Anda di halaman 1dari 13

Laporan Bergambar Kerja Kaca

Tajuk

Kerja kaca

Tujuan

Menghasilkan penits, tiub U dan tiub L daripada rod kaca

Pengenalan

Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana
ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. Fenomena alam semulajadi
yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Pembelajaran dan pengajaran
tentang fakta- fakta sains hendaklah disampaikan dengan menggunakan prosedur- prosedur
dan proses- proses sains yang dinamakan sebagai kemahiran proses sains.

Teknik-teknik asas makmal merupakan kemahiran asas yang perlu diamalkan oleh
seorang guru Sains, terutamanya bagi Guru Sains di sekolah rendah yang tidak mempunyai
pembantu makmal. Guru perlu membuat persediaan pengajaran dengan menyediakan
bahan dan radas yang diperlukannya sendiri. Mengikut tugasan ini, teknik asas makmal
telah digunakan untuk menjalankan eksperimen kerja kaca.

Kaca berasal dari bahan yang bersifat cecair tetapi mempunyai kepadatan tinggi dan
struktur amorfus. Zarah-zarah di dalamnya tidak membentuk suatu jalinan yang teratur
seperti kristal. Kaca kebanyakan dibuat daripada silika (SiO2) yang menghasilkan takat lebur
yang tidak terlalu tinggi. Terdapat 2 jenis kaca yang umum dan boleh didapati di dalam
makmal sains iaitu kaca soda kapur dan kaca borosilikat. Kaca soda kapur merupakan kaca
campuran soda, batu kapur dan silika. Ianya cair apabila dipanaskan pada suhu 300-400℃
dengan penunu Bunsen. Kebanyakan tiub kaca diperbuat daripada kaca soda kapur. Dalam
eksperimen ini, kumpulan kami menggunakan kaca soda kapur. Kaca borosilikat boleh
lembut apabila mencapai suhu lebih daripada 700℃. Kaca ini tahan pada suhu yang tinggi.
Kebanyakannya radas seperti tabung didih dan bikar diperbuat daripada kaca borosilikat.

Kerja kaca memerlukan beberapa kemahiran asas teknik pemotongan dan


pemprosesan kaca. Dengan mengenali jenis dan sifat kaca, kita boleh memotong atau
membentuk tiub kaca menjadi alatan asas yang kerap digunakan dalam makmal sains.
Bahan dan radas

Rod kaca, penunu Bunsen, kikir segi tiga. Air suling

Prosedur

A. Memotong tiub kaca

1. Calar yang menegak telah dibuat pada tiub yang hendak dipotong dengan kikir segi tiga.

Gambar 1.0: Memotong rod kaca

2. Calar tersebut telah dibasahkan.

3. Rod kaca ditekankan dengan meletakkan kedua-dua ibu jari bersebelahan dengan
garisan gurisan.

4. Rod kaca dibengkokkan secara perlahan-lahan supaya mudah terputus.

5. Hujung rod telah dilicinkan dengan kertas pasir.


B. Membengkokkan tiub kaca

1. Tiub kaca dipanaskan dalam api penunu Bunsen sambil tiub diputarkan terus-menerus.

Gambar 2.0: Memanaskan rod kaca

2. Apabila kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub dikeuarkan tiub dari api dan tiub
dibengkokkan mengikut bentuk 45̊.

Gambar 3.0 Membengkokkan rod kaca

3. Kedua-dua hujung tiub dipegang dan dibengkokkan perlahan-lahan menuju ke atas


supaya bahagian lembut membentuk bentuk yang sesuai.

4. Prosedur 1-3 diulang menggunakan tiub kaca yang baharu untuk membuat bentuk 90̊ .
C.Membuat penitis

1. Tiub kaca dipegang di kedua-dua hujungnya. Bahagian tengah tiub dipanaskan sambil
diputar terus-menerus.

Gambar 4.0 :Memutarkan rod kaca sambil memanaskan

2.Apabila kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub ditarik ke arah yang bertentangan
sehingga bahagian tengahnya putus.

2. Hujung tiub yang terputus tadi dipotong untuk menghasilkan lubang.

Gambar 5.0 Pembentukkan gelang tebal

3. Hujung tiub yang lain dipanaskan untuk membentuk gelang tebal.


4. Bunting getah dipasangkan pada hujung yang telah dipanaskan untuk menghasilkan
sebatang penitis.

Gambar 6.0: tiub U

Gambar 7.0: Penitis


Gambar 8.0: Tiub L

Perbincangan

Dalam eksperimen ini, kami dapat menghasilkan 3 bahan dari rod kaca iaitu penitis,
tiub U dan tiub L. Kami telah mempelajari beberapa teknik seperti teknik memotong rod
kaca, membuat penitis dan membengkokkan tiub kaca. Teknik memotong rod kaca adalah
teknik khas yang digunakan untuk memotong rod kaca dengan menggunakan kikir setiga.
Teknik membuat penitis adalah teknik yang digunakan untuk menghasilkan penitis dimana,
kedua-dua hujung tiub kaca akan ditarik ke arah yang bertentangan untuk membentuk
muncung yang tirus. Akhir sekali, adalah teknik membengkokkan tiub kaca. Teknik ini
adalah salah satu teknik untuk membengkokkan dan menbentuk tiub kaca pada sudut 90
darjah.

Kami telah menggunakan bahan dan radas seperti rod kaca, penunu bunsen, kikir
segi tiga. dan air suling untuk menjalankan eksperimen ini. Kami menggunakan satu rod
kaca yang dipotong berukuran 12cm untuk setiap penghasilan bahan. Selepas mengukur,
kami menandakan ukurannya dengan marker. Setelah menanda, kami mencalarkan rod
kaca dengan kikir segi tiga. Kikir segi tiga digunakan untuk mencalarkan rod kaca supaya
memotongnya dengan baik. Kemudian, kami membasahkan calar tersebut dengan air suling
supaya melemahkan kekuatan kaca sebanyak 20% bagi mematahkan rod kaca dengan
mudah.

Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga semasa membuat eksperimen ini.


Antaranya adalah pakai google dan sarung tangan bagi mengelakkan sebarang luka. Kita
perlulah berhati-hati semasa mengendalikan kaca supaya mengelakkan kemalangan.
Apabila tiub kaca dipanaskan, pastikan jarak antara tiub dan badan adalah 15 cm supaya
api tidak berkena pada badan. Selain itu, apabila tiub dibengkokkan, pastikan tiub

dibengkokkan pada darjah 45◦.

Pada masa yang sama, pastikan hujung tiub dibengkokkan dengan perlahan supaya
mendapat bentuk yang cantik. Biarkan permukaan rod kaca yang dipanaskan menjadi sejuk
dan elakkan diri menyentuh permukaan tersebut semasa panas dan juga berhati-hati
semasa memotong hujung tiub yang panas supaya tidak kena pada tangan. Setelah
menghasilkan produk, setiap hujung produk perlulah dilicinkan dengan kertas pasir supaya
mendapat permukaan yang seimbang.

Kebaikan dan kelemahan produk

Produk Kebaikan Kelemahan

Tiub U - Digunakan dalam eksperimen - Sudut bengkokkan bagi tiub U


elektrolisis supaya mengasingkan adalah tidak tepat.
bahan uji dengan elektrolit - Permukaan hujung Tiub U tidak rata

Tiub L - Sebagai saluran untuk - Sudut bengkokkan bagi Tiub L tidak


mengedarkan gas mencapai sudut 90 darjah

Penitis - Menitiskan larutan dalam kuantiti - Muncung penitis adalah sangat kecil
yang kecil pada bahan kimia

Refleksi

Dalam amali ini kami telah menghasilkan tiga peralatan kaca yang digunakan di
makmal sains. Ketika melaksanakan amali ini kami telah mendapat panduan yang baik
daripada pensyarah dan kawan-kawan yang lain. Peralatan kaca yang kami hasilkan adalah
penitis, U tube dan L tube. Alat dan bahan yang digunakan dalam kerja kaca ini adalah
pemotong kaca, kikir segi tiga, pembaris meter, kertas pasir, penunu bunsen. Setiap
bahagian peralatan kaca yang dihasilkan adalah berukuran sebanyak 12 cm.

Kerja pemanasan peralatan kaca ini dijalankan dengan berhati-hati dan teliti supaya
alat tersebut tidak dipanaskan terlalu lama dan menjadikan kaca terlalu lembut.
Pembengkokkan alat kaca juga dilakukan dengan perlahan supaya ukuran darjah bagi sudut
alat kaca itu adalah tepat. Sepanjang proses menjalankan amali ini , kami telah mempelajari
cara melakukan sesuatu kerja dengan kerjasama yang kukuh, sifat penelitian yang baik, dan
sifat kesabaran yang tinggi.

Walau apa jua pun, kami berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana
membimbing kami menyiapkan amali kami ini. Tugasan yang diberikan ini banyak
memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri kami untuk menjadi seorang guru
mata pelajaran Sains yang cemerlang dimasa hadapan.
Rujukan

Kirun Wae (2014). Jenis-jenis Kaca dan Aplikasinya. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman
web http://projectmedias.blogspot.my/2014/03/jenis-jenis-kaca-dan-aplikasinya.html

Lim Yous Sie, Yip Kim Hong. (2014). Pre-U Text STPM Chemistry. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn. Bhd.

Loh Huah Sin (1993). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains. Prosiding Seminar
Guru-guru Kanan Sains & Matematik dan kakitangan sumber sains KBSM. 27-28
April 1993. Association for Science & Mathematics Education Penang (ASMEP) &
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Poh Swee Hiang (2001). Pedagogi Sains 4 : Pengurusan Makmal dan Sumber Sains. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

RECSAM. (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and Colleges.
Kuala Lumpur: Anthonian.

Wikipedia (2016). Kaca. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web


https://id.wikipedia.org/wiki/Kaca

Zulhairi Osman (2015). Kerja Kaca. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web
http://documents.tips/documents/kerja-kaca.html#
.

Anda mungkin juga menyukai