Anda di halaman 1dari 1

Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka semula.

Bunga Keti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali
perahu dengan tali kapal.

Ikatan Balak
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin.

Simpulan Manok
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat
lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing
terjatuh ke dalam telaga.

Anda mungkin juga menyukai