Anda di halaman 1dari 8

SEMESTER 2 SESI 2016/2017

KPF6014 :FALSAFAH PENDIDIKAN


TAJUK:

FALSAFAH ISLAM : AL-GHAZALI

KUMPULAN

A (M162)

NAMA NO. ID NO. TELEFON


SYARANI BINTI MD SARIFF M20162002132 0135306679

M20162002132@siswa.upsi.edu.my

NAMA PENSYARAH: PROF DATO’ DR ZAKARIA BIN KASA


KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

ISI KANDUNGAN HALAMAN

LATAR BELAKANG 2

PENDIDIKAN AWAL 2

PENGLIBATAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN 3

SUMBANGAN 5

BIDANG FALSAFAH 5–6

BIDANG ILMU KALAM 6-7

BIDANG TASAWWUF 7

PENUTUP 7-8

BIBLIOGRAFI 8

2
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau dilahirkan
di Tusia, sebuah kota yang terletak di Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
Gelaran "Al-Ghazali" diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai
pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung
kelahirannya, Ghazalah. Bapanya bekerja sebagai penenun pakaian daripada bulu dan
menjualnya di Pasar Tusia dan merupakan seorang yang warak. Biarpun bapanya hanya seorang
yang miskin dan bekerja sebagai penenun kain bulu, namun beliau amat mencintai ilmu
pengetahuan.

Bapanya selalu mengunjungi rumah para ulama’ untuk mendalami ilmu pengetahuan. Beliau
selalu berdoa agar dikurniakan seorang anak yang soleh dan alim. Bapanya sempat berwasiat
kepada salah seorang sahabat setianya yang merupakan seorang ahli tasawuf yang terkenal agar
mendidik dan mengasuh Imam Al-Ghazali dan saudaranya, Ahmad. Pesan bapanya, “Sungguh
saya menyesal tidak belajar khat (tulis menulis Arab) dan saya ingin memperbaiki apa yang
telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau mengajarinya, dan harta
yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.”

PENDIDIKAN AWAL

Imam Al-Ghazali telah diasuh dan dididik sepenuhnya dengan tasawuf oleh teman bapanya
bersama saudaranya Ahmad. Doa bapanya dimakbulkan Allah dengan kelahiran Imam Al-
Ghazali. Keagungannya dalam bidang ilmu falsafah Islam sukar ditandingi sehingga digelar
Hujjatul Islam. Ilmu yang pertama yang telah beliau pelajari ketika masih kecil ialah Ilmu Fiqh
daripada Sheikh Ahmad bin Muhammad Ar-Razikani. Selepas itu beliau terus mengembara ke
Jurjan dan berguru dengan Imam Abu Nasar Al-Ismaili.

Pengembaraannya diteruskan lagi untuk mendalami ilmu pengetahuan ke Nisapur. Di situ


beliau berguru dengan Imam Haramain. Ketokohannya sebagai seorang ulama besar mulai
terserlah di situ apabila beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan merangkumi ilmu
mantik, falsafah, dan fiqah mazhab Imam Syafie. Keluasan ilmunya ketika itu dikagumi oleh
gurunya sendiri iaitu Imam al-Harmain. Beliau pernah menyanjung ketokohan Imam Al-
Ghazali dengan katanya:

“ Al-Ghazali itu merupakan lautan yang tidak bertepi .”

3
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

PENGLIBATAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Selepas Imam Al-Harmain kembali ke rahmatullah, beliau berhijrah pula ke Al-Askar dan
mendapat penghormatan daripada seorang menteri Nizamul Muluk, dari Dinasti Saljuk. Dalam
usia yang masih muda iatu pada tahun 484 Hijrah, beliau telah dilantik menjadi profesor di
Akademi Nizami (universiti) di Baghdad dalam bidang Fiqh. Semua ulama di Baghdad ketika
itu mengakui keluasan ilmu Imam Al-Ghazali. Para mahasiswa datang dari seluruh ceruk dunia
Islam untuk berguru dengannya. Walaupun mengajar dalam bidang Fiqh, beliau juga amat
meminati bidang falsafah.

Beliau menunaikan ibadat haji pada tahun 488 Hijrah. Selepas itu beliau meneruskan
perjalanannya ke Syam (Syria) menziarahi Baitulmaqdis. Kemudian beliau bermastautin di
Damsyik dengan beribadat di Masjid Al-Umawi. Beliau membuka sebuah sudut (halqah) ilmu
di masjid tersebut yang dikenali sehingga kini dengan nama Al-Ghazaliah. Sepanjang masa
beliau di sana, beliau telah berjaya menyempurnakan penulisan kitabnya Ihya ‘Ulumuddin yang
agung itu. Kitab ini bertanggungjawab memperkukuhkan mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah
yang paling berpengaruh di seluruh Dunia Islam sehingga kini. Beliau menjalani hidup dengan
penuh kesederhanaan. Dengan hanya berpakaian kain kasar, mengurangkan makanan dan
minuman, namun beliau sentiasa mengunjungi masjid dan menempuhi jalan sufi untuk
mentakarrubkan diri kepada Allah S.W.T.

Sekembalinya beliau ke Baghdad, beliau mengadakan majlis ilmu iaitu pengajaran kitab Ihya’
Ulumuddinnya. Selepas itu, beliau berhijrah ke Nasapur dan dilantik menjadi profesor di
Universiti Nizamiah. Kemudian, beliau berhijrah ke kampung asalnya semula. Di situ, beliau
telah mendirikan sebuah institut pendidikannya sendiri yang dikerumuni oleh para ulama dan
ahli sufi untuk berguru dengannya.

4
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

SUMBANGAN AL-GHAZALI

BIDANG FALSAFAH

a. Membahagikan ahli falsafah


Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga
golongan iaitu atheis, natural dan teologi.
Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir
seluruh alam ini.
Golongan natural - golongan ilmuwan yang banyak membuat kajian berkaitan dengan
tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan teologi –
merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal-soal ketuhanan bersumberkan
akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

b. Mengklasifikasi Ilmu Falsafah Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang


mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik,
fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan
dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan
sudut agama. Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana
akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.

Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya. Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif
akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut
Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar. Menurut Imam
al-Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang dapat
membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir
dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang berkaitan
dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang
mulia.

c. Metodologi Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan
terperinci. Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah
Maqasid al-Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal dan Tahafut al-Falasifah. Abu Hassan al-

5
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

Nadawi juga menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa seperti yang
diungkapkannya di dalam salah satu penulisannya.

d. Menyelamatkan Akidah Umat Islam Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan ilmu falsafah Islam, bagi menyelamatkan akidah umat Islam
daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan
agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian
Islam sekaligus mengelak amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia
bertentangan dengan akidah Islam.

e. Gelaran Hujjatul Islam Diberi gelaran Hujjatul Islam kerana kemampuan al-Ghazali
memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan
berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan
beliau amat disanjung tinggi oleh umat Islam dan sememangnya gelaran yang diberikan
kepadanya amat tepat.

f.
BIDANG ILMU KALAM

AL-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah
mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, al-Ghazali
banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa
membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu Kalam sudah pun
berkembang dengan baik bagi mempertahankan akidah ahli sunnah sebagaimana yang
terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain, iaitu guru Imam
al-Ghazali. Ada disebut dalam sejarah, al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan
berkaitan dengan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seumpama itu, beliau hanya berdebat
dengan menggunakan metadologi Rasulullah SAW dan para sahabat dengan berpaksikan al-
Quran dan al-sunnah sahaja. Hal ini kerana beliau beranggapan tanpa dua sumber utama itu
akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat pada ketika itu.

Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori
dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada
masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang

6
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah SWT adalah termasuk dalam golongan orang yang
melakukan bida’ah di dalam Islam. Beliau mengatakan ilmu Kalam tidak bermanfaat kepada
manusia kerana dua sebab. Sebab pertama ialah ilmu ini tersimpang jauh daripada
matlamatnya yang utama, iaitu mengenal Allah SWT. Sebab kedua ialah perbincangan ahli
ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para
ulama.

BIDANG TASAWUF

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, al-Ghazali berusaha
membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar daripada
ajaran agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawuf, al-Ghazali mempunyai beberapa
orang guru yang termasyhur seperti al-Junaid dan al-Muhasibi. Apabila al-Ghazali
mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau melemparkan
kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan
yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.

Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang telah
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan
Perancis. Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin ini memberikan implikasi besar dalam pengajian tasawuf.
Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah memurnikan
semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah

KESIMPULAN

Kehidupan sehariannya dibahagikan kepada waktu untuk membaca Al-Quran, mengadakan


pertemuan dengan para ulama dan golongan sufi, mengajar ilmu kepada pelajarnya dan
mendirikan solat. Itulah jadual harian beliau yang diamalkan sehingga akhir hayatnya pada 14
Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tusia. Di penghujung hayatnya,
beliau menghabiskan masanya dengan mempelajari kembali hadis dan berkumpul bersama
ahlinya. Berkata Imam Adz Dzahabi, “Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu
hadis dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim).
Seandainya beliau berumur panjang, nescaya dapat menguasai semuanya dalam waktu

7
KPF6014: FALSAFAH PENDIDIKAN [2017]

singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki keturunan kecuali
beberapa orang putri.”

Kegigihan beliau dalam mempelajari ilmu falsafah akhirnya menjadikan beliau seorang Ahli
Falsafah Islam yang dikagumi kerana kejayaanya menggabungkan falsafah dan tasawuf
dengan akidah, syarak, dan akhlak. Hal ini juga berjaya mendamaikan antara golongan sufi
dengan ulama fiqh sehingga kini.

Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan
seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang
falsafah. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan menyusun kitab-
kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dan hasil-hasil tulisan beliau telah
mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu
Rusyd dan Syah Waliyullah

BIBLIOGRAFI

Al-Ghazali. 2003. Tahafut Al-Falasifah Kekacauan Para Filsuf; Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Imam Al-Ghazali. 1989. Pendidikan Berkesan. Abdul Salam Haji Yusuf; Utusan Publicatons
& Distributors Snd Bhd.

Anda mungkin juga menyukai