Anda di halaman 1dari 2

VIDEO KOT

Pada zaman dahulu, terdapat satu kerajaan aman damai yang diperintah oleh
seorang raja yang yang bijaksana dan berjiwa rakyat. Rakyatnya terdiri daripada
rakyat jelata yang sangat gemar bersukan pada masa senggang. Melihatkan
keadaan tersebut, Raja tersebut menitahkan kerajaan untuk menganjurkan satu
karnival sukan yang sesuai untuk rakyat jelata.
Raja: Beta lihat rakyat jelata beta sangat gemar bersukan. Demi
kegembiraan rayat beta, beta menitahkan pengajuran satu karnival
sukan yang sesuai untuk rakyat jelata beta. Jemput semua rakyat jelata
untuk datang kecuali ahli sihir jahat itu! Beta tidak mahu dia menghadiri
karnival sukan ini.
Berita penganjuran karnival sukan disebarkan kepada rakyat jelata dan sampai
ke pengetahuan ahli sihir.
Ahli Sihir: Kenapa aku tak dijemput?! Dia ingat dia siapa untuk halang
aku?! Aku bersumpah akan hancurkan karnival sukan itu!
Kapten IPIS dipanggil menghadap Raja.
Kapten IPIS: Adakah Tuanku memanggil saya untuk datang menghadap
tuanku?
Raja: Ya, Kapten IPIS. Beta akan mengajurkan karnival sukan untuk
rakyat jelata dan beta ingin kamu mengumpul bola-bola kuasa dari
setiap negeri untuk melancarkan karnival ini. Bolehkah kamu
melakukannya?
Kapten IPIS: Baiklah! Kapten IPIS bersiap sedia menjalankan tugas.
Raja: Tapi kamu harus berhati-hati. Ahli Sihir jahat akan berusaha untuk
menghalang kejayaan kamu.
Kapten IPIS: Kapten IPIS tidak gentar menghadapi sebarang cabaran
mahupun ahli sihir jahat!
Kapten IPIS kemudiannya menjemput wakil yang memegang bola kuasa dari
setiap negeri. Ahli sihir mengawasi setiap gerak geri Kapten IPIS.
Kapten IPIS: Ayuh rakan-rakan. Kita kumpulkan bola-bola kuasa untuk
karnival sukan terhebat abad ini.
*Perasmian KOT di dewan (Raja, Kapten IPIS, wakil bola kuasa)
Bola kuasa yang dikumpulkan oleh Kapten IPIS diambil oleh Ahli Sihir.
Kanak-kanak: Ahli Sihir dah curi semua bola kuasa dari Kapten IPIS!
Macam mana dengan karnival sukan tu? Apa yang akan terjadi
seterusnya?
Kapten IPIS bertarung dengan Ahli Sihir bagi mendapatkan semula bola-bola
kuasa yang telah dicuri.
Kapten IPIS: Kembalikan semula bola-bola kuasa itu!
Ahli Sihir: Aku tak akan benarkan karnival sukan itu berlangsung!
Setelah bertarung, Kapten IPIS berjaya mendapatkan semula bola-bola kuasa
tersebut daripada Ahli Sihir.
Kapten IPIS: Tiada siapa yang dapat menghalang Kapten IPIS
menjalankan tugas!
Kapten IPIS: Tiada siapa yang boleh menghalang penganjuran karnival
sukan ini!
KOT berlangsung dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai