Anda di halaman 1dari 4

KONSEP PERKEMBANGAN

Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal,
sosial, kognitif dan emosi sejak mereka lahir sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua.
Sebagai guru, kita perlu peka dan prihatin terhadap perubahan perkembangan ini termasuk
keperluan untuk memahami aspek pertumbuhan dan perkembagan murid-murid dibawah
pengawasannya.

Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan


yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke tahap yang lain seperti
penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang
kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak juga akan berlaku secara beransur-ansur serta berterusan.


Hasil daripada tindakan tersebut saling berkait-mengait antara proses kematangan dan
pembelajaran mengikut aturan semulajadi. Pengaruh baka dan persekitaran merupakan faktor
penting yang menyumbang kepada kadar perkembangan yang berbeza bagi seseorang bayi dan
kanak-kanak.

Di bawah ini dijelaskan tentang perkembangan bayi dan kanak-kanak berdasarkan beberapa
aspek iaitu sifat, jasmani, mental, social, dan emosi.

Aspek Perkembangan
Sifat Bersifat kualitatif dan sukar diukur mengikut padangan mata kasar
manuasia.
Fizikal/Jasmani Peningkatan kepada kebolehan motor halus dan motor kasar.
Antaranya kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan,
berjalan, berlari dan sebagainya.
Mental Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan, angka, pemikiran,
penaakulan dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sosial Memperlihatkan ciri-ciri dalam norma pergaulan setiap manusia,
adab dan nilai. Juga termasuk kesedaran perbezaan jantina, disiplin
kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya.
Emosi Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan
PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN

Atan Long (1988), menjelaskan prinsip asas perkembangan terdiri daripda lapan, iaitu arah
tertentu, susunan perkembangan serupa, perkembangan berlaku secara menyeluruh,
perkembangan adalah berterusan, kadar kecepatan perkembagan tidak sama dan berbeza-beza,
perkembangan anggota badan berkaitan saling mempengaruhi antara satu sama lain, corak
perkembangan antara individu berbeza-beza dan perkembangan mengikut peringkat-peringkat.

 Perkembangan arah tertentu


Arah tertentu terbahagi kepada dua arah perkembangan, iaitu arah kepala ke kaki
(cephalacaudal) dan arah tengah ke tepi (proximodistal).

 Susunan perkembangan adalah sama


Serupa bermaksud sama dalam sesuatu tahap, keadaan atau halangan. Susunan
perkembangan bagi setiap kanak-kanak adalah sama daripada satu peringkat ke
peringkat yang lain. Maknanya proses perkembangan bayi dan kanak-kanak A adalah
sama dengan proses perkembangan bagi kanak-kanak normal B walaupun lokais bagi
kedua-duanya terlalu jauh seperti tonggal di dua buah Negara yang berlainan. Biasanya,
sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh berjalan, kanak-kanak akan belajar duduk,
merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Corak perkembagan ini agak sama dan hanya
berbeza dari segi waktu sama ada cepat atau lambat.

 Perkembangan berlaku dari menyeluruh kepada spesifik


Menyeluruh bermaksud meluas dan merebak. Hal ini bermakna bahawa proses
perkembangan yang berlaku adalah bersifat meluas dan menyeluruh. Jika kita
perhatikan, seorang bayi hanya akan memberi gerak balas secara menyeluruh ke atas
sesuatu rangsangan. Hal ini kerana tulang dan otot bayi masih belum cukup matang.
Contohnya, apabila seseorang bayi ingin mencapai sesuatu barang, kita dapati hamper
keseluruhan badannya akan bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya
kerana jarinya masih belum dapat digunakan sepenuhnya. Apabila bayi berkenaan
semakin membesar, didapati proses pergerakan untuk mengambil barang yang digemari
menjadi bertambah focus dan kemas. Bayi tersebut hanya akan memerlukan jari sahaja
tanpa perlu memerlukan pergerakan seluruh badan untuk mengambil barang.

 Perkembangan adalah berterusan


Berterusan bermaksud sesuatu peristiwa yang berlaku dengan tidak henti atau secara
berpanjangan dan berlanjutan. Perkembangan yang berlaku pada diri setiap individu
akan berlangsung secara berterusan iaitu bermula selepas kelahiran hingga akhir
hayatnya. Oleh sebab perkembangan ini berlaku secara berterusan, setiap yang berlaku
pada satu peringkat akan mempengaruhi peringkat yang lain. Contohnya, kemahiran
sedia ada pada satu peringkat akan menjadi asas untuk menguasai kemahiran yang lebih
tinggi pada peringkat perkembangan yang selanjutnya.

 Kadar kecepatan perkembangan berbeza-beza


Kadar kecepatan bermaksud tahap kelajuan atau kepantasan sesuatu perkara itu diukur.
Walaupun urutan perkembangan mengikut susunan atau corak yang sama, kadar
kecepatan perkembangan setiap domain (kognitif, afektif dan psikomotor) agak berbeza
antara seorang bayi dan bayi yang lain. Contohnya, seorang bayi yang mempunyai
kadar perkembangan kognitif yang lebih cepat akan menunjukkan kecerdasan yang
lebih tinggi mendahului bayi yang sebaya dengannya. Begitu juga bayi yang mengalami
perkembangan fizikal yang lebih cepat akan mempunyai saiz badan yang lebih besar
jika dibandingkan dengan bayi lain yang sebaya dengannya.

 Perkembangan anggota badan yang saling mempengaruhi


Saling mempengaruhi bermaksud hubungan yang ada pada anggota badan akan turut
meninggalkan kesan pada anggota badan lain. Proses perkembangan yang berlaku pada
setiap anggota badan dalam tubuh manusia sebenarnya saling berkaitan antara satu
anggota badan dengan anggota yang lain. Dengan kata lain, jika mata digunakan untuk
membaca, dan pada masa yang sama anggota lain seperti tangan, telinga dan mulut juga
turut terlibat dalam aktiviti berkenaan. Keadaan ini dapat mempengaruhi segala
perubahan yang berlaku pada hamper semua anggota lain.

 Perkembangan mengikut peringkat-peringkat


Hidup manusia melalui perkembangan yang berperingkat-peringkat. Setiap peringkat
dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi peringkat itu. terdapat lima peringkat
yang ketara dalam perkembangan manusia seperti dalam jadual dibawah :-
Peringkat Keterangan
Peringkat Bayi (0-2 tahun) Sifat asas manusia seperti keupayaan
berbahasa, kebolehan fizikal dan
perhubungan emosi mula ditunjukkan.
Peringkat Awal kanak-kanak (3-8 tahun) Perkembangan bahasa yang pesat,
bersosial, berimaginasi ketika bermain
dan peningkatan kepada psikomotor.
Peringkat Kanak-kanak (9-11 tahun) Menyalin hubungan dengan rakan sebaya
dan memahami peraturan.
Peringkat Awal Remaja (12-15 tahun) Berfikir secara abstrak dan mula peka
terhadap perubahan fizikal.
Peringkat Remaja (15-20 tahun) Keinginan untuk berdikari.

Perkembangan kognitif manusia pula melalui peringkat konkrit kepada abstrak seperti
teori perkembangan kognitif Piaget iaitu perkembangan kognitif manusia berlaku
dalam empat peringkat iaitu sesnsori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi
formal.

FAKTOR YANG MEMPENGATURI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Setiap bayi yang lahir akan memiliki ciri yang pelbagai dan berbeza-beza. Perbezaan
ini ada kemungkinan berlaku kerana mewarisi sifat fizikal ataupun tingkah laku ibu
bapa atau mungkin juga daripada keturunan keluarga terdahulu. Antara faktor yang
mempengaruhi adalah persekitaran.

Munn (1969) menyatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh
mempengaruhi seseorang individu. Persekitaran merujuk kepada pengalaman kanak-
kanak ketika berinteraksi dengan seseorang individu baik di rumah, di sekolah atau
masyarakat akan mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai