Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA

MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KALI KE-61
TARIKH : 4 Mac 2018

BIL AGENDA TEKS CATATAN


1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan yang Yang Berhormat Dato’ Hj Ramzi b Ab
Jemputan Rahman, ADUN Dabong meragkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai
(Tetamu diiringi Yang Berusaha En MD Rashid b Mustafa, Pengetua Smk Sultan
Kehormat) Yahya Petra 1.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


Negaraku Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.

LAGU NEGARAKU

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Kata-kata Aluan Mencari Timba Si Anak Dara


Di Bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
selamat datang untuk semua

indah berbalam si awan petang


Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat Dato’ Hj Ramzi b Ab Rahman,


ADUN Dabong meragkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai

Yang Berusaha En. Sazali b Ibrahim


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai

Yang Berusaha En. MD Rashid b Mustafa


Pengetua SMK Sultan Yahya Pertra 1

Yang Dikasihi Tuan Hj Azizzuddin b Hj Hussein


Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Yahya Petra 1

Ahli –Ahli jawatankuasa PIBG


Para ibubapa dan seterusnya rakan guru seperjuangan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-61
tahun 2018 ini.

Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Sultan Yahya Petra 1

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Sultan Yahya Petra 1, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Hj Ramzi b
Ab rahman kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan
penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al
Fadhil Ustaz Ahmad Zaki b Abdul Rahman. Dipersilakan.

.@@@@@@@@@

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Ahmad Zaki atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan YDP Seterusnya majlis berbesar hati untuk menjemput Yang Dikasihi Yang
Dikasihi Tuan Hj Azizzuddin b Hj Hussein
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Yahya Petra 1
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@

Ajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Ucapan Sirih junjung penuh bererti


perasmian Indahnya adat tidak terperi
Tibalah saat masa dinanti
Mendengar amanat ucapan perasmi

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj Ramzi b Ab Rahman, ADUN
Dabong merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1 kali ke-61
bagi tahun 2018

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berhormat Dato’ atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil
tindakan bersama

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat
bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu
bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari dunia global yang
semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu
bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan
bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsia diri
yang cemerlang.

Penyampaian Pihak majlis berbesar hati ingin menyampaikan sijil dan cenderahati
sijil dan sebagai tanda penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa pibg yang
cenderahati AJK telah menyumbang tenaga dan buah fikiran sepanjang sesi 2017.
PIBG sesi
2016/2017 Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berhormat Dato diiringi oleh Yang Berusaha En Sazali b Ibrahim, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai bagi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil dan cenderahati kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG
sesi 2017
Dipersilakan.

Senarai :

RUJUK LAMPIRAN (22 ORANG)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berhormat Dato’ kerana sudi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil itu tadi.
Gimik Bantuan Seterusnya adalah penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BKAP)
Persekolahan kepada 10 penerima awal bantuan BKAP. Dengan ini dijemput :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
8.
9.
10.

Untuk makluman kepada ibubapa dan pelajar yang lain, wang bolehlah
menuntut bantuan awal persekolahan dengan guru kelas masing-masing
selepas majlis ini di perkarangan bilik guru selepas majlis ini.
Cabutan bertuah Seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan
nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berhormat Dato untuk membuat 10 cabutan nombor bertuah pertama.
Hadirin dan hadirat sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-
masing.

UMUMKAN 10 CABUTAN BERTUAH AWAL

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima cabutan bertuah. Semoga


tuah tuan-tuan/puan –puan sentiasa berpanjangan.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih majlis


sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En MD Rashid b
Mustafa, Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 1 untuk menyampaikan
cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato’ Hj Ramzi b
Ab Rahman, ADUN Dabong meragkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai
atas kesudian hadir pada petang ini. majlis mempersilakan.

Penyampaian PENYAMPAIAN CENDERAMATA


cenderahati
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian cenderahati
kenang-kenangan itu tadi.

penutup Dengan ini maka berakhirlah sudah Mesyuarat Agong Kali ke 61 SMK
Sultan Yahya Petra 1. Kami mewakili pihak majlis merakamkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis bersejarah ini. Sejambak kemaafan juga kami hulurkan
seandainya terdapat kesilapan dan kelemahan sepanjang majlis ini
berlangsung.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,


PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI

KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG


DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Sekian, wabilahitaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t ..salam mesra


dan salam 1 malaysia.

Anda mungkin juga menyukai