Anda di halaman 1dari 1

MEMBACA

Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Banyak faedah yang


dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan sentiasa menjalankan
pelbagai kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat
sika membaca. Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Oleh itu
membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita
perolehi dengan membaca buku-buku, surat akhbar, majalah dan lain-
lain lagi. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam
pelbagai bidang ilmu seperti sejarah, sastera, ekonomi, sains dan
matematik.
Faedah membaca dapat kita mengetahui tentang isu-isu semasa yang
berlaku di seluruh dunia. Misalnya, masalah kegawatan ekonomi,
pencemaran alam sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas,
sukan dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap
perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah
tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu
sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan
membaca memang wajar dilakukan oleh setiap orang setiap kali ada
masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di
kalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan
berbahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai
bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada
pelbagai gaya penulisan seperti berita rencana, laporan dan cerpen. Hal
ini dapat membantu mereka dalam penulisan karangan dengan baik.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat untuk mencapai taraf negara maju. Jika tidak, kita akan jauh
ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-
negara maju yang lain.

Anda mungkin juga menyukai