormat-menghormati dan bersopan santun
terhadap orang yang berbuat baik kepada kita.
Latihan 7
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada puisi di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Ibu,
Kau melahir dan memdidikku,
Daripada kecil hingga besar,
Tanpa pernah jemu,
Tanpa pernah terdetik di hatimu,
Rasa bosan, rasa benci.

Ayah,
Kudrat dan kesungguhanmu,
Membuatkan aku mengenal erti hidup,
Kau tempat aku bermanja,
Kau membuat ku gembira,
Kau bersamaku kala suka, kala duka

Ibu, ayah,
Kini aku mengerti,
Betapa segala kepayahan dan kasih sayangmu,
Telah mendewasakanku,
Janjiku ayah, ibu,
Kau tetap permata hatiku.

Ayat dalam puisi Pengajaran


menghormati
kasih sayang
bertanggungjawab
bersabar
bersyukur / berterima kasih

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada puisi di atas. Antaranya,
kita mestilah menghormati terhadap kedua ibu bapa kita. Kita juga mestilah mempunyai
rasa kasih sayang terhadap kedua ibu bapa yang menjaga kita sejak kecil hingga
dewasa. Selain itu, kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga
seperti menjaga dan memberi kasih sayang. Seterusnya,kita hendaklah bersabar dalam
apa jua keadaan semasa membesarkan anak-anak. Akhir sekali, kita mestilah
berterima kasih terhadap kedua ibu bapa kita yang banyak berjasa terhadap kita.
Latihan 8
Tulis beberapa kebaikan yang dapat kamu perolehi daripada puisi di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Kuala Lumpur ibu negara,


Kota cantik penuh budaya,
Berbilang kaum juga agama,
Rakyat hidup aman sentosa.

Berbilang kaum juga agama


Rakyat hidup aman sentosa,
Terkenal hingga merata dunia,
Itulah Malaysia negara tercinta.

Terkenal hingga merata dunia,


Itulah Malaysia negara tercinta,
Negeri indah bagai permata,
Kaya dengan hasil buminya.

Negeri indah bagai permata,


Kaya dengan hasil buminya,
Sopan santun gigih berusaha,
Baik hati peramah pula.

Ayat dalam petikan Kebaikan


Berbilang kaum juga agama bersatu padu
Rakyat hidup aman sentosa hormat menghormati
Negeri indah bagai permata, kaya dengan hasil bersyukur
buminya
Sopan santun gigih berusaha rajin dan baik hati
Itulah Malaysia negara tercinta semangat patriotik

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa kebaikan yang boleh kita ambil daripada puisi di atas. Antaranya, kita
mestilah hidup bersatu padu terutama masyaakat kita yang berbilang kaum dan
agama. Kita juga sentiasa hormat-menghormati sesama anggta masyarakat yang
berbilang kaum dan agama. Selain itu, kita mestilah bersyukur terhadap nikmat
kekayaan yang ada di negara kita. Seterusnya, kita hendaklah rajin berusaha bagi
menambahkan pendapatan. Akhir sekali, kita mestilah mempunyai semangat patriotik
iaitu kita sayang akan negara kita Malaysia.
Latihan 9
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada laporan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

LAPORAN PROGRAM ‘SAYANG DISAYANG’

Pada minggu pertama cuti semester lalu, pelajar-pelajar Kolej Utama telah
mengadakan program bersama warga emas di Rumah Orang Tua Tunas Bakti.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong membersih dan
mengindahkan kawasan persekitaran. Mereka bekerja bersama-sama tanpa
mengira tugas yang diberikan.
Ada kumpulan yang menanam pokok-pokok bunya untuk mengindahkan
pemandangan di situ. Sampah sarap, longkang dan kaki lima rumah kebajikan itu
juga dibersihkan. Satu lagi kumpulan ditugaskan mengecatkan semula bangunan
utama rumah kabajikan tersebut.
Di sebelah petang pula, para pelajar berpeluang mendekati penghuni-
penghuni di situ dan cuba menyelami perasaan mereka. Sesungguhnya mereka
masih memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat dan ahli keluarga.
Program sehari itu tamat pada jam 6.30 petang

Disediakan oleh 16 Mei 2006

Junaidah
(JUNAIDAH KASSIM)
Setiauasa Program ‘Sayang Disayang’.

Ayat dalam petikan Nilai murni


pogram bersama warga emas prihatin
bergotong-royong membersih dan berkerjasama dan mementingkan
mengindahkan kawasan persekitaran kebersihan persekitaran
mereka bekerja bersama-sama tanpa mengira ikhlas
tugas yang diberi
mendekati penghuni dan cuba menyelami menghormati dan menyayangi
perasaan mereka

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada petikan di atas.
Antaranya, kita mestilah prihatin terhadap warga emas yang tinggal di rumah orang tua.
Kita juga mestilah mengamalkan sikap berkerjasama dalam melakukan aktiviti seperti
bergotong-royong. Selain itu, kita mestilah mementingkan kebersihan alam sekitar.
Seterusnya, kita mestilah ikhlas dalam melakukan apa-apa tugas yng diberi kepada
kita. Akhirnya, kita mestilah menghormati dan menyayangi orang-orang tua dengan
selalu mendekati mereka.
Latihan 10
Tulis beberapa kebaikan yang dapat kamu perolehi daripada catatan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

5 Jun 2006

Jam 7.00 pagi


Pertama kali aku bercuti di rumah datukku di sebuah perkampung nelayan. Pada
waktu pagi, aku berpeluang mengikut datuk pergi ke laut. Kulihat kehidupan
nelayan begitu susah sekali, tetapi mereka tidak pernah merungut. Laut yang
bergelora tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari rezeki.

Jam 11.00 pagi


Kami balik ke jeti. Aku lihat penduduk kampung mengangkat hasil tangkapan
mereka bersama-sama. Aku yang baru berkenalan dengen mereka turut sama
menolong. Mereka melayan aku dengan mesra sekali.

Jam12.30 tengah hari


Aku melihat penduduk kampung membuat sotong kering. Ternyata mereka
pandai mempelbagaikan hasil tangkapan. Bukan sahaja menjual ikan kepada
peraih dan pelanggan, mereka juga berusaha untuk mencari pendapatan yang
lebih.

Jam 4.30 petang


Aku duduk termenung di tepi pantai. Perasaan terharu terbit di dalam hati melihat
para nelayan yang tabah menghadapi kehidupan mereka yang tidak menentu.
Seharusnya aku yang dilahirkan dalam kemewahan ini mencontohi sikap mereka
itu.

Ayat dalam petikan Kebaikan


Aku bercuti di rumah datukku kasih sayang
… tetapi tidak pernah merungut bersabar
..bergelora tidak mematahkan semangat / gigih berusaha
..mereka juga berusaha untuk mencaru
pendapatan..
mereka melayan aku dengan mesra peramah
perasaan terharu terbit dalam hati melhat para prihatin
nelayan yang tabah…

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa kebaikan yang boleh kita ambil daripada petikan di atas. Antaranya,
kita mestilah mempunyai rasa kasih sayang terhadap datuk dan nenek seperti penulis
yang meluangkan masanya bercuti ke rumah datuk. Kita juga mestilah bersabar
terhadap apa juga cabaran dalam menempuhi hidup ini. Selain itu, kita mestilah sentiasa
gigih berusaha bagi menambahkan pendapatan. Seterusnya,kita hendaklah peramah
seperti para nelayan melayan penulis yang bercuti di kampung mereka. Akhir sekali, kita
mestilah mempunyai sikap prihatin atau peka terhadap apa yang boleh menginsafkan
kita .

Disediakan oleh,
Abu Bakar Bin Pute Yah Yah
SJK C Hwa Min,
35350 Temoh,
Perak.

Anda mungkin juga menyukai