Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

JOHN TUARAN, SABAH


PETI SURAT 664, 89207 TUARAN
SABAH
______________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
SUDUT LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
SK. ST. JOHN TUARAN

______________________________________________________________________

TARIKH : 05 MAC 2018 – 16 MAC 2018


TEMPAT : SK. ST. JOHN TUARAN

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


AFIFAH FAZEERA BINTI BACHO
JENNIFER ELANIE JAIKIN
PELAJAR PISMP PEMULIHAN AMBILAN JUN 2014

PROJEK BERKUMPULAN GURU PELATIH


PROGRAM INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN.
1.0 PENDAHULUAN

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia menangani isu murid sekolah rendah yang masih tidak menguasai asas
membaca, menulis dan mengira. Masa terbaik untuk menangani perkara ini adalah di
peringkat asas sekolah rendah, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3 (Tahap 1). Usaha
LINUS ini bukan terbatas pada penyediaan portfolio sahaja malah guru-guru juga
diharuskan untuk menyediakan bilik ataupun ruang LINUS di sekolah. Oleh hal yang
demikian, kami, guru pelatih dari IPG Kampus Kent berbesar hati untuk mewujudkan
sudut LINUS di SK ST. John Tuaran ini. Tempat yang menjadi pilihan kami adalah pada
dinding bangunan kelas Tahun 2T.

2.0 RASIONAL

Oleh kerana, SK ST. John Tuaran mempunyai sudut LINUS tetapi hanya di dalam kelas
tertentu sahaja, kami mengambil inisiatif untuk mewujudkan sudut LINUS supaya dapat
memudahkan murid Tahun 1 khususnya dan SK ST. John Tuaran pada amnya untuk
mengakses maklumat LINUS secara tidak langsung dan lebih mudah. Ruangan yang
dipilih ini akan digunakan untuk murid Tahap 1 terutama sekali murid Tahun 1 dan Tahun
2 sebagai laluan ke kelas-kelas dan digunakan oleh semua murid sebagai laluan ke
dewan terbuka. Secara tidak langsung, apabila mereka berjalan, mereka boleh berhenti
seketika untuk membaca maklumat yang ditampal oleh guru di sudut tersebut. Sudut
LINUS ini akan dilengkapi dengan LINUS Bahasa Melayu, LINUS Matematik dan LINUS
Bahasa Inggeris.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sudut LINUS ini adalah untuk:


3.1 mendedahkan murid SK ST John Tuaran kepada LINUS
3.2 menjadi sudut bacaan LINUS terutama sekali bagi murid Tahap 1
4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN
Tarikh : 05 Mac 2018 – 16 Mac 2018

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid – murid Tahap 1 SK ST John Tuaran khususnya, dan warga SK ST John Tuaran
pada amnya.

6.0 CADANGAN AKTIVITI


i. Membuat banner 12 konstruk LINUS Bahasa Melayu
ii. Mempamerkan kandungan 12 konstruk Bahasa Melayu

7.0 AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG PN. HELEN GASAT


NAIB PENGERUSI PN. ZITA
PENGERUSI PN. LOISAH TUNDING
TIM.B PENGERUSI PN. ANNIE WONG FUI LING
SETIAUSAHA CIK JENNIFER ELANIE JAIKIN
BENDAHARI CIK AFIFAH FAZEERA BINTI BACHO

CIK JENNIFER ELANIE JAIKIN


AJK PELAKSANA
CIK AFIFAH FAZEERA BINTI BACHO
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara RM / Kuantiti Jumlah

o RM 30(2ft x 2ft/)
Banner o RM 30 x 12 buah
1 RM 360
= RM 360

Jumlah RM 360

 Semua perbelanjaan adalah ditanggung oleh Panatia Bahasa Melayu

9.0 ULASAN KEWANGAN

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

9.0 PENUTUP

Kami berharap agar projek ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SK ST.
JOHN TUARAN khususnya walaupun kumpulan sasaran projek ini ialah khusus untuk
murid-murid Tahap 1. Dengan adanya sudut LINUS Bahasa Inggeris ini, murid dapat
menambah pengetahuan dalam Bahasa Inggeris di samping mengulang kaji pelajaran
melalui medium yang tidak formal (luar bilik darjah). Kami juga berharap projek ini dapat
menjadi pendorong kepada usaha-usaha murni guru lain untuk memperbanyak serta
mengemaskini sudut maklumat yang ada di SK ST. JOHN TUARAN supaya dapat
menarik minat pelajar dan memupuk budaya ilmu dalam kalangan warga SK ST. JOHN
TUARAN.
11.0 PENGESAHAN

Catatan
Disediakan oleh,

(CIK JENNIFER ELANIE JAIKIN)


Guru Pelatih
PISMP Pemulihan Ambilan Jun 2014
IPG Kampus Kent, Tuaran

Catatan

Disemak oleh,

(PUAN ANNIE WONG)


Mentor Internship Guru Pelatih
PISMP Pemulihan Ambilan Jun 2014
IPG Kampus Kent, Tuaran

Catatan
Diluluskan oleh,

(PUAN HELEN GASAT)


Guru Besar
SK ST John Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai