Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS BERITA

Sebagai wartawan, kamu diminta untuk menulis sebuah berita tentang kejadian banjir yang
berlaku di Kampung Bangau Parit.
PAHANG, 16 Julai - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan
turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak
menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung
mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung
mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-
kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk
kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa
tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat
dengan motobot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan
haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada
kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri
akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang
terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada
bagi menghadapi situasi banjir.

KARANGAN JENIS DIALOG


Semasa menunggu bas sekolah sampai, kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang kebaikan
membaca suratkhabar.

Amer : Hai, Naim.


Naim : Hai, Amer.
Amer : Kamu sedang buat apa?
Naim : Saya sedang membaca surat khabar.
Amer : Apakah kelebihan membaca suratkhabar?
Naim : Dengan membaca surat khabar, kita dapat mengetahui berita dalam dan luar negara.
Amer : Selain itu, kita dapat mengetahui ramalan cuaca dalam setiap negeri.
Naim : Betul itu. Tambahan pula, kita juga dapat menambah perbendaharaan kata kita.
Amer : Kita juga dapat mengetahui ejaan yang betul pada perkataan yang agak sukar untuk dieja.
Naim : Dengan membaca surat khabar jugs, kita dapat melancarkan pembacaan kita.
Amer : Di dalam setiap surat khabar pasti terdapat sisipan untuk murid.
Naim : Ya, betul itu. Kita dapat membuat latihan yang telah disediakan.
Amer : Eh, bas sudah sampai. Terpaksalah kita sambung pada keesokan hari. Selamat tinggal.
KARANGAN JENIS BIOGRAFI
Tulis sebuah karangan tentang sahabat yang paling kamu sayangi.
Setiap orang mempunyai sahabat. Tanpa sahabat atau kawan, hidup kita ibarat kera sumbang.
Sahabat biasanya menjadi rakan belajar, bermain, dan bertukar-tukar fikiran.
Saya mempunyai seorang sahabat yang saya anggap cukup istimewa. Sahabat saya bernama
Masdor. Saya memanggilnya Dor sahaja. Dor dilahirkan pada 12 Julai 2004. Dia ialah anak sulung
Encik Masdar Ali, seorang jurutera dan Puan Marhamah Malim, seorang guru.
Saya mengenali Dor sejak kecil lagi kerana kami berjiran. Selain itu, kami dibesarkan oleh
pengasuh yang sama iaitu Mak cik Jamilah, yang juga jiran kami. Persahabatan kami begitu akrab.
Saya sering dibawa oleh keluarga Dor balik ke kampungnya.
Dor bercita-cita menjadi seorang jurutera seperti ayahnya. Dalam pelajaran, kami sentiasa
bersaing untuk merebut tempat teratas di sekolah. Kami sentiasa bersaing sejak kami menjejakkan
kaki di bangku sekolah. Kami sentiasa mendapat A dalam semua matapelajaran. Dalam bidang
sukan, Dor dan saya telah mewakili sekolah dalam permainan badminton, catur, dan bola sepak.
Selain itu, kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul topi dan lencana.
Persahabatan kami yang akrab tidak menghalang untuk saya mengenali lebih ramai kawan, bak kata
pepatah, berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali. Teman setia pula ialah apabila dia sanggup
sedih dan ketawa bersama-sama.
KARANGAN JENIS FAKTA
Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan
bergotong-royong.
Antara faedah bergotong-royong adalah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah. Hal ini kerana kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan
dengan lebih cepat.
Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain.
Malahan kita juga dapat menambah kenalan.
Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita
melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan kawasan taman, sudah tentu kita akan
mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang daripada menghidap
penyakit.
Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini,
kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul
dengan budak nakal.
Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita
hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Anda mungkin juga menyukai